Sunday 17 July 2011

APA PERBEZAAN DIANTARA NAJIB DAN TUN MAHATHIR?-PROTON DAN LOTUS

Nama mereka.  Pada dasarnya nama mereka berbeza.  Kalau kita teliti secara terperinci memang terdapat sedikit sebanyak perbezaan diantara Najib dan Tun dari segi perlakuan, mentaliti, kecekapan dan sebagainya.  Tetapi secara politiknya...mereka hanya berbeza dari segi nama.

Sepertimana Tun senantiasa menggunakan duit rakyat untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni, maka kini Najib pula melakukan perkara yang sama untuk menyelamatkan Lotus, UK.  Sebanyak GBP270 juta telah dilulusakan oleh beberapa bank di Malaysia untuk diberi dan digunakan oleh Proton Holdings. bagi menyelamatkan Lotus yang kerugian bagi tahun kelima berturut-turut.

Kebijaksanaan Najib ialah dia dan kerajaan BN membabitkan bank-bank swasta untuk memberikan pinjaman tersebut dan tidak membabitkan Khazanah Nasional secara terus.  Tetapi dalam ucapan di kilang Lotus, UK, Najib telah memberi jaminan bahawa Kerajaan Malaysia dan Khazanah Nasional akan memastikan pinjaman tersebut diberikan kepada Proton Holdings dan Lotus dan Najib juga memberi jaminan bahawa perkara ini pasti akan dilaksanakan.

Rakyat Malaysia dibebankan dengan hutang yang sukar dibayar akibat kesempitan ekonomi, rakyat Malaysia dibebankan dengan pengurangan subsidi, rakyat Malaysia dibebankan dengan kenaikan harga barangan keperluan utama, rakyat Malaysia dibebankan dengan masalah sosial yang tidak dibendung oleh kerajaan dan bermacam-macam lagi dugaan dan cabaran dihadapi oleh kita di Malaysia.  Najib pula dengan tersenyum dan dengan penuh bangga menyatakan kepada pengurusan dan kakitangan kilang Lotus bahawa mereka akan dibela dan dijaga oleh kerajaan Malaysia dan Khazanah Nasional.

Melampau..itulah perkataan paling sesuai untuk perlakun pemimpin kita dari Barisan Nasional yang membelakangkan kepentingan majoriti rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dan pembelaan, tetapi Najib dan kerajaan BN sanggup menghulurkan bantuan kepada sebuah syarikat yang mengeluarkan kereta berprestasi tinggi yangmana sebilangan kita di Malaysia tidak akan mampu miliki.  Sebagai sebuah syarikat persendirian, sepatutnya Lotus lebih bersedia menghadapi dugaan dunia perniagaan secara bersendiri dan bukan dengan mangharapkan bantuan kewangan dari sebuah kerajaan yang sepatutnya membantu rakyat mereka.

Jumlah duit sebanyak GBP270 juta adalah lebih dari RM1 billion dan jumlah ini bukanlah sedikit.  Alasan yang akan diberikan oleh Najib ialah, duit itu duit bank swasta dan bukan duit rakyat, tetapi adakah kita semua begitu bodoh untuk bersetuju dengan kata-kata Najib dan sekutu. Bukankah semua duit dibank-bank Malaysia adalah hasil simpanan RAKYAT MALAYSIA.  Jadi bukankah itu DUIT RAKYAT.

Bank-bank yang menjadi pemberi pinjaman tersebut ialah CIMB Bank, Maybank, Overseas-Chinese Banking Corporation, Export-Import Bank of Malaysia, Affin Bank and EON Bank.

Friday 15 July 2011

Apa Yang Najib dan UMNO Tak Faham Tentang Perhimpunan BERSIH

Memalukan..itulah perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan situasi yang dipertontonkan oleh PDRM, KDN dan Najib.  Apa sebenarnya agenda yang cuba dipertonjolkan oleh kerajaan pimpinan BN dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 dengan menggunakan pancutan air kimia dan gas pemedih mata?  Suatu perhimpunan yang sepatutnya diadakan dengan suasana yang aman telah bertukar menjadi suatu bahan cerita untuk masyarakat dunia.  Angkara siapa? Angkara BERSIH atau angkara ketidak bijaksanaan pihak kerajaan BN dan polis?

Mudah sahaja untuk mendapat jawapannya, ianya adalah angkara pihak berwajib iaitu kerajaan Malaysia pimpinan BN dan pihak PDRM yang bertindak tidak mengikut situasi dan keadaan.  Kalau nak dikatakan BERSIH adalah suatu perhimpunan yang ganas dan merugikan, kenapa tidak satu pun harta awam, atau premis perniagaan yang dipecah masuk atau di rosakkan oleh mereka yang menyertai perhimpunan tersebut.  Ini membuktikan betapa professional dan ikhlasnya niat dan kehendak pihak penganjur dan ahli BERSIH 2.0 dalam menyampaikan satu mesej, iaitu untuk Malaysia memperolehi suatu pilihanraya yang BERSIH dan telus.  Itu sahaja yang diinginkan oleh mereka yang berhimpun.

Kerajaan BN pula bertindak melulu dengan mensensasikan perhimpunan tersebut dengan pengharaman BERSIH dan penggunaan kekerasan terhadap mereka yang berhimpun.  Soalnya di sini bukanlah samada kekerasan minima atau maksima tetapi ialah KENAPA PERLU GUNA KEKERASAN? Minima atau maksima kekerasan tersebut bukanlah menjadi persoalan kerana tidak ada pihak yang dapat mengukur tahap kekerasan yang digunakan dengan tepat.

Bagi seorang individu yang hidup di sebuah negara yang berdemokrasi dan berperlembagaan, apa yang dilakukan oleh BERSIH tidak harus dihalang, tetapi perhimpunan tersebut harus dilakukan dengan penyeliaan pihak PDRM.  

Sewaktu reformasi jalanan, saya pernah bertanya kepada seorang anggota FRU kenapa pukul dan menggasari mereka yang berhimpun, dan dia menjawab, sejak dia menjadi anggota FRU sejak bertahun-tahun, tidak pernah sekali pun dia mendapat peluang untuk melaksanakan tugas dia yang sebenar dan memukul orang yang berhimpun dan mogok adalah tugas FRU, maka dia merasa puas dapat melepaskan geram setelah duduk di berek begitu lama tanpa boleh melaksanakannya.

Maka pada perhimpunan BERSIH kali ini PDRM telah mendapat peluang untuk menguji senjata gas pemedih mata dan penyembur air berkimia dengan jayanya.  Rakyat yang berhimpun telah dijadikan sebagai bahan ujian untuk PDRM membuktikan bahawa semua persenjataan mereka berfungsi dengan baik.  Kekejaman tidak akan membawa kebaikan kepada negara Malaysia.  Maka kerajaan BN harus menerima kenyataan sekiranya rakyat tidak lagi mahukan mereka sebagai pemimpin Malaysia.

Sunday 5 June 2011

SOLUBEST LTD, ISRAEL DAN SENJATA BIOLOGI

Semalam saya ada menyatakan tentang Solubest dari Israel yang mempunyai kaitan rapat dengan Sojitz dari Jepun.  Sojitz pula adalah pembeli mineral nadir bumi utama bagi Lynas.  Mungkin sebahagian dari kita merasakan apa kaitan Solubest dengan persenjataan, kerana Solubest bergiat aktif dalam teknologi nano untuk penghasilan ubatan. 

Biar kita kenal dahulu apa itu teknologi nano dalam bidang penghasilan ubatan.  Disebabkan sebahagian dari ubat yang dimakan oleh kita tidak diserap sepenuhnya oleh badan, maka teknologi nano dikaji dan diperkenalkan oleh beberapa syarikat terkemuka dunia bagi menghasilkan ubatan yang dapat diserap sepenuhnya oleh badan manusia bila ubat itu dimakan.  Maka dalam ertikata lain teknologi nano akan membuat ubat yang dimakan bertindak cepat dalam badan dan dalam masa yang singkat akan memasuki darah dan mengalir ke otak dan lain-lain bahagian badan manusia.

Teknologi nano ini diusahakan dengan jayanya oleh Solubest dan teknologi ini digunapakai oleh syarikat Dr. Reddy's Laboratories dari India (syarikat ini menghasilkan pelbagai jenis ubatan untuk sakit kronik).  tetapi terdapat satu lagi kegunaan teknologi nano dalam penghasilan ubatan, iaitu menghasilkan bom biologi yang dapat menmbunuh dengan pantas akibat penggunaan teknologi nano yang memudahkan penyerapan bahan aktif dalam senjata biologi/bom biologi.

Teknologi nano ini dikatakan akan menjadi salah satu teknologi terpenting dalam penghasilan WMD (Weapon of Mass Destruction).  Hanya 3 syarikat dinamakan sebagai berpotensi menghasilkan teknologi nano untuk bidang farmasi tetapi teknologi ini dikatakan boleh digunakan juga untuk persenjataan biologi. Syarikat yang menghasilkan teknologi nano ialah Elan dari Ireland, Nanocarrier dari Jepun dan SoluBest dari Israel. Sila baca penulisan Charles Q. Choi dari United Press International bertarikh 23hb Mei 2005 berkenaan perkara ini :-

DUA KEBENARAN TENTANG ISRAEL, SOJITZ, PALESTIN

Kebenaran pertama ialah :

Sojitz Corp., dari Jepun mempunyai hubungan rapat dengan SoluBest dari Israel.  SoluBest bergiat aktif dalam bidang nanoteknologi farmasi dan Sojitz mempunyai hubungan rapat dengan syarikat tersebut sejak tahun 2004.  Untuk malkuman pembaca, Sojitz adalah pembeli terbesar mineral nadir bumi yang akan diproses di Gebeng.  Sojitz akan membeli hampir 70% dari pengeluaran LAMP di Gebeng.

Dokumen berkenaan kerjasama antara Sojitz dan SoluBest telah dikeluarkan dari laman sesawang mereka.  Anda boleh mendapatkan kepastian dengan menaip "Sojitz and SoluBest" dikotak carian google.

Kebenaran kedua ialah :

Israel tidak akan melepaskan Palestin sampai kiamat kerana terdapat simpanan minyak yang berjumlah hampir 250 juta tong dibawah bumi Israel dan dibawah bumi Palestin yang diduduki secara haram oleh Israel.  Bekas ketua saintis Royal Dutch Shell adalah merupakan ketua saintis yang bekerja dengan Kementerian Tenaga Israel untuk menjadikan Israel sebuah negara pengeluar minyak terbesar di dunia dan mampu mengatasi Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

Di bawah ini adalah penulisan dari Ian King untuk The Times United Kingdom bertarikh 23 Mac 2011 berkenaan perkara ini :-

Israel, the oil producer, is about to have the last laugh - This is an extremely interesting article (may require subscription registration) by Ian King for The Times (UK). Here is the opening:
The joke has been told by generations of Jews, most famously Golda Meir, the former Prime Minister of Israel. Why did Moses lead us to the one place in the Middle East without oil?

But an updated version may be required if Harold Vinegar and his colleagues get their way. Dr Vinegar, the former chief scientist of Royal Dutch Shell, is at the centre of an ambitious project to turn Israel into one of the world's leading oil producers.

Israel Energy Initiatives, where Dr Vinegar is chief scientist, is working on projects to extract oil and natural gas from oil shale from a 238 sq km area of the Shfela Basin, to the south and west of Jerusalem.

Oil shale mining is often frowned upon, not least by the environmental lobby, as a dirty process that is both energy and water intensive. IEI believes that its technique will be cleaner than that of other operators because the oil will be separated from the shale rock up to 300 metres beneath the ground. Water will be a byproduct of the process rather than being consumed by it in large volumes.

According to Dr Vinegar, Israel has the second-biggest oil shale deposits in the world, outside the United States: "We estimate that there are the equivalent of 250 billion barrels of oil here. To put that in context, there are proven reserves of 260 billion barrels of oil in Saudi Arabia."

The marginal cost of production, IEI estimates, will be between $35 and $40 per barrel. This, Dr Vinegar points out, is cheaper than the $60 or so per barrel that it costs to extract crude from inhospitable locations such as the Arctic, and compares with $30-$40 per barrel in some of the deepwater oilfields off the coast of Brazil.

"These Israeli deposits have been known about, but have never been listed before. It was previously assumed there was not the technology to deal with it."
My view - Israel already has a high-tech economy and the successful development of its oil shale reserves within a decade would make it an extremely wealthy country.
More importantly, effective oil shale technology, developed within a decade of shale gas technology, is another 'game changer' for the global economy.
Less than ten years ago many of us were seriously worried about 'Peak Oil', due to the finite supply of conventional crude supplies and a remorseless increase in demand for the world's most important commodity. For a global economy run on oil, the prospect of a worldwide shortage and a series of price spikes in energy costs were a recipe for widespread recession and even depression.
There are risks to the upside for oil prices over the next few years, as we have been reminded by recent events in the Middle East. However, 10 to 15 years from now the world will be awash in oil and gas, due to the development of supplies previously locked in shale rock. By 2025 I would not be surprised to see the price of crude oil lower in real terms than it is today.
This item continues in the Subscriber's Area and contains a map of global shale oil reserves.

Saturday 4 June 2011

PERBEZAAN DIANTARA FBI DAN Sebuah Pasukan Polis YANG DEKAT DIHATI

FBI di Amerika Syarikat akan membacakan "Miranda Rights" kepada suspek yang ditahan bagi memberitahu suspek berkenaan HAK suspek sebagai seorang manusia dan rakyat Amerika. Dibawah ini adalah "Miranda Rights" yang akan dibacakan kepada suspek sewaktu penagkapan dibuat:-

You have the right to remain silent. Anything you say or do can and will be held against you in the court of law. You have the right to speak to an attorney. If you cannot afford an attorney, one will be appointed for you. Do you understand these rights as they have been read to you?

Tetapi sejak akhir-akhir ini ada sebuah pasukan polis yang sangat hampir dihati dan jiwa kita mengaplikasikan HAK terhadap musuh-musuh politik taukey mereka,....

Kamu TIADA HAK untuk mendiamkan diri, jika kamu memilih untuk mendiamkan diri maka kamu akan diseksa dan dipukul, kamu TIADA HAK untuk menceritakan perlakuan sebegitu kepada peguam kamu, kamu TIADA HAK untuk meminta belas kasihan dari hakim dimakhamah, kamu TIADA HAK untuk menyatakan bahawa kamu tidak bersalah, tetapi bergembiralah kerana kamu ADA HAK untuk menyumbangkan duit kepada pegawai penyiasat untuk menutup kes ini buat selamanya.

Friday 3 June 2011

BUKTI KERAJAAN AUSTRALIA BERSANDIWARA - ISU LYNAS

Alhamdulillah setakat ini blog tahirnisa dapat mengekalkan penulisan berlandaskan fakta dan selalunya bukti tentang fakta yang diperbincangkan akan disertakan dalam penulisan.  Sekali lagi saya akan buktikan kepada pembaca tentang sandiwara kerajaan Australia dalam isu LAMP Lynas di Gebeng.  Kita membaca bagaimana kerajaan Australia menyatakan "kebimbangan" berkenaan projek tersebut tetapi tidak dapat "bertindak" walaupun selepas menerima petisyen bantahan dari rakyat Malaysia yang membangkang LAMP ini.

Saya juga ada menyatakan tentang hubungan Lynas dalam membekalkan mineral nadir bumi kepada Pentagon dan saya ada sertakan bukti yang dinyatakan sendiri oleh COO Lynas.  Saya juga ada nyatakan tentang kemungkinan Australia mempunyai persetujuan secara rahsia dengan Pentagon untuk merialisasikan rancangan Pentagon untuk memperolehi mineral nadir bumi dari negara lain selain dari China.  Perlu kita teliti semua maklumat yang diberikan oleh Lynas selama ini berkenaan perjanjian penjualan nadir bumi yang ditandatangani dengan pelanggan dari serata dunia.  Kalau tidak silap saya, Lynas ada menyatakan terdapat 6 perjanjian penjualan dan pembelian nadir bumi ditandatangani dengan pelanggan tetapi hanya satu sahaja perjanjian yang menyebut nama pembelinya, iaitu perjanjian dengan Sojitz, dari Jepun. 

Nama Sojitz disebut tanpa selindung kerana mereka adalah agen atau pemborong nadir bumi dan bukanlah pengguna nadir bumi tetapi setakat ini Lynas tidak pernah menyebut siapa pengguna sebenar nadir bumi yang akan diproses di Gebeng.  Mungkinkah Israel? Mungkinkah Pentagon? Mungkinkah NATO? Tiada maklumat diberikan tentang semua ini.

Tetapi ada satu maklumat yang jelas, iaitu kerajaan Australia TELAH memberi keyakinan penuh kepada kerajaan Jepun bahawa Australia akan membekalkan nadir bumi secukupnya kepada Jepun melalui Sojitz.  Keyakinan ini bukan khabar angin. Tetapi merupakan suatu perjanjian yang dibuat oleh Menteri Luar Australia Kevin Rudd dengan Menteri Luar Jepun Seiji Maehara sewaktu pertemuan di Canberra, Australia.  Dalam petikan dibawah anda akan nampak Lynas adalah satu-satunya syarikat nadir bumi yang disebut dalam Australia merialisasikan impian kerajaan Jepun untuk mendapatkan nadir bumi dari negara lain selain China.

SILA BACA PETIKAN DIBAWAH DARI REUTERS.

Responding to Japan’s concerns, Australian Foreign Minister Kevin Rudd promised Tuesday that his country would be a “long-term, secure, reliable supplier of rare earths” to Japan after meeting with his Japanese counterpart, Seiji Maehara.
The agreement would be sufficient to cover just under a third of Japan’s current demand for rare earths, estimated at 32,000 tons a year.
“This is a transformational event for us and for the Japanese rare earths industry,” said Nick Curtis, Lynas’s executive chairman. “It provides a key supply for Japanese industry in the rare earths space and should stabilise their concerns.”
Prices of rare earths have jumped since Beijing announced cuts in its export quotas in July, sparking fears of a supply crunch.
The average price of rare earths in Lynas’ Mount Weld deposit in Western Australia state rose to $67.05/kg Monday from an average $16.02 per kilogram in the three months to the end of June, according to the company’s website.
 
MUNGKIN KITA PATUT MENGHANTAR JUGA PETISYEN BANTAHAN KEPADA KERAJAAN JEPUN, AMERIKA DAN WTO. NAMPAKNYA MEREKA KESEMUANYA TERLIBAT DALAM MENJADIKAN GEBENG SEBAGAI "PENYELAMAT" MEREKA DALAM MEMPEROLEHI MINERAL NADIR BUMI.
 
BERITA PENUH DARI REUTERS BERKENAAN PERKARA DIATAS, SILA KLIK LINK DIBAWAH:
 

LYNAS AKAN BEKAL NADIR BUMI UNTUK PENTAGON?-PERSENJATAAN CANGGIH DAN BERBAHAYA.

Disebabkan pihak kerajaan China menghadkan pengekspotan nadir bumi ke negara luar, maka banyak pihak termasuk pihak Pentagon dan kerajaan Amerika Syarikat bimbang dengan ketidak-cukupan stok mineral nadir bumi untuk menghasilkan senjata canggih dan merbahaya.  Untuk maklumat semua pembaca, Nicholas Curtis pernah menyatakan dengan jelas dan secara terbuka bahawa nadir bumi yang akan diperoses di Gebeng akan digunakan dalam perbagai bidang industri termasuk PENGHASILAN BOM DAN SENJATA.

Pusat perlombongan nadir bumi di Mount Pass, Amerika Syarikat juga akan mula beroperasi semula disebabkan permintaan untuk mineral nadir bumi sedunia semakin meningkat.

Lynas bakal menjadi salah satu syarikat yang akan membekalkan mineral nadir bumi untuk kegunaan Amerika Syarikat bagi membuat/mengeluarkan peralatan dan senjata canggih dan berteknologi tinggi? 

Pada suatu perjumpaan "Critical and Rare Metals Summit III" yang berlangsung di Washington, Eric Noyrez (Ketua Pegawai Operasi Lynas) telah menyatakan bahawa pihak tentera/pertahanan Amerika Syarikat akan memerlukan 10 hingga 20 tan mineral nadir bumi untuk setiap tahun bagi tujuan pengeluaran/pembinaan persenjataan canggih.  Dia menambah bahawa pembekalan mineral nadir bumi dengan jumlah sebegini boleh dilakukan dalam masa yang singkat.  Petikan dari pernyataan yang dilakukan oleh Eric Noyrez di nyatakan dibawah ini.

The military-strategic fears, while good for headlines, are also somewhat overblown according to industry insiders, a view endorsed in October 2010 by a year-long Pentagon study into how to secure future supplies of rare earths and other critical materials. 'The quantities are extremely small,' Eric Noyrez, the chief operating officer of Lynas, said on the sidelines of the Critical and Rare Metals Summit III in Washington in October, estimating that the US military would need 10 to 20 tons of rare earth metals a year for its weapon systems. 'Fixing that would not take much time,' he said.

Penganalisa antarabangsa juga telah menyatakan dengan jelas bahawa dua syarikat pengeluar mineral nadir bumi yang akan dapat membekalkan sebanyak 60,000 tan mineral nadir bumi setahun menjelang 2015 ialah Molycorp dari Amerika Syarikat dan Lynas dari Australia.  Walaupun terdapat banyak lagi syarikat pemprosesan nadir bumi tetapi dua syarikat ini menduduki tangga teratas dalam senarai pengeluar mineral nadir bumi utama dunia.

Analysts already expect that the two biggest miners of rare earths, Molycorp of the US and Australia's Lynas, could deliver an additional 60,000 tons to market by 2015. 'China is doing two things with its policy,' Tunna says. 'It is protecting against foreign ownership of strategic resources and at the same time creating incentives for foreign companies to bring their manufacturing to China. The West has grown used to cheap raw materials, but is going to have to get used to the fact that prices are going up as countries scramble to secure finite resources.'

Dibawah ini pula kenyataan yang akan membuktikan bahawa seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, WTO dan negara-negara Eropah, menyokong penuh pengeluaran mineral nadir bumi di negara selain China.  Pinjaman juga disediakan bagi mana-mana pengeluar yang inigin menceburi bidang ini.  Saya pasti IAEA juga terikat dengan kehendak kuasa-kuasa besar sedunia yang inginkan Lynas dan Molycorp menghasilkan 60,000 tan mineral nadir bumi setahun bagi menampung permintaan yang semakin tinggi.

The House of Representatives has passed the Rare Earths and Critical Materials Revitalisation Act of 2010, which would support the development of a non-Chinese source of rare earths for America, partly through loan guarantees for exploration companies. In Europe, discussions are under way about how to counter China's dominance, with the German Chancellor, Angela Merkel, describing it as 'urgently necessary' for Europeans to invest in non-Chinese sources of rare minerals.

KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG MENENTANG PEMBINAAN LAMP DI GEBENG SEBENARNYA BUKAN HANYA MENENTANG PIHAK LYNAS, MITI, KERAJAAN NEGERI PAHANG DAN PENYANGGAK KERAJAAN BN, TETAPI KITA JUGA SEBENARNYA TANPA DISEDARI SEDANG MELAWAN KUASA BESAR DUNIA YANG SEBENARNYA MAHU MELIHAT LAMP INI BEROPERASI BAGI MERINGANKAN BEBAN MEREKA DALAM MENDAPATKAN STOK MINERAL NADIR BUMI.

INI MEMBUKTIKAN SIKAP KERAJAAN AUSTRALIA YANG MENYATAKAN BAHAWA MEREKA TIDAK BOLEH BERBUAT APA-APA SETELAH MENERIMA PETISYEN BANTAHAN DARI YB FUZIAH BERKENAAN ISU PEMBINAAN LAMP DI GEBENG.  KITA PERLU INGAT BAHAWA AUSTRALIA ADALAH SEKUTU KUAT AMERIKA DAN SIAPALAH YANG TAHU APA PERJANJIAN RAHSIA MEREKA DENGAN SEKUTU MEREKA.  

KEBANYAKAN KERAJAAN YANG DIKATEGORI SEBAGAI KUASA BESAR MEMPUNYAI SIKAP "MEMBALING BATU DAN MENYEMBUNYIKAN TANGGAN". 

Wednesday 1 June 2011

NASIHAT KEPADA SEMUA PENENTANG LAMP LYNAS

Saya mengikuti secara teliti peristiwa yang berlaku dalam kita menjayakan keinginan kita bagi menghalang pusat LAMP beroperasi di Gebeng.  Saya telah nyatakan dari awal lagi kepada YB Fuziah bahawa saya tidak akan terlibat dengan aktif dalam isu ini tetapi saya boleh menggunakan beberapa kenalan yang saya ada dibeberapa negara untuk mendapatkan maklumat tentang Lynas dan aktiviti-aktiviti mereka.  Saya lakukan semua ini dengan ikhlas dan saya juga seorang yang berpegang kepada prinsip. 

Dalam saya mengikuti beberapa peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini, saya dapati ada beberapa perkara yang mungkin kita terlepas pandang atau disebabkan kita sibuk menentang LAMP, kita kurang memberi perhatian terhadap perkara-perkara yang boleh merungkai kebenaran dalam pembinaan LAMP di Lynas.

Adakah kita menentang pihak yang sebenarnya perlu di tentang?  Adakah kita melakukan kesilapan dengan asyik berdiplomasi dalam menangani perkara ini?  Adakah kita lupa bahawa sejauh mana pun kita menentang, ada pula yang terus menyokong pembinaan LAMP ini?  Apa sebenarnya yang kita perjuangkan?  Berapa ramai yang ingin menjadi ketua dalam soal penentangan ini?  Saya juga sudah keliru dengan apa yang berlaku disebabkan sebuah kapal ini nampaknya terdapat lebih dari seorang kapten.

YB Fuziah bertanggungjawab secara politik untuk memberi tekanan kepada pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk membatalkan pembinaan dan operasi LAMP ini.  Ini memang tugas beliau dan beliau pastinya akan lakukan mengikut landasan yang beliau paling mahir dan faham...iaitu POLITIK.  Tetapi sejak akhir-akhir ini ada pula pihak yang menentang cara dan kaedah yang diguna-pakai oleh YB Fuziah dan pihak yang mempersoalkan ini adalah dari kalangan penentang LAMP ini juga.  Bukankah ini membuktikan kepada semua bahawa penentang tidak sepakat dan tidak mempunyai satu suara dan satu hasrat?

Apa yang ingin dibuktikan oleh mereka-mereka yang menentang LAMP tetapi pada masa yang sama menentang sesama sendiri?  Kenapa manusia ini terlalu mementingkan individualistik dalam menangani perkara-perkara yang membabitkan soal nasional dan kemanusiaan sejagat.  Sepatutnya pihak YB Fuziah dan semua mereka yang menentang LAMP ini, bersatu di bawah satu slogan, satu perjuangan, satu pendekatan, satu semangat nasionalisme dan semua yang dilakukan haruslah melalui perbincangan yang mendalam dan mendapat persetujuan secara kolektif sebelum cadangan tersebut diguna-pakai.  Tidak rasional untuk sesetengah pihak mempersoalkan pendekatan pihak lain secara terbuka sebelum perbincangan dilakukan secara dalaman untuk mencari kata sepakat.

Dalam isu LAMP ini, percayalah, sekiranya pihak penentang tidak mempunyai semangat bersatu padu atau toleransi, maka penentangan ini akan gagal, bukan kerana pihak Lynas dan penyokong projek Lynas ini kuat, tetapi kerana penentang projek Lynas ini LEMAH.  Lemah bukan dari segi fizikal, lemah bukan dari segi kekuatan suara yang lantang, lemah bukan dari segi persepi, tetapi lemah dari segi kesaksamaan, lemah dari segi penyatuan, lemah dari segi pendekatan, lemah dari segi nasionalisme dan lemah dari segi keikhlasan untuk menjayakan rancangan penentangan ini. 

Apa yang berlaku dipihak penentang LAMP ini, sekiranya tidak di periksa, diteliti dan diperbetulkan sebelum terlambat, maka sia-sialah perjuangan ini.  Fikir kembali ada tak perbezaan di antara apa anda lakukan sekarang dengan apa yang berlaku dalam parti politik?  Masing-masing ingin manjadi juara, suara masing-masing ingin dilantangkan dan masing-masing ingin tunjuk bahawa pendekatan masing-masing yang terbaik. 

NASIHAT SAYA SECARA IKHLAS KEPADA ANDA SEMUA, JANGAN JADI RAJA SORAK KERANA RAJA SORAK CUMA DUDUK DITEPI PADANG. 

KALAU TIDAK TAHU BERMAIN DENGAN SEMANGAT BERPASUKAN, JANGAN MULAKAN PERMAINAN ITU.

BERSATULAH DIBAWAH SATU PERJUANGAN DENGAN SEORANG KETUA DAN PASTIKAN PASUKAN PENENTANG LAMP INI TERSUSUN DAN BEROPERASI DENGAN SEMANGAT MUAFAKAT.

ANDA SEBENARNYA MEMBERI TERLALU BANYAK PERHATIAN KEPADA LAMP, IAEA DAN LYNAS TETAPI KURANG PERHATIAN DIBERIKAN TERHADAP ADNAN YAAKOB.  CUBA INGAT KEMBALI KATA-KATA ADNAN YAAKOB. DIA KATA YANG MELULUSKAN PROJEK LAMP INI ADALAH MITI DAN DIA TIDAK HARUS DIPERSALAHKAN.  KALAU ANDA PERHATIKAN SEKARANG, MITI TIDAK BERSUARA, TETAPI CUMA ADNAN YANG BERSUARA SABAN HARI MENYOKONG LYNAS DAN LAMP.  ANDA PERLU SEDAR TENTANG ISU INI YANG SEMEMANGNYA ISU POLITIK BILA MELIBATKAN ADNAN.  UNTUK MENENTANG ADNAN ANDA PERLUKAN PENDEKATAN POLITIK, KERANA ADNAN BUKAN ORANG BERDIPLOMASI, MAKA APA YANG DIKATAKAN OLEH YB FUZIAH HARUS DIBERI PERHATIAN YANG SERIUS DAN BUKAN DITENTANG TANPA DIPERTIMBANGKAN DENGAN TELITI.

Monday 30 May 2011

PERSAMAAN DIANTARA NORMAN, YURSY, AZNIL HJ. NAWAWI DAN AZWAN ALI

Saya tuliskan nama-nama individu yang mempunyai satu persamaan diantara satu sama lain.  Walaupun wajah mereka berbeza, sikap mereka juga berlainan dan mungkin tahap kejayaan mereka juga tidak sama, tetapi mereka semua mempunyai satu persamaan dan yang pastinya, mereka juga akan setuju dengan persamaan ini sekiranya mereka masih ingat akan zaman silam mereka. 

Apa persamaan diantara mereka?  Mereka semua bersekolah di Setapak High School.  Sama sekolah dengan saya diperingkat menengah.  Guru besar kami pada waktu itu adalah V. Chakravarthy, guru besar yang paling garang, paling tegas dan paling digeruni oleh pelajar-pelajar dari segenap sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor.  Merotan di waktu perhimpunan adalah perkara biasa pada waktu itu dan ada juga samseng-samseng yang pernah dibawa masuk kebilik guru besar menyatakan bahawa En. V. Chakravathy menyimpan pistol di dalam loker meja beliau (tak tahulah samada betul atau tidak, sebab saya pernah sekali sahaja masuk ke bilik beliau dan berjumpa beliau untuk mendapat pelepasan awal bercuti dihujung tahun sebab ayah dan ibu nak bawa kami sekeluarga melancung keluar negara) 

Aznil, Norman dan Azwan Ali adalah senior saya manakala Yusry adalah sama umur dengan saya dan berada ditingkatan yang sama dengan saya.  Yusry dan Norman adalah anak saudara kepada Pn. Normah yang merupakan penyelia sessi petang di Setapak High School.  Dari segi perwatakan Aznil dan Azwan memang ceria dan aktif di sekolah dalam pelbagai aktiviti.  Manakala Norman dan Yusry pula adalah dua orang murid yang paling pendiam.  Diantara kedua mereka yang paling pendiam dan susah nak dengar suara ialah Yusry, manakala Norman adalah seorang yang suka tersenyum dan peramah tetapi tidak banyak bercakap.  Kedua mereka tidak sombong.  Saya tidak nyatakan tentang Edry kerana saya tidak kenal dia dan seingat saya Edry tidak pernah bersekolah di Setapak High School.  Norman dan Yusry kemudian berhijrah ke England. 

Selepas itu saya mula nampak mereka di television setelah tertubuhnya KRU dan mereka membuat persembahan di Kuala Lumpur.  Apa pun mereka adalah individu yang sangat berbeza sewaktu di Setapak High School, sangat pendiam dan mereka memang menjadi pelajar kesukaan guru-guru.

Setapak High School telah melahirkan lebih banyak lagi orang-orang yang berkemampuan dalam bidang seni cuma saya tidak cukup megenali kesemua mereka untuk dinyatakan sepenuhnya nama-nama mereka di sini.  Kenangan di Setapak High School memang indah kerana sekolah ini merupakan juara dalam pelbagai acara dan Setapak High School adalah satu-satunya sekolah di Kuala Lumpur yang mempunyai kemudahan sukan yang lengkap iaitu 2 badang bola sepak bersaiz penuh, padang hoki, dewan badminton, gelanggang sepak-takraw dan bermacam-macam lagi kemudahan untuk olahraga.  Pada waktu itu jumlah sekolah tidaklah sebanyak sekarang dan sekolah-sekolah yang selalunya menjadi juara dalam pertandingan ialah St. Johns Institution, Setapak High School, Victoria Institution dan SM Dato Lokman. 

Selain dari kejayaan-kejayaan itu, Setapak High School juga merupakan sebuah sekolah yang dibayangi oleh kongsi-kongsi gelap dari kalangan orang Melayu, Cina dan India.  Pergaduhan diantara kumpulan-kumpulan ini adalah perkara biasa dan pergaduhan biasanya berpunca dari perkara-perkara kecil yang kekadang kita pun tak akan faham kenapa boleh diperbesarkan.  Pergaduhan berlaku bukan hanya dengan menggunakan penumbuk tetapi menggunakan besi, rantai basikal, parang dan pelbagai senjata berbahaya.

Saya pula dilantik menjadi pengawas untuk 2 tahun dan menjadi Setiausaha Pembimbing Rakan Sebaya selama 2 tahun juga.  Jawatan yang sangat mencabar untuk ditunaikan disebuah sekolah yang begitu ramai anggota samseng dan kongsi gelap.  Tetapi pada waktu En. V Chakravarthy menjadi guru besar, kebanyakan pergaduhan berlaku diluar pagar sekolah dan tidak siapa berani mengusik atau mencabar ahli lembaga pengawas kerana guru besar begitu menjaga kebajikan dan keselamatan ahli lembaga pengawas.  Saya juga pernah ditawarkan perlindungan oleh satu kumpulan kongsi gelap melalui ketua mereka dan dia beritahu kepada saya, sekiranya saya diganggu atau diugut oleh mana-mana individu atau kumpulan kongsi gelap, saya hanya perlu memberitahu kepada dia dan dia akan ambil tindakan.  Saya jenis orang berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang mereka tetapi saya tidak akan terikut dengan perlakuan yang merugikan dan tidak berdisiplin.  Mugkin kerana saya seorang yang sangat neutral maka ketua kongsi gelap ini menawarkan saya perlindungan sebegitu.  Saya cuma tersenyum dan kata kepada dia, okay, tapi saya rasa lebih selesa tak memihak kepada sesiapa.

Saya berbangga kerana sepanjang saya bersekolah di Setapak High School, En. V. Chakravarthy menjadi guru besar yang amat mementingkan disiplin sehinggalah beliau bersara.  Selepas beliau bersara kehebatan Setapak High School mula pudar dan kesinambungan terdahulu tidak dapat diteruskan akibat masalah disiplin yang makin ketara dan tidak terkawal.  Alhamdulillah, saya dapat menyudahkan zaman persekolahan saya di Setapak High School dengan jayanya dan tidak terikut dengan rentak keruntuhan disiplin kebanyakan pelajar akibat kepimpinan sekolah yang tidak tegas selepas bersaranya V. Chakravarthy.  Saya menjadi salah seorang pelajar terbaik untuk Sijil Pelajaran Malaysia.  Saya masih ingat bagaimana Cikgu Lanitha tersenyum semasa memberikan kertas keputusan SPM saya kerana sebelum itu di peperiksaan percubaan SPM saya mendapat keputusan Gred 3.  Pada peperiksaan SRP saya mendapat Gred A dan aggregate 10.  Pembelajaran saya sewaktu di tingkatan 4 dan 5 terjejas kerana saya banyak menghabiskan masa menjaga ayah saya yang sakit.  Namun Cikgu Lanitha memberitahu ayah saya sewaktu beliau datang mengambil keputusan percubaan SPM bahawa saya boleh melakukan yang lebih baik tetapi tumpuan saya nampak terganggu.  Saya jadikan itu sebagai satu pembina semangat untuk belajar dengan lebih tekun dan Alhamdulillah saya berjaya menjadi salah seorang pelajar terbaik untuk SPM.

Saya berbangga kerana saya telah dapat merasai segala kejayaan bersama pelajar-pelajar lain sewaktu zaman kegemilangan Setapak High School.  Terima kasih saya ucapkan kepada Cikgu Zahariyah, Cikgu Siti, Cikgu Lanitha, En. V Chakravarthy dan kepada semua tenaga pengajar yang telah memberikan didikan ilmu kepada saya dan rakan-rakan.  Kepada Norman, Yusry, Aznil dan Azwan, saya pasti anda juga mempunyai kenangan yang pahit dan manis sepanjang bersekolah di Setapak High School.

Saturday 28 May 2011

KRAFTANGAN MENGGUNAKAN KERTAS DAN DAWAI - MEMBANTU GOLONGAN OKU

Minggu ini kami telah melancarkan produk baru dalam katalog kami....hasil kraftangan dengan menggunakan kertas dan dawai.  Ramai yang mungkin sudah mengetahui tentang kewujudan seni kraf ini dan di Malaysia sendiri tidak ramai yang mempunyai kemampuan untuk melakukan seni kraf ini.

Bagi kami, kami lakukan sesuatu untuk menolong golongan OKU kerana untuk menghasilkan barangan ini kami menggunakan kemahiran dari golongan OKU yang diberi latihan dan tunjuk ajar berkenaan cara-cara menghasilkan seni kraf ini.

Menolong golongan OKU dengan cara ini sebenarnya dapat memberi manfaat kepada mereka dan juga membolehkan mereka aktif dalam menjana pendapatan untuk menyara diri mereka dan keluarga.  Sokongan masyarakat amatlah penting untuk golongan OKU.

Kebanyakan pembuat seni kraf sebegini menggunakan kertas dan lidi, tetapi kami menggunakan kertas dan dawai dan ini membolehkan barangan ini tahan lama dan lasak.


Antara barangan yang dibuat oleh kami ialah pasu dengan ketinggian 1 kaki, 2 kaki dan 3 kaki.  Tempat meletak surat/bil dan menggantung kunci.  Bakul pelbagai saiz. Bakul telur. Kotak tisu. Bekas tisu atas meja makan.  Termasuk pelbagai koleksi lain mengikut permintaan dari pelanggan.  Pembelian adalah melalui on-line dan penghantaran adalah menggunakan poslaju, kangaroo ekspress, ktm distribution dan penghantaran bungkusan Pos Malaysia.

Produk yang paling laris selama ini dalam katalog kami adalah Home Sauna set.  Diimpot dan diedarkan oleh kami dan ini membolehkan produk ini dijual dengan harga yang jauh lebih rendah dari pesaing lain yang mempunyai spesifikasi produk yang sama.  Khemah adalah 4 lapis, Steamer adalah 1.5litre dan boleh menggunakan herba didalam steamer atau di emitter untuk membuang lemak badan. Harga adalah RM280.00 termasuk penghantaran ke mana-mana tempat di Semenanjung Malaysia.


SESIAPA YANG BERMINAT MENJADI PENGEDAR/PEMBELI SILA HUBUNGI KAMI DITALIAN 017 6849548 atau hantarkan email ke tahirnisa@gmail.com

Sunday 22 May 2011

Bila Islam Di Perdagangkan - Kematian pun Boleh Didebatkan

Dibawah ini adalah penulisan Raja Petra Kamaruddin di blog Malaysia Today berkenaan kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang mengorbankan 16 orang Islam.

The death of 16 orphans in a landslide in Hulu Langat, outside Kuala Lumpur, yesterday was not in vain (bukan sia-sia), said the Mufti of Selangor. According to Islam, said the Mufti, these orphans died a martyr’s death (syahid). And the same goes for anyone who dies in a traffic accident, or whatever tragedy, added the Mufti.
I suppose this is one way of looking at it. When someone dies we try to look at the ‘positive’ side of his or her death. And this is probably the Mufti’s way of making us feel good about those deaths. After all, is not Malaysia an expert at the ‘feel good’ factor? I bet they can even make us feel good about May 13 -- it taught us that racism is bad and can lead to race riots so Malaysians today are no longer racists.
Yeah, right!
The more fundamentalist Muslim would say that the 16 orphans were fated to die in the landslide yesterday. The time, date, place and manner we will die has already been determined even before we were born. So, yesterday, the 16 orphans merely kept their appointment with death. It was their fate which had already been decided and there was nothing anyone could have done to avoid it.
Is that so? What about the reports of the previous incidences of landslips in that area? Wasn’t that a sign (from God or whatever) that we have a tragedy in the making? What was done about the many landslips of past that yesterday became a landslide? (Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor dilaporkan berkata bahawa kawasan itu dipercayai telah beberapa kali mengalami kejadian tanah runtuh namun tidak dilaporkan - Bernama).
When the Tsunami hit our shores and other Asian countries on 26 December 2004, they said the same thing. Some even said that this is God’s punishment for all those sinners. I wonder what sin the babies and children committed to incur God’s wrath on them.
Actually, the death toll of the 2004 Tsunami could have been reduced had greedy people not cut away (for profit) all the mangrove plants along the coast. The mangrove would have acted as a buffer and the waves would not have gone so far inland and been so destructive.
A lot of tragedies could have been avoided. And they could have been avoided if humankind were not so greedy and corrupt. Greed and corruption, not God, causes tragedies. And those who die in tragedies should not be classified as martyrs but as victims of greed and corruption.
On a per capita basis Malaysia has ten times more fatal road accidents than Britain. And this is all because of greed and corruption. Those who die in traffic accidents are not martyrs, as the Mufti said. They are victims of greed and corruption.
The Muftis have a duty to perform. They must condemn greed and corruption. They must not tell people that 16 orphans dying in a landslide is not in vain, it is okay, it is a good, it means they are going straight to heaven. They must tell the people that this is yet another of the many signs of rampant greed and corruption in Malaysia.
Don’t tell us that the orphans’ deaths are NOT sia-sia. Tell us that their deaths ARE sia-sia. And tell us that their deaths and the deaths of thousands of other Malaysians every year is because of greed and corruption.
Are the Muftis scared of doing this? Are they so worried that they will get sacked from their jobs and will lose their comfortable income and lifestyle? Are they not brave enough to teach Malaysians proper Islam, in that we must oppose greed and corruption?
I think it is time we started appointing women Muftis in Malaysia. After all, if the Muftis do not have any balls what difference does it make if we appoint men or women as Muftis?

ULASAN SAYA
Saya terkilan dengan penulisan RPK yang menjadikan kejadian ini sebagai salah satu rujukan berkenaan betapa rasuah dan ketamakkan adalah penyebab kematian 16 orang saudara seIslam kita.  Adakah kejadian ini perlu didebatkan?  Mungkin betul berlakunya rasuah dan ketamakkan yang melampau dalam pengurusan tanah dan pembangunan tanah di Hulu Langat, tetapi adalah tidak wajar untuk RPK menyatakan bahawa kematian 16 saudara seIslam kita itu adalah SIA-SIA.  Apakah RPK sudah hilang akal untuk menjadikan kejadian ini sebagai suatu rujukan?  Adakah kita perlu jadikan semua kematian yang berlaku sebagai rujukan kepada rasuah dan ketamakkan?  

RPK menyatakan bahawa tsunami boleh dielakkan sekiranya hutan paya bakau tidak ditebang dengan sewenangnya kerana pokok paya bakau boleh menjadi benteng untuk kejadian tsunami.  Adakah RPK cuba mengajar kita bahawa RPK lebih bijak dari Allah s.w.t?  Adakah RPK fikir Allah s.w.t. tidak akan ada perancangan lain untuk menjayakan takdir tsunami sekiranya ada pokok paya bakau?

Inilah masalahnya bila ada yang tidak beriman kepada Allah s.w.t secara "total".  Penulisan RPK amat memalukan dan amat tidak wajar.  RPK harus sedar bahawa dia bukanlah orang yang terbaik atau terpilih untuk menasihat atau membahaskan isu agama, Allah dan Rasulullah.  Mungkin RPK tidak pernah ingat apa yang dia pernah di ajar tentang agama Islam.  Adakah RPK tahu apa itu doa?  Ya...RPK..do u what DOA means and how DOA can be recited?

Apabila mufti menyatakan kematian 16 saudara kita itu tidak sia-sia dan akan menerima ganjaran syurga dari Allah s.w.t, itu sebenarnya adalah sebuah DOA.  RPK terlalu angkuh untuk menyedari bahawa itu adalah doa.  Hanya mereka yang masih mempunyai iman dan takwa dan diberi hidayah oleh Allah s.w.t., akan sedar bahawa menyatakan perkara baik dalam kematian seseorang adalah sebuah DOA dan suatu amalan yang akan dibayar ganjaran pahala oleh Allah s.w.t.

Kepada RPK, kembalilah kepada ajaran Islam sebenar berlandaskan Al-Quran dan Hadis.  BArulah kamu akan sedar bahawa Allah s.w.t. terlalu berkuasa dan walaupun tidak wujud rasuah, tidak wujud ketamakkan, tidak berlaku penebangan hutan paya bakau dan sebagainya sekalipun....Yang Allah Berkehendakkan PASTI Akan Terjadi.

RPK juga menggunakan bahasa yang kurang enak untuk menggambarkan bahawa mufti adalah pengecut dan "tidak jantan".  Adakah RPK sedar bahawa penulisan sebegini tentang mufti akan mengundang lebih ramai orang kafir untuk mempersenda dan mempermainkan agama Islam.  Orang seperti RPK harus mencermin diri dia sendiri sebelum melabel orang lain dengan bahasa yang kurang enak.  


Cuba RPK katakan dengan jujur, pernah tak dia minum arak atau minuman yang dilarang minum dan makanan yang dilarang makan?  Saya tidak akan menuduh tetapi pada masa yang sama saya juga tidak akan menidakkan perkara sebegini berlaku dalam kehidupan kebanyakan orang Islam yang berpengaruh secara politik dan keduniaan.  RPK cermin diri kamu dahulu dan doakan agar saudara seIslam yang terkorban akan mendapat syurga yang dijanjikan Allah s.w.t.

Friday 20 May 2011

CUKAI EKSPOT UNTUK NADIR BUMI DARI CHINA-LYNAS BERCINTA

Nadir bumi (rare earth) yang telah diproses di China dikenakan cukai ekspot oleh kerajaan China.  Sebahagian dari mineral nadir bumi yang di ekspot telah di naikkan cukai ekspot dan salah satu dari mineral yang dikenakan cukai ekspot yang paling tinggi ialah Neodymium.  Mineral ini adalah yang paling banyak digunakan dalam industri pembuatan.  Di bawah ini adalah maklumat tentang cukai ekspot yang dikenakan oleh kerajaan China yang diumumkan pada 16 December 2010 dan berkuatkuasa Januari 2011.

Changes in the applied export tax (by HS Code):
- Rare earth metal Neodymium (HS 28053011), 25 percent up from 15 percent in 2010.

Newly added products:
- Rare earth, exact name unobtainable (HS 28053014), 25 percent
- Rare earth, exact name unobtainable (HS 28053015), 25 percent
- Rare earth chloride, unspecified (HS 28469032), 15 percent
- Rare earth chloride, unspecified (HS 28469033), 15 percent
- Rare earth chloride, unspecified (HS 28469039), 15 percent
- Rare earth containing ferroalloys (HS 72029999), 25 percent
- Other of copper alloys (HS 74071090), maximum 30 percent, applied 0 percent
- Certain aluminum plates (HS 76061191), maximum 20 percent, applied 0 percent
- Certain aluminum plates (HS 76061129), maximum 20 percent, applied 0 percent

Products no longer subject to an export tax:
-Rare earth chloride Praseodymium oxide (HS 28469030), previously 15 percent



Ini jelas menunjukkan tentang apa yang dimaksudkan Lynas dengan pernyataan mereka bahawa memproses nadir bumi di Malaysia adalah lebih menguntungkan sebanyak 20% hingga 30% walaupun nadir bumi mentah dari Australia terpaksa dibawa sejauh 2000km melalui kapal ke Gebeng. Lynas dapat menjimatkan wang sebanyak 15% hingga 30% dari membayar cukai ekspot. Tambahan pula Lynas dikecualikan dari membayar cukai perniagaan selama 10 hingga 12 tahun.
Kerajaan Malaysia telah memberikan "lamaran cinta" yang menarik kepada Lynas dan ini telah menyebabkan Lynas "jatuh cinta pandang pertama" dengan "lamaran" tersebut dan kerajaan Malaysia dan Lynas sedang dilamun cinta yang cuba digugat keutuhan cinta mereka oleh rakyat Malaysia yang muak dengan adegan dan lakonan mereka.

Tuesday 17 May 2011

ADNAN LEBIH BAIK DIAM-CAKAP MEMENTINGKAN DIRI DAN LYNAS

Dibawah ini adalah petikan dari Malaysian Insider.  Menteri Besar Pahang meminta seluruh rakyat Malaysia menerima apa juga keputusan badan bebas yang dilantik untuk mengkaji projek LAMP ini.

Pahang Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob said today that recent opposition-led demonstrations against the controversial rare earth plant in Kuantan were politically motivated.
He said that there was no reason to protest as an independent panel was already reviewing the plant being constructed by Australian miner Lynas Corp in the Gebeng industrial zone.
“All parties including the opposition should accept the decision of the independent panel,” he told reporters here.

SOALNYA SEKARANG IALAH....KENAPA PERLU 28 JUTA RAKYAT MALAYSIA MENDENGAR APA YANG DIKATAKAN OLEH BEBERAPA ORANG DARI "BADAN BEBAS"?

MEREKA YANG PATUT DENGAR LUAHAN DAN BANTAHAN 28 JUTA RAKYAT MALAYSIA.

Monday 16 May 2011

Dokumen dari Lynas 1760ppm Thorium = 40% REE/REO

Lynas telah membentangkan laporan dan penerangan rasmi di Konferensi Nadir Bumi di Hong Kong pada 9 hingga 11 November 2010 berkenaan perlombongan nadir bumi di lombong kepunyaan mereka di Mt Weld, Australia.  Lynas telah menjelaskan bahawa terdapat 44ppm Thorium bagi setiap 1% REE (Rare Earth Elements/Rare Earths Oxides).  Dalam penerangan yang diberikan oleh mereka, Lynas telah menunjukkan carta yang menunjukkan bahawa selepas nadir bumi ini dilombong dari dalam bumi, nadir bumi ini akan dihancurkan dikilang yang didirikan berdekatan dengan lombong.  Selepas melalui beberapa proses maka nadir bumi ini akan mengandungi 40% REE/REO sebelum dibawa keluar melalui jalan darat ke pelabuhan untuk diekspot ke Gebeng.  Ini bermakna selepas dihancurkan nadir bumi ini mengandungi 40% REE/REO dan kandungan Thorium juga meningkat secara otomatik.  

44ppm Thorium = 1% REE/REO, 

jadi untuk 40% REE/REO,

44ppm X 40 = 1760ppm Thorium = 40% REE/REO

1760ppm adalah jumlah sebenar Thorium terkandung dalam 1 tonne nadir bumi yang akan dihantar ke Gebeng melalui kapal.

Saya sertakan dibawah ini maklumat penuh dari Lynas berkenaan perkara ini.  Terdapat juga segala maklumat lain berkenaan LAMP yang dibina di Gebeng.

Harapan saya agar maklumat ini dapat memberi maklumat yang secukupnya untuk kegunaan YB Fuziah.  Semalaman saya mencari maklumat sebegini setelah menerima email dari YB Fuziah yang meminta saya membantu beliau mencari sebanyak mungkin maklumat berkenaan kandungan Thorium yang disyaki lebih tinggi dari apa yang telah Lynas jelaskan sebagai "amat rendah"

Satu lagi perkara yang perlu diambil berat oleh rakyat Malaysia ialah kedalaman lubang yang digali di Mt Weld sewaktu contoh(sample) nadir bumi diambil untuk tujuan kajian kerana tidak ada data yang spesifik menunjukkan kedalaman yang digali.  Sebahagian besar pengkaji akan menggali hanya 20 meter hingga 30 meter kedalam perut bumi. Justeru maklumat kajian adalah untuk nadir bumi yang diambil bagi kedalaman maksimum 30 meter sahaja.  Tetapi di Mt Weld, nadir buminya terletak di kedalaman 30 meter, 60 meter dan 70 meter.  Bagi setiap meter kedalaman, kandungan nadir bumi adalah berlainan dan maklumat yang diberi Lynas tentang 44ppm Thorium/1% REE adalah terlalu umum.  Sila klik di bawah untuk dokumen lengkap. 


Ahli Parlimen Parti Greens, Australia Sangsi Kandungan Thorium

Ahli Perlimen dari Parti Greens iaitu Robin Chapple, telah menyatakan dalam suatu wawancara bahawa dia mengesyaki bahawa Lynas tidak memberikan maklumat yang tepat berkenaan kandungan thorium pada nadir bumi yang dilombong diMt Weld, Australia.  Chapple telah menyatakan bahawa kemungkinan Lynas melakukan sedemikian bagi mendapatkan kelulusan yang mudah dari pihak berkuasa di Australia bagi membolehkan nadir bumi tersebut dibawa ke pelabuhan dari kawasan lombong melalui trak dan keretapi.  Berlandaskan maklumat yang diberikan oleh Lynas, nadir bumi tersebut dikategorikan sebagai bahan tidak berbahaya dan ini akan memudahkan Lynas mengekspot keluar nadir bumi tersebut ke Malaysia.  

Kemungkinan ini adalah juga salah satu sebab kenapa Lynas tidak mahu mendirikan LAMP mereka di Australia kerana kelentong mereka berkenaan kandungan thorium akan diketahui umum.  

Saya sertakan link untuk artikel yang tertulis kata-kata dari Robin Chappel.  Saya meletakkan artikel ini kerana YB Fuziah ada meminta saya mencari maklumat berkenaan perkara ini dan ini adalah salah satu artikel yang boleh digunakan untuk membuat siasatan yang lebih menyeluruh.  Mungkin YB Fuziah adalah individu yang terbaik untuk menghubungi Robin Chappel bagi mendapatkan menjelasan lebih lanjut.

Artikel Berkenaan

http://www.crikey.com.au/2011/04/18/lynas-cops-heat-from-protesters-shareholders-over-malay-refinery-plans/

DOKUMEN DARI LYNAS-BUKTI BN PENYOKONG KUAT LYNAS

Saya telah menulis berkenaan bagaimana adalah mustahil untuk BN dan Lynas memberhentikan pembinaan atau operasi LAMP di Gebeng.  Sebahagian besar perkara yang tertulis didalam dokumen-dokumen yang sertakan dibawah ini mungkin sudah diketahui oleh kita, tetapi saya belum pernah jumpa penulisan berkenaan perkara-perkara ini dari pihak Lynas sendiri.  Berikut dari penemuan dokumen-dokumen ini, saya ingin kongsikan dengan semua pembaca dan rakyat Malaysia dan anda semua boleh mengetahui dengan penuh yakin bahawa memang kerajaan Barisan Nasional menjadi penyokong kuat pembinaan LAMP di Gebeng.  

Anda juga akan dapat membaca tentang projek nadir bumi ini pada awalnya tidak pernah membabitkan Malaysia sebagai negara pemprosesan.  Anda perlu membaca kesemua dokumen dengan teliti dan akan dapat lihat tentang kos tahunan, keuntungan tahunan dan kandungan nadir bumi yang dinyatakan dengan jelas.  AMR Technologies dijelaskan sebagai syarikat yang akan memproses nadir bumi ini di China dan Malaysia tidak pernah tercatit dalam perancangan Lynas ini.  Sepertimana dalam penulisan saya yang lepas, maka terbuktilah bahawa Lynas menjadikan Malaysia sebagai pusat pemprosesan kerana kehilangan pegangan saham di AMR Technologies (ini juga saya telah tuliskan dahulu secara terperinci).  Lynas boleh memindahkan pusat pemprosesan ke Zibo, Wilayah Shandong, China.  Tetapi ini cuma akan dilakukan sekiranya LAMP di Gebeng gagal dilaksanakan.

Pemilihan Kemaman dan kemudian ditukar ke Gebeng juga didokumenkan. Didalam dokumen dibawah ini juga anda akan dapat membaca bahawa Gebeng telah dipilih kerana faktor duit atau lebih tepat keuntungan kepada Lynas.  Nicholas menjelaskan bahawa walaupun nadir bumi terpaksa dihantar melalui kapal ke Gebeng dari Australia, keuntungan yang akan diperolehi adalah 30% lebih dari memproses nadir bumi ini di Australia atau China.  

Lynas telah menerima sokongan penuh dari MITI, kerajaan negeri Pahang dan Majlis Perbandaran Kuantan.  Ini juga terdapat dalam dokumen yang disertakan.  Terdapat penjelasan dari Lynas bahawa mereka menerima sokongan padu dari kerajaan Malaysia dan juga diberi penarafan "pioneer status" dan ini amat mengembirakan Lynas.  Jadi kerajaan BN telah memberikan sokongan padu tanpa membuat apa-apa penyiasatan dan kajian secara terperinci tentang nadir bumi dan LAMP ini.  Kerajaan BN telah melayan isu ini sama seperti menerima sebuah syarikat menjual makanan segera melabur jutaan ringgit di Malaysia.  Mereka telah melayan isu ini dengan lemah dan untuk menambahkan realiti kebodohan kerajaan BN, kerajaan BN ini telah memberikan peluang kepada sebuah syarikat asing membuat 30% lebih duit dan memberikan pula "tax exemption" untuk 10 tahun.  Adakah Lynas akan tinggalkan semua ini dan menghancurkan peluang mereka untuk membuat DUIT hanya kerana rakyat Malaysia membantah?  Kalaupun Lynas bersetuju tinggalkan Malaysia, pastunya kerajaan BN perlu membayar gantirugi yang besar kepada Lynas.  Kerajaan BN memang bodoh, membuka peluang untuk pelabur luar menjadikan kita sebagai cagaran mereka untuk membuat duit.

DOKUMEN DARI LYNAS


http://www.lynascorp.com/content/upload/files/PDFs/RareMetalsannouncement06Oct04.pdf

http://www.lynascorp.com/content/upload/files/Malaysian_processing_plant_increases_scope_of_Mt_Weld_production_19_Oct_06.pdf

http://www.lynascorp.com/content/upload/files/Announcements/Pioneer_Status_announcement_030407_final_Teluk_corrected.pdf

http://www.lynascorp.com/content/upload/files/Announcements/Malaysian_Plant_Relocation_to_Pahang_-_270807_493554.pdf

http://www.lynascorp.com/content/upload/files/Announcements/Lynas_Secures_Processing_Plant_Site_in_Pahang,_Malaysia__260907.pdf

http://www.lynascorp.com/content/upload/files/Announcements/2008/Lynas_Environmental_Approvals_Announcement_-_200208_565096.pdf

Sunday 15 May 2011

Barisan Nasional Pelindung Kepentingan Lynas-Bukti dan Fakta

The BN government has no intention to scrap this LAMP project of Lynas.  I am saddened with some documents that I found from the archives backdated few years back.  The documents clearly stipulates that not only MITI, but the state of Pahang and the Kuantan municipility had given complete endorsement of this project and the tax waiver given to Lynas is also properly documented.  Lynas lost control of AMR Technologies and I had highlighted this in my previous write-up.  Lynas shares plummeted recently and the last thing they need is for the LAMP to be scrapped.  They cant reverse all the contracts that they had duly signed with their clients.  Also mentioned in the document that I obtained is that there is a site in China that Lynas is keeping in KIV mode just in-case this LAMP in Malaysia does not materialise but the saddening part for Lynas is that the Chinese government had imposed restrictions on exports of rare earth especially to Japan due to some territorial dispute between those two governments. To add salt to the wound, Japan is Lynas's largest client and financier for this LAMP thus Lynas would have to protect the interest of their Japanese clients and financiers.

Also, Lynas is believed to have under-declared the actual content of Thorium in the ore mined at Mount Weld to simplify the process of obtaining export approval from the Australian authorities without hassle.  If they declare the true value of Thorium contained in the ore, then they might have to go through a hectic process to obtain export approval and the shipment would be considered as dangerous cargo during sailing to Kuantan. 

Another factor is that, the Australian Green Party has a very strong grip on environmental issues and for Lynas to have their LAMP built in Australia is like constructing a house on a graveyard.  Only the Malaysian government is stupid enough to give not only the approval for the construction of the LAMP but also "Pioneer Status" to Lynas as a pioneer investor that automatically enjoys tax rebate and special treatment.  It is like welcoming them with our Malaysian warmth and pleasant courtship without even having a tiny bit of self-esteem to save-guard the people of Malaysia.  BN, you guys are marvelous, as marvelous as "Penyamun Tarbus".  I will reveal the documents in my blog.

OSAMA BIN MOHAMED BIN AWAD BIN LADEN

Aku....Dia.....Kamu....Mereka.....Kita,

Semua dalam genggaman fikiran ku,
Segalanya tidak luput ditelan arus masa,
Sepertinya waktu tidak berganjak,
Sepertinya aku terdampar tidak bernyawa,
Sepertinya aku tidak punya apa

Aku mencari...aku meniti...bagai tiada kesudahan,
Perjalanan yang kusangka dekat,
Rupanya tiada mahu berakhir,
Kenapa?Mengapa?Siapa?..menjadi punca kemelut jiwa ku ini

Terjelma segalanya..sesempurna iman yang mengalir didalam darah ini,
Tertumpahkah darah ini?Terkorbankah perjuangan ini?
Adapun yang peduli adalah keramat yang tiada sakti,
Tiada aku mahukan kegagalan,
Tiada aku menolak kebahagiaan,
Cuma aku tidak berdaya meneruskan kealpaan

Hari ini, aku berfikir,
Sama seperti semalam yang ku lalui,
Hari ini aku menanti, esok yang belum tentu hadir,
Namun malaikat itu....
sering hadir dalam mimpi ku,
Menghabiskan waktu hingga Subuh
Bertasbih, berzikir memuji Pencipta yang Esa
Aku dapat merasa dia disisi

Sayangnya aku kepada Dia,
Kasihnya aku kepada Dia,
Menjadi bualan dialam yang indah,
Membawa seribu keinsafan..membuka berjuta laluan keimanan

Mimpi..bertandang...tidak pernah ku pinta,
Iman yang ditiup tidak pernah ku abai,
Terima kasih Allah kerana temukan aku dengan jalan keredhaan,
Kerana memimpin aku dalam cahaya kesamaran,

Dia...ya...dia....yang bernama kematian,
Datangnya dia tidak di duga,

Namun aku menerimanya,
Walau ramai yang takut akannya,
Tercatit sudah untuk ku disemadi buat selamanya,
Tanpa kubur, tanpa jasad, tanpa harta  dan kekayaan,

Tetapi ku punya doa dari mereka yang kuperjuangkan 

 

Semoga Allah memberi keampunan dan kerahmatan kepada kematian yang tidak bernisan, Osama bin Mohamed bin Awad bin Laden...perjuanganmu menjadi kebangaan insaniah berjiwa Islamiah.  Kau tinggalkan kekayaan, kau perjuangkan keIslaman, kau tanamkan pengorbanan, kau wujudkan keinsafan. 

Tuesday 10 May 2011

Tun Mahathir, Barisan Nasional dan Sekularisma

Saya tertarik untuk menulis berkenaan topik ini apabila sejak akhir-akhir ini timbul pelbagai isu berkenaan agama dan bangsa.  Isu-isu ini pula adalah begitu sensitif kepada pemuafakatan dan hubungan erat diantara agama dan kaum.  Tetapi nampaknya terdapat individu yang seronok memperlekehkan isu-isu ini dengan menambahkan kesakitan kepada luka yang sudah tersedia.
Sebagai permulaan mari kita singkap siapa yang telah memulakan isu agama dan perkauman secara tidak langsung dan menyebabkan berlaku perpecahan dalam kemakmuran dan keharmonian diantara kaum di Malaysia.  Perbuatan seorang individu yang begitu penting dalam pembinaan negara Malaysia yang maju dengan membuat pengiktirafan yang tidak munasabah dan tidak benar terhadap negara Melaysia, adalah titik tolak sebenar wujudnya puak-puak yang mengeksploitasikan isu agama dan toleransi antara kaum.

Individu yang saya maksudkan ialah Tun Dr. Mahathir bin Mohamed.  Individu ini adalah seorang yang memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun dan kemudian pada September 2001 beliau telah melakukan sesuatu yang tidak siapa jangka dan beliau melakukannya atas dasar untuk melukakan PAS dan mereka-mereka yang menyokong Islam melebihi politik.  Beliau dengan rasminya telah mengistiharkan negara Malaysia adalah negara Islam.  Beliau telah mengulangi pernyataan ini di media dan juga semasa menghadiri mesyuarat anggota Parti Gerakan yang dihadiri delegasi dari seluruh Malaysia.  Apa yang telah berlaku selepas peristiharan ini adalah apa yang kita lihat sekarang.

Tahun demi tahun, wujud individu dan pertubuhan yang memperjuangkan hak sesuatu kaum, sesuatu agama dan sesuatu masyarakat.  Masing-masing bimbang dengan keadaan yang boleh manjadikan mereka sebagai sasaran  sesetengah pihak yang ingin merialisasikan Malaysia sebagai negara Islam.  Apa yang diistiharkan oleh Tun dimesyuarat Gerakan adalah sama sekali bertentangan dengan kontrak sosial yang wujud antara kaum, bertentangan dengan deklarasi Merdeka pada tahun 1957, bertentangan dengan Perjanjian Pembentukan Negara Malaysia pada tahun 1963, bertentangan dengan rukun negara yang diperkenalkan pada tahun 1970 dan bertentangan dengan Visi 2020 yang diperkenalkan pada tahun 1991. 

Terlalu banyak perjanjian dan deklarasi yang wujud di Malaysia yang tidak memungkinkan Malaysia menjadi Negara Islam.  Apa yang Tun telah lakukan adalah memperlekehkan institusi pemerintahan yang sedia ada pada waktu itu dengan mengambil langkah mudah dan kurang bijak dengan mengistiharkan sesuatu yang sememangnya tidak wujud.  Pembentukan sebuah negara Islam pada tahun 2001 sedangkan pemerintahan Barisan Nasional adalah berlandaskan fahaman sekular yang didalangi pengaruh British dan kebaratan.

Tunku Abdul Rahman telah menyatakan pada majlis hari lahir beliau yang ke 80, “not to turn Malaysia into an Islamic State”.

Jelas bahawa dari segi peruntukan perlembagaan dan kontrak sosial yang wujud di Malaysia, Malaysia bukan dan tidak mungkin menjadi negara Islam.  Perlembagaan dan pemerintahan sekular yang dilaksanakan adalah jelas membuktikan bahawa Tun telah mewujudkan satu situasi yang mengelirukan diantara agama dan kaum di Malaysia akibat dari tindakan beliau mengistiharkan Malaysia sebagai negara Islam.  Akibatnya ditanggung oleh kita sehingga kini.  
Tun pula dengan senang lenang masih memberikan komen-komen pedas beliau berkenaan isu-isu yang ditimbulkan oleh pelbagai individu dan kelompok.  Isu berkenaan agama ini adalah sesuatu yang memerlukan toleransi dan seorang pemimpin tidak boleh sewenang-wenangnya membuat sesuatu pengistiharan atas tujuan jangka pendek iaitu bagi melumpuhkan pengaruh PAS dalam isu mewujudkan negara Islam.  

Tun adalah seorang pemimpin sekular yang berfikiran dengan logik akal dan beliau telah melaksanakan kebanyakan polisi dibawah pemerintahan beliau dengan mangambil kira pemikiran logik akal.  Saya masih ingat dengan jelas bagaimana Tun membuktikan fahaman sekular beliau dan betapa beliau percaya kepada logik akal.  Tun pernah membuat kenyataan dimedia " Dulu masa zaman Nabi Muhammad mana ada pisau cukur sebab tu dia orang tak cukur janggut, jadi dia orang simpan janggut bukan sebab Islam tapi sebab tak ada pisau cukur".  Kenyataan ini dikeluarkan beliau bila timbul isu tentang pihak-pihak yang menyatakan Tun berfahaman sekular.  Tetapi dengan mudah saya boleh menyangkal kenyataan Tun.  Di Dalam Al-Quran yang telah diturunkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w., Allah s.w.t. telah menjelaskan bahawa rukun haji termasuk bercukur rambut, sebelum kemasjid untuk berjemaah sembahyang Jumaat bersihkan diri dengan bercukur, disunatkan mencukur rambut bayi pada hari ke 7 kelahiran dan pelbagai lagi arahan dan amalan tentang bercukur yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis.

Perkataan "CUKUR" ini telah wujud sejak zaman Rasullullah lagi.  Cuma perkakas yang digunakan untuk bercukur bukanlah pisau cukur Gillette atau Schick.  Terbukti fahaman sekular yang kuat terdapat pada pemimpin-pemimpin diperingkat nasional mahupun negeri dan inilah faktor yang menyebabkan perbuatan Tun mengistiharkan Malaysia sebagai negara Islam mendapat reaksi yang memecahbelahkan keharmonian antara kaum sehingga waktu kita sekarang ini.

Firman Allah s.w.t.,
"Sesungguhnya Allah telah membenarkan Rasul-Nya (dalam) mimpinya dengan kebenaran (iaitu) demi seseungguhnya kamu akan ke Masjidil Haram insya Allah ( jika dikehendaki Allah) dengan aman sentosa serta bercukur dan menggunting (rambut) kepalamu tanpa takut sedikit pun" (Surah Al- Fath ayat 27) 

Sikap kepuraan-puraan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan pemimpin -pemimpin pembangkang yang berfahaman sekular inilah sebenarnya musuh dalam selimut bagi rakyat Malaysia.

Monday 2 May 2011

NAJIB dan OSAMA - ANTARA REALITI DAN FANTASI

Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya penulisan saya ini mengguris hati sesiapa.  Yang penting adalah untuk kita menbezakan diantara realiti perjuangan seorang pejuang muslim dan fantasi seorang pemimpin sekular.

Ramai yang telah mendengar, membaca dan melihat berita Osama bin Laden meniggal dunia dalam pertempuran dengan askar Amerika Syarikat di Pakistan.  Ramai juga pemimpin dunia yang membuat ulasan dan memberi pandangan peribadi dan juga pendangan kolektif berkenaan peristiwa ini.  Al-Qaeda juga memberi tindakbalas secara lisan berkenaan perkara ini dan telah pun disiarkan secara meluas diseluruh dunia.

Soalnya kenapa Najib mengeluarkan kenyataan yang berbentuk penghinaan terhadap Islam?  Najib menyatakan bahawa kematian Osama Laden adalah baik untuk dunia kerana ianya akan mengurangkan kekejaman dan keganasan yang telah dilakukan oleh Osama Laden dan Al-Qaeda.  Adakah Najib bercakap setelah menggunakan akal atau cuma bercakap sedap mulut tanpa menilai sejarah "kekejaman" dunia.? Kalau Najib buta sejarah atau tidak pandai menilai kekejaman yang berlaku diseluruh dunia, biarlah saya sebagai seorang yang bodoh dan tidak berpendidikan tinggi memberitahu kepada Najib bahawa kekejaman dan keganasan dimulakan dan dipelopori oleh pihak Barat sejak berabad lamanya.  Al-Qaeda diwujudkan untuk menjadi penentang..saya ulangi PENENTANG kepada keganasan dan kekejaman yang dilakukan oleh pihak Barat ke atas umat Islam diseluruh dunia.  

Saya bukan penyokong Al-Qaeda tetapi sebagai seorang muslim yang bersaudara dengan semua muslim lain diseluruh dunia, kita tidak harus merasa gembira dengan berita kematian seorang muslim yang lain.  Seharusnya Najib mempunyai nilai dihati untuk memikirkan bahawa walau sejauh mana pun dia tidak suka kepada Osama, dia dan sesiapa sahaja tidak harus membuat komen yang sedemikian rupa terhadap berita kematian Osama Laden.  Seharusnya kita mendoakan semoga kematian Osama Laden diterima Allah s.w.t. dengan penuh kemaafan dicurahkan terhadap roh beliau. 

Saya sebagai seorang Islam merasa terhina dengan komen yang diberikan oleh Najib. Lebih-lebih lagi Najib adalah pemimpin sebuah negara yang dikategorikan sebagai negara Islam.  

Saya menentang keganasan tetapi saya juga tidak akan menghina pengganas/pejuang yang terkorban dalam mempertahankan agama Islam yang mulia.  Bukan menjadi tugas kita untuk melabelkan seseorang sebagai pengganas atau pejuang.  Amerika Syarikat juga negara pengganas kalau dilihat kepada aspek kekejaman mereka terhadap umat Islam sejak berabad lamanya dalam menangani isu Palestin dan Israel.  Tetapi orang Islam tidak pernah menghina pemimpin Amerika Syarikat yang mati.  
Segala kejadian dimuka bumi ini adalah dalam pemerhatian Allah s.w.t., dan sebagai hamba Allah, kita tidak harus menjadi hakim untuk urusan yang kita sendiri pun tidak lulus.

Friday 29 April 2011

LYNAS CUBA MENYEMBUNYIKAN FAKTA - THORIUM, URANIUM - MALAWI

Selepas saya menyiarkan berita tentang pembelian aset nadir bumi di Malawi oleh Lynas, YB Fuziah telah membawa perkara ini kepengetahuan pihak di Putrajaya dan juga telah meminta Lynas memberikan penjelasan. YB Fuziah adalah antara orang-orang yang pertama saya akan hantarkan sebarang penulisan saya.  Penjelasan dari Lynas sangat pendek dan ringkas.  Mereka menyatakan bahawa Lynas baru selesai urusan membeli aset tersebut dua bulan yang lepas dan sekarang sedang membuat kajian tentang nadir bumi di Kangankunde Hill, Malawi.

Saya membongkar isu ini dengan lebih mendalam. Lynas memberikan laporan media yang boleh mengelirukan rakyat Malaysia untuk mengelakkan diri dari menjawab persoalan yang timbul.

Perjanjian pembelian aset nadir bumi di Malawi telah ditandatangani pada tahun 2007.  Kelulusan untuk melombong diperolehi pada tahun 2011 kerana keadaan tegang diantara negara-negara Afrika pada masa itu. 

Kajian tentang nadir bumi di Malawi terutamanya di Kangankunde Hill (kepunyaan Lynas) telah pun dilakukan dari tahun 1987 hingga 1990 oleh sebuah syarikat geosains Perancis bernama Bureau de Recherches Geologiques et Minieres (BRGM).  BRGM telah pun selesai melakukan kajian tentang aspek geologi dan kajian proses kerja.  Satu-satunya sebab kenapa tidak ada perlombongan nadir bumi dilakukan pada waktu tersebut adalah kerana keadaan tegang dinegara-negara yang berjiran dengan Malawi yang tidak memungkinkan hasil perlombongan dibawa keluar dari Malawi.

Berbalik kepada kajian yang telah dilakukan oleh BRGM.  Pada tahun 2007 pihak Lynas telah melantik sebuah firma perunding Australia bernama Hellman and Schofield Pty Ltd untuk mendigitalkan hasil kajian yang telah dilakukan oleh BRGM dan Lynas telah mendapat hak penuh untuk mengambil, menyimpan dan menggunakan hasil kajian ini untuk kepentingan mereka.

BRGM telah selesai melakukan "ore concentration test work" pada tahun 1989. 30 tan bahan mentah nadir bumi telah dilobong dan digunakan dalam kajian tersebut. Kajian yang lebih menyeluruh telah dijalankan oleh syarikat Mintek and Multotek bertempat di Johannesburg dan hasil kajian adalah sama dengan hasil yang diperolehi oleh BRGM.

Pada dokumen yang disertakan dibawah ini, jelas tertulis bahawa kajian telah selesai dan kandungan nadir bumi di Kangankunde Hill telah lama diketahui.  Juga tercatit dengan jelas dua mineral beradioaktif iaitu Thorium dan Uranium yang dikatakn terdapat dalam kadar yang sedikit.  

Kita perlu ingat bahawa kandungan bahan mentah nadir bumi di Kangankunde adalah beratus ribu tan dan sekiranya thorium dan uranium yang dikatakan terkandung dalam jumlah sedikit menjadi terkumpul sewaktu pemprosesan di LAMP Gebeng maka jumlah thorium dan uranium akan menjadi banyak dalam masa yang singkat.

Dokumen Berkaitan

http://www.lynascorp.com/content/upload/files/Announcements/Acquisition_of_New_Rare_Earths_Resource_in_Malawi_060907_%282%29.pdf

Thursday 28 April 2011

HARI NI SANGAT MEMENATKAN-WARGA AFRIKA LARIKAN DIRI DARI POLIS

Dah lama sangat tak menulis sesuatu yang santai.  Hari ni saya nak tulis sesuatu yang lebih ringan untuk diterima oleh akal fikiran.  Ini dikatakan "recharge" otak kita bila dah terlalu penat dengan tugas dan kerja.  Esok pun hari yang sibuk juga.

Oklah...biar saya tuliskan tentang apa perbualan saya dan isteri sebentar tadi.  Dalam ramcangan 999 di TV3, dipertontonkan bagaimana warga Afrika ditangkap kerana menjalankan kegiatan penipuan dengan menipu individu melalui internet.  Isteri saya berkata dahsyatnya sampai ada pistol kat tangan polis semasa polis serbu kediaman warga Afrika tersebut di Kepong.

Saya pun berseloroh dan kata..."apa susah, kalau orang Afrika tu nak larikan diri, masa polis serbu padamkan lampu, jangan ketawa dan jangan bukak mata, pejamkan je mata tu, pakaian pastikan sentiasa hitam...ermmm..teraba-raba polis cari...maka bermulalah permainan " now you see it, now you don't".

LYNAS SEMAKIN YAKIN, BN SEMAKIN JAHIL-LYNAS DAN PELANGGAN MEREKA

22hb April 2011
Mustapa Mohamad menyatakan lesen operasi untuk LAMP yang dibina oleh LYNAS tidak akan diluluskan selagi panel bebas tidak selesai menjalankan kajian berkenaan kesan kepada kesihatan, keselamatan dan alam sekitar.

Lynas mengeluarkan kenyataan kepada media Malaysia dan antarabangsa bahawa mereka menyambut baik rancangan kerajaan Malaysia yang ingin menubuhkan panel berkecuali untuk menilai pembinaan dan oparasi LAMP mereka di Gebeng.

27hb April 2011
Lynas menandatangani perjanjian dengan pelanggan yang tidak dinyatakan nama mereka.  Pelanggan ini sudah bersetuju untuk membeli nadir bumi yang bakal diproses di Gebeng.  Pelanggan ini dikatakan sebagai pelanggan utama yang penting dan akan bertindak sebagai pembekal kepada industri yang akan menggunakan mineral-mineral dari nadir bumi.

Pada awal bulan ini, Lynas mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah menandatangani 6 perjanjian pembekalan mineral nadir bumi dengan pelanggan dan 2 perjanjian "letter of intent".  Mereka juga telah menandatangani perjanjian "rakan seteru" dengan Sojiltz dari Jepun dan perkara ini pernah saya tulis di blog saya ini.  Sojiltz juga bertanggungjawab mendapatkan pinjaman untuk Lynas bagi menjayakan pembinaan LAMP di Gebeng.


Ulasan saya.
Kenyataan MITI dan Lynas boleh dibandingkan.  Jelas, Lynas mencengkam MITI dan kerajaan Malaysia.  Lynas nampak lebih yakin dan penuh iltizam untuk meneruskan segala perancangan yang tersedia untuk mengembangkan perniagaan mereka.  Perniagaan mereka banyak bergantung kepada LAMP di Gebeng.  Tanpa LAMP di Gebeng maka Lynas akan tersepit dalam suatu keadaan yang sukar kerana mereka tidak akan dapat melakukan pemprosesan nadir bumi dan akan gagal membekalkan mineral nadir bumi kepada pelanggan mereka. Nampaknya Lynas sudah tahu lebih awal bahawa...TIADA APA DAPAT MEMBATALKAN PEMBINAAN LAMP DI GEBENG (Kecuali bala dari Allah).

Untuk pelanggan bersetuju membeli sesuatu produk dari sesebuah syarikat, yang pertamanya, produk itu haruslah "wujud".  Maknanya tiada siapa akan bersetuju menjadi pelanggan jika "produk" tidak ada.  Dalam situasi yang kita ketahui kini, pelanggan sudahpun menandatangani perjanjian untuk menjadi pembeli dan ini bermakna "produk" itu memang wujud ataupun sudah pasti "akan wujud".

Pelanggan yang dimaksudkan ini menandatangani " Letter of Intent" pada tahun September 2008 dan menandatangani perjanjian jual beli pada April 2011 selepas kerajaan Malaysia menyatakan lesen operasi untuk LAMP Lynas tidak akan dikeluarkan sehingga pakar selesai kajian tentang kesan kepada kesihatan, keselamatan dan alam sekitar.  Sekiranya anda adalah pelanggan yang dimaksudkan, adakah anda akan menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat yang belum tentu mendapat lesen untuk beroperasi?

Jawapannya mudah, sudah pasti anda tidak akan menandatangani perjanjian yang masih samar-samar. Paling kurang pun anda akan menungu sehingga panel bebas selesai menjalankan kajian mereka.  Namun perkara yang sebaliknya berlaku dalam isu Lynas dan pelanggan mereka.  Makin rakyat membangkang dan kerajaan BN pula mengeluarkan kenyataan seolah-olah ingin membantu rakyat, makin Lynas bersikap  berani dan lebih berkeyakinan untuk menjayakan rancangan mereka (Lihat pada zionis Israel, makin banyak resolusi diluluskan oleh PBB mengutuk mereka, makin banyak kekejaman dilakukan - ini adalah kerana zionis mempunyai Amerika Syarikat yang talam dua muka- di PBB mereka mengutuk Israel, disebalik semua itu mereka membantu Israel menjahanamkan Palestin)

Justeru, adakah kerajaan BN juga membantu Lynas disebalik drama yang menunjukkan seolah-olah kerajaan melalui MITI prihatin terhadap desakan rakyat? 

Adakah surat sokongan telah dikeluarkan kepada Lynas untuk mereka pertontonkan kepada bakal pelanggan mereka tentang keyakinan kerajaan BN terhadap Lynas dan LAMP?

Jika kerajaan tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat sokongan, adalah sangat mustahil untuk sesiapa menjadi pelanggan Lynas dalam keadaan seluruh dunia tahu akan tentangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap LAMP di Gebeng.


Dokumen berkaitan

http://www.lynascorp.com/content/upload/files/Announcements/2011/New_Supply_Agreement_Announcement_270411.pdf

http://www.foxbusiness.com/industries/2011/04/26/lynas-corp-converts-letter-intent-new-customer-contract/