Wednesday 9 March 2011

Halal dan Haram

Kenapa manusia ini begitu jahil.  Kebodohan adalah perkara biasa dalam sistem hidup manusia.  Tetapi kejahilan adalah sesuatu yang sepatutnya semua manusia yang bodoh pun boleh elakkan sekiranya berpegang kepada ajaran Allah s.w.t.

Manusia melenting kalau ditegur tentang sikap buruk mereka.  Ada pula manusia lain yang mempertahankan sikap jahil rakan mereka.  Inilah dinamakan kelab jahil seMalaysia.  Kalau dah jahil, janganlah cuba berfikiran seperti orang bijak pandai. 

Pernah seorang bijak pandai beritahu saya lebih 15 tahun yang lalu "bila manusia mula membina jati diri, membina masyarakat harmoni, membina negara yang makmur dan mentadbir urusan agama dengan menggunakan "Logik Akal", maka jati diri, keharmonian masyarakat, kemakmuran negara dan keutuhan urusan agama akan hancur ditelan masa."

Benarlah apa yang diberitahu kepada saya lebih 15 tahun yang lalu.  Negara kita Malaysia memang ditadbir dengan Logik Akal.  Kerana itulah yang halal boleh diharamkan dan yang haram boleh dihalalkan.  Siapa kata judi itu halal? Siapa kata makan dan membangunkan masyarakat dengan hasil judi adalah haram? Siapa kata terlibat dengan apa-apa urusan yang berkaitan judi adalah haram? Allah s.w.t. yang menyatakan ianya haram.  Tetapi siapa pula yang menggunakan Logik Akal untuk menghalalkannya? Manusia.
Itu cuma satu dari contoh perlakuan manusia yang menghalalkan yang haram.  Arak, pelacuran, pergaulan bebas dan bermacam-macam lagi perlakuan yang Allah s.w.t. telah haramkan, dengan sewenangnya manusia pula menghalalkan.  Jadi terimalah padah dari Allah s.w.t. "You asked for it".

Kini di Malaysia penyakit yang paling bahaya dan paling cepat berjangkit ialah penyakit akhlak.  Ada ke ubatnya?  Ada..memang ada. Tapi berapa ramai manusia yang sanggup berubat dengan satu-satunya ubat yang ada untuk menyembuhkan penyakit ini?  Tak ramai sebab kalau ubat yang boleh telan lebih senang, kalau ubat yang boleh minum pun senang, tapi ini ubat memang susah nak dipergunakan oleh manusia.  Iaitu Al-Quran.  Ubat itulah yang mujarab untuk menyembuhkan penyakit akhlak tetapi pesakit lebih rela sakit berterusan dan mati dalam kekalutan dari mengamalkan Al-Quran untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Itulah manusia dan masyarakat Malaysia tidak terlepas dari situasi ini.

No comments:

Post a Comment