Sunday 20 March 2011

MELAYU MENCEMAR MELAYU

Isu blogger Mohd Nur Hanief Abdul Jalil ditahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana ada yang "sakit hati" tentang kandungan blognya mungkin telah diketahui umum.  Tian Chua dikatakan menghulurkan bantuan dengan menghadirkan diri ke SKMM dan meminta Hanief dibebaskan.  Tian Chua juga merayu agar ada peguam yang akan membantu blogger muda tersebut dalam menghadapi isu ini.

Bagi saya, apa yang telah berlaku adalah salah Hanief sendiri.  Kita sebagai blogger memang diberi ruang untuk menterjemahkan apa sahaja isi hati kita melalui penulisan untuk tatapan dan pembacaan rakan dan masyarakat umum.  Tetapi janganlah melampaui batasan dengan melakukan "charector assasination".  Menyerang peribadi seseorang sudah menjadi sinonim dalam politik samada melibatkan Barisan Nasional atau pun pembangkang.  Memang mudah untuk mencemarkan karektor seseorang individu tetapi itu bukanlah cara yang terbaik untuk mengenengahkan kelemahan seseorang.

Gambar-gambar dan juga penulisan Hanief seperti yang terdapat diblog beliau berkenaan Sultan Selangor, Tun Dr. Mahathir, Khusrin dan Kavita adalah tidak sensitif kepada adat resam Malayu dan juga tidak menggambarkan ajaran Islam yang dianuti.  Mengaibkan seseorang adalah sikap orang yang ketandusan idea untuk mengetengahkan isu yang benar-benar memerlukan perhatian rakyat. Kalau benar pun individu-individu terbabit melakukan kesalahan seperti yang ditulis oleh Hanief, bukan ini caranya untuk menyedarkan rakyat.   

Rasulullah tidak pernah merendahkan atau mencemarkan musuh-musuh Islam.  Baginda berkedudukan lebih tinggi dari mana-mana pemerintah Islam, tetapi baginda tidak mengamalkan "charector assasination".  Kenapa pula umat Islam zaman sekarang cenderung melakukan perkara yang Rasulullah sendiri tidak pernah lakukan?

Dengan bakat yang ada pada Hanief saya percaya beliau boleh menulis dengan lebih matang untuk mengelakkan kesilapan yang sama berulang.   Orang seperti Hanief diperlukan untuk mengenengahkan masalah sebenar yang dihadapi rakyat Malaysia dan bukannya untuk mencemarkan nama seseorang individu terutamanya bukan untuk mencemarkan institusi raja.  Memang kebanyakan sultan dan raja bukan hanya di Malaysia, tetapi seluruh dunia melakukan kemungkaran dan salahguna keistimewaan yang diberi kepada mereka.  Tetapi mereka harus ditegur dengan cara yang terhormat, bukan dengan cara yang mencemar.

Saya pernah utarakan dalam penulisan blog saya sebelum ini tentang Islam yang dihina, bahawa ini berpunca dari sikap blogger dan sebilangan ahli masyarakat yang beragama Islam yang menghina ulama dan Islam itu sendiri.  Ini menyebabkan sebilangan orang bukan Islam pun turut sama menghina Islam.  Sekarang orang Melayu mencemarkan nama institusi raja-raja Melayu, jadi lepas ni kalau ada orang bukan Melayu yang hina Sultan atau Raja Melayu, JANGANLAH ORANG MELAYU MALATAH.

Berapa ramai lagi orang Melayu yang ingin merendahkan martabat bangsa Melayu dan kemudian menuding jari terhadap bangsa lain yang tidak hormat kepada adat resam orang Melayu.

Saya ulang lagi....YOU ASKED FOR IT.

No comments:

Post a Comment