Tuesday 8 March 2011

Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad

Pagi tadi isteri saya sangat teruja, dia kata nak beli buku "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad

Sepanjang saya bersekolah, inilah tokoh politik yang paling disanjungi oleh hampir semua lapisan masyarakat.  Pada masa saya di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah, inilah orangnya yang menjadi Perdana Menteri Malaysia.  Beliau sudah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan juga negara.  Cuma sekarang ini, ramai pula yang membenci beliau.  Kenapa?  Ada yang kata beliau banyak mengamalkan rasuah, mengawal institusi kehakiman, menganiaya orang yang tak sehaluan dengan beliau, mengamalkan kronisme dan bermacam-macam lagi sebab musabab diberikan oleh orang-orang yang membenci beliau.

Saya mengaku tidak ada manusia yang sempurna dan bagi seseorang yang menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, memang cabarannya besar dan sukar untuk memuaskan hati semua pihak.  Ketidakadilan pasti akan berlaku dalam pentadbiran.  Kita perlu ingat bahawa Tun tidak mentadbir negara ini secara berseoranggan, tetapi beliau mempunyai menteri-menteri, ahli Dewan Undangan Negeri dan juga penasihat-penasihat yang sering beliau rujuk sebelum membuat sesuatu keputusan.

Jika Tun dipersalahkan, maka seluruh institusi kerajaan pimpinan beliau juga bersalah, iaitu Barisan Nasional bersalah.  Jadi kenapa masyarakat memilih Barisan Nasional secara berterusan setiap kali adanya pilihanraya.  Justeru masyarakat juga BERSALAH.  Bersalah kerana bersubahat menubuhkan sebuah kerajaan yang mengamalkan rasuah, kronisme, penganiyaan dan bermacam-macam lagi yang negatif.

Suka tak kalau kita sebagai masyarakat dipersalahkan?  Pasti ada yang tak suka.  Sebab bagi mereka yang tak suka, mereka berpendapat mereka memilih pemimpin dengan harapan pemimpin itu akan berbakti dengan ikhlas dan amanah, tetapi pimimpin itu pula terpesong dari janji-janji yang pernah diutarakan.  Macam itu jugalah nasib yang menimpa Tun di waktu beliau memerintah.  Beliau juga telah melantik beberapa orang yang beliau fikirkan sesuai untuk menjadi menteri dan penasihat beliau, tetapi ada diantara mereka yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya.  Jangan lupa, Tun juga manusia biasa seperti kita.  

Bagi saya Tun telah melaksanakan tugas dengan baik walaupun saya mengaku ada juga kepincangan dari segi kawalan beliau terhadap menteri-menteri yang mungkin pernah menyalahguna kuasa.  

Dalam saya menyanjungi Tun saya tidaklah bersetuju dengan semua tindakan yang pernah beliau laksanakan.  Ada satu indsiden yang saya dan mungkin juga majoriti masyarakat memang tidak setuju dengan tindakan Tun.  Insiden yang melibatkan Datuk Seri Anuar Ibrahim.

Pada masa Datuk Seri Anuar Ibrahim menghadapi tuduhan tentang salahlaku seks dan rasuah, Tun paling banyak membuat kesilapan.  Beliau telah bertindak mengikut kata hati beliau tanpa memikirkan dengan teliti apa sebenarnya kesan dari tindakan beliau itu.  Saya cuma ada satu teguran kepada Tun tentang peristiwa yang berlaku semasa Majlis Tertinggi UMNO bersidang, sebelum Datuk Seri Anuar Ibrahim dipecat.  Baca dulu petikan dibawah sebelum membaca teguran saya.


Petikan dari Malaysiatoday

Dr Mahathir said he then called Umno leaders including mentris besar and chief ministers to Sri Perdana to brief them about Anwar’s alleged affairs and showed them pictures of the witnesses.
 
“He declared that he had done nothing unusual and insisted that everyone, including all the supreme council members, had done such things,” Dr Mahathir wrote of Anwar’s defence before Umno’s top leadership.

Datuk Seri Anuar Ibrahim dikatakan telah memberitahu bahawa dia tidak bersalah dan semua orang terutamanya ahli Majlis Tertinggi UMNO pernah "melakukannya" (merujuk kepada tuduhan seks yang dilemparkan terhadap Datuk Seri Anuar).
Teguran saya yang berbentuk soalan kepada Tun ialah, kenapa pernyataan Datuk Seri Anuar Ibrahim yang menyatakan semua ahli Majlis Tertinggi pernah "melakukannya" tidak disiasat sepertimana Datuk Seri Anuar telah disiasat?

Bukankah dalam sebarang perbicaraan, terutama yang melibatkan suatu perjumpaan rasmi yang dicatit minit-minit mesyuarat, setiap yang dikatakan oleh mana-mana pihak harus diambil berat dan diberi perhatian dan diambil tindakan susulan yang efektif.
Mungkin betul apa yang dikatakan oleh sebilangan orang, Datuk Seri Anuar memang hendak disingkirkan dari pucuk pimpinan walau dengan apa cara sekalipun.

Sekian.

No comments:

Post a Comment