Thursday 10 March 2011

Negara Samy Vellu

Beberapa tahun yang lepas, saya dan keluarga melancong ke India.  Kami ke Chennai, isteri saya nak beli kain saree yang paling happening untuk buat baju kurung.  Sambil nak membeli belah, kami ambil kesempatan untuk melancong dan mengenal negara orang.

Sepanjang masa di sana, kami menyewa sebuah kereta bersama seorang drebar untuk memudahkan kami bergerak kesana kemari.  Pada satu pagi kami sekeluarga menuju ke tempat membeli belah.  Dalam perjalanan, kami melalui satu kawasan "flyover" dan saya lihat bahagian tepi flyover yang diperbuat dari konkrit telah pecah dan terjatuh kejalan dibawah.  Saya pun bertanya kepada drebar tentang perkara itu dan berikut adalah perbualan yang saya telah alihbahasa ke Bahasa Melayu.


Saya :
Ada kenderaan langgar ke sampai konkrit pecah dan jatuh?


Drebar :
Takdelah tuan, dia jatuh sendiri.


Saya :
Jatuh sendiri? Macam mana boleh jadi macam tu? Bukankah sepatutnya pembinaan sebegini dibawah pengawasan pihak kerajaan.


Drebar :
Di India banyak sangat rasuah, macam-macam yang ajaib boleh berlaku.


Saya :
Emmm...Kalau dinegara kami, jangan harap perkara begini berlaku.


Drebar :
Tuan dari negara mana?


Saya :
Malaysia.


Drebar :
Owh... Negara Samy Vellu!


Saya :
Eh...Perdana Menteri kami bukan Samy Vellu


Drebar :
Kami disini tak kenal siapa Perdana Menteri negara tuan, yang kami tahu Malaysia ialah negara Samy Vellu.


Saya :
(ketawa sikit) macam mana boleh jadi macam tu pulak?


Drebar :
Sepertimana Rajnikhan dari India sangat popular diMalaysia, macam tu jugak Samy Vellu dari Malaysia sangat popular di India.  Dia adalah lambang kebanggaan masyarakat India kerana dia banyak melakukan jasa bukan hanya kepada rakyat India di Malaysia tetapi juga kepada rakyat India di negara India.


Saya :
Owh....ok...(saya terdiam dan tak tahu nak cakap apa dah)

No comments:

Post a Comment