Friday 11 March 2011

Rare Earth (Tanah Jarang)

Kenapa Masyarakat Malaysia, khasnya penduduk di Pahang harus menentang pembinaan kilang pemprosesan Rare Earth (Tanah Jarang)?
Pertamanya, apa itu Rare Earth (Tanah Jarang)?
Ianya adalah mineral atau batuan yang jarang/susah ditemui yang terkandung dalam bumi.  Tanah akan dikorek untuk diproses bagi mengeluarkan mineral dan batuan yang kemudiannya bahan ini dijadikan bahan asas untuk pembuatan barangan/produk. 
Beberapa jenis Rare Earth dan produk ialah:-

Scandium
Diguna untuk pembuatan peralatan aeroangkasa

Yttrium-
Digunakan dalam pembuatan konduktor bersuhu tinggi dan penapis gelombang mikro

Lanthanum
Kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, elektrod batteri, lensa kamera

Cerium
Agen Pengoksida, Serbuk pengilat, pewarna ceramic

Praseodymium
Magnet, laser, komponen lampu berkarbon, pewarna kaca dan gelas, pembuatan kacamata keselamatan

Prometium
Batteri Nuklear

Thulium
Pembuatan mesin X-Ray mudah alih

Ytterbium
Agen pengurangan kimia, laser inframerah

Terbium
Pembuatan lampu kalimantan, laser

Gadolinium
Kaca refleksi tinggi, laser, tube x-ray, memori computer (RAM), agen MRI

Neodymium
Magnet, laser, pewarna ungu untuk kaca dan ceramic, kapasitor seramik

Maklumat diatas adalah sebahagian dari komponen mineral Tanah Jarang yang terkandung dalam bumi.  Kalau dilihat kepada produk yang dihasilkan melalui mineral Tanah Jarang ini, pasti kita akan nampak bahawa Tanah Jarang ini sangat penting kepada kehidupan seharian kita.

Kereta Hybrid yang dikatakan selamat untuk alam sekitar sebenarnya adalah sebaliknya dalam proses pembuatannya.  Setiap motor untuk kereta Toyota Prius Hybrid mengandungi satu kilo Neodymium dan setiap baterinya pula mengandungi lebih dari sepuluh kilo Lanthanum.

Pemprosesan Tanah Jarang (Rare Earth) terbesar didunia bertapak di negara China.  Hampir 95% pemprosesan Tanah Jarang adalah dilakukan di negara China.  Pemprosesan ini mendatangkan banyak kesan negatif kepada penduduk China, terutamanya kepada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pemprosesan ini.  Air yang terdapat dikawasan sekitaran didapati tercemar dengan bahan radioaktif dan tidak sesuai untuk diminum ataupun digunakan untuk penanaman.

Bahan kimia bertoksik tinggi seperti asid, sulfat dan ammonia banyak digunakan dalam aktiviti pemprosesan ini.

Di wilayah Boutou, China, pihak pengkaji alam sekitar telah melarang air didaerah itu diguna untuk minum samada oleh manusia ataupun haiwan.  Air di sana juga dilarang untuk tujuan penanaman.

Kini China mula mengurangkan pengeluaran Tanah Jarang akibat dari simpanan Tanah Jarang negara mereka yang semakin berkurangan.  Tetapi permintaan untuk Tanah Jarang semakin tinggi kerana kebanyakan pembuatan bahan berteknologi memerlukan mineral dari Tanah Jarang.  Kalau kita mahu mengurangkan penggunaan bahan bakar seperti petroleum, kita perlu teknologi Hybrid.  Teknologi Hybrid cuma boleh terhasil dengan penggunaan mineral dari Tanah Jarang.

DiChina, pencemaran radioaktif dan alam sekitar dalam pengeluaran Tanah Jarang ini sudah lama dikenal pasti, tetapi kerajaan negara itu tidak menghentikan pengeluaran Tanah Jarang ini kerana ingin menguasai permintaan dan pasaran dunia.  Kalau China mempunyai kerajaan yang tidak prihatin dengan nasib dan kesihatan rakyat mereka, adakah Malaysia juga mahu menjadi seperti kerajaan China?

Kenapa syarikat Australia yang kini dikatakan sedang membina pusat pemprosesan Tanah Jarang di Gebeng, Kuantan, tidak memilih suatu kawasan dinegara mereka sendiri untuk tujuan ini.  Kenapa Malaysia?????  Atau adakah kerajaan Malaysia yang MENJEMPUT syarikat ini untuk mendirikan pusat pemprosesan ini untuk mendapatkan FDI (Pelaburan Asing) yang lebih tinggi.  Maklumlah negara Malaysia kan menghadapi defisit belanjawan dan lebih-lebih lagi kerajaan negeri Pahang menghadapi defisit belanjawan selama bertahun-tahun.

Mungkin kerajaan sanggup ambil risiko untuk MENAIKKAN peratusan FDI.  Memanglah ada EIA report yang kononnya mengesahkan projek ini SELAMAT, tetapi fakta dan kebenaran tentang impak projek ini telah pun ada dinegara China dan seluruh dunia tahu tentang implikasi yang akan dihadapi oleh Malaysia terutamanya oleh penduduk Pahang dan Gebeng.

6 comments:

  1. info yg amat berguna, mohon share ye. aku pn tercari2 info rare-earth ni. rupanya keperluan dunia yg memerlukan 'pengorbanan' dunia..

    ReplyDelete
  2. Isu menarik.. setahu saya bahan ini dalam unsur-unsur yang tidak stabil. Adakah kita semua tidak sedar kepentingan alam sekitar?

    ReplyDelete
  3. Rare Earth/Nadir Bumi ni memang kaya dengan mineral yang kita perlukan untuk kehidupan seharian kita. Jangan terkejut, fakta ialah pembuatan tembikar cina juga menghasilkan radioaktif tetapi dalam jumlah yang kecil, ini adalah kerana tembikar ini diperbuat dari mineral yang digali dari nadir bumi. Sebab tulah negara China adalah pengeluar bahan tembikar terbesar didunia. Tetapi kita diMalaysia tidak memerlukan pusat pemprosesan tanah jarang/nadir bumi ini sebab industri kita tidak banyak menggunakannya. Negara luar yang akan menjadi pengimpot utama untuk mineral tanah jarang/nadir bumi yang telah diproses diGebeng. Kenapa rakyat Pahang dan Malaysia perlu menghadapi risiko untuk kepentingan negara luar?

    ReplyDelete
  4. Sgt menarik info ni, aku nk mntak share boleh.. Aku mmg tercarik2 aper kegunaan rare earth nih.. skarang dah jmpe, Thanks 4 ur info...

    ReplyDelete
  5. Info yg sangat berguna.Mohon dikongsikan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. mmg info yg berguna.. boleh saya nak mintak share?
    terima kasih di atas info yg berhuna ni..

    ReplyDelete