Saturday 19 March 2011

TNB - PeNyAmUn TaRbUs

TENAGA Nasional Bhd (TNB) memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM3.2 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2010, meningkat tiga kali ganda berbanding RM917.9 juta tahun sebelumnya.

Pendapatannya dalam tahun kewangan berkenaan berjumlah RM30.32 bilion, meningkat 5.3 peratus daripada RM28.785 bilion. Bagaimanapun selepas ditolak keuntungan tukaran wang asing sebanyak RM632.6 juta susulan peningkatan 11 peratus nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), keuntungan bersih bagi operasinya dalam tahun kewangan itu ialah RM2.6 bilion, meningkat 22.6 peratus berbanding RM2.1 bilion dalam tahun kewangan sebelumnya.

Dalam tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2009, syarikat utiliti itu mengalami kerugian tukaran asing sebanyak RM1.177 bilion.

Dengan jelas kita boleh nampak bahawa kerugian yang dialami oleh TNB pada tahun 2009 adalah kerana kejahilan mereka dan ketidakcekapan mereka menguruskan dana yang melibatkan tukaran wang asing.  Memang benar tukaran wang asing bukan dikawal oleh pihak TNB tetapi mereka perlu ada mekanisme yang teguh dan mantap untuk memastikan syarikat tidak akan terjejas melalui tukaran wang asing.  Lihat kepada Air Asia, walaupun harga petroleum dunia naik, mereka masih mencatat keuntungan sepanjang tahun 2009 kerana mereka menguruskan syarikat mereka dengan mengambil kira sebarang kemungkinan. 

Walaubagaimanpun pada tahun 2009 secara keseluruhan TNB tetap untung RM917.9 juta.  Jadi TNB tidak pernah mengalami kerugian pada tahun 2009, cuma aktiviti tukaran wang asing yang tidak menguntungkan TNB. 

TNB pula seperti GLC yang lain, mengambil mudah cara mereka menguruskan kewangan kerana mereka tahu, sekiranya dana sudah tak cukup, mereka boleh minta kat kerajaan untuk naikkan tariff.

Keuntungan pada tahun 2010 menunjukkan betapa TNB berupaya untuk mendapatkan keuntungan yang besar dengan tariff sedia ada.  Tetapi biasalah, dah nama pun penyamun tarbus, mestilah akan mengharapkan poket kita juga untuk melebihkan kekayaan mereka.

Tariff elektrik mungkin menyaksikan peningkatan dalam tempoh enam bulan ke hadapan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Bukankah TNB sepatutnya bertindak mendahulukan rakyat?  Semua perniagaan ada untung dan rugi.  Tapi kalau setiap kali rugi, rakyat perlu menampung dengan membayar tariff yang lebih tinggi, maka TNB tak payahlah berniaga, lebih baik serahkan saja syarikat kembali kepada kerajaan dan rakyat.

TAPI YANG PELIK TENTANG ISU TNB, TNB UNTUNG, TAPI TARIFF MUNGKIN NAIK. EMM...APA PENDAPAT ANDA?

1 comment:

  1. Sepatutnya biarlah menggunakan kaedah 'win-win situation' ya tak?

    Hanya hujan yg TURUN sedangkan keperluan asas semuanya NAIK.

    Takkan nak tunggu sehingga pengguna NAIK darah...

    ReplyDelete