Thursday 17 March 2011

TUN Dr. MAHATHIR - KENAPA JADI MACAM NI?

Semalam diblog Che Det Tun menulis bahawa beliau rasa sesuatu tidak betul bila sebuah syarikat tempatan yang terlibat dalam pembuatan besi, membeli bijih besi dari luar negara sedangkan dalam negara kita, terutamanya di Terengganu terdapat lombong bijih besi.  

Kata Tun, syarikat perlombongan bijih di Malaysia menjual bijih besi mentah ke luar negara dan tidak menjual kepada syarikat tempatan, menyebabkan syarikat tempatan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih tinggi untuk membeli bijih besi di pasaran dunia.

Tetapi Tun!  Bukankah Petronas juga melakukan perkara yang sama?  Minyak mentah yang dicarigali oleh Petronas di bumi Malaysia mengandungi kandungan sulphur yang rendah (bermutu tinggi) maka Petronas menjual minyak mentah ini kepada negara lain dan kemudian membeli minyak mentah bermutu rendah dipasaran dunia untuk diproses dan dijual kepada pengguna di Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia, saya menyokong saranan Tun agar bijih besi yang dilombong di Malaysia, diutamakan penjualan kepada syarikat Malaysia.  Bukankah Petronas juga harus melakukan perkara yang sama?  

Kalau Petronas dapat melakukan perkara yang sama sudah pasti harga petrol dan diesel di Malaysia tidak akan bergantung kepada harga pasaran dunia kerana ianya menjadi "mined and refined domestically for domestic use".

Tetapi besar kemungkinan Petronas tidak akan melalukannya kerana Petronas adalah sebuah entiti yang beroperasi berlandaskan keuntungan.  Begitu jugalah hampir semua perniagaan di Malaysia ini, keuntungan diutamakan, rakyat dikemudiankan.

1 comment:

  1. Bila berpaksikan keuntungan semata-mata, masing-masing teraba di dalam terang, lena di dalam jaga, bisu sewaktu berbicara...

    ReplyDelete