Monday 7 March 2011

We Lost The Battle But Not The War

Amat mengejutkan apa yang saya baca di Malaysian Insider tentang komen dari pihak PAS dan Pakatan Rakyat berkenaan kekalahan mereka di DUN Merlimau dan DUN Kerdau.  Satu lagi kenyataan yang saya rasa tidak patut datang dari pihak PAS ialah “I said before that our participation in the polls was merely to exercise our election machinery. It is not like we went in to win, just to exercise, so there were no losses for us,".

Apa dah jadi kepada pimpinan parti PAS pada pilihanraya kecil ini?

Sokongan saya kepada PAS adalah kerana kematangan parti itu memperjuangkan hak sesama Islam dan manusia sejagat.  PAS adalah satu-satunya parti politik di Malaysia yang paling kurang kontroversi dan paling stabil dan sistematik.  UMNO pun tidak sehebat PAS kalau dilihat dari segi kesetiaan ahli dan keikhlasan perjuangan.  Tetapi apa dah jadi kepada sebilangan pemimpin PAS diperingkat negeri dan pusat?

Petikan dari Malaysian Insider

PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar also claimed that PAS’s participation in both the Kerdau and Merlimau contests had merely been “exercise” for PR’s election machinery.
“I do not see that we have lost our momentum to face the 13th general election. In both these by-elections, they were BN fortresses and they were just traditional losses for us,” he told reporters in Parliament today.
The Pokok Sena MP added that he had never expected PAS to win in yesterday’s contests and, hence, did not feel that the party or PR had suffered any losses from the defeats.
“I said before that our participation in the polls was merely to exercise our election machinery. It is not like we went in to win, just to exercise, so there were no losses for us,” he said.

Adalah sangat memalukan jika pengundi di mana-mana kawasan mendapat tahu bahawa mereka adalah sebahagian dari "latihan" yang dijalankan oleh pihak parti bertanding untuk menilai kesedia mampuan menghadapi pilihanraya.  Adakah ini bermakna selama seminggu berkempen, PAS menjadikan penduduk di DUN Merlimau dan DUN Kerdau sebagai sebahagian dari bahan kajian?  Kajian tentang keutuhan atau kesedia mampuan sesuatu parti dalam menghadapi pilihanraya haruslah dilakukan dengan mengkaji dan mengumpul maklumat sebelum pilihanraya lagi.  Bila saya membaca kenyataan dari pihak PAS yang menjadikan kedua-dua pilihanraya kecil ini sebagai "exercise ground", saya rasa strategi PAS dah meleset.

"We lost the battle but not the war".  If you cant even win the battle, why talk about the war? Lengkapkan dulu strategi dalaman untuk memastikan jentera pilihanraya berada dalam keadaan yang cukup bersedia untuk menghadapi sebarangan kemungkinan.  Ketahui keadaan rakyat disesuatu kawasan sebelum memulakan kempen.  Strategi dan kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya kecil sudah pun gagal.  Itulah hakikatnya.

Perlukah rakyat mengingatkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat dan PAS bahawa ini adalah pilihanraya kecil yang ke-8 mereka tewas.  Ada juga pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat menyatakan bahawa Barisan Nasional menggunakan taktik memancing undi dengan penggunaan wang dan janji-janji pembangunan yang melampau.  Saya percaya ini bukan kali pertama Barisan Nasional menggunakan taktik sebegitu untuk memenangi pilihanraya kecil.  Justeru kenapa pemimpin Pakatan Rakyat dan PAS masih menyatakan perkara yang sama dan bukannya mengambil langkah untuk mengatasi taktik dan strategi yang diguna pakai oleh Barisan Nasional.

Sudah 8 pilihanraya kecil yang dimenangi oleh Barisan Nasional dengan menggunakan strategi wang dan janji-janji pembangunan yang melampau.  Bukankah pihak Pakatan Rakyat dan PAS sduah sediamaklum tentang perkara ini?  Bukankah Pakatan Rakyat dan PAS sepatutnya sudah lama bersedia untuk menangkis strategi yang diguna pakai oleh Barisan Nasional?

PAS dulu dan sekarang cukup berlainan.  Dulu diawal penubuhan PAS sehinggalah lewat 80'an pimpinan PAS dibarisi oleh pemimpin-pemimpin ulama yang dihormati.  Tapi kini pimpinan PAS dibarisi oleh ulama dan juga cendekiawan yang berjaya dalam bidang masing-masing.  Walaupun mempunyai barisan kepimpinan yang seimbang, PAS masih gagal mencari strategi yang terbaik untuk menangkis strategi Barisan Nasional.  Siapa yang salah?  Bagi saya...Pakatan Rakyat dan PAS yang bersalah.  Sudah ada masa yang cukup untuk menyedari dan mengatasi sikap Barisan Nasional yang menggunakan duit dalam pilihanraya kecil, tetapi Pakatan Rakyat dan PAS masih gagal.

Saya selalu membaca bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah "heavyweight" untuk Pakatan Rakyat.  Maknanya Datuk Seri Anwar berupaya membawa kejayaan kepada Pakatan Rakyat dengan cara beliau yang tersendiri.  Tapi adakah beliau berjaya melakukannya?  Untuk Datuk Seri Anwar buktikan bahawa beliau telah berjaya, PAS atau Pakatan Rakyat tidak perlu menang pun di kedua-dua pilihanraya kecil ini, cukup sekadar mengurangkan majoriti yang pernah dimenangi oleh Barisan Nasional.  Tapi, adakah PAS dan Pakatan Rakyat dapat mengurangkan majoriti Barisan Nasional?  Umum mengetahui bahawa majoriti Barisan Nasional tidak berkurang.  Barisan Nasional menang dengan selesa.  Jadi persoalannya adakah benar Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang "heavyweight" atau seorang "heavy burden".

Dalam istilah politik "you must go when the alarm rings".  Bila tiba masa untuk kita berundur, kita patut berundur.  Jangan impikan sesuatu yang bukan dalam jangkauan kita.  Berilah peluang untuk orang lain melakukan sesuatu yang kita tak berjaya lakukan.  Datuk Seri Anwar sepatutnya sudah lama bersara dari politik tanahair dan menyerahkan "baton" kepada mereka yang lebih muda dan kurang kontroversi.  Saya adalah orang yang menyanjungi Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi saya juga tidak mahu impian Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan berkecai akibat salah tafsiran dan kesilapan strategi yang diguna pakai oleh pihak Pakatan Rakyat.

Kini yang jelas ialah, Parti Keadilan Rakyat menjadi beban dalam Pakatan Rakyat.  Terlalu banyak kesan negatif akibat dari tindakan beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang telah memburukkan reputasi parti dan pemimpinnya yang masih memegang jawatan.  Adakah sesiapa akan katakan kepada saya bahawa apa yang berlaku di PKR tidak ada kesan terhadap Pakatan Rakyat?

Kadang-kadang kita perlu berkorban, kita perlu tidak mementingkan diri, kita perlu menilai situasi dengan lebih baik, kita perlu merelakan perjuangan diteruskan oleh generasi lain untuk kesejahteraan bersama.  Tetapi nampaknya, perkara sebegitu sukar berlaku di PKR.  Saya merasakan PKR dipimpin oleh pimpinan pembangkang yang berfikiran seperti Barisan Nasional atau lebih tepat lagi UMNO.  UMNO adalah guru mereka sepanjang karier politik mereka dan bila mereka keluar dari kelas UMNO dan masuk kelas PKR, mereka ini tak dapat lari dari mengaplikasikan sebahagian dari perkara yang mereka pelajari sewaktu dikelas UMNO.

Saya sudah lama melihat gelagat dan perlakuan pimpinan Pakatan Rakyat.  Memang saya menyokong PAS sepenuh hati saya dan diatas dasar itulah saya menegur pihak pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat agar lebih peka dengan situasi semasa, iaitu RAKYAT tidak mahu Pakatan Rakyat dan PAS terus menempuh kekalahan demi kekalahan.

Saya menulis sebab saya sedih dengan apa yang berlaku di Pakatan Rakyat.  Saya rasa terpanggil untuk memberi  komen kepada beberapa pemimpin diPakatan Rakyat agar mengubah cara mereka memimpin, berfikir dan berpolitik.  Jangan jadikan hasrat masyarakat Malaysia untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sejahtera dengan keberkataan dari Allah s.w.t., tidak kesampaian.  Janganlah terlalu "greedy" sampai mula berfikiran seperti orang-orang UMNO.  Majoriti rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat mahukan perubahan kepada institusi kehidupan, bukan untuk dijadikan bahan ujian untuk menguji kemampuan jentera pilihanraya.

Sekian,

Wassalam.

No comments:

Post a Comment