Sunday 10 April 2011

BN WAJIB KALAH DI SARAWAK

Sudah sampai masanya rakyat Sarawak bertindak berani untuk menolak politik kotor BN.  Segala kekayaan yang telah dikaut oleh orang-orang politik BN di Sarawak harus dihentikan.

Bakun dibina sebegitu lama dan dengan kos yang sangat tinggi tapi menjadi gajah putih kerana ianya tidak berguna kepada Semenanjung. BN buat keputusan tidak mahu melaksanakan projek pemasangan kabel bawah tanah merentasi Laut China Selatan untuk mengalirkan elektrik dari Bakun ke Semenanjung.  Tetapi bagi membina projek gajah putih ini ramai orang Penan dan suku lain telah dipindahkan, tanah diambil dan alam sekitar telah berubah sepenuhnya.  Selepas semua ini dilakukan, kerajaan BN kata Bakun tidak akan bekalkan elektrik ke Semenanjung dan sekarang sibuk nak buat Loji Penjanaan Elektrik berasaskan nuklear. 

Bakun juga tidak akan dapat mengalirkan elektrik ke pendalaman Sarawak kerana keadaan muka bumi yang tidak sekata dan sukar membuat menara untuk kabel elektrik.

Kerajaan BN Sarawak ingin menggunakan janakuasa Hybrid pula untuk menjana elektrik disekolah-sekolah dipendalaman Sarawak.  Kenapa Hybrid?  Sebab Loji Pemprosesan Nadir Bumi/Tanah Jarang dibangunkan di Gebeng Pahang akan dapat membekalkan mineral yang mencukupi untuk membuat janakuasa Hybrid. 

Tetapi kita semua sedia maklum pemprosesan nadir bumi akan menghasilkan sisa radioaktif yang sangat berbahaya kepada manusia dan hidupan.  Maka kerajaan BN sudah mula mengeksploitasi rakyat sendiri untuk kepentingan mereka.  BN berani lakukan semua ini sebab mereka ada kuasa majoriti untuk meluluskan sebarang cadangan dan projek yang berkepentingan kepada mereka.

2 comments:

  1. Apabila bukit-bukau, gunung-ganang habis ditarah maka hilanglah fungsinya sebagai pasak bumi.

    Apabila bahan radioaktif bertebaran di angkasa raya, maka beramai-ramailah kita menangis kerana merindui udara yg tercipta daripada rasa cinta-Nya.

    Bukankah Dia menjadikan manusia sebaik-baik makhluk? Sayangnya manusia tdk menyayangi darjat itu.

    Maka, nantikanlah saat kehancuran sebelum waktunya...

    ReplyDelete