Friday 8 April 2011

KERUSI PEJABAT TUN MAHATHIR GUNA KULIT LEMBU DARI INDIA

Saya pernah bekerja disebuah syarikat yang terlibat dengan "Interior Fit Out" untuk Putrajaya dan Seri Perdana.  Jadi banyak juga saya tahu tentang barangan yang digunakan dan dari mana ianya dibeli.  Saya terlibat dengan mengenal pasti "supplier" dan juga sedikit sebanyak terlibat dengan bahagian operasi dan implimentasi.

Kerusi kerja dibilik pejabat Perdana Menteri (Tun Mahathir Mohd) dikemaskan dengan kulit lembu yang diimpot khas dari India, manakala untuk Menteri dan Timbalan Menteri pula dengan kulit lembu yang diimpot dari Sepanyol.  

Ada sebuah balkoni diSeri Perdana pula dipasang batu marmar merah yang diimpot khas dari India.  Tun memang banyak menggunakan barangan atau kemasan yang didatangkan dari India.  Untuk bingkai pintu dikebanyakan kawasan di Pejabat Perdana Menteri pula, disetiap penjuru atas kiri dan kanan dihiasi ukiran pewter. 

Tapi yang saya tak boleh lupa sampai sekarang ialah melihat kepada "floor plan drawing" untuk Pejabat Timbalan Perdana Menteri...tertulis dengan jelas "Office of the Deputy Prime Minister of Malaysia - Datuk Seri Anwar Ibrahim".  Masa tu DSAI sudahpun menghadapi tuduhan liwat dan sedang menghadapi segala kekalutan dari BN dan pihak berkuasa tetapi saya bangga nama beliau masih tertera di "floor plan" dan "interior fit out drawing".

Untuk langsir dan kemasan kerusi-kerusi lain pula, Fella Design adalah pembekal fabrik.  Segalanya saya masih ingat dengan jelas sebab saya terlibat secara terus dengan projek-projek ini.

Segala kemasan dan barangan yang digunakan adalah dari kualiti yang sangat tinggi dan harga memang sangat mahal.  
Saya juga pernah terlibat dengan "interior fit out" untuk Petronas Twin Tower, Suria KLCC, Menara Maxis di KLCC dan banyak lagi projek "interior fit out" berskala besar dan menelan kos yang sangat tinggi.

Lantai marmar untuk Suria KLCC adalah sangat mahal.  Marmar itu dibawa khas dari Timur Tengah dan merupakan antara marmar berwarna "beige" yang pertama di Malaysia.  Kos marmar dan "hand-railing" untuk Suria KLCC termasuk pemasangan adalah hampir RM10 juta.

Banyak lagi kos yang saya tahu tetapi kalau nak cerita semuanya mungkin penulisan ini akan bertambah panjang.  Rasanya tentang projek lain bolehlah saya kongsi dengan pembaca dilain masa.

2 comments:

  1. Kan elok kalau "belilah barangan buatan Malaysia". Bayaran Duty/Tax bolehlah disalurkan kpd yg perlu.

    ReplyDelete
  2. Maknanya..semua perbelanjaan dan keputusan pembelian brg2 import yang mahal tu adalah dibawah kuasa TP/Menteri Kewangan sewaktu Kos/Bq/Plan tersebut dibuat dan disahkan..Patutlah pejbt DSAI tu lbh dasyat dr pjbt PM,siap ada nama pada flooring nya..Kalau Tun punya idea,baik dia buat macm tu pada pjbt dia..hmmmmm

    ReplyDelete