Friday 29 April 2011

LYNAS CUBA MENYEMBUNYIKAN FAKTA - THORIUM, URANIUM - MALAWI

Selepas saya menyiarkan berita tentang pembelian aset nadir bumi di Malawi oleh Lynas, YB Fuziah telah membawa perkara ini kepengetahuan pihak di Putrajaya dan juga telah meminta Lynas memberikan penjelasan. YB Fuziah adalah antara orang-orang yang pertama saya akan hantarkan sebarang penulisan saya.  Penjelasan dari Lynas sangat pendek dan ringkas.  Mereka menyatakan bahawa Lynas baru selesai urusan membeli aset tersebut dua bulan yang lepas dan sekarang sedang membuat kajian tentang nadir bumi di Kangankunde Hill, Malawi.

Saya membongkar isu ini dengan lebih mendalam. Lynas memberikan laporan media yang boleh mengelirukan rakyat Malaysia untuk mengelakkan diri dari menjawab persoalan yang timbul.

Perjanjian pembelian aset nadir bumi di Malawi telah ditandatangani pada tahun 2007.  Kelulusan untuk melombong diperolehi pada tahun 2011 kerana keadaan tegang diantara negara-negara Afrika pada masa itu. 

Kajian tentang nadir bumi di Malawi terutamanya di Kangankunde Hill (kepunyaan Lynas) telah pun dilakukan dari tahun 1987 hingga 1990 oleh sebuah syarikat geosains Perancis bernama Bureau de Recherches Geologiques et Minieres (BRGM).  BRGM telah pun selesai melakukan kajian tentang aspek geologi dan kajian proses kerja.  Satu-satunya sebab kenapa tidak ada perlombongan nadir bumi dilakukan pada waktu tersebut adalah kerana keadaan tegang dinegara-negara yang berjiran dengan Malawi yang tidak memungkinkan hasil perlombongan dibawa keluar dari Malawi.

Berbalik kepada kajian yang telah dilakukan oleh BRGM.  Pada tahun 2007 pihak Lynas telah melantik sebuah firma perunding Australia bernama Hellman and Schofield Pty Ltd untuk mendigitalkan hasil kajian yang telah dilakukan oleh BRGM dan Lynas telah mendapat hak penuh untuk mengambil, menyimpan dan menggunakan hasil kajian ini untuk kepentingan mereka.

BRGM telah selesai melakukan "ore concentration test work" pada tahun 1989. 30 tan bahan mentah nadir bumi telah dilobong dan digunakan dalam kajian tersebut. Kajian yang lebih menyeluruh telah dijalankan oleh syarikat Mintek and Multotek bertempat di Johannesburg dan hasil kajian adalah sama dengan hasil yang diperolehi oleh BRGM.

Pada dokumen yang disertakan dibawah ini, jelas tertulis bahawa kajian telah selesai dan kandungan nadir bumi di Kangankunde Hill telah lama diketahui.  Juga tercatit dengan jelas dua mineral beradioaktif iaitu Thorium dan Uranium yang dikatakn terdapat dalam kadar yang sedikit.  

Kita perlu ingat bahawa kandungan bahan mentah nadir bumi di Kangankunde adalah beratus ribu tan dan sekiranya thorium dan uranium yang dikatakan terkandung dalam jumlah sedikit menjadi terkumpul sewaktu pemprosesan di LAMP Gebeng maka jumlah thorium dan uranium akan menjadi banyak dalam masa yang singkat.

Dokumen Berkaitan

http://www.lynascorp.com/content/upload/files/Announcements/Acquisition_of_New_Rare_Earths_Resource_in_Malawi_060907_%282%29.pdf

No comments:

Post a Comment