Wednesday 20 April 2011

Nicholas Curtis Pandai Buat Duit

Apa tujuan sebenar Lynas terutamanya Nicholas Curtis mahukan LAMP di Gebeng beroperasi walaupun mendapat bantahan penduduk setempat dan masyarakat Malaysia?
Ini kisah yang benar tentang isu Lynas dari segi pelaburan dan keuntungan.

Lynas Corporation Ltd adalah sebuah syarikat Australia yang tersenarai di bursa saham Autralia (ASX) dan harga saham Lynas setahun yang lepas adalah AUD0.50 (lima puluh sen) sesaham. Tetapi selepas setahun saham Lynas telah melonjak ke AUD2.35 sesaham.  Kenaikan saham ini berlaku secara mendadak dan adalah disebabkan oleh tiga perkara utama.

Pertama, kejayaan Lynas membina loji perlombongan nadir bumi di Mount Weld, Australia.
Kedua, kejayaan Lynas mendapatkan bantuan kewangan dari pihak Jepun dan juga pembeli untuk nadir bumi.
Ketiga, kejayaan Lynas mendapatkan kelulusan dan permulaan pembinaan loji LAMP di Gebeng.

Ketiga-tiga perkara diatas menjadi faktor untuk kenaikan saham Lynas secara mendadak dan bagi sesetengah kita kenaikan saham dalam sesebuah syarikat adalah perkara biasa jadi apa nak dihairankan.  Biar saya terangkan apa yang harus dihairankan dan diketahui bersama oleh seluruh masyarakat Malaysia.

Pada bulan Disember tahun lepas Nicholas telah menjual 5 juta saham yang dia pegang dalam Lynas dengan harga AUD1.50 sesaham. Dia memperolehi saham tersebut dengan harga AUD0.50 sesaham.

Kemudian dia telah menjual 7 juta saham kepunyaan dia dalam Lynas dengan harga AUD1.93.  Sehari selepas Nicholas menjual 7 juta saham ini, harga saham Lynas jatuh kepada AUD1.70 dari AUD1.90.  Tetapi Nicholas adalah seorang yang bijak dan dia telah menjual terlebih dahulu sebahagian saham kepunyaan dia sebelum harga saham menurun.

Kini saham Lynas adalah dalam AUD2.49 dan Nicholas masih menyimpan 28 juta saham Lynas dan 31 juta saham Lynas yang diperuntukkan untuk pengarah-pengarah Lynas.  Nicholas adalah seorang yang TAMAK.  Sebelum ini saya ada menulis tentang bagaimana dia membuat perjanjian sewabeli dengan syarikat Forge di Australia dan mendapat habuan yang besar tanpa diketahui pemegang saham lain di Lynas.

Akibat dari ini, kerajaan Australia melalui ASX telah mewajibkan semua pengarah membuat permohonan telebih dahulu kepada ASX jika mahu melupuskan atau menjual saham milik pengarah dan selepas peraturan ini diperkenalkan Nicholas berhenti menjual saham dia di Lynas.

Kini banyak lagi berita yang membuktikan bahawa Nicholas adalah seorang lelaki yang sanggup lakukan apa sahaja untuk duit dan termasuklah menipu rakyat Malaysia untuk menaikkan harga saham Lynas supaya dia dapat menbuat duit yang mudah dengan menjual saham bila harga saham naik.

Nicholas Curtis dianggap Pengarah Syarikat di Australia yang paling berjaya membuat duit dengan menjual saham milik sendiri dan ini adalah kali kedua dia menerajui persepsi ini di Australia.

ADAKAH KITA MAHU MEMPERCAYAI KATA-KATA NICHOLAS BAHAWA LAMP DI GEBENG ADALAH SELAMAT? DIA MAHUKAN DUIT...ITU ADALAH AGENDA YANG TERSEMBUNYI.

No comments:

Post a Comment