Sunday 10 April 2011

PENIPUAN DAN KEBENARAN - DEEPAK JAIKISHAN

Sedikit sebanyak pembaca sudah tahu tentang penglibatan saya dalam bidang "interior fit out" untuk projek-projek berskala besar.  Sebenarnya sebelum memulakan perniagaan sendiri dengan keluarga, saya telah berkhidmat diindustri "oil & gas, interior fit out, project management dan juga sebagai special assistant".

Yang paling mencabar ialah bekerja sebagai special assistant kerana saya menjadi special assistant (pembantu peribadi) kepada dua tokoh perniagaan bumiputera yang banyak berurusan dengan kerajaan BN.  Seorang adalah kroni kepada Tun Mahathir Mohamad dan seorang lagi adalah seorang yang boros dan tidak amanah dalam tugasan.  Selepas mengetahui tentang sikap tidak amanah individu ini, saya tinggalkan pekerjaan sebagai pembantu peribadi dan tidak mahu lagi terlibat dengan mereka-mereka yang bersangkutan dengan orang-orang politik.
Sekarang biar saya terangkan betapa Deepak Jaikishan bercakap benar dan juga menipu dalam sidang media yang dia adakan untuk menidakkan "pembohongan" "pemfitnahan" yang kononnya dilakukan oleh Raja Petra terhadap dia.

Kalau sesiapa pernah ke Nilai 3, anda akan nampak sebuah bangunan menyerupai gudang dan berwarna merah diatas bukit betul-betul disimpang jalan masuk kekawasan Nilai 3.  Itu kepunyaan Deepak.  Syarikat Deepak, bahagian borong dan ibu pejabat pula terletak di kawasan industri di Sungei Besi berdekatan depoh Alam Flora.  Nama kumpulan syarikat Deepak adalah Carpet Raya Manufacturing Sdn Bhd.

Memang betul nama syarikat Deepak melonjak naik secara mendadak dan ini berlaku kerana kebanyakan dari "designer" yang dipertanggungjawabkan untuk mereka-cipta sesebuah "interior fit out" untuk jabatan-jabatan kerajaan, terutamanya untuk Putrajaya, menyenaraikan nama karpet, spesifikasi karpet dan pengeluar karpet sebagai produk yang telah dipilih dan wajib digunakan.  Cuba teka nama siapa ada di designer drawing.  Nama Carpet Raya dan karpet yang mereka simpan stok.

Dengan mewajibkan penggunaan karpet dari Carpet Raya, maka syarikat-syarikat interior fit out, tidak boleh membeli atau menggunakan produk syarikat lain untuk sesuatu projek tersebut.  Karpet keluaran Carpet Raya adalah rendah dari segi kualiti dan juga menggunakan bahan mentah bermutu rendah yang mudah terbakar.  Mungkin anda terpikir, karpet memanglah mudah terbakar.  Tanya pada pakar dan akan tahu bahawa ada karpet yang tidak mudah terbakar dan diperbuat dari nylon berkualiti tinggi dan didatangkan dengan sijil kelulusan dari makmal-makmal terkemuka didunia.  Namun semua karpet yang tidak mudah terbakar ini dikeluarkan di luar negara.

Jadi mesti anda terpikir, baguslah kalau kerajaan BN beli karpet dari Carpert Raya kerana ianya buatan Malaysia.  Jangan Tertipu, karpet yang dijual di Carpet Raya sebahagian besar adalah buatan China. Bagi kami, di syarikat-syarikat interior fit out, tidak berani memberi sebarang jaminan kepada pemasangan mahupun terhadap produk seperti ini.

Jadi apa yang Deepak katakan bahawa dia tak pernah berurusan dengan mana-mana jabatan kerajaan atau GLC untuk menjual produk keluaran Carpet Raya memang seratus peratus betul. Sebab Deepak berurusan dengan DESIGNER dan bukan dengan jabatan kerajaan atau GLC. Deepak mengaku bahawa Rosmah banyak memberi sokongan untuk produk yang dijual oleh Carpet Raya.  Jabatan kerajaan dan GLC hanya perlu memberi arahan kepada designer untuk menyenaraikan produk Carpet Raya dalam spesifikasi interior fit out dan Deepak boleh duduk tersenyum gembira kerana dia sudahpun memiliki projek tersebut tanpa perlu bersusah payah.

Pelanggan mempunyai hak mutlak untuk memberi arahan kepada Designer tentang produk dan jenama yang mereka mahu gunakan dalam interior fit out. Pelanggan adalah tuan punya projek dan dalam kes melibatkan projek di Putrajaya, pelanggan adalah kerajaan Malaysia. 

Cuba teka siapa berada dipihak pelanggan?  Rosmah dan Najib.  Jadi terbukti yang Deepak memang tidak bohong bila dia kata dia tidak pernah berurusan dengan jabatan kerajaan atau GLC. Sebab urusan itu telah dilakukan oleh ___________ bagi pihak Deepak(anda boleh teka nama siapa perlu diisi diruang kosong).

Kalau anda mahu melihat kualiti karpet untuk membuat perbandingan dengan mata kasar, sila ke Menara Maybank dan lihat mana-mana kawasan yang berkarpet, kemudian pergi ke mana-mana jabatan kerajaan di Putrajaya dan lihat pula karpet disana. Anda akan dapat mengagak dengan tepat betapa rendahnya kualiti karpet yang digunakan di Putrajaya.

Karpet di Menara Maybank ditukar pada tahun lepas dengan kos RM1.5 juta, tetapi bukan semua tingkat dtukar, tetapi cuma bagi tingkat-tingkat yang terpilih. Karpet yang digunakan di Menara Maybank adalah buatan syarikat Amerika Syarikat.  Petronas juga banyak menggunakan karpet keluaran Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment