Monday 2 May 2011

NAJIB dan OSAMA - ANTARA REALITI DAN FANTASI

Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya penulisan saya ini mengguris hati sesiapa.  Yang penting adalah untuk kita menbezakan diantara realiti perjuangan seorang pejuang muslim dan fantasi seorang pemimpin sekular.

Ramai yang telah mendengar, membaca dan melihat berita Osama bin Laden meniggal dunia dalam pertempuran dengan askar Amerika Syarikat di Pakistan.  Ramai juga pemimpin dunia yang membuat ulasan dan memberi pandangan peribadi dan juga pendangan kolektif berkenaan peristiwa ini.  Al-Qaeda juga memberi tindakbalas secara lisan berkenaan perkara ini dan telah pun disiarkan secara meluas diseluruh dunia.

Soalnya kenapa Najib mengeluarkan kenyataan yang berbentuk penghinaan terhadap Islam?  Najib menyatakan bahawa kematian Osama Laden adalah baik untuk dunia kerana ianya akan mengurangkan kekejaman dan keganasan yang telah dilakukan oleh Osama Laden dan Al-Qaeda.  Adakah Najib bercakap setelah menggunakan akal atau cuma bercakap sedap mulut tanpa menilai sejarah "kekejaman" dunia.? Kalau Najib buta sejarah atau tidak pandai menilai kekejaman yang berlaku diseluruh dunia, biarlah saya sebagai seorang yang bodoh dan tidak berpendidikan tinggi memberitahu kepada Najib bahawa kekejaman dan keganasan dimulakan dan dipelopori oleh pihak Barat sejak berabad lamanya.  Al-Qaeda diwujudkan untuk menjadi penentang..saya ulangi PENENTANG kepada keganasan dan kekejaman yang dilakukan oleh pihak Barat ke atas umat Islam diseluruh dunia.  

Saya bukan penyokong Al-Qaeda tetapi sebagai seorang muslim yang bersaudara dengan semua muslim lain diseluruh dunia, kita tidak harus merasa gembira dengan berita kematian seorang muslim yang lain.  Seharusnya Najib mempunyai nilai dihati untuk memikirkan bahawa walau sejauh mana pun dia tidak suka kepada Osama, dia dan sesiapa sahaja tidak harus membuat komen yang sedemikian rupa terhadap berita kematian Osama Laden.  Seharusnya kita mendoakan semoga kematian Osama Laden diterima Allah s.w.t. dengan penuh kemaafan dicurahkan terhadap roh beliau. 

Saya sebagai seorang Islam merasa terhina dengan komen yang diberikan oleh Najib. Lebih-lebih lagi Najib adalah pemimpin sebuah negara yang dikategorikan sebagai negara Islam.  

Saya menentang keganasan tetapi saya juga tidak akan menghina pengganas/pejuang yang terkorban dalam mempertahankan agama Islam yang mulia.  Bukan menjadi tugas kita untuk melabelkan seseorang sebagai pengganas atau pejuang.  Amerika Syarikat juga negara pengganas kalau dilihat kepada aspek kekejaman mereka terhadap umat Islam sejak berabad lamanya dalam menangani isu Palestin dan Israel.  Tetapi orang Islam tidak pernah menghina pemimpin Amerika Syarikat yang mati.  
Segala kejadian dimuka bumi ini adalah dalam pemerhatian Allah s.w.t., dan sebagai hamba Allah, kita tidak harus menjadi hakim untuk urusan yang kita sendiri pun tidak lulus.

1 comment: