Sunday 15 May 2011

OSAMA BIN MOHAMED BIN AWAD BIN LADEN

Aku....Dia.....Kamu....Mereka.....Kita,

Semua dalam genggaman fikiran ku,
Segalanya tidak luput ditelan arus masa,
Sepertinya waktu tidak berganjak,
Sepertinya aku terdampar tidak bernyawa,
Sepertinya aku tidak punya apa

Aku mencari...aku meniti...bagai tiada kesudahan,
Perjalanan yang kusangka dekat,
Rupanya tiada mahu berakhir,
Kenapa?Mengapa?Siapa?..menjadi punca kemelut jiwa ku ini

Terjelma segalanya..sesempurna iman yang mengalir didalam darah ini,
Tertumpahkah darah ini?Terkorbankah perjuangan ini?
Adapun yang peduli adalah keramat yang tiada sakti,
Tiada aku mahukan kegagalan,
Tiada aku menolak kebahagiaan,
Cuma aku tidak berdaya meneruskan kealpaan

Hari ini, aku berfikir,
Sama seperti semalam yang ku lalui,
Hari ini aku menanti, esok yang belum tentu hadir,
Namun malaikat itu....
sering hadir dalam mimpi ku,
Menghabiskan waktu hingga Subuh
Bertasbih, berzikir memuji Pencipta yang Esa
Aku dapat merasa dia disisi

Sayangnya aku kepada Dia,
Kasihnya aku kepada Dia,
Menjadi bualan dialam yang indah,
Membawa seribu keinsafan..membuka berjuta laluan keimanan

Mimpi..bertandang...tidak pernah ku pinta,
Iman yang ditiup tidak pernah ku abai,
Terima kasih Allah kerana temukan aku dengan jalan keredhaan,
Kerana memimpin aku dalam cahaya kesamaran,

Dia...ya...dia....yang bernama kematian,
Datangnya dia tidak di duga,

Namun aku menerimanya,
Walau ramai yang takut akannya,
Tercatit sudah untuk ku disemadi buat selamanya,
Tanpa kubur, tanpa jasad, tanpa harta  dan kekayaan,

Tetapi ku punya doa dari mereka yang kuperjuangkan 

 

Semoga Allah memberi keampunan dan kerahmatan kepada kematian yang tidak bernisan, Osama bin Mohamed bin Awad bin Laden...perjuanganmu menjadi kebangaan insaniah berjiwa Islamiah.  Kau tinggalkan kekayaan, kau perjuangkan keIslaman, kau tanamkan pengorbanan, kau wujudkan keinsafan. 

2 comments:

  1. OBAMA menduduki kerusi Presiden Amerika Syarikat kerana bukti yang jelas lagi sahih melalui kertas undi pilihanraya - Sudah terang lagi bersuluh.

    Melabel OSAMA sebagai "pengganas" tanpa bukti yang sahih apa pula maknanya?

    Adalah satu penghinaan ke atas mayat walau hanya sebelah kaki walau bersepai otaknya walaupun hanya tinggal sekerat tulang untuk dinafikan haknya dengan hanya bersandarkan logik akal yang dangkal.

    Jelas, Pemimpin dunia itu telah menelanjangi keegoaannya malah ludahannya ke langit kembali jatuh memercik lalu membasahi tubuhnya yang telah kematian urat & sarafnya.

    Pemimpin itu telah membina tugu dirinya sendiri agar menjadi sejarah betapa hati yang kering, pentingkan diri sendiri & kebejatan akal hanyalah sekadar 'batu' yang keras dan kaku.

    ReplyDelete
  2. Bukan seorang tetapi sebahagian besar pemimpin dunia melakukan sesuatu perkara untuk kepentingan diri sendiri. Obama menerima kecaman yang dahsyat dari rakyat Amerika akibat ketidak bijaksanaan dia menangani soal ekonomi domestik dan politik dunia yang sekian lama dikongkong Amerika. Untuk menaikkan "rating" maka Obama telah memburu Osama untuk dijadikan korban politik dan dia berjaya melakukannya. Tetapi itu adalah kejayaan Obama di dunia yang tidak kekal ini....Allah akan membalas kesemua mereka dengan balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka.

    Jangan lupa NATO yang menjadi sekutu Obama juga hampir berjaya menghapuskan Muammar Ghadafi dan keluarga dari muka bumi ini. Cuma Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui, Ghadafi diselamatkan dari terkorban. Semoga Muammar Ghadafi akan menggunakan kesempatan yang diberi Allah, untuk memperbaiki segala salah dan dosa lampau dan kembali kejalan yang diredhai Allah.

    ReplyDelete