Friday 3 June 2011

LYNAS AKAN BEKAL NADIR BUMI UNTUK PENTAGON?-PERSENJATAAN CANGGIH DAN BERBAHAYA.

Disebabkan pihak kerajaan China menghadkan pengekspotan nadir bumi ke negara luar, maka banyak pihak termasuk pihak Pentagon dan kerajaan Amerika Syarikat bimbang dengan ketidak-cukupan stok mineral nadir bumi untuk menghasilkan senjata canggih dan merbahaya.  Untuk maklumat semua pembaca, Nicholas Curtis pernah menyatakan dengan jelas dan secara terbuka bahawa nadir bumi yang akan diperoses di Gebeng akan digunakan dalam perbagai bidang industri termasuk PENGHASILAN BOM DAN SENJATA.

Pusat perlombongan nadir bumi di Mount Pass, Amerika Syarikat juga akan mula beroperasi semula disebabkan permintaan untuk mineral nadir bumi sedunia semakin meningkat.

Lynas bakal menjadi salah satu syarikat yang akan membekalkan mineral nadir bumi untuk kegunaan Amerika Syarikat bagi membuat/mengeluarkan peralatan dan senjata canggih dan berteknologi tinggi? 

Pada suatu perjumpaan "Critical and Rare Metals Summit III" yang berlangsung di Washington, Eric Noyrez (Ketua Pegawai Operasi Lynas) telah menyatakan bahawa pihak tentera/pertahanan Amerika Syarikat akan memerlukan 10 hingga 20 tan mineral nadir bumi untuk setiap tahun bagi tujuan pengeluaran/pembinaan persenjataan canggih.  Dia menambah bahawa pembekalan mineral nadir bumi dengan jumlah sebegini boleh dilakukan dalam masa yang singkat.  Petikan dari pernyataan yang dilakukan oleh Eric Noyrez di nyatakan dibawah ini.

The military-strategic fears, while good for headlines, are also somewhat overblown according to industry insiders, a view endorsed in October 2010 by a year-long Pentagon study into how to secure future supplies of rare earths and other critical materials. 'The quantities are extremely small,' Eric Noyrez, the chief operating officer of Lynas, said on the sidelines of the Critical and Rare Metals Summit III in Washington in October, estimating that the US military would need 10 to 20 tons of rare earth metals a year for its weapon systems. 'Fixing that would not take much time,' he said.

Penganalisa antarabangsa juga telah menyatakan dengan jelas bahawa dua syarikat pengeluar mineral nadir bumi yang akan dapat membekalkan sebanyak 60,000 tan mineral nadir bumi setahun menjelang 2015 ialah Molycorp dari Amerika Syarikat dan Lynas dari Australia.  Walaupun terdapat banyak lagi syarikat pemprosesan nadir bumi tetapi dua syarikat ini menduduki tangga teratas dalam senarai pengeluar mineral nadir bumi utama dunia.

Analysts already expect that the two biggest miners of rare earths, Molycorp of the US and Australia's Lynas, could deliver an additional 60,000 tons to market by 2015. 'China is doing two things with its policy,' Tunna says. 'It is protecting against foreign ownership of strategic resources and at the same time creating incentives for foreign companies to bring their manufacturing to China. The West has grown used to cheap raw materials, but is going to have to get used to the fact that prices are going up as countries scramble to secure finite resources.'

Dibawah ini pula kenyataan yang akan membuktikan bahawa seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, WTO dan negara-negara Eropah, menyokong penuh pengeluaran mineral nadir bumi di negara selain China.  Pinjaman juga disediakan bagi mana-mana pengeluar yang inigin menceburi bidang ini.  Saya pasti IAEA juga terikat dengan kehendak kuasa-kuasa besar sedunia yang inginkan Lynas dan Molycorp menghasilkan 60,000 tan mineral nadir bumi setahun bagi menampung permintaan yang semakin tinggi.

The House of Representatives has passed the Rare Earths and Critical Materials Revitalisation Act of 2010, which would support the development of a non-Chinese source of rare earths for America, partly through loan guarantees for exploration companies. In Europe, discussions are under way about how to counter China's dominance, with the German Chancellor, Angela Merkel, describing it as 'urgently necessary' for Europeans to invest in non-Chinese sources of rare minerals.

KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG MENENTANG PEMBINAAN LAMP DI GEBENG SEBENARNYA BUKAN HANYA MENENTANG PIHAK LYNAS, MITI, KERAJAAN NEGERI PAHANG DAN PENYANGGAK KERAJAAN BN, TETAPI KITA JUGA SEBENARNYA TANPA DISEDARI SEDANG MELAWAN KUASA BESAR DUNIA YANG SEBENARNYA MAHU MELIHAT LAMP INI BEROPERASI BAGI MERINGANKAN BEBAN MEREKA DALAM MENDAPATKAN STOK MINERAL NADIR BUMI.

INI MEMBUKTIKAN SIKAP KERAJAAN AUSTRALIA YANG MENYATAKAN BAHAWA MEREKA TIDAK BOLEH BERBUAT APA-APA SETELAH MENERIMA PETISYEN BANTAHAN DARI YB FUZIAH BERKENAAN ISU PEMBINAAN LAMP DI GEBENG.  KITA PERLU INGAT BAHAWA AUSTRALIA ADALAH SEKUTU KUAT AMERIKA DAN SIAPALAH YANG TAHU APA PERJANJIAN RAHSIA MEREKA DENGAN SEKUTU MEREKA.  

KEBANYAKAN KERAJAAN YANG DIKATEGORI SEBAGAI KUASA BESAR MEMPUNYAI SIKAP "MEMBALING BATU DAN MENYEMBUNYIKAN TANGGAN". 

5 comments:

  1. Orang Kuantan/kemaman dapat apa? Hanya jadi makmal tikus, jaga ton demi ton sisa toksik radioaktif dengan upah Rm50 mi. Di Bukit Merah , Mitsubishi Chemicals membayar RM300 mi membersih sisa buangan radioakitf thorium . Di Chicago Barat , tempat menyimpan sisa radioaktif nadir bumi memerlukan 4 dana Superfund untuk melakukan pembersihan.Jadi apa manfaatnya kepada 700,000 penduduk dekat Gebeng? Di Chicago Barat , pasir seperti sisa kilang yang dikenali sebagai tailing disimpan di kemudahan tersebut. Tailing kilang yang sedia sebagai bahan mengisi bebas dari tahun 1930 hingga tahun 1950-an dan digunakan di seluruh wilayah Chicago Barat untuk projek-projek landskap dan untuk mengisi daerah dataran rendah. Beliau kemudian ditentukan bahawa bahan radioaktif berbahaya. Latar Belakang | Wilayah 5 Pembersihan tapak | US EPA Ada empat Kerr-McGee Superfund halaman di Chicago IL Barat, daerah yang tercemar oleh bahan radioaktif sisa thorium. Sampah dihasilkan oleh ...www.epa.gov/region5/sites/kerrmcgee/background.htm

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana berkongsi maklumat berkenaan isu ini. Sememangnya dari segenap sudut tanpa perlu kita buat perkiraan matematik yang rumit, kita dan sesiapa sahaja boleh buktikan bahawa LAMP ini mendatangkan kemudaratan kepada penduduk setempat. Disebabkan LAMP ini bukan sahaja projek Lynas tetapi adalah projek yang disokong oleh segenap kuasa besar dunia, maka kita akan dijadikan bukan sahaja sebagai bahan ujikaji tetapi juga sebagai "penyelamat" kepada kuasa besar dunia. Tetapi kita akan kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada kita, iaitu kehidupan yang selamat.

    ReplyDelete
  3. Soalan yang saya tuju kepada Lynas Malaysia tidak pernah dijawab............

    Saya tanya mereka jika mereka boleh berjanji bahawa produk yang akan keluar daripada kilang Lynas LAMP Gebeng hanya akan digunakan oleh industri industri Mesra Alam dan tidak di jual kepada Amerika Syarikat untuk tujuan menghasilkan Bom Pintar dan bermacam macam lagi senjata.

    Mereka tidak pernah membalas.

    Kita semua tahu senjata senjata dan bom bom pintar ini dijual kepada negara negara seperti Israel. Ia kemudian di gunakan untuk menindas dan membunuh lebih ramai rakyat Palestin yang tidak dapat mempertahankan diri mereka.

    Apa yang tidak dijual kepada Israel digunakkan untuk membunuh orang orang tua, wanita dan kanak kanak di negara negara seperti Iraq dan Afghanistan.........

    Semua ini dengan senjata yang mengunakkan produk yang dihasilkan di bumi kita............

    Tidak kah kita pun patut dipertangungjawabkan dengan apa yang di lakukan di bumi Palestin, Iraq dan Afghanistan jika kita tahu tentang perkara tersebut tetapi kita masih benarkan ia berlaku??

    ReplyDelete
  4. Selamatkan bumi Malaysia drp bersubahat dengan kuasa2 besar yang terlalu kecil sifat ihsannya.

    Jangan sampai suatu hari nanti kita tidak sempat menepuk dahi kerana menyedari betapa silapnya keputusan hari ini kerana dahi kita sudahpun bersepai dek hentaman bom & senjata2 era millenium si penakluk dunia lahap kuasa tersebut.

    Ketika terbaring di dalam nazak, tiba2 mata yg berpinar2 digenangi airmata darah terbaca "xx.xx% Rare Earth Manufacturing in Malaysia" di ruangan "Bahan-bahan" yang terpahat di kepingan bom yg separa berkecai tersebut.
    Dan, dek kerana super canggihnya senjata era Millenium ciptaan genius bangsa yg terpandai seantero dunia tersebut, tiba2 di saat sakaratul maut hampir merenggut di kerongkong yg perit lagi pedih itu, bom yg separa berkecai tadi 'bangkit' bercantum semula melantun ke sasaran berikutnya yakni bayi kecil kita yg sedang lena di buaian.

    Maka, percayalah di saat itu gapaian tangan kita tdk lagi mampu menahan walau sehelai bulu yg terbang dan di saat itulah kita terkulai dengan mata yg terbelalak-terbeliak-terbuntang-kejang...

    ReplyDelete
  5. Industri rare earth di China setiap tahun menghasilkan lebih lima kali ganda gas buangan (termasuk flourine, radio-active radon,dan sulfur dioxide yang membunuh) , berbanding jumlah keseluruhan yang dihasilkan oleh kesemua lombong dan kilang penapisan minyak di U.S. Berserta dengan 13 bilion meter kubik gas tersebut ialah 25 milion tan air buangan yang bercampur dengan bahan-bahan penyebab kanser, merosakkan DNA iaitu 'heavy metal' seperti cadmium.

    The New York Times melaporkan pada Oktober lepas, bahawa kolam-kolam berekoran di Baotou, China sedang membocorkan Thorium yang berkembang di bawah tanah yang bergerak ke arah Sungai Kuning (Yellow River) pada kadar 300 meter setahun, jarak ke sungai ialah 7 kilometer. China telah mengesahkannya.

    Malaysia bercadang untuk mengisi satu per tiga dari jumlah pengeluaran rare earth China.

    Penyokong2 Lynas yang bermati-matian nak meracun Malaysia, tolonglah berpijak di bumi nyata!!!

    ReplyDelete