Wednesday 1 June 2011

NASIHAT KEPADA SEMUA PENENTANG LAMP LYNAS

Saya mengikuti secara teliti peristiwa yang berlaku dalam kita menjayakan keinginan kita bagi menghalang pusat LAMP beroperasi di Gebeng.  Saya telah nyatakan dari awal lagi kepada YB Fuziah bahawa saya tidak akan terlibat dengan aktif dalam isu ini tetapi saya boleh menggunakan beberapa kenalan yang saya ada dibeberapa negara untuk mendapatkan maklumat tentang Lynas dan aktiviti-aktiviti mereka.  Saya lakukan semua ini dengan ikhlas dan saya juga seorang yang berpegang kepada prinsip. 

Dalam saya mengikuti beberapa peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini, saya dapati ada beberapa perkara yang mungkin kita terlepas pandang atau disebabkan kita sibuk menentang LAMP, kita kurang memberi perhatian terhadap perkara-perkara yang boleh merungkai kebenaran dalam pembinaan LAMP di Lynas.

Adakah kita menentang pihak yang sebenarnya perlu di tentang?  Adakah kita melakukan kesilapan dengan asyik berdiplomasi dalam menangani perkara ini?  Adakah kita lupa bahawa sejauh mana pun kita menentang, ada pula yang terus menyokong pembinaan LAMP ini?  Apa sebenarnya yang kita perjuangkan?  Berapa ramai yang ingin menjadi ketua dalam soal penentangan ini?  Saya juga sudah keliru dengan apa yang berlaku disebabkan sebuah kapal ini nampaknya terdapat lebih dari seorang kapten.

YB Fuziah bertanggungjawab secara politik untuk memberi tekanan kepada pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk membatalkan pembinaan dan operasi LAMP ini.  Ini memang tugas beliau dan beliau pastinya akan lakukan mengikut landasan yang beliau paling mahir dan faham...iaitu POLITIK.  Tetapi sejak akhir-akhir ini ada pula pihak yang menentang cara dan kaedah yang diguna-pakai oleh YB Fuziah dan pihak yang mempersoalkan ini adalah dari kalangan penentang LAMP ini juga.  Bukankah ini membuktikan kepada semua bahawa penentang tidak sepakat dan tidak mempunyai satu suara dan satu hasrat?

Apa yang ingin dibuktikan oleh mereka-mereka yang menentang LAMP tetapi pada masa yang sama menentang sesama sendiri?  Kenapa manusia ini terlalu mementingkan individualistik dalam menangani perkara-perkara yang membabitkan soal nasional dan kemanusiaan sejagat.  Sepatutnya pihak YB Fuziah dan semua mereka yang menentang LAMP ini, bersatu di bawah satu slogan, satu perjuangan, satu pendekatan, satu semangat nasionalisme dan semua yang dilakukan haruslah melalui perbincangan yang mendalam dan mendapat persetujuan secara kolektif sebelum cadangan tersebut diguna-pakai.  Tidak rasional untuk sesetengah pihak mempersoalkan pendekatan pihak lain secara terbuka sebelum perbincangan dilakukan secara dalaman untuk mencari kata sepakat.

Dalam isu LAMP ini, percayalah, sekiranya pihak penentang tidak mempunyai semangat bersatu padu atau toleransi, maka penentangan ini akan gagal, bukan kerana pihak Lynas dan penyokong projek Lynas ini kuat, tetapi kerana penentang projek Lynas ini LEMAH.  Lemah bukan dari segi fizikal, lemah bukan dari segi kekuatan suara yang lantang, lemah bukan dari segi persepi, tetapi lemah dari segi kesaksamaan, lemah dari segi penyatuan, lemah dari segi pendekatan, lemah dari segi nasionalisme dan lemah dari segi keikhlasan untuk menjayakan rancangan penentangan ini. 

Apa yang berlaku dipihak penentang LAMP ini, sekiranya tidak di periksa, diteliti dan diperbetulkan sebelum terlambat, maka sia-sialah perjuangan ini.  Fikir kembali ada tak perbezaan di antara apa anda lakukan sekarang dengan apa yang berlaku dalam parti politik?  Masing-masing ingin manjadi juara, suara masing-masing ingin dilantangkan dan masing-masing ingin tunjuk bahawa pendekatan masing-masing yang terbaik. 

NASIHAT SAYA SECARA IKHLAS KEPADA ANDA SEMUA, JANGAN JADI RAJA SORAK KERANA RAJA SORAK CUMA DUDUK DITEPI PADANG. 

KALAU TIDAK TAHU BERMAIN DENGAN SEMANGAT BERPASUKAN, JANGAN MULAKAN PERMAINAN ITU.

BERSATULAH DIBAWAH SATU PERJUANGAN DENGAN SEORANG KETUA DAN PASTIKAN PASUKAN PENENTANG LAMP INI TERSUSUN DAN BEROPERASI DENGAN SEMANGAT MUAFAKAT.

ANDA SEBENARNYA MEMBERI TERLALU BANYAK PERHATIAN KEPADA LAMP, IAEA DAN LYNAS TETAPI KURANG PERHATIAN DIBERIKAN TERHADAP ADNAN YAAKOB.  CUBA INGAT KEMBALI KATA-KATA ADNAN YAAKOB. DIA KATA YANG MELULUSKAN PROJEK LAMP INI ADALAH MITI DAN DIA TIDAK HARUS DIPERSALAHKAN.  KALAU ANDA PERHATIKAN SEKARANG, MITI TIDAK BERSUARA, TETAPI CUMA ADNAN YANG BERSUARA SABAN HARI MENYOKONG LYNAS DAN LAMP.  ANDA PERLU SEDAR TENTANG ISU INI YANG SEMEMANGNYA ISU POLITIK BILA MELIBATKAN ADNAN.  UNTUK MENENTANG ADNAN ANDA PERLUKAN PENDEKATAN POLITIK, KERANA ADNAN BUKAN ORANG BERDIPLOMASI, MAKA APA YANG DIKATAKAN OLEH YB FUZIAH HARUS DIBERI PERHATIAN YANG SERIUS DAN BUKAN DITENTANG TANPA DIPERTIMBANGKAN DENGAN TELITI.

2 comments:

  1. Dalam semua hal inilah sebenarnya rakyat Malaysia...mudah melatah...perangai Lebai Malang, Pak Kaduk, Pak Pandir sudah menjadi warisan yang sukar dikikis...bodoh sukar diajar malahan pandainya pulak sukar diikut...jangan bila dah jadi seperti Afghanistan, Iraq, Mesir mahupun Syria baru hendak menjerit-jerit memulangkan paku buah keras...kerana pada masa itu pastinya kalau meludah ke langit dengan kepantasan sikap 'pak turut' air ludah menimpa muka sendiri...moga Allah memelihara nasib bumi Malaysia...Insya-Allah...

    ReplyDelete