Sunday 17 July 2011

APA PERBEZAAN DIANTARA NAJIB DAN TUN MAHATHIR?-PROTON DAN LOTUS

Nama mereka.  Pada dasarnya nama mereka berbeza.  Kalau kita teliti secara terperinci memang terdapat sedikit sebanyak perbezaan diantara Najib dan Tun dari segi perlakuan, mentaliti, kecekapan dan sebagainya.  Tetapi secara politiknya...mereka hanya berbeza dari segi nama.

Sepertimana Tun senantiasa menggunakan duit rakyat untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni, maka kini Najib pula melakukan perkara yang sama untuk menyelamatkan Lotus, UK.  Sebanyak GBP270 juta telah dilulusakan oleh beberapa bank di Malaysia untuk diberi dan digunakan oleh Proton Holdings. bagi menyelamatkan Lotus yang kerugian bagi tahun kelima berturut-turut.

Kebijaksanaan Najib ialah dia dan kerajaan BN membabitkan bank-bank swasta untuk memberikan pinjaman tersebut dan tidak membabitkan Khazanah Nasional secara terus.  Tetapi dalam ucapan di kilang Lotus, UK, Najib telah memberi jaminan bahawa Kerajaan Malaysia dan Khazanah Nasional akan memastikan pinjaman tersebut diberikan kepada Proton Holdings dan Lotus dan Najib juga memberi jaminan bahawa perkara ini pasti akan dilaksanakan.

Rakyat Malaysia dibebankan dengan hutang yang sukar dibayar akibat kesempitan ekonomi, rakyat Malaysia dibebankan dengan pengurangan subsidi, rakyat Malaysia dibebankan dengan kenaikan harga barangan keperluan utama, rakyat Malaysia dibebankan dengan masalah sosial yang tidak dibendung oleh kerajaan dan bermacam-macam lagi dugaan dan cabaran dihadapi oleh kita di Malaysia.  Najib pula dengan tersenyum dan dengan penuh bangga menyatakan kepada pengurusan dan kakitangan kilang Lotus bahawa mereka akan dibela dan dijaga oleh kerajaan Malaysia dan Khazanah Nasional.

Melampau..itulah perkataan paling sesuai untuk perlakun pemimpin kita dari Barisan Nasional yang membelakangkan kepentingan majoriti rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dan pembelaan, tetapi Najib dan kerajaan BN sanggup menghulurkan bantuan kepada sebuah syarikat yang mengeluarkan kereta berprestasi tinggi yangmana sebilangan kita di Malaysia tidak akan mampu miliki.  Sebagai sebuah syarikat persendirian, sepatutnya Lotus lebih bersedia menghadapi dugaan dunia perniagaan secara bersendiri dan bukan dengan mangharapkan bantuan kewangan dari sebuah kerajaan yang sepatutnya membantu rakyat mereka.

Jumlah duit sebanyak GBP270 juta adalah lebih dari RM1 billion dan jumlah ini bukanlah sedikit.  Alasan yang akan diberikan oleh Najib ialah, duit itu duit bank swasta dan bukan duit rakyat, tetapi adakah kita semua begitu bodoh untuk bersetuju dengan kata-kata Najib dan sekutu. Bukankah semua duit dibank-bank Malaysia adalah hasil simpanan RAKYAT MALAYSIA.  Jadi bukankah itu DUIT RAKYAT.

Bank-bank yang menjadi pemberi pinjaman tersebut ialah CIMB Bank, Maybank, Overseas-Chinese Banking Corporation, Export-Import Bank of Malaysia, Affin Bank and EON Bank.

No comments:

Post a Comment