Sunday 12 February 2012

HAMZA KASHGARI - LIABILITI UNTUK ISLAM

Banyak juga diperkatakan tentang Hamza Kashgari yang diekstradisi kembali ke Arab Saudi oleh pihak berkuasa di Malaysia.  Di katakan bahawa beliau telah menghina Nabi Muhammad s.a.w. dan telah diistiharkan sebagai murtad oleh ulama di Arab Saudi.  Sekiranya benar Hamza telah menghina Nabi Muhammad s.a.w., maka beliau harus menerima hukuman seperti yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Quran.  Pada usia muda, Hamza terlalu vokal dan tidak bijaksana dalam menganuti ajaran Islam yang sebenar.

Nabi Muhammad s.a.w. adalah penghulu segala Nabi dan Rasul teragung yang paling di sayangi oleh Allah s.w.t.  Walaupun baginda mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah, baginda tidak pernah menggunakan kedudukan itu untuk mempersoalkan sebarang susah senang yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t. terhadap baginda.  Sepanjang kehidupan baginda, baginda telah peruntukkan untuk Allah dan Islam.  Baginda mendoakan setiap umatnya walaupun baginda mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t.  Tetapi ada pula manusia yang tergamak menghina baginda, sedangkan baginda pula senantiasa mendoakan umatnya.  

Inilah akibatnya bila ada manusia yang mendapat sedikit ilmu dunia, tetapi beranggapan sudah mendapat seluruh ilmu alam semesta.  Individu seperti ini hidup dalam kekufuran yang terlindung dengan keIslaman mereka dan mereka inilah yang menjadi musuh dalam selimut dan duri dalam daging untuk umat Islam.  Sebenarnya di Malaysia pun terdapat ramai yang bersikap demikian cuma mereka bebas berkelakuan demikian kerana ada dikalangan pemimpin negara Malaysia juga bersikap munafik dan menjadi pelindung kegiatan pihak munafik yang lain.

Apa yang berlaku kepada Hamza harus dijadikan pengajaran oleh semua pihak tetapi bagi kerajaan BN isu ini sudah pasti dapat dipergunakan dengan semaksimanya untuk mewujudkan ketakutan pada penganut agama lain di Malaysia tentang betapa kejamnya hukuman dalam Islam. Ini mungkin akan membantu BN mendapat sokongan rakyat Malaysia yang tidak mahukan parti Islam manjadi parti yang menerajui kerajaan Malaysia. 

Saturday 11 February 2012

BUDAK-BUDAK HINGUSAN "AMAN KAMPUS" AKAN MEMBERI PENERANGAN TENTANG KEBAIKAN LYNAS

Budak-budak hingusan yang belajar menggunakan duit rakyat akan memberi penjelasan kepada masyarakat berkenaan Lynas dan LAMP di Gebeng.  Mereka dikatakan mahasiswa dan mahasiswi dari 20 buah pusat pengajian tinggi.  Inilah dikatakan anak-anak muda yang mudah termakan kata-kata mat salleh yang kononnya lebih hebat dari kita yang menjadi rakyat Malaysia.

Berapa banyak yang budak-budak hingusan ini tahu tentang Lynas? Ada mereka membaca penulisan saya tentang Lynas sejak tahun lepas? Ada mereka tahu bahawa Lynas disaman di China dan di Malawi? Ada mereka tahu bahawa Lynas menjadikan Malaysia sebagai pusat pemprosesan nadir bumi kerana cuma kerajaan Malaysia sanggup menerima pelaburan yang mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat?  Ada tak budak-budak hingusan ini faham apa itu radioaktif dan apa itu Thorium?  Ada tak budak-budak hingusan ini tahu kenapa Australia tidak membenarkan pemprosesan nadir bumi dilakukan di negara mereka?

Banyak lagi persoalan saya boleh tanya kepada budak-budak hingusan ini.  Nasihat saya kepada mereka, jangan nak memandai menonjolkan kebodohan kamu semua dalam memberi penjelasan tentang isu yang kami sudah pun ariff.  Berapa ramai penduduk yang kurang pendidikan akan kamu semua tipu hanya untuk mendapat nama baik bagi pihak Lynas atau mungkin sebahagian kamu akan diberi pekerjaan oleh Lynas? Berapa banyak pekerjaan boleh disediakan oleh Lynas, sedangkan pusat pemprosesan yang mereka bangunkan menggunakan tenaga kerja yang minima.

Belajar pun guna duit rakyat, jangan nak mengajar rakyat pula tentang apa yang baik dan tidak baik untuk kami.  Kamu semua belajar elok-elok untuk menjadi manusia yang berguna dan bayar balik pinjaman-pinjaman yang kamu semua dapat untuk belajar. 
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

ISRAEL MEMBELI MINYAK SAWIT KELUARAN SIME DARBY?

Dokumen di perolehi dari "Index Mundi" dan IMF.  Link yang saya sertakan dalam penulisan ini menunjukkan bagaimana penjualan minyak sawit Malaysia dalam matawang New Israeli Syeqel dan harga minyak sawit Malaysia telah di senaraikan dalam futures trading (harga masa depan) sehingga Januari 2012 juga dalam New Israeli Sheqel.  Tertera dengan jelas adalah nama Sime Darby dari Malaysia.  Kini rakyat Malaysia harus mendapatkan penjelasan dari pihak Felda dan Sime Darby samada mereka ada terlibat dalam apa-apa penjualan minyak sawit Malaysia kepada Israel.

http://www.indexmundi.com/commodities/?commodity=palm-oil&months=120&currency=ils

Friday 10 February 2012

MALAYSIA MENEMPAH LAKNAT ALLAH S.W.T.

Baru-baru ini kita membaca bahawa terdapat syarikat Malaysia mengeksport minyak sawit ke negara Israel.  Nampak gayanya tidak ramai dari rakyat Malaysia mahupun ahli politik Malaysia yang mengambil berat isu ini.  Tidak seperti isu NFC yang di canang setiap hari.  Ahli politik PAS harus melakukan segalanya yang mereka terdaya untuk menghentikan perdagangan Malaysia dengan negara Israel.

Malaysia adalah sebuah negara yang dikatakan makmur. Bagi saya Malaysia juga sudah mula TAKBUR.  MAKMUR tetapi TAKBUR.  Rakyat seharusnya merasa malu dengan tindakan kerajaan yang menjalankan perdagangan dengan sebuah negara yang menindas dan membunuh orang-orang tidak berdosa setiap hari, setiap masa.  Yang peliknya, negara Malaysia sudah memberhentikan penjualan minyak sawit kepada Iran sejak awal tahun lepas.  Atas dasar Iran membangunkan persenjataan nuklear dan Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan perdagangan.  Syarikat-syarikat Malaysia dikatakan tidak lagi berminat untuk berniaga dengan Iran akibat dari sekatan ini. 

Hebat betul si kerajaan Amerika yang bodoh dan tolol, dan kerajaan Malaysia pula terikut-ikut rentak kebodohan "polis dunia" ini.  Apakah Malaysia juga sudah menjadi sebodoh Amerika atau pun rakyat Malaysia sudah terlalu banyak makan dan hidup dalam suasana riba dan kekufuran, sehinggakan kita sudah tidak dapat menilai sesuatu dengan mata hati dan peri-kemanusiaan?

Iran dikatakan MEMBANGUNKAN persenjataan nuklear dan kita sudah tidak mahu lagi berdagang dengan kerajaan Iran. Manakala Israel di katakan mempunyai hampir 400 buah senjata nuklear pelbagai jenis dan kita masih berdagang dengan Israel.  Bodoh, Bodoh, Bodoh...itulah hakikat penilaian terhadap kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia yang menutup sebelah mata dalam merealisasikan perdagangan dengan Israel.  Rakyat Malaysia sudah terlalu lama memakan dan menikmati hasil riba dan sekarang rakyat Malaysia akan turut menikmati pemakanan dan kehidupan hasil dari duit yang diterima sebagai bayaran dari Israel laknatullah.  

Israel mempunyai persenjataan nuklear sejak tahun 1967, mereka memiliki senjata termonuklear yang sangat berbahaya (kapasiti megaton), bom neutron, bom nuklear dalam bagasi, senjata taktikal berkuasa nuklear dan sebagainya.  Senjata-senjata ini dibangunkan di Pusat Penyelidikan Nuklear Negv yang terletak di daerah Dimona. Israel tidak pernah di kenakan sekatan oleh mana-mana pihak dan kini Malaysia pula memberi sokongan kepada Israel samada secara langsung atau tidak.

Rakyat Iran mula kekurangan makanan, minyak Iran sudah mula terkena tempias sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan kini Israel pula makan besar dengan pertolongan rakan-rakan perdagangan mereka, termasuk Malaysia.  Malaysia adalah rakan perdagangan ke 15 terbesar untuk Israel dan ini bukanlah rahsia.  

Kita sibuk berbicara tentang kita memerangi Israel dan membela nasib rakyat Palestin, tetapi semua itu hanya di muka buku sahaja.  Pada realitinya kita sedang menempah laknat dan bala dari Allah s.w.t. dengan melakukan perkara yang paling di laknat oleh Allah s.w.t.  Siapa kita sebagai manusia untuk menyokong Israel dan Yahudi yang di laknat Allah.  

Saya tidak akan terkejut sekiranya penyenaraian Felda Global Ventures di Bursa KL akan memberi ruang untuk syarikat Israel menjadi pemegang saham secara tidak langsung atau secara langsung.  Felda Global Ventures mempunyai perniagaan di seluruh dunia dan kita tidak akan dapat menyekat mana-mana pihak yang membeli saham-saham FGV di pasaran terbuka atau secara rahsia.  

Israel tidak pernah dijemput oleh saya sebagai rakan perdagangan Malaysia, saya sentiasa rasa bangga bila pemegang paspot Malaysia tidak boleh masuk ke Israel, itu menunjukkan kita membenci Israel, tetapi RUPA-RUPANYA ITU CUMALAH SESUATU YANG SUDAH TIDAK ADA MAKNA, KERANA KINI KITA TIDAK PERLU KE ISRAEL UNTUK MENYOKONG YAHUDI LAKNATULLAH.

SEMOGA ALLAH MELAKNAT YAHUDI LAKNATULLAH DAN MEMBELA NASIB SEMUA UMAT ISLAM YANG BERJIHAD DAN MEMBENCI YAHUDI LAKNATULLAH.

SAYA SERTAKAN DOKUMEN DARI EUROPEAN UNION YANG MENYENARAIKAN MALAYSIA SEBAGAI RAKAN PERDAGANGAN ISRAEL YANG KE 15 TERBESAR.




Thursday 9 February 2012

DATUK SERI NAJIB PERLU BACA PENULISAN INI

Skim insurans terbaru yang menjadi perbualan hangat pada waktu kini selain dari isu NFC adalah 1 Care.  Ada juga masyarakat yang prihatin terhadap semua yang diperkatakan manakala ada juga yang sehingga kini tidak tahu apa itu skim 1 Care.  Yang jelas adalah terteranya nilai 10% pada skim 1 Care ini.

Dikatakan juga bahawa sebilangan rakyat Malaysia akan menyumbang kepada skim ini melalui pemotongan gaji sebanyak 10% setiap bulan.  Pemotongan sebanyak 10% adalah suatu jumlah yang besar bagi sebahagian besar penduduk Malaysia yang hidup dalam keadaan serba sederhana dengan pendapatan yang cukup untuk perbelanjaan bulanan.  

Ada juga penerangan yang terdapat di dalam internet bahawa skim ini dicadangkan oleh kerajaan untuk mengurangkan bebanan perbelanjaan yang di tanggung oleh kerajaan dalam menyediakan infrastruktur perubatan dan kesihatan.  Adakah ini alasan yang logik untuk mengadakan sebuah skim seperti ini?  Kenapa perlu adanya skim 1 Care sedangkan KWSP sudahpun ada dana yang cukup dari sumbangan yang dilakukan oleh segenap rakyat Malaysia melalui pemotongan gaji bulanan mereka. Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan dana yang terdapat di KWSP untuk kebajikan rakyat Malaysia. 


KWSP boleh mengenakan peratusan sumbangan yang lebih tinggi terhadap pencarum dan mewujudkan satu akaun khas yangmana dana di dalam akaun ini akan digunakan untuk tujuan perubatan dan penjagaan kesihatan penyumbang dan mereka yang kurang berkemampuan (bukan pencarum).  Peratusan pemotongan boleh dinaikkan dari 11% kepada 15% untuk pekerja dan dari 12% kepada 15% untuk majikan.  Ini dapat menjimatkan jumlah pemotongan dari gaji seseorang kerana sekiranya skim 1 Care ini dilaksanakan secara tersendiri, jumlah pemotongan yang dicadangkan adalah 10% manakala caruman KWSP akan kekal pada tahap 11% untuk pekerja. Bermakna jumlah pemotongan dari gaji bulanan seseorang pekerja adalah sebanyak 21%. Ini adalah satu jumlah peratusan yang sangat tinggi untuk menyediakan perkhidmatan yang bukanlah terbaik di dunia.

Kalau ada pihak yang mengatakan KWSP tidak harus mengambil inisiatif ini kerana mereka bukan pakar dalam bidang perubatan dan kesihatan, soalan saya ialah, kenapa kerajaan mencadangkan KWSP memberi pinjaman kepada pembeli rumah rakyat yang tidak berjaya mendapat pinjaman dari bank? Adakah KWSP pakar kewangan atau mempunyai kemampuan untuk menilai dan menguruskan pinjaman perumahan? 

Nak seribu daya, taknak seribu dalih.  Itulah yang akan dilakukan oleh pihak-pihak yang mencari jalan untuk merompak duit rakyat sebanyak 10% setiap bulan dengan menggunakan skim 1 Care sebagai platform.

Lebih kurang 5 tahun yang lepas, kawan saya bernama Dr. Kamal Ariffin pernah menunjukkan kepada saya suatu kertas kerja yang sudah pun siap sepenuhnya.  Kertas kerja itu tertulis SKIM INSURANS DAN KESIHATAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA.  Kertas kerja itu terlalu tebal untuk saya tidak baca secara keseluruhan. Dr. Kamal menceritakan kepada saya bahawa dia telah siapkan kertas kerja ini untuk dimajukan kepada kerajaan Malaysia.  Kemudian dia memandang ke arah saya dan berkata, " percayalah, ada dua perkara yang akan berlaku sekiranya kertas kerja ini diterima pakai...pertama, sekiranya keseluruhan kertas kerja ini di terima maka nama saya akan di padamkan dan akan tertera nama orang lain sebagai pemunya kertas kerja ini.  Sekiranya sebahagian dari kertas kerja saya ini diterima maka ianya akan digunapakai tanpa mendapat kebenaran dari saya."

Apa yang kawan saya ini katakan ialah, kertas kerja ini akan di ciplak.  Tetapi kenapa dia mahu juga menyerahkan kertas kerja ini kepada pihak kerajaan?  Apa yang dia katakan pada saya ialah, dia ingin mencuba nasib. Mencuba nasib dan inilah hasilnya.  Sebuah skim 1 Care yang entah dari mana datangnya idea sedangkan kerajaan Barisan Nasional sudah memerintah selama 50 tahun dan tidak pernah pula cuba melaksanakan skim seperti ini. Kenapa sekarang?

Baiklah, itu cerita tentang apa yang saya tahu lebih kurang 5 tahun lepas, kini kesemua kita perlu tahu berkenaan skim ini dan perlu meniliti terma dan syaratnya secara mendalam.  Ingat, walau 1% pun di potong dari pendapatan kita, ianya adalah hak kita..ianya adalah duit hasil dari kerja kita...rezeki hasil dari titik peluh kita.  Tidak ada pihak yang sepatutnya diberi kebenaran untuk membuat pemotongan yang kita tidak izinkan dan tidak ada pihak boleh merompak duit kita dengan bertopengkan sistem kebajikan dan sistem perubatan.

Satu cadangan saya kepada pihak kerajaan Malaysia, KENAPA TIDAK MENGURANGKAN PERBELANJAAN BULANAN SEBANYAK 10% SEBULAN DAN SUMBANGKAN DUIT TERSEBUT KEDALAM SEBUAH DANA YANG DIURUSKAN UNTUK KEBAJIKAN KESIHATAN DAN PERUBATAN RAKYAT MALAYSIA.

KENAPA PERLU RAKYAT TERUS MENERUS MENYUMBANG SEDANGKAN KERAJAAN TERUS MENERUS BERBELANJA TANPA MENGIRA PEMBAZIRAN DAN KETAKBURAN. 

Tuesday 7 February 2012

A$247 Million for Phase 2 of Lynas Plant

Sesiapa yang mengikuti penulisan di blog ini dari awal berkenaan Lynas di Malaysia, pasti sudah mengetahui bahawa saya pernah menyatakan LAMP Lynas di Gebeng pasti akan beroperasi walau sebanyak mana pun tentangan yang diberikan.  Saya ada menulis, kenapa tidak kita sebagai rakyat yang menentang Lynas, melakukan tentangan dengan cara yang lebih efektif dari melakukan rusuhan dan tunjuk perasaan yang pada hakikatnya hanya memberi publisiti kepada tentangan ini tetapi tidak akan membuahkan apa-apa hasil seperti yang diharapkan.

Berfikiran rasional, bijak dan melaksanakan penentangan secara strategik adalah keperluan utama dalam menangani isu-isu seperti ini.  Setiap hari saya membaca tentang tentangan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia terutamanya rakyat Kuantan dan saya masih berpendapat semua penentangan ini cuma membuahkan publisiti secara nasional ataupun global, tetapi hasilnya akan tetap berpihak kepada Lynas dan kerajaan Malaysia.

Apa yang berlaku sekarang ini adalah suatu drama yang telah tersusun rapi dengan penulis skrip, pengarah, penerbit, pelakon yang datangnya dari pihak Lynas dan kerajaan Malaysia.  Dalam drama ini setiap babak di ketengahkan secara sistematik satu persatu, bagi menggambarkan bahawa semua yang berlaku ini tidak dirancang dari awal.

Dokumen yang saya lampirkan bersama penulisan saya ini akan membuktikan bahawa Lynas sudahpun mempunyai dana yang cukup untuk pembangunan fasa kedua LAMP dan Mount Weld.  Dana ini sudah lama tersedia, sejak sebelum lesen beroperasi dikeluarkan oleh pihak kerajaan Malaysia.  Kewujudan dana ini sudah tersenarai secara rasmi dalam pembentangan laporan kewangan Lynas pada tahun 2011. JP Morgan dan Sumitomo Mitsui Banking Corporation sudah pun menandatangani perjanjian pembiayaan untuk Lynas. Adakah semua ini akan berlaku sekiranya pemberian lesen masih "samar-samar". Perjanjian pembiayaan ini berlaku pada tahun 2011.

Kenapa kita masih berjuang dengan cara yang tidak akan membuahkan hasil.  Satu-satunya cara untuk menyingkirkan Lynas dari bumi Malaysia adalah untuk menyingkirkan kerajaan Barisan Nasional di peringkat negeri atau pun pusat.  Ini dapat membantu untuk mengubah dasar kerajaan dan dapat memberi tekanan kepada pihak Lynas dan memberi kekangan terhadap rancangan mereka untuk menjayakan fasa kedua projek LAMP ini.

Monday 6 February 2012

Surat Terbuka Untuk Dr. Hassan Ali

Umum sudah mengetahui bagaimana Dr. Hassan Ali kini bukan lagi berjuang menegakkan polisi parti PAS dan Pakatan Rakyat, tetapi beliau melakukan sesuatu yang segelintir dari kita rasakan tidak patut dilakukan oleh seorang tokoh terhormat seperti beliau.  Beliau ada melabelkan segelintir pemimpin di PAS sebagai PARASIT dan ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya di utarakan secara terbuka oleh seorang tokoh seperti beliau.

Beliau ada menyatakan bahawa, pemimpin-pemimpin PARASIT ini tidak lagi memperjuangkan Islam dan tidak lagi menegakkan Islam sebagai polisi utama parti PAS.  Beliau ada juga mengatakan bahawa, pemimpin-pemimpin PARASIT ini juga sudah menyimpang dari landasan utama perjuangan PAS.  Adakah beliau realistik dalam apa yang beliau katakan? Adakah beliau sedar bahawa beliau berada di Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk yang menganuti pelbagai agama dan mengamalkan pelbagai budaya.

Dalam mengenali pendekatan yang terbaik untuk mempertahankan Islam di sebuah negara yang bermasyarakat majmuk adalah suatu perkara yang bukan mudah.  Pendekatan yang digunakan haruslah tidak terlalu menyentuh sensitiviti penganut agama lain.  Islam mahukan umatnya mengamalkan kesederhanaan dalam segala urusan yang dilakukan. Islam menganjurkan toleransi dalam menangani apa juga permasalahan. Islam mewajibkan pendekatan Al-Quran dan Sunnah dalam menjalani kehidupan seharian kita tetapi pada masa yang sama Islam juga melarang umatnya melampaui batasan dalam menegakkan akidah dan mengukuhkan taqwa.

Satu-satunya kaum yang dibenarkan untuk dilaknat dan ditentang habis-habisan tanpa perlu perbincangan atau belas kasihan adalah kaum Yahudi yang sememangnya dilaknat oleh Allah s.w.t.  Jadi apa pula terjadi dengan Dr. Hassan Ali yang lebih menentang pemimpin Islam di PAS dari menentang kejahilan dan kekufuran Yahudi Israel?  Apa sebenarnya yang ingin di kecapi oleh Dr. Hassan Ali yang meniupkan kekeliruan dalam hati umat Islam di Malaysia?

Sebilangan besar umat Islam di Malaysia megamalkan kehidupan yang berlandaskan logik akal, melakukan dosa dan kemudian melakukan pahala yang kononnya dapat menghapus dosa-dosa terdahulu.  Ini bagaikan sudah menjadi aktiviti rutin harian.  Bukankah Dr. Hassan Ali sepatutnya berdakwah untuk memperbetulkan umat Islam yang hanyut ini? Bukankah Dr. Hassan Ali sepatutnya berfikir sebelum berucap meyentuh sensitiviti pelbagai pihak?

Salah seorang manusia yang telah berubah dari kejahilan kepada akidah Islam yang sebenar adalah saudara Shah Kirit.  Saya kenal Kirit sejak sebelum beliau memeluk agama Islam.  Jarang kami bertegur kerana kami berada dalam syarikat yang sama tetapi bukan dalam pasukan yang sama di jabatan pemasaran.  Kirit mengetuai pasukan pemasaran di Ipoh, manakala saya pula berada di pasukan pemasaran di Kuala Lumpur. Akibat persaingan untuk mendapatkan jualan yang tertinggi, kedua-dua pasukan memang tidak banyak berkomunikasi antara satu sama lain untuk menjaga rahsia strategi pemasaran masing-masing.

Kirit adalah individu yang sangat dinamik sebagai seorang pemimpin sebuah pasukan.  Secara jujur, tidak ada seorang pun di pasukan Kuala Lumpur suka kepada beliau kerana beliau terlalu dinamik dan terlalu pandai dalam mengatur strategi pemasaran.  Tetapi itu adalah soal kerja, dari segi akidah pula sebagai seorang individu yang bukan Islam, beliau hidup dalam keadaan yang biasa di lalui oleh individu bukan Islam.  Tetapi apa yang berlaku adalah transformasi dalam penerimaan Islam sebagai tunjang kehidupan beliau.

Apa kena mengena Shah Kirit dengan Dr. Hassan Ali?  Tidak ada kena mengena, tetapi ada perkara yang Dr. Hassan Ali boleh belajar dari pendekatan yang diamalkan oleh Shah Kirit.  Dalam satu temuramah dengan wartawan, Shah Kirit menyatakan bahawa beliau mengambil masa yang lama untuk menerima Islam dan Ustaz Ali Chan adalah individu yang banyak menghabiskan masa dalam memperkenalkan Islam kepada beliau.  Ustaz Ali Chan tidak melakukannya dengan mengamalkan pendekatan keras atau fanatik, tetapi melalui pendekatan yang sederhana dan selesa.  Melalui cara ini seorang individu bernama Kirit dapat mendalami Islam yang sebenar dan kini beliau bukan hanya menganuti Islam tetapi juga berdakwah.

Shah Kirit dan Ustaz Ali Chan adalah dua individu yang tidaklah sepopular Dr. Hassan Ali, tetapi sekurang-kurangnya mereka berdua melakukan apa yang Allah s.w.t. telah sarankan dalam perlakuan urusan berdakwah iatu mengamalkan kesederhanaan dan keselesaan.  Di mana salahnya Dr. Hassan Ali? Bagi saya beliau telah salah memilih politik sebagai landasan untuk menterjemahkan hasrat beliau.  Seorang pendakwah tidak perlu menjadi ahli politik untuk berdakwah, tetapi Dr. Hassan Ali telah memilih jalan ini dan kini terperangkan dalam permainan politik yang beliau tidak ariff. 

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Seperti mana Shah Kirit mendapat hikmah dari Allah s.w.t., begitu juga ada hikmah disebalik apa yang berlaku kepada Dr. Hassan Ali, tetapi yang pastinya hikmah tersebut bukanlah berkaitan dengan politik. Nasihat saya kepada Dr. Hassan Ali, berdakwahlah untuk kesejahteraan umat Islam dan hentikanlah nilai-nilai politik dari percakapan anda.