Saturday 11 February 2012

BUDAK-BUDAK HINGUSAN "AMAN KAMPUS" AKAN MEMBERI PENERANGAN TENTANG KEBAIKAN LYNAS

Budak-budak hingusan yang belajar menggunakan duit rakyat akan memberi penjelasan kepada masyarakat berkenaan Lynas dan LAMP di Gebeng.  Mereka dikatakan mahasiswa dan mahasiswi dari 20 buah pusat pengajian tinggi.  Inilah dikatakan anak-anak muda yang mudah termakan kata-kata mat salleh yang kononnya lebih hebat dari kita yang menjadi rakyat Malaysia.

Berapa banyak yang budak-budak hingusan ini tahu tentang Lynas? Ada mereka membaca penulisan saya tentang Lynas sejak tahun lepas? Ada mereka tahu bahawa Lynas disaman di China dan di Malawi? Ada mereka tahu bahawa Lynas menjadikan Malaysia sebagai pusat pemprosesan nadir bumi kerana cuma kerajaan Malaysia sanggup menerima pelaburan yang mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat?  Ada tak budak-budak hingusan ini faham apa itu radioaktif dan apa itu Thorium?  Ada tak budak-budak hingusan ini tahu kenapa Australia tidak membenarkan pemprosesan nadir bumi dilakukan di negara mereka?

Banyak lagi persoalan saya boleh tanya kepada budak-budak hingusan ini.  Nasihat saya kepada mereka, jangan nak memandai menonjolkan kebodohan kamu semua dalam memberi penjelasan tentang isu yang kami sudah pun ariff.  Berapa ramai penduduk yang kurang pendidikan akan kamu semua tipu hanya untuk mendapat nama baik bagi pihak Lynas atau mungkin sebahagian kamu akan diberi pekerjaan oleh Lynas? Berapa banyak pekerjaan boleh disediakan oleh Lynas, sedangkan pusat pemprosesan yang mereka bangunkan menggunakan tenaga kerja yang minima.

Belajar pun guna duit rakyat, jangan nak mengajar rakyat pula tentang apa yang baik dan tidak baik untuk kami.  Kamu semua belajar elok-elok untuk menjadi manusia yang berguna dan bayar balik pinjaman-pinjaman yang kamu semua dapat untuk belajar. 
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

No comments:

Post a Comment