Sunday 12 February 2012

HAMZA KASHGARI - LIABILITI UNTUK ISLAM

Banyak juga diperkatakan tentang Hamza Kashgari yang diekstradisi kembali ke Arab Saudi oleh pihak berkuasa di Malaysia.  Di katakan bahawa beliau telah menghina Nabi Muhammad s.a.w. dan telah diistiharkan sebagai murtad oleh ulama di Arab Saudi.  Sekiranya benar Hamza telah menghina Nabi Muhammad s.a.w., maka beliau harus menerima hukuman seperti yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Quran.  Pada usia muda, Hamza terlalu vokal dan tidak bijaksana dalam menganuti ajaran Islam yang sebenar.

Nabi Muhammad s.a.w. adalah penghulu segala Nabi dan Rasul teragung yang paling di sayangi oleh Allah s.w.t.  Walaupun baginda mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah, baginda tidak pernah menggunakan kedudukan itu untuk mempersoalkan sebarang susah senang yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t. terhadap baginda.  Sepanjang kehidupan baginda, baginda telah peruntukkan untuk Allah dan Islam.  Baginda mendoakan setiap umatnya walaupun baginda mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t.  Tetapi ada pula manusia yang tergamak menghina baginda, sedangkan baginda pula senantiasa mendoakan umatnya.  

Inilah akibatnya bila ada manusia yang mendapat sedikit ilmu dunia, tetapi beranggapan sudah mendapat seluruh ilmu alam semesta.  Individu seperti ini hidup dalam kekufuran yang terlindung dengan keIslaman mereka dan mereka inilah yang menjadi musuh dalam selimut dan duri dalam daging untuk umat Islam.  Sebenarnya di Malaysia pun terdapat ramai yang bersikap demikian cuma mereka bebas berkelakuan demikian kerana ada dikalangan pemimpin negara Malaysia juga bersikap munafik dan menjadi pelindung kegiatan pihak munafik yang lain.

Apa yang berlaku kepada Hamza harus dijadikan pengajaran oleh semua pihak tetapi bagi kerajaan BN isu ini sudah pasti dapat dipergunakan dengan semaksimanya untuk mewujudkan ketakutan pada penganut agama lain di Malaysia tentang betapa kejamnya hukuman dalam Islam. Ini mungkin akan membantu BN mendapat sokongan rakyat Malaysia yang tidak mahukan parti Islam manjadi parti yang menerajui kerajaan Malaysia. 

No comments:

Post a Comment