Saturday 10 March 2012

Pakatan Tidak Mahu Majoriti Dua Pertiga.....Datuk Seri Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar berkata "Siapa kata kita mahu majoriti dua pertiga? Pakatan hanya mahu menang. Jika kita boleh capai ini ... perkara yang paling penting adalah untuk memperbaiki institusi kami, termasuk badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam,".

Dalam surat terbuka saya kepada Datuk Seri Anwar, saya ada menegur sikap beliau dan pimpinan parti pembangkang.  Sesiapa yang sudah membaca surat terbuka itu akan tahu apa teguran dan nasihat saya.  Pada petang hari selepas saya habis menulis surat terbuka itu, saya membaca pula di Malaysiakini bagaimana Datuk Seri Anwar menyatakan bahawa Pakatan tidak mahu menang majoriti di Parlimen tetapi sekadar memenangi mojoriti mudah.  Sangat senang untuk kita huraikan kenapa DSAI menyatakan demikian dan sudah pasti salah satu sebabnya ialah Pakatan Rakyat tidak mempunyai pemimpin yang cukup dan berkaliber untuk menggalas tugas penting untuk mentadbir negara.

Segala apa yang saya tulis di dalam surat terbuka saya itu terbukti benar dan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat pasti akan mengecewakan rakyat yang telah menyokong mereka sekiranya mereka gagal memerintah dengan efisien sekiranya mereka memenangi majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan persekutuan.  

Tetapi, bukankah pelik bila sesebuah parti yang begitu lantang memperjuangkan rakyat dan begitu aktif menyerang keperibadian individu dan parti BN, tiba-tiba tidak mahu menang majoriti dua pertiga.  Bagi mereka yang merasakan perkara ini bukan pelik, mungkin anda harus mendalami ilmu politik dan juga membaca sejarah dalaman negara dan juga dunia.

Sekiranya tidak ada parti politik yang berjaya memiliki majoriti dua pertiga, maka senario politik dan pengurusan kerajaan di negara kita akan menjadi BAGAI TELUR Di HUJUNG TANDUK.  Apa yang cuba dicapai oleh pihak Pakatan dengan tidak mahu majoriti dua pertiga?  Apa yang boleh dilakukan oleh pihak Pakatan dengan menidakkan majoriti dua pertiga BN?  Tidakkah pihak Pakatan belajar dari apa yang berlaku di Perak?  Akibat dari membentuk kerajaan dengan majoriti mudah, maka MUDAH jugalah pihak musuh menumbangkan kerajaan negeri dengan menggunakan taktik serangan dari dalaman parti.

Di Perak, selepas berlaku pertukaran kerajaan dari Pakatan kepada BN, adakah Pakatan berjaya merampas kembali negeri Perak dari kerajaan BN?  Sehingga saya menulis artikel ini, kerajaan BN masih berkuasa di Perak dan populariti BN di Perak sudah semakin pulih dan rakyat Perak secara purata sudah boleh menerima kembali BN.  

Justeru, adakah DSAI inginkan perkara yang sama berlaku di peringkat pusat?  Saya telah nyatakan, DSAI tidak mementingkan kekuatan dalaman parti dan asyik cuba untuk melemahkan pihak lawan.  Strategi yang di gunapakai oleh pihak Pakatan ini memang disukai oleh masyarakat kerana siapa tak suka mendengar cerita-cerita yang memburukkan individu atau parti.  Rakyat rasa terhibur mambaca artikel-artikel yang mengutarakan penyelewengan dan salah guna kuasa oleh parti memerintah.  Tetapi selagi kuasa memerintah bukan dipihak Pakatan, maka semua cerita ini akan kekal sebagai cerita yang menghiburkan.

Satu isu yang mudah seperti Lynas pun tidak dapat ditangani dengan efektif oleh pihak Pakatan.  Kenapa?  Kerana kuasa penentu berkenaan isu ini bukan berada di pihak Pakatan, tetapi di pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri.  Sekiranya Pakatan memenangi majoriti mudah, memang betul Pakatan dapat membantutkan segala perancangan yang membabitkan penyelewengan, tetapi dapatkah Pakatan mengelakkan ahli parti mereka dari melompat bagaikan katak ke parti lawan atau menjadi Ahli Parlimen Bebas?

Pakatan lemah secara dalaman kerana "attacking style of politics" yang tidak mementingkan keadaan dalaman parti.  Saya benar-benar mengharapkan agar Pakatan tidak akan mengecewakan penyokong mereka dan tidak membuat usul atau tindakan yang akan merugikan rakyat.  Kami tidak mahu satu lagi klon UMNO/BN. Kami mahukan suara dan aspirasi kami di dengar dengan jelas di Parlimen. 

SATU AMARAN DARI RAKYAT MALAYSIA KEPADA PAKATAN...KAMI PUNYA KUASA DI JARI JEMARI KAMI, KALAU ANDA HAMPAKAN KAMI, KAMI BOLEH MENIDAKKAN KUASA BERPOLITIK ANDA SEPERTIMANA KAMI AKAN MENGHAMPAKAN KUASA BERPOLITIK BN

2 comments:

  1. salam..saya mengikuti penulisan dan juga info2 terkini berkaitan LYNAS. Saya amat tertarik dengan penulisan anda namun saya masih terkeliru dengan LYNAS yang dikaitkan dengan bahan nadir bumi yang dikatakan selamat untuk dibangunkan oleh kerajaan.Namun,PR mengatakan disebaliknya dengan bukti penentangan Himpunan Hijau yang diadakan pd Febuari lalu di kauntan. Pada 29 Feb (tak silap saya), Tuan Guru Hj Hadi Awang mengeluarkan statment LYNAS selamat dibangunkan melalui klip video yang di download di laman2 sesawang dan beliau meminta ahli2 PR merujuk pada pandangan Dr. Che Rosli yang juga ahli parlimen PAS kaw Hulu langat, seorang saintis dlm PAS dan juga pensyarah bahagian nuklear di ukm. Persoalan yang ingin saya kemukakan, adakah ini 'polemik' politik semasa yang mempunyai kepentingan pada sesebuah parti atau kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua2 pihak iaitu kerajaan dan pembangkang mempunyai nilai positif untuk masyarakat. Sememangnya saya yakin dengan keputusan yang keluar dari bicara TGHA cuma saya perlukan lagi penjelasan yang lebih mendalam bagi membantu saya mengumpul maklumat2 berkaitan LYNAS untuk tesis m.a..I.allah.Syukran atas pandangan, perkongsian dan juga kerjasama dari sahabat..Sama2 kita berjuang untuk masyarakat demi ISLAM..wslm

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas komen dan penulisan anda. Saya ada menulis satu artikel yang menjawab persoalan dan kekeliruan anda. Saya rasakan soalan anda sangat bernas berkenaan isu ini dan seeloknya kita sama-sama berkongsi dengan pembaca dan blogger lain tentang penjelasan saya.

    ReplyDelete