POEMS FOR THE WORLD

TITLE : OSAMA BIN MOHAMED BIN AWAD BIN LADEN


Aku....Dia.....Kamu....Mereka.....Kita,


Semua dalam genggaman fikiran ku,
Segalanya tidak luput ditelan arus masa,
Sepertinya waktu tidak berganjak,
Sepertinya aku terdampar tidak bernyawa,
Sepertinya aku tidak punya apa


Aku mencari...aku meniti...bagai tiada kesudahan,
Perjalanan yang kusangka dekat,
Rupanya tiada mahu berakhir,
Kenapa?Mengapa?Siapa?..menjadi punca kemelut jiwa ku ini


Terjelma segalanya..sesempurna iman yang mengalir didalam darah ini,
Tertumpahkah darah ini?Terkorbankah perjuangan ini?
Adapun yang peduli adalah keramat yang tiada sakti,
Tiada aku mahukan kegagalan,
Tiada aku menolak kebahagiaan,
Cuma aku tidak berdaya meneruskan kealpaan


Hari ini, aku berfikir,
Sama seperti semalam yang ku lalui,
Hari ini aku menanti, esok yang belum tentu hadir,
Namun malaikat itu....
sering hadir dalam mimpi ku,
Menghabiskan waktu hingga Subuh
Bertasbih, berzikir memuji Pencipta yang Esa
Aku dapat merasa dia disisi


Sayangnya aku kepada Dia,
Kasihnya aku kepada Dia,
Menjadi bualan dialam yang indah,
Membawa seribu keinsafan..membuka berjuta laluan keimanan


Mimpi..bertandang...tidak pernah ku pinta,
Iman yang ditiup tidak pernah ku abai,
Terima kasih Allah kerana temukan aku dengan jalan keredhaan,
Kerana memimpin aku dalam cahaya kesamaran,
Dia...ya...dia....yang bernama kematian,
Datangnya dia tidak di duga,

Namun aku menerimanya,
Walau ramai yang takut akannya,
Tercatit sudah untuk ku disemadi buat selamanya,
Tanpa kubur, tanpa jasad, tanpa harta  dan kekayaan,


Tetapi ku punya doa dari mereka yang kuperjuangkan 



Semoga Allah memberi keampunan dan kerahmatan kepada kematian yang tidak bernisan, Osama bin Mohamed bin Awad bin Laden...perjuanganmu menjadi kebangaan insaniah berjiwa Islamiah.  Kau tinggalkan kekayaan, kau perjuangkan keIslaman, kau tanamkan pengorbanan, kau wujudkan keinsafan.  

********************************************************

TITLE : KALAM YANG TIDAK PERNAH LENGKAP

Ungkapan semalam masih berlagu dalam hati ku ini,
Mencari kata-kata noktah untuk melengkapkannya,
Sambil aku meniti titian yang sudah menampakkan kerapuhan,
Menjadikan diri ku takut akan kegagalan,

Naluri sebagai insan seperti membisik ke telinga ku,
Akan realiti dalam kehidupan yang penuh dugaan,
Aku mengharapkan kalam itu dapat ku lengkapkan,
Namun aku kekurangan ilmu untuk menjanjikan segalanya,

Kasih dan sayang yang ku terima,
Kasih dan sayang yang ku beri,
Menjadi ilham dalam kedukaan,
Untuk ku mencari sinar kebahagiaan,

Teman yang dulunya mengagumi ku,
Kini sudah tiada di depan mata ku,
Tinggal kenangan yang menyayatkan hati ini,
Tatkala aku bersendirian menangisi segala salah silap ku,

Andai ku diberi peluang untuk menebus dosa,
Akan aku rebut seperti aku akan tiada lagi nyawa,
Andai aku gagal dalam perjalanan taubat ku,
Ya Allah ambillah nyawaku sebagai balasan,

Andai dulu aku tahu semua ini akan menjadi bekalan hidup ku,
Sudah pasti aku tidak akan pernah melupai mu Ya Allah, Yang Maha Esa.