Alhamdulillah setakat ini blog tahirnisa dapat mengekalkan penulisan berlandaskan fakta dan selalunya bukti tentang fakta yang diperbincangkan akan disertakan dalam penulisan. Sekali lagi saya akan buktikan kepada pembaca tentang sandiwara kerajaan Australia dalam isu LAMP Lynas di Gebeng. Kita membaca bagaimana kerajaan Australia menyatakan "kebimbangan" berkenaan projek tersebut tetapi tidak dapat "bertindak" walaupun selepas menerima petisyen bantahan dari rakyat Malaysia yang membangkang LAMP ini.
Saya juga ada menyatakan tentang hubungan Lynas dalam membekalkan mineral nadir bumi kepada Pentagon dan saya ada sertakan bukti yang dinyatakan sendiri oleh COO Lynas. Saya juga ada nyatakan tentang kemungkinan Australia mempunyai persetujuan secara rahsia dengan Pentagon untuk merialisasikan rancangan Pentagon untuk memperolehi mineral nadir bumi dari negara lain selain dari China. Perlu kita teliti semua maklumat yang diberikan oleh Lynas selama ini berkenaan perjanjian penjualan nadir bumi yang ditandatangani dengan pelanggan dari serata dunia. Kalau tidak silap saya, Lynas ada menyatakan terdapat 6 perjanjian penjualan dan pembelian nadir bumi ditandatangani dengan pelanggan tetapi hanya satu sahaja perjanjian yang menyebut nama pembelinya, iaitu perjanjian dengan Sojitz, dari Jepun.
Nama Sojitz disebut tanpa selindung kerana mereka adalah agen atau pemborong nadir bumi dan bukanlah pengguna nadir bumi tetapi setakat ini Lynas tidak pernah menyebut siapa pengguna sebenar nadir bumi yang akan diproses di Gebeng. Mungkinkah Israel? Mungkinkah Pentagon? Mungkinkah NATO? Tiada maklumat diberikan tentang semua ini.
Tetapi ada satu maklumat yang jelas, iaitu kerajaan Australia TELAH memberi keyakinan penuh kepada kerajaan Jepun bahawa Australia akan membekalkan nadir bumi secukupnya kepada Jepun melalui Sojitz. Keyakinan ini bukan khabar angin. Tetapi merupakan suatu perjanjian yang dibuat oleh Menteri Luar Australia Kevin Rudd dengan Menteri Luar Jepun Seiji Maehara sewaktu pertemuan di Canberra, Australia. Dalam petikan dibawah anda akan nampak Lynas adalah satu-satunya syarikat nadir bumi yang disebut dalam Australia merialisasikan impian kerajaan Jepun untuk mendapatkan nadir bumi dari negara lain selain China.
SILA BACA PETIKAN DIBAWAH DARI REUTERS.
Responding to Japan’s concerns, Australian Foreign Minister Kevin Rudd promised Tuesday that his country would be a “long-term, secure, reliable supplier of rare earths” to Japan after meeting with his Japanese counterpart, Seiji Maehara.
The agreement would be sufficient to cover just under a third of Japan’s current demand for rare earths, estimated at 32,000 tons a year.
“This is a transformational event for us and for the Japanese rare earths industry,” said Nick Curtis, Lynas’s executive chairman. “It provides a key supply for Japanese industry in the rare earths space and should stabilise their concerns.”
Prices of rare earths have jumped since Beijing announced cuts in its export quotas in July, sparking fears of a supply crunch.
The average price of rare earths in Lynas’ Mount Weld deposit in Western Australia state rose to $67.05/kg Monday from an average $16.02 per kilogram in the three months to the end of June, according to the company’s website.
MUNGKIN KITA PATUT MENGHANTAR JUGA PETISYEN BANTAHAN KEPADA KERAJAAN JEPUN, AMERIKA DAN WTO. NAMPAKNYA MEREKA KESEMUANYA TERLIBAT DALAM MENJADIKAN GEBENG SEBAGAI "PENYELAMAT" MEREKA DALAM MEMPEROLEHI MINERAL NADIR BUMI.
BERITA PENUH DARI REUTERS BERKENAAN PERKARA DIATAS, SILA KLIK LINK DIBAWAH:
SMTI.
ReplyDelete