Manusia yang tersepit dalam kesusahan dan kesukaran pasti akan mencari bermacam cara untuk keluar dari kesusahan dan kesukaran tersebut. Datuk Seri Najib adalah seorang manusia yang terdesak untuk mengeluarkan diri beliau dari keadaan susah dan sukar ini. Kesusahan apa? Kesukaran apa?
Susah untuk meyakinkan mereka-mereka yang melihat beliau dan keluarga beliau bahawa mereka mempraktikkan Islam yang sebenar. Sukar untuk meyakinkan mereka-mereka yang mendengar kata-kata beliau bahawa beliau dan kerajaan beliau mengamalkan pentadbiran berlandaskan syariah yang di tuntut dalam Islam.
Sewaktu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau mengistiharkan Malaysia sebagai negara Islam dan Malaysia menjadi satu-satunya negara Islam di dunia yang mempunyai kasino bertaraf dunia dan pusat pelacuran yang tumbuh bak cendawan. Islam sangatlah kita ini ye! Terima kasih Tun kerana pernah mencuba untuk mengIslamkan kerajaan anda yang tersepit dalam kemelut politik duniawi.
Kini anak didik Tun, Datuk Seri Najib pula mula menggunakan Islam sebagai senjata dan alat untuk memancing populariti dan undi. Dalam suratkhabar The Star ada kenyataan dari Datuk Seri Najib bahawa pentadbiran kerajaan Malaysia senantiasa dijalankan berlandaskan syariah. Petikan dari penulisan di The Star boleh dibaca melalui "link" seperti di bawah:-
Islam sangatkah anda dan kerajaan anda? Islam sangatkah anda dan keluarga anda? Adakah Datin Seri Rosmah sudah belajar cara yang betul untuk bertudung? Adakah anak-anak anda sudah belajar untuk hidup dalam kesederhanaan dalam keIslaman yang sebenar? Adakah kerajaan anda sudah bersedia mengguna-pakai Hukum Hudud berlandaskan Al-Quran dan Sunnah? Adakah kerajaan anda sudah bersedia menghapuskan percukaian yang haram untuk umat Islam? Adakah kerajaan anda sudah bersedia untuk memberhentikan perjudian dan maksiat? Adakah kerajaan anda sudah bersedia untuk menghentikan penjualan minuman beralkohol yang memabukkan?
Di atas itu, cuma sebahagian dari persoalan yang pasti memberi jawapan TIDAK, TIDAK, TIDAK dan pasti TIDAK. Jadi Islam sangatkah kita ini? Islam sangatkah kerajaan Malaysia ini? Islam sangatkah pentadbiran Malaysia? Di mana keIslaman dititik beratkan? Kalau Datuk Seri Najib mengaku mengamalkan syariah setakat dalam ekonomi dan penjanaan duit dari Bursa Malaysia, tak usahlah diperbesarkan. Tak perlu renung jauh, perbankan Islam di Malaysia pun tidak menepati kehendak syariat Allah s.w.t., justeru tak usahlah nak heboh sangat tentang pentadbiran yang kononnya berlandaskan syariah. Sehingga kini ada ulama yang mempersoal status pelaburan dan agihan keuntungan yang dilakukan oleh bank-bank Islam di Malaysia. Adakah benar-benar menepati syariat Allah s.w.t. atau setakat menepati syariah ciptaan manusia yang ilmunya tak seberapa.
Percukaian yang dikenakan terhadap umat Islam di Malaysia adalah HARAM. Aktiviti perjudian dan minuman keras yang dijalankan dimana jua adalah HARAM. Cukai yang dikutip dari aktiviti perjudian dan minuman keras adalah HARAM. Orang Islam yang bekerja dan mengambil gaji atau apa juga bayaran dengan syarikat yang terlibat dalam aktiviti minuman keras dan perjudian adalah HARAM. Banyak lagi perkara HARAM yang dilakukan setiap masa dan setiap waktu oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib termasuklah dalam soal kehidupan peribadi keluarga beliau dan menteri-menteri beliau. Adakah semua ini berlandaskan SYARIAT Allah s.w.t.?
Jangan menggunakan Islam sebagai alat untuk mengalimkan yang tidak alim dan menghalalkan yang tidak halal.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletemenghadapi keredhaan Allah
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=nKZIPJ0PMTw
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete