Skim insurans terbaru yang menjadi perbualan hangat pada waktu kini selain dari isu NFC adalah 1 Care. Ada juga masyarakat yang prihatin terhadap semua yang diperkatakan manakala ada juga yang sehingga kini tidak tahu apa itu skim 1 Care. Yang jelas adalah terteranya nilai 10% pada skim 1 Care ini.
Dikatakan juga bahawa sebilangan rakyat Malaysia akan menyumbang kepada skim ini melalui pemotongan gaji sebanyak 10% setiap bulan. Pemotongan sebanyak 10% adalah suatu jumlah yang besar bagi sebahagian besar penduduk Malaysia yang hidup dalam keadaan serba sederhana dengan pendapatan yang cukup untuk perbelanjaan bulanan.
Ada juga penerangan yang terdapat di dalam internet bahawa skim ini dicadangkan oleh kerajaan untuk mengurangkan bebanan perbelanjaan yang di tanggung oleh kerajaan dalam menyediakan infrastruktur perubatan dan kesihatan. Adakah ini alasan yang logik untuk mengadakan sebuah skim seperti ini? Kenapa perlu adanya skim 1 Care sedangkan KWSP sudahpun ada dana yang cukup dari sumbangan yang dilakukan oleh segenap rakyat Malaysia melalui pemotongan gaji bulanan mereka. Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan dana yang terdapat di KWSP untuk kebajikan rakyat Malaysia.
KWSP boleh mengenakan peratusan sumbangan yang lebih tinggi terhadap pencarum dan mewujudkan satu akaun khas yangmana dana di dalam akaun ini akan digunakan untuk tujuan perubatan dan penjagaan kesihatan penyumbang dan mereka yang kurang berkemampuan (bukan pencarum). Peratusan pemotongan boleh dinaikkan dari 11% kepada 15% untuk pekerja dan dari 12% kepada 15% untuk majikan. Ini dapat menjimatkan jumlah pemotongan dari gaji seseorang kerana sekiranya skim 1 Care ini dilaksanakan secara tersendiri, jumlah pemotongan yang dicadangkan adalah 10% manakala caruman KWSP akan kekal pada tahap 11% untuk pekerja. Bermakna jumlah pemotongan dari gaji bulanan seseorang pekerja adalah sebanyak 21%. Ini adalah satu jumlah peratusan yang sangat tinggi untuk menyediakan perkhidmatan yang bukanlah terbaik di dunia.
Kalau ada pihak yang mengatakan KWSP tidak harus mengambil inisiatif ini kerana mereka bukan pakar dalam bidang perubatan dan kesihatan, soalan saya ialah, kenapa kerajaan mencadangkan KWSP memberi pinjaman kepada pembeli rumah rakyat yang tidak berjaya mendapat pinjaman dari bank? Adakah KWSP pakar kewangan atau mempunyai kemampuan untuk menilai dan menguruskan pinjaman perumahan?
Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Itulah yang akan dilakukan oleh pihak-pihak yang mencari jalan untuk merompak duit rakyat sebanyak 10% setiap bulan dengan menggunakan skim 1 Care sebagai platform.
Lebih kurang 5 tahun yang lepas, kawan saya bernama Dr. Kamal Ariffin pernah menunjukkan kepada saya suatu kertas kerja yang sudah pun siap sepenuhnya. Kertas kerja itu tertulis SKIM INSURANS DAN KESIHATAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA. Kertas kerja itu terlalu tebal untuk saya tidak baca secara keseluruhan. Dr. Kamal menceritakan kepada saya bahawa dia telah siapkan kertas kerja ini untuk dimajukan kepada kerajaan Malaysia. Kemudian dia memandang ke arah saya dan berkata, " percayalah, ada dua perkara yang akan berlaku sekiranya kertas kerja ini diterima pakai...pertama, sekiranya keseluruhan kertas kerja ini di terima maka nama saya akan di padamkan dan akan tertera nama orang lain sebagai pemunya kertas kerja ini. Sekiranya sebahagian dari kertas kerja saya ini diterima maka ianya akan digunapakai tanpa mendapat kebenaran dari saya."
Apa yang kawan saya ini katakan ialah, kertas kerja ini akan di ciplak. Tetapi kenapa dia mahu juga menyerahkan kertas kerja ini kepada pihak kerajaan? Apa yang dia katakan pada saya ialah, dia ingin mencuba nasib. Mencuba nasib dan inilah hasilnya. Sebuah skim 1 Care yang entah dari mana datangnya idea sedangkan kerajaan Barisan Nasional sudah memerintah selama 50 tahun dan tidak pernah pula cuba melaksanakan skim seperti ini. Kenapa sekarang?
Baiklah, itu cerita tentang apa yang saya tahu lebih kurang 5 tahun lepas, kini kesemua kita perlu tahu berkenaan skim ini dan perlu meniliti terma dan syaratnya secara mendalam. Ingat, walau 1% pun di potong dari pendapatan kita, ianya adalah hak kita..ianya adalah duit hasil dari kerja kita...rezeki hasil dari titik peluh kita. Tidak ada pihak yang sepatutnya diberi kebenaran untuk membuat pemotongan yang kita tidak izinkan dan tidak ada pihak boleh merompak duit kita dengan bertopengkan sistem kebajikan dan sistem perubatan.
Satu cadangan saya kepada pihak kerajaan Malaysia, KENAPA TIDAK MENGURANGKAN PERBELANJAAN BULANAN SEBANYAK 10% SEBULAN DAN SUMBANGKAN DUIT TERSEBUT KEDALAM SEBUAH DANA YANG DIURUSKAN UNTUK KEBAJIKAN KESIHATAN DAN PERUBATAN RAKYAT MALAYSIA.
KENAPA PERLU RAKYAT TERUS MENERUS MENYUMBANG SEDANGKAN KERAJAAN TERUS MENERUS BERBELANJA TANPA MENGIRA PEMBAZIRAN DAN KETAKBURAN.
No comments:
Post a Comment