Monday, 16 May 2011

Dokumen dari Lynas 1760ppm Thorium = 40% REE/REO

Lynas telah membentangkan laporan dan penerangan rasmi di Konferensi Nadir Bumi di Hong Kong pada 9 hingga 11 November 2010 berkenaan perlombongan nadir bumi di lombong kepunyaan mereka di Mt Weld, Australia.  Lynas telah menjelaskan bahawa terdapat 44ppm Thorium bagi setiap 1% REE (Rare Earth Elements/Rare Earths Oxides).  Dalam penerangan yang diberikan oleh mereka, Lynas telah menunjukkan carta yang menunjukkan bahawa selepas nadir bumi ini dilombong dari dalam bumi, nadir bumi ini akan dihancurkan dikilang yang didirikan berdekatan dengan lombong.  Selepas melalui beberapa proses maka nadir bumi ini akan mengandungi 40% REE/REO sebelum dibawa keluar melalui jalan darat ke pelabuhan untuk diekspot ke Gebeng.  Ini bermakna selepas dihancurkan nadir bumi ini mengandungi 40% REE/REO dan kandungan Thorium juga meningkat secara otomatik.  

44ppm Thorium = 1% REE/REO, 

jadi untuk 40% REE/REO,

44ppm X 40 = 1760ppm Thorium = 40% REE/REO

1760ppm adalah jumlah sebenar Thorium terkandung dalam 1 tonne nadir bumi yang akan dihantar ke Gebeng melalui kapal.

Saya sertakan dibawah ini maklumat penuh dari Lynas berkenaan perkara ini.  Terdapat juga segala maklumat lain berkenaan LAMP yang dibina di Gebeng.

Harapan saya agar maklumat ini dapat memberi maklumat yang secukupnya untuk kegunaan YB Fuziah.  Semalaman saya mencari maklumat sebegini setelah menerima email dari YB Fuziah yang meminta saya membantu beliau mencari sebanyak mungkin maklumat berkenaan kandungan Thorium yang disyaki lebih tinggi dari apa yang telah Lynas jelaskan sebagai "amat rendah"

Satu lagi perkara yang perlu diambil berat oleh rakyat Malaysia ialah kedalaman lubang yang digali di Mt Weld sewaktu contoh(sample) nadir bumi diambil untuk tujuan kajian kerana tidak ada data yang spesifik menunjukkan kedalaman yang digali.  Sebahagian besar pengkaji akan menggali hanya 20 meter hingga 30 meter kedalam perut bumi. Justeru maklumat kajian adalah untuk nadir bumi yang diambil bagi kedalaman maksimum 30 meter sahaja.  Tetapi di Mt Weld, nadir buminya terletak di kedalaman 30 meter, 60 meter dan 70 meter.  Bagi setiap meter kedalaman, kandungan nadir bumi adalah berlainan dan maklumat yang diberi Lynas tentang 44ppm Thorium/1% REE adalah terlalu umum.  Sila klik di bawah untuk dokumen lengkap. 


No comments:

Post a Comment