Monday, 16 May 2011

DOKUMEN DARI LYNAS-BUKTI BN PENYOKONG KUAT LYNAS

Saya telah menulis berkenaan bagaimana adalah mustahil untuk BN dan Lynas memberhentikan pembinaan atau operasi LAMP di Gebeng.  Sebahagian besar perkara yang tertulis didalam dokumen-dokumen yang sertakan dibawah ini mungkin sudah diketahui oleh kita, tetapi saya belum pernah jumpa penulisan berkenaan perkara-perkara ini dari pihak Lynas sendiri.  Berikut dari penemuan dokumen-dokumen ini, saya ingin kongsikan dengan semua pembaca dan rakyat Malaysia dan anda semua boleh mengetahui dengan penuh yakin bahawa memang kerajaan Barisan Nasional menjadi penyokong kuat pembinaan LAMP di Gebeng.  

Anda juga akan dapat membaca tentang projek nadir bumi ini pada awalnya tidak pernah membabitkan Malaysia sebagai negara pemprosesan.  Anda perlu membaca kesemua dokumen dengan teliti dan akan dapat lihat tentang kos tahunan, keuntungan tahunan dan kandungan nadir bumi yang dinyatakan dengan jelas.  AMR Technologies dijelaskan sebagai syarikat yang akan memproses nadir bumi ini di China dan Malaysia tidak pernah tercatit dalam perancangan Lynas ini.  Sepertimana dalam penulisan saya yang lepas, maka terbuktilah bahawa Lynas menjadikan Malaysia sebagai pusat pemprosesan kerana kehilangan pegangan saham di AMR Technologies (ini juga saya telah tuliskan dahulu secara terperinci).  Lynas boleh memindahkan pusat pemprosesan ke Zibo, Wilayah Shandong, China.  Tetapi ini cuma akan dilakukan sekiranya LAMP di Gebeng gagal dilaksanakan.

Pemilihan Kemaman dan kemudian ditukar ke Gebeng juga didokumenkan. Didalam dokumen dibawah ini juga anda akan dapat membaca bahawa Gebeng telah dipilih kerana faktor duit atau lebih tepat keuntungan kepada Lynas.  Nicholas menjelaskan bahawa walaupun nadir bumi terpaksa dihantar melalui kapal ke Gebeng dari Australia, keuntungan yang akan diperolehi adalah 30% lebih dari memproses nadir bumi ini di Australia atau China.  

Lynas telah menerima sokongan penuh dari MITI, kerajaan negeri Pahang dan Majlis Perbandaran Kuantan.  Ini juga terdapat dalam dokumen yang disertakan.  Terdapat penjelasan dari Lynas bahawa mereka menerima sokongan padu dari kerajaan Malaysia dan juga diberi penarafan "pioneer status" dan ini amat mengembirakan Lynas.  Jadi kerajaan BN telah memberikan sokongan padu tanpa membuat apa-apa penyiasatan dan kajian secara terperinci tentang nadir bumi dan LAMP ini.  Kerajaan BN telah melayan isu ini sama seperti menerima sebuah syarikat menjual makanan segera melabur jutaan ringgit di Malaysia.  Mereka telah melayan isu ini dengan lemah dan untuk menambahkan realiti kebodohan kerajaan BN, kerajaan BN ini telah memberikan peluang kepada sebuah syarikat asing membuat 30% lebih duit dan memberikan pula "tax exemption" untuk 10 tahun.  Adakah Lynas akan tinggalkan semua ini dan menghancurkan peluang mereka untuk membuat DUIT hanya kerana rakyat Malaysia membantah?  Kalaupun Lynas bersetuju tinggalkan Malaysia, pastunya kerajaan BN perlu membayar gantirugi yang besar kepada Lynas.  Kerajaan BN memang bodoh, membuka peluang untuk pelabur luar menjadikan kita sebagai cagaran mereka untuk membuat duit.

DOKUMEN DARI LYNAS


http://www.lynascorp.com/content/upload/files/PDFs/RareMetalsannouncement06Oct04.pdf

http://www.lynascorp.com/content/upload/files/Malaysian_processing_plant_increases_scope_of_Mt_Weld_production_19_Oct_06.pdf

http://www.lynascorp.com/content/upload/files/Announcements/Pioneer_Status_announcement_030407_final_Teluk_corrected.pdf

http://www.lynascorp.com/content/upload/files/Announcements/Malaysian_Plant_Relocation_to_Pahang_-_270807_493554.pdf

http://www.lynascorp.com/content/upload/files/Announcements/Lynas_Secures_Processing_Plant_Site_in_Pahang,_Malaysia__260907.pdf

http://www.lynascorp.com/content/upload/files/Announcements/2008/Lynas_Environmental_Approvals_Announcement_-_200208_565096.pdf

No comments:

Post a Comment