Kelahiran adalah suatu tabiat biasa di dunia kita ini. Setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat ada individu yang menempuh kelahiran dan berlakulah kelahiran insan ke alam yang dikuasai Allah s.w.t. Bagi sesetengah orang, kelahiran adalah sesuatu yang biasa. Tetapi ada juga insan yang melihat kelahiran sebagai sesuatu yang istimewa, suatu kurniaan, suatu permulaan takdir kehidupan, suatu permulaan kepada perhambaan kepada Allah s.w.t. dan juga sebagai permulaan langkah menjadi insan yang soleh.
Kelahiran tidak akan berlaku tanpa adanya insan yang bergelar wanita. Tanpa wanita lelaki juga tidak akan wujud. Tanpa wanita, lelaki juga tidak akan dapat menjulang waris keluarga dan tanpa wanita, lelaki juga tidak akan dapat mencium bau syurga. Terlalu banyak peri-pentingnya wanita dalam kehidupan kita, samada kita ini lelaki atau pun wanita kita perlu akur akan kehebatan wanita itu sendiri. Wanita adalah suatu kumpulan yang mempunyai keistimewaan yang tidak diberi Allah s.w.t. kepada mana-mana makhluk ciptaanNya yang lain. Wanita adalah satu-satunya makhluk Allah s.w.t. yang dapat melahirkan anak yang empunya akal dan hati.
Kelahiran akan menjadikan wanita itu seorang ibu. Suatu pangkat yang tidak boleh dimiliki oleh seorang lelaki. Kelahiran akan membolehkan seorang wanita menggandakan nilai kasih sayang. Kelahiran juga mengurniakan wanita dengan darjat yang lebih tinggi dan mulia di sisi Allah s.w.t. dan Rasullullah s.a.w. Semua ini tidak boleh dimiliki oleh seorang lelaki. Ibu adalah suatu darjat yang mulia, lebih mulia dari darjah kebesaran, lebih hebat dari pangkat yang diberi pihak kerajaan, lebih besar dari ilmu yang dituntut di menara gading, lebih hebat dari pangkat yang disandang dalam pekerjaan dan lebih mulia dari pangkat yang diberi kepada alim ulama.
Ibu bukanlah seorang insan yang lemah tetapi kehebatan dlm menjaga kandungan selama hampir 9 bulan dan kecekalan dalam melahirkan kandungan tersebut adalah suatu kekuatan yang tidak dimiliki oleh golongan lelaki. Lelaki adalah insan yang di ciptakan Allah s.w.t. untuk menjadi pelindung kepada ibu, isteri, anak dan keluarga. Sebagai pelindung, tugas seorang lelaki adalah untuk menjadikan iman dan takwa sebagai tunjang pentadbiran keluarga dan pengurusan insaniah.
Kepada individu yang mengabaikan ibu, anda adalah manusia yang lebih hina dari binatang yang memakan najis sendiri. Anda dilahirkan kedunia ini oleh ibu anda, dibesarkan dengan kasih sayang, ditatang bagai putera dan puteri impian, tetapi anda menjadi manusia yang umpama kayu yang hanyut di arus sungai. Anda seharusnya malu dengan perlakuan anda yang mengabaikan insan yang sanggup menerima takdir Allah s.w.t. untuk menjadikan diri mereka sebagai pintu masuk anda ke dunia ini. Setelah diberi kehidupan, anda pula bersikap seperti binatang dan mula menyisihkan ibu anda untuk kepentingan peribadi dan keduniaan.
Lupakah kita bahawa syurga itu di telapak kaki ibu. Insaflah dan berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu anda dan insyaAllah, Allah s.w.t. tidak akan mensia-siakan kasih sayang anda itu kerana ianya akan dibalas dengan syurga yang kekal abadi.
Walau setinggi mana pun pangkat yang kita ada, walau sekuat mana pun sokongan yang kita terima, walau sehebat mana pun kegigihan kita dalam urusan dunia, tanpa restu dan doa dari seorang ibu, hidup kita adalah sia-sia.
SELAMAT HARI IBU KEPADA IBU, IBU MERTUA DAN ISTERI SAYA. SEMOGA ANDA AKAN SENTIASA DIBERI KESIHATAN YANG BAIK DAN DILINDUNGI OLEH ALLAH S.W.T. DALAM URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT.
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK
ReplyDelete