Wednesday, 28 March 2012

ANTARA PENGEMIS DAN ORANG POLITIK

Semalam seorang kawan bertanya kepada saya, sekiranya saya didatangi oleh seorang pengemis dan seorang ahli politik secara serentak dan kedua-dua mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan saya secara serentak, tangan siapa akan saya sambut untuk bersalaman?

Jawapan saya mudah je...."tangan pengemis".  Lalu kawan saya bertanya kenapa dan saya senaraikan alasan-alasan kepada soalan tersebut :-

  • Pengemis akan memberi salam dengan nada yang ikhlas manakala orang politik akan memberi salam dengan nada yang penuh kebanggaan.
  • Pengemis akan bekerja untuk kita manakala orang politik akan membuat kita bekerja untuk dia.
  • Pengemis akan meminta sedikit wang dari kita manakala orang politik akan sentiasa nak kaut semua wang kita.
  • Pengemis yang palsu cuma akan menipu bahawa dia miskin manakala orang politik akan menipu dalam segalanya
  • Pengemis akan mendoakan kita setelah kita menolong mereka manakala orang politik akan mengharapkan kita mendoakan dia senantiasa
  • Kita nampak pengemis tetapi orang politik akan nampak kita sebagai pengemis
  • Malaikat boleh menjelma sebagai seorang pengemis tetapi tidak akan menjelma sebagai seorang politik
  • Pengemis akan hidup dalam kedaifan manakala orang politik akan hidup penuh kemewahan
  • Pengemis tidak miskin kasih sayang manakala orang politik miskin kasih sayang
  • Pengemis tidak mahu publisiti tetapi orang politik gilakan publisiti
  • Pengemis suka diam manalaka orang politik asyik melalak
  • Pengemis tahu mengenang budi manakala orang politik dah lupa erti budi
  • Pengemis akan pergi jika kita halau mereka manakala orang politik pula akan halau kita

Justeru orang politik akan melayan kita seperti pengemis yang mengemis dari mereka untuk segala yang kita mahu mereka perjuangkan untuk kita..."tetapi bukankah orang politik yang sama inilah MENGEMIS undi dari kita pada suatu masa dahulu?"

2 comments:

  1. Mengapa kita terlalu buruk sangka ngan orang politik, dan terlalu baik sangka ngan pengemis?. Apakah tuan tahu, tidak semua ahli politik yang begitu buruk? dan tidak semua pengemis ikhlas hati budinya?. Apakah kita lupa justru ahli politik yang soleh dan solehah tidak tidur malam memikirkan bagaimana mahu membangunkan masyarakat? Mereka memikirkan bagaimana mahu adakan saliran paip air, bagaimana nak menyalurkan eletrik 24 jam, bagaimana mahu memakmurkan rakyat?. Mereka juga pernah memikirkan bagaimana mahu membina masjid-masjid dan surau-surau. Tuan hanya menumpang sembahyang dimasjid dan surau yang dibangunkan oleh pemerintah, apakah pahala orang yang menumpang sembahyang lebih besar dari pahala orang yang membangunkan sebuah masjid?. Bahkan pengemis tidak ikhlas dalam memintak. Lihat saja keluarga Ibrahim Libya di Memali, mereka hidup dalam keadaan serba dhoif bahkan melarat. Kemana perginya tabung memali yang mereka kutip, selama ini mereka mengemis untuk tabung mangsa Memali, tetapi rupanya mereka tidak ikhlas dalam pemengisan mereka. Tuan perlu pikirkan semula, janganlah kerana kebencian kepada sesuatu kaum, tuan tidak berlaku adil.....

    ReplyDelete
  2. WAHAI SAUDARA DAMAK YANG BUDIMAN SAYA DAH BACA APA YANG DI PERKATAKAN SAUDARA TENTANG TAJUK DIATAS "ANTARA PENGEMIS DAN ORANG POLITIK" SAYA SOKONG PENDAPAT SAUDARA DAMAK ,TIDAK DI NAFIKAN BAHAWA BUKAN SEMUA AHLI POLITIK TIDAK IKHLAS TAPI BEZANYA AHLI POLITIK ADALAH ORANG YANG DIPERTANGGUNG JAWABKAN UNTUK MENTAKBIR SESEBUAH DUN DAN DAERAH DAN DI BAYAR PULA GAJI TIAP2 BULAN "BA...NYAK.. TU... GAJI" SETELAH MERAIH UNDI DAN SIMPATI........... ,MERAIH UNDI DAN SIMPATI TIDAKKAH SAMA DENGAN MENGEMIS SAUDARA DAMAK.. MANAKALA PENGEMIS MEMINTA SIMPATI UNTUK MENAMPUNG KEHIDUPAN DIRI SENDIRI , SEBAB ITU LAH PENULIS ETIKAL DIATAS MENULIS BEZANYA PENGEMIS DAN AHLI POLITIK..ITULAH DALAL DAN DALILNYA..

    ReplyDelete