Thursday 31 March 2011

Adnan Yaakob Kata Air Beradioaktif Boleh DiKitar Semula

Air beradioaktif hasil dari pemprosesan nadir bumi/tanah jarang memang boleh dikitar semula.  Air memang boleh dikitar semula untuk diguna kembali bagi pemprosesan berterusan dipusat pemprosesan nadir bumi ini.

Jangan terpedaya dengan kenyataan ini...baca keterangan dibawah dan akan faham kenapa.

Kita semua perlu sedar satu perkara yang tidak diberitahu kepada kita oleh Adnan Yaakob, iaitu apakah yang akan terjadi kepada sisa radioaktif yang telah dikeluarkan dari air beradioaktif itu?  Sebenarnya disini  lah masalah yang paling besar akan timbul.  Kenapa kerajaan BN termasuk Adnan Yaakob sanggup menceritakan sebahagian dan menyembunyikan sebahagian lagi dari diketahui umum.

Jadi soalnya sekarang bukanlah air yang telah dinyah radioktifkan, tetapi SISA BERADIOAKTIF yang terhasil setelah selesai proses kitar semula air beradioaktif.

Sisa radioaktif, tak kisahlah samada dari kilang pemprosesan nadir bumi, kilang pembuatan tembikar cina, kilang pemprosesan tenaga nuklear atau pun dari pusat penjanaan kuasa nuklear, semuanya perlu dilupuskan dengan cara yang selamat agar tidak memudaratkan alam sekitar dan kehidupan.  Satu-satunya cara untuk melupuskan sisa radioaktif adalah dengan membiarkan sisa ini untuk satu tempoh tertentu. 

Sisa ini tidak boleh dibiarkan terdedah kepada udara tetapi ianya haruslah ditimbus kedalam bumi atau pun dikawasan berbukit yang diratakan sebelum dikambus kembali menjadi sebuah bukit.  Sisa radioaktif yang lemah akan menjadi neutral dalam masa yang singkat, sisa yang sederhana kuat akan menjadi neutral dalam jangkamasa yang lebih lama dan bagi sisa radioaktif yang kuat akan mengambil masa sehingga berbilion tahun untuk menjadi neutral.

Jadi, disinilah timbulnya masalah dengan pemprosesan nadir bumi atau tanah jarang ini.  Bukti kejadian di Bukit Merah menunjukkan bahawa sisa radioaktif dari pemprosesan nadir bumi/tanah jarang ini adalah ditahap radioaktif yang kuat dan berisiko tinggi.  Sebab itu juga sebuah bukit telah diratakan dan sisa telah dikambus dibukit tersebut.  Sisa radioaktif ini pasti akan bercampur semula dengan air yang terdapat dalam tanah dan akan menjadikan pengaliran air bawah tanah beradioaktif.

Jadi, kepada Adnan Yaakob dan juga kerajaan BN, janganlah menipu rakyat Pahang yang telah mengundi anda selama ini.

Jadikanlah kejadian yang berlaku dinegara lain sebagai iktibar.  Kita sebagai manusia boleh menyatakan bahawa itu dan ini adalah selamat.  Tetapi sekiranya berlaku kejadian tidak diingini, adakah kita boleh menjamin bahawa keselamatan penduduk akan terjamin juga.  

Kita simpati dengan apa yang dihadapi oleh penduduk di Jepun, dimana penduduk dan kerajaan Jepun  telah senantiasa berusaha memastikan loji penjanaan nuklear dinegara mereka diuruskan dengan selamat, tetapi bila berlaku kejadian diluar kawalan manusia, yang disangkakan selamat boleh bertukar menjadi mudarat.

KEPADA KERAJAAN PAHANG DAN BN, KENAPA SANGGUP MENGGADAIKAN KESELAMATAN PENDUDUK SEDANGKAN PEMPROSESAN NADIR BUMI/TANAH JARANG INI MEMANG BERISIKO. KERANA ITULAH PEMPROSESAN DIJALANKAN OLEH ROBOT DAN SEBAB ITU JUGALAH SYARIKAT LYNAS TIDAK MEMBINA KILANG PEMPROSESAN INI DINEGARA MEREKA SENDIRI, IAITU AUSTRALIA.

1 comment:

  1. tula psl, aku baca pn ramai org komplen psl sisa2 radioaktif tu. bukan bahan2 beradioaktif

    ReplyDelete