Seperti yang telah saya janjikan, insyaAllah, saya akan huraikan disini sedikit sebanyak tentang pendapat saya berkenaan isu Islam di Hina oleh orang cina.
Pada usia saya 22 tahun, saya mempunyai seorang kawan karib bernama Henry Teh. Dia berketurunan Tionghua dan bukan beragama Islam. Dia selalu lepak dirumah saya pada siang hari kalau saya tidak mempunyai apa-apa urusan kerja. Suatu hari dia datang ke rumah saya di Pandan Indah pada waktu tengahari. Dalam kesibukan kami berborak, azan pun berkumandang. Saya diamkan diri sebab taknak bercakap semasa azan berkumandang. Peliknya pada masa itu kawan saya itu pun diamkan diri. Lepas azan, saya hendak bersolat tetapi melihatkan ada tetamu, saya fikir bolehlah saya solat lepas dia balik sebab dia ada beritahu yang dia ada temujanji dengan kakak dia dalam pukul 2 petang. Tapi bila saya mula berborak kembali dengan dia, dia pandang saya dan senyum. Saya tanya "kenapa?" Dia kata "awak tak nak sembahyang kah?" Saya pun jawab "memang nak, tapi saya tunggu awak balik dulu, lepas tu saya boleh sembahyang".
Dia pandang saya, kemudian dia berkata "kat mana dalam Al-Quran yang kata boleh buat macam itu, bukankah sembahyang tak boleh tangguh". terkejut saya dengan kata-kata dia. Saya pun minta dia tunggu kejap sambil tengok tv sementara saya sembahyang. Dia tengok tv tapi dia kecilkan "volume" sebab taknak ganggu saya solat. Ini adalah cerita benar tentang Henry Teh dan saya. Dia bukan sekadar menjadi kawan karib saya tetapi juga menjadi penasihat kewangan.
Jadi siapa juga yang fikir semua orang cina menghina Islam adalah salah. Bagi saya penghinaan kepada agama Islam berlaku setiap hari dan mungkin pada setiap masa. Sekiranya ada pihak yang merasakan bahawa orang cina yang menghina Islam harus dimasukkan kedalam ISA maka baca dulu perenggan dibawah sebelum mengambil tindakan.
Secara jujur, nyatakan disini, siapa paling ramai menghina Islam? Orang cina atau orang Islam itu sendiri? jawapannya orang Islam adalah mereka yang paling banyak menghina Islam. Tak percayake? Saya berkata-kata berlandaskan fakta. Dibulan ramadhan, ramai yang tak puasa, bermain judi, melakukan maksiat, tidak bersolat, tidak menghormati ibadah ramadhan....bukankah itu menghina Islam? Di kedai nombor ekor, orang Islam keluar masuk dengan sewenangnya membeli nombor ekor, orang Islam bermain judi di internet, orang Islam menjadi ketua pengedaran dadah, sarang maksiat, pusat urut bermaksiat, berjoli dan berdansa di pusat-pusat hiburan, meminum arak, bekerja di premis-premis yang menjual arak atau terlibat dengan aktiviti haram....bukankah itu menghina Islam?
Waktu azan berkumandang orang Islam tidak diamkan diri, orang Islam bercakap semasa khutbah, orang Islam memfitnah sesama sendiri, orang Islam menggunakan ilmu hitam untuk kemegahan, bukankah itu semua menghina Islam?
Satu lagi penghinaan yang dilakukan oleh orang Islam terhadap kesucian Islam ialah bila ulama dan ustaz-ustaz yang memperjuangkan Islam dicerca dan dihina secara terbuka. Cercaan dan hinaan ini pula disiarkan dengan megahnya didada akhbar tempatan. Sudah pasti semua ini menjadi bahan ketawa orang kafir. Ada juga blogger yang menghina ulama dan tuan guru, adakah anda rasa penghinaan ini tidak dibaca oleh orang kafir? Orang kafir sentiasa tertawakan kita akibat kebodohan kita sendiri.
Satu lagi penghinaan yang dilakukan oleh orang Islam terhadap kesucian Islam ialah bila ulama dan ustaz-ustaz yang memperjuangkan Islam dicerca dan dihina secara terbuka. Cercaan dan hinaan ini pula disiarkan dengan megahnya didada akhbar tempatan. Sudah pasti semua ini menjadi bahan ketawa orang kafir. Ada juga blogger yang menghina ulama dan tuan guru, adakah anda rasa penghinaan ini tidak dibaca oleh orang kafir? Orang kafir sentiasa tertawakan kita akibat kebodohan kita sendiri.
Berapa banyak lagi nak saya perincikan? Saya harap pembaca semua sedia faham bahawa yang memberi ruang untuk orang kafir mencerca dan menghina agama Islam yang suci ialah orang Islam itu sendiri. Ini saya belum nyatakan berapa ramai pembesar dan pemerintah beragama Islam diseluruh dunia yang bergelumang dengan dosa dan melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. Berapa ramai rakyat beragama Islam yang dianiaya oleh pemerintah yang beragama Islam? Adakah semua ini cuma kita aje yang nampak? Orang bukan Islam pun nampak juga semua kemungkaran yang dilakukan oleh orang Islam itu sendiri.
Pernah seorang kawan saya yang beragama Islam cuba belanja saya makan di sebuah restoran cina. Dia ajak saya minum kopi aje, tapi saya tolak pelawaan dia dengan cara yang baik. Dia tanya "kenapa? saya bukan suruh awak makan babi, tapi saya cuma suruh awak minum kopi". Saya kata "minum kopi memang tak haram tapi saya takut itu cawan mungkin tak bersih dari benda yang haram". Dia tengok saya dan kata "awak cakap ini macam, tapi saya tengok orang Islam paling ramai pergi itu pusat maksiat, itu tak haramkah?"
Kepada orang cina yang membuat video yang menghina azan dan orang Islam, perbuatan dia memang keterlaluan. Tetapi sebelum kita tunding jari kepada permasalahan ini marilah kita beramai-ramai perbetulkan dulu iman dan taqwa kita. InsyaAllah kita akan mendapat panduan dari Allah s.w.t. untuk menangani perkara sebegini. Rasulullah sendiri tidak pernah menghina kaum yang pernah membaling najis ke atas beliau. Rasulullah juga tidak pernah menghina atau menghukum kaum Quraisy walaupun baginda difitnah dan dicerca. Lupakah kita tentang nilai kehidupan Islam yang sebenar? Kalau kita mahukan kaum lain terutama orang kafir hormat akan agama kita, tunjukkanlah kepada mereka tentang betapa besarnya nikmat menjadi seorang Islam dengan mampraktikkan apa yang kita anuti.
Mmg mrk yg buat video tu harus dikena kan tindakan undang2. Saya bukan melayu mahupun beragama Islam tp saya mempunyai ramai kawan2 dan jiran2 Melayu yg beragama Islam. Mmg saya faham bagaimana perasaan apabila agama yg kita anuti itu di persendakan. Di kampung saya, rumah atuk cuma 5 minit dr masjid. Azan tidak menjadi masalah kpd kami. Honestly la, kadang2 laungan Azan membuatkan saya rasa aman...
ReplyDeleteMmg sy sokong tindakan di ambil kpd mrk yg membuat video tu... Rs meluat...