Saturday 12 March 2011

Fizz Fairuz Terlampau

Bagaimana kesedihan boleh dijadikan lawak?  Berkenaan peristiwa tsunami di Jepun.

Harian Metro menyiarkan bahawa Fizz Fairuz telah membuat lawak dalam laman twitter dengan pernyataan seperti dibawah.

“Manalah ultraman n power ranger n doreamon dlm saat2 genting tsunami di Jepun.” 

Sedar tersilap langkah, pelakon kelahiran Raub, Pahang ini enggan mengulas lanjut perkara terbabit ketika dihubungi Metro Ahad.

“Saya tidak mahu bercakap apa-apa mengenainya,” katanya semalam.

Ulasan Saya

Dalam ertikata lain Fizz Fairuz menyatakan "No Comments".  Perkataan "no comments" ini sudah terlalu sinonim dengan artis di Malaysia.  Peminat Fizz Fairuz sendiri telah menegur sikap dia yang membuat pernyataan sedemikian mengenai kejadian tsunami di Jepun.  Kalau sudah ditegur, tak perlulah kata "saya tidak mahu bercakap apa-apa mengenainya".

Adakah Fizz Fairuz rasa kehadiran ultraman, power ranger dan doraemon dapat menyelamatkan Jepun dari takdir Allah s.w.t.?  Sebab tu ke dia tak meminta maaf secara terbuka bila disoal wartawan?

Jadilah anak jantan yang punya perikemanusiaan dan minta maaf ajelah.  Bukan susah pun nak minta maaf.  Semua manusia boleh buat kesilapan, tak terkecuali artis yang juga merupakan manusia biasa macam kita semua.  Kadang-kadang bila kita telah menyatakan perkara yang mungkin telah mengguris hati atau perasaan orang lain, MINTALAH MAAF SECARA TERBUKA.

Artis, artis, artis........apalah nak jadi dengan sebilangan artis yang lepas ditegur pun tak reti nak minta maaf.

Mungkin kita boleh tolong daftarkan Persatuan Artis "No Comments" SeMalaysia dan letak Fasha Sandha sebagai presidennya.  Percayalah, bukan susah untuk menambah keahlian untuk persatuan ini, sebab kat Malaysia senang je nak cari artis "No Comments".

1 comment: