Sunday 13 March 2011

Mazidul Tidak DiBeri Perlindungan

Penulisan Mazidul berkenaan pembabitan beliau dan Shahnun Hanif Suhaimi sebagai saksi pendakwaan dalam kes membabitkan pemerdagangan orang di Sandakan, Sabah memang penuh dengan informasi dan pendedahan.

Nampaknya sindrom sistem hidup yang dihidapi oleh sebilangan masyarakat Malaysia, juga dihidapi oleh pihak Polis DiRaja Malaysia.  Bagaimana dua orang awam yang menjadi saksi pendakwaan diberi layanan yang sedemikian rupa?  Kedua mereka seperti tidak disukai oleh polis di Sandakan.  Kenapa?  Ada apa-apa yang berlaku ke antara polis dan pihak yang memperdagangkan orang?  Atau pihak polis memang tidak suka kepada Mazidul dan Shahnun.

"Mungkin IO sudah tak kenal kami lagi" itulah yang ditulis Mazidul.  Wow, kes berprofil tinggi, saksi memberi keterangan dimahkhamah sebagai saksi pendakwaan, saksi terlibat bersama sewaktu operasi penahanan penjenayah yang memperdagangkan orang dan IO tak kenal saksi?  Mungkin IO ini orang yang pendek ingatan.  Kalau benar dia pendek ingatan, macam mana IO ini boleh ditugaskan mengendali kes berprofil tinggi?  Tak takutke kalau dia masuk mahkhamah dan menjadi saksi, kemudian menjawab "saya tak ingat" bagi semua soalan yang diajukan kepada dia?

Entahlah Mazidul, saya rasa macam kamu dan Shahnun semacam tetamu yang terpaksa diundang.  Mungkin kamu berdua buat polis di Sandakan tak senang duduk kot.  

Ataupun cuma Mazidul dan masyarakat aje yang mengatakan ini kes berprofil tinggi, tetapi bagi polis di Sabah, terutama di Sandakan, ini cuma kes celah gigi yang mereka "selalu kendalikan".  Jadi mungkin mereka rasa kes ini tak perlu dikendalikan dengan teliti termasuk tak perlu berikan perlindungan kepada saksi.

Mazidul kata "benarlah, kawan masa senang ramai, masa susah memang takde".  Kalau Mazidul maksudkan polis Sabah dan Sandakan sebagai "kawan" dalam pernyataan itu, cuba Mazidul tanya diri sendiri, mereka tu memang pernah terima Mazidul sebagai kawan ke?  Ada je manusia yang melayan seseorang kerana terpaksa.  Jadi masa-masa susah macam nilah Mazidul akan kenal isi hati mereka yang sebenar.

2 comments:

  1. Assalamualaikum tahir-nisa,

    Yang terlibat masih di dalam lena yg panjang gamaknya...

    Nak tunggu ORANG BESAR-BESAR simbah air ke kaki baru nak celik gamaknya...

    Eh, siapalah ORANG BESAR-BESAR yg punya visi & misi terbaik utk rakyat Malaysia ni gamaknya?

    Cer khabo... cer khabo...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam,

    Kalau orang BESAR-BESAR sanggup nak simbah air kat kaki ORANG KECIL MEREKA takpe juga, yang dirisaukan kalau kaki ORANG BESAR-BESAR pun nak kena simbah air juga...siapa yang nak simbah? Kalau masyarakat mula simbah air kat ORANG BESAR-BESAR dan ORANG-ORANG KECIL2 ni, baik simbah dari hujung kepala sampai ke hujung kaki. Lepastu barulah dia orang akan tahu tingginya langit, rendahnya bumi.

    ReplyDelete