Friday 25 March 2011

SAMBUNGAN SAMUN DEPAN RUMAH

Terpanggil saya untuk melanjutkan sedikit tentang peristiwa ini setelah membaca tulisan Mazidul tentang bagaimana polis berkorban nyawa untuk melindungi masyarakat. Siapa kata TIDAK?  Saya pun mengaku mereka menggadai nyawa menjaga keselamatan dalam negara.  Tetapi apa yang saya persoalkan ialah SELECTIVE ACTION yang diamalkan oleh sesetengah pegawai polis.  Kalau anda faham apa itu SELECTIVE ACTION, anda akan tahu bahawa saya bukan kata polis tidak menjalankan tanggungjawab tetapi kadang-kadang dilakukan mengikut kesesuaian dan kehendak seseorang.

Ada juga pihak bertanya kepada saya kenapa tidak membawa kes ketidakadilan dalam penyiasatan terhadap kes samun ini kepada pihak atasan polis, kenapa hanya ditulis di blog?

Jawapan saya ....Mazidul yang rapat dengan polis pun tak membawa kes beliau ke pihak atasan polis.  Beliau ada menceritakan tentang cara beliau dilayan semasa menjadi saksi kes pemerdagangan orang diSandakan.  Mazidul pun sekadar menulis tentang peristiwa itu diblog beliau.  Sebab beliau yang rapat dengan polis pun tahu, menulis diblog lebih efektif dari mengharapkan pihak atasan polis mengambil tindakan.

Bagi saya dan keluarga yang cuma kenal polis sebagai pelaksana undang-undang, kami juga mengharapkan penulisan diblog memberi iktibar bukan hanya kepada polis tetapi juga kepada orang awam.  Dari saya cuba mengubah carakerja tidak professional seorang anggota polis, saya harap penulisan diblog akan dapat mengubah sikap tidak professional lebih ramai anggota polis.

Dah lama disebut oleh masyarakat, bukan polis hilang penghormatan dimata masyarakat, tetapi kehilangan INTEGRITI..dan salah satu aspek penting dalam integriti yang kukuh ialah KEPERCAYAAN.  Sebab masyarakat sayangkan polis, masyarakat memberitahu kepada pihak atasan polis termasuk pihak KDN untuk memperbaiki integiti polis, tetapi nampaknya tidak ada kesungguhan.  

Memanglah dalam setandan pisang akan ada pisang yang rosak atau busuk. Tapi polis BUKAN pokok pisang atau buah pisang, polis adalah manusia yang boleh memperbaiki kelemahan yang diketengahkan. Apa salahnya polis mengambil berat apa yang masyarakat komen dan berusaha BERSUNGGUH-SUNGGUH untuk memperkukuhkan INTEGRITI.  Bukankah ini menunjukkan masyarakat adalah prihatin dan sayangkan polis.  Cuma bagi mereka yang cetek pemikiran akan mengatakan penulisan sebegini menghentam polis.

SEBAB MEREKA MANUSIALAH MASYARAKAT MENEGUR MEREKA DENGAN HARAPAN MEREKA MELAKUKAN TUGAS DENGAN PENUH INTEGRITI.

No comments:

Post a Comment