Tuesday 8 March 2011

Saya Takut Hantu di Genting Highlands

"Saya takut hantu di Genting Highlands" kata si mekanik kepada saya petang tadi.  Dia kata begitu sebab saya bertanya masa cuti raya cina dia tak ke Genting Highlands ke?  Itulah jawapan yang dia beri. Takut Hantu di Genting Highlands?

Saya kata kat dia, "kalau sekadar hantu, mana-mana pun boleh ada hantu.  Kenapa awak takut hantu kat Genting Highlands je".  Dia kata "saya tak takut hantu yang saya tak boleh nampak, tapi saya takut hantu yang saya boleh nampak".  Isk...biar betul dia ni.  Saya pun bertanya kat dia "awak boleh nampak hantu ke kat Genting Highlands?"

Dia kata "boleh, semua orang yang belum buta boleh nampak hantu di Genting Highlands". Wow... saya terfikir, ini kisah yang hebat kalau masuk Majalah 3.  Terdetik pulak nak hantar memo atau email kepada Mazidul, manalah tahu boleh menjadi berita sensasi.  Hantu yang kita boleh nampak.  

Lepas tu saya nampak mekanik saya tu gelengkan kepala dan berkata lagi "saya banyak takut ooo...itu hantu Genting Highlands".  Saya pun mula dah tak sabar nak tahu lebih lanjut lalu bertanya bila dia nampak hantu tu.  Dia kata "bila-bila pun siapa-siapa pun boleh nampak hantu di Genting Highlands.  Bukan satu tapi ada banyak".  BANYAKKKKKKKKK??????

Biar betul dia ni.  Tak pernah saya dengar dari siapa-siapa mengatakan Genting Highlands ada hantu yang banyak.  Saya pun tanya dia, hantu apa?



Dia jawab......."HANTU JUDI"

Emmmm....hampeh.  Ingatkan apa tadi.  Tapi betul apa yang dia cakap dan saya setuju dengan pendapat dia.  Kaki judi memang umpama hantu yang kita boleh nampak.  Mekanik saya ni beragama Kristian dan berasal dari Sabah, dia sendiri membenci aktiviti judi.  

Tapi sebilangan orang Islam zaman ini lebih hebat dari hantu-hantu di Genting Highlands, mereka menjadi hantu siang yang bermain nombor ekor dan judi.  Yang kelakarnya, ada pula episod membabitkan beberapa rancangan popular melibatkan kepolisan di television yang menyiarkan penangkapan kaki judi ini dan pengulas memberitahu, mereka ditangkap kerana terbabit dengan aktiviti judi haram.  Adake judi HALAL?

Mungkin ada kot kalau ikut terma kebodohan manusia.  Mungkin kat Genting Highlands hantu-hantu bermain judi HALAL kot.

Pembaca boleh fikirkan sendiri.  Apa nak jadi dengan dunia kita ni?

2 comments:

  1. Salam Sis, let me share with you kisah hantu di Genting.

    Kawan saya pernah merakamkan VIDEO visual makhluk berbentuk manusia di satu daripada apartment kerap disewa pengunjung.

    Apapun, sepengetahuan saya, HANTU tidak pernah mencabul, merogol, meliwat dan jauh sekali membunuh manusia.

    ... hanya manusia melakukan jenayah terbabit.

    Mazidul Akmal Sidik melaporkan untuk 999.

    ReplyDelete
  2. Thanks sebab sudi komen, saya dan suami sama-sama menghasilkan penulisan untuk blog kami melalui apa yang kami tempuhi, nampak, dengar dan rasa. Seronok dapat komen dari Mazidul. Terima kasih banyak-banyak.

    ReplyDelete