Thursday, 31 March 2011

Siapa Peminjam Kepada Lynas Untuk LAMP di Gebeng

Dibawah ini saya sertakan keratan tentang apa yang telah berlaku di konferensi REE (Rare Earth Elements) yang telah diadakan di Hong Kong.  Secara nyata dinyatakan bahawa pihak Jepun memberi  pinjaman USD250 juta melalui Japan Oil, Gas and Metals National Corporation (JOGMEC) kepada Lynas untuk membina pusat pemprosesan di Gebeng dan juga pusat penggalian di Mount Weld, Australia.  Pihak yang bekerjasama dengan Lynas untuk menjayakan projek ini ialah Sojitz (syarikat pengedaran tanah jarang terbesar di Jepun) dan ini dilakukan kerana Jepun tidak berpuashati dengan negara China yang memonopoli penggalian dan penjualan tanah jarang/nadir bumi.  Sebahagian besar tanah jarang/nadir bumi yang diproses di Gebeng akan di ekspot ke negara Jepun.

Jadi dengan pembabitan sebegini banyak pihak dari negara yang berlainan, adakah anda rasa kerajaan BN akan menolak permohonan lesen dari pihak Lynas.  Jawapannya mudah...SUDAH PASTI TIDAK.  

Sebenarnya kita sudah diperbodohkan oleh kerajaan BN dan mereka masih cuba memperbodohkan kita.  Semua ini mereka berani lakukan kerana kuasa pemerintahan ada pada mereka.

JUGA TERCATIT DENGAN JELAS BAHAWA APA YANG DIBINA DIGEBENG SEKARANG ADALAH FASA 1.  SETELAH SELESAI PEMBINAAN FASA 1, FASA 2 AKAN DIBINA DAN MELUASKAN LAGI PUSAT PEMPROSESAN INI UNTUK MENGELUARKAN LEBIH BANYAK HASIL TANAH JARANG/NADIR BUMI.

RAKYAT PAHANG PERLU LAKUKAN SESUATU UNTUK MENGELAKKAN TERJERUMUS KEDALAM PERMASALAHAN DIMASA DEPAN AKIBAT PERMAINAN BN DAN LYNAS.

Baca petikan dibawah.....SAYA TIDAK EDIT SIKIT PUN PETIKAN DIBAWAH INI...IANYA ADALAH APA YANG BENAR-BENAR TELAH BERLAKU.
LONDON (Metal-Pages) 24-Nov-10. 

Japan's leading rare earth trader Sojitz will help Australian miner and processor Lynas secure funding to double its rare earth capacity under a strategic alliance agreement between the two companies announced today. 

The companies will work together to seek a funding package of up to $US250 million to cover the cost of accelerating the expansion of the Lynas Rare Earths project to 22,000 tpy. Sojitz will request financial support from the Japan Oil, Gas and Metals National Corporation (JOGMEC) for the expansion.

Lynas will mine and process rare earths at Mount Weld in Western Australia and is building a processing plant in Malaysia to initially produce light rare earth oxides and carbonates. It is due to start production from 11,000 tpy Phase 1 of its project in the third quarter of next year next year. Subject to funding for Phase 2 expansion, it has agreed to allocate a minimum of 8,500 tonnes (± 500 tonnes) of rare earth products per year to the Japanese market over the next ten years. Sojitz and Lynas will jointly market the rare earth products in Japan.

The aim of the agreement, the Australian company said, is to provide a stable and long term source of supply for the Japanese market. It provides a framework for Lynas and Sojitz, Japan's leading rare earth importer, to agree off-take, distribution and financing arrangements during 2011 which would enable Lynas to bring forward the phase 2 expansion of the rare earth mine and concentration plant at Mount Weld in Western Australia and the Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) in Malaysia. The expansion will double annual production capacity for rare earth products from 11,000 tpy to 22,000 tonnes REO (Rare Earths Oxide).

Lynas Executive Chairman Nick Curtis said: “This landmark agreement will enable Lynas to accelerate marketing to Japanese customers. If implemented, it will enable Phase 2 construction to be committed in April 2011 and be online in 2012, expanding the capacity of the LAMP to 22,000 tonnes REO per annum”.

The agreement with Sojitz means more than 70% of the Lynas 22,000 tonne capacity is now allocated, Lynas said.

“Lynas welcomes this Alliance and believes this opportunity advances our ability to set a new global benchmark for the production, processing and marketing of rare earth products in a safe and environmentally responsible manner which can be relied on by our customers,” Curtis added.

The agreement is the latest move signalling Japan's desire to move away from its over-reliance on world's largest rare earth producer China for the supply of strategic metals which are used in electronics and other advanced applications including low-energy lighting and electric vehicles. The issue of China's dominant influence in the market came to a head for Japan when Chinese suppliers reportedly halted exports of rare earths to Japan in late August following a diplomatic incident.

Adnan Yaakob Kata Air Beradioaktif Boleh DiKitar Semula

Air beradioaktif hasil dari pemprosesan nadir bumi/tanah jarang memang boleh dikitar semula.  Air memang boleh dikitar semula untuk diguna kembali bagi pemprosesan berterusan dipusat pemprosesan nadir bumi ini.

Jangan terpedaya dengan kenyataan ini...baca keterangan dibawah dan akan faham kenapa.

Kita semua perlu sedar satu perkara yang tidak diberitahu kepada kita oleh Adnan Yaakob, iaitu apakah yang akan terjadi kepada sisa radioaktif yang telah dikeluarkan dari air beradioaktif itu?  Sebenarnya disini  lah masalah yang paling besar akan timbul.  Kenapa kerajaan BN termasuk Adnan Yaakob sanggup menceritakan sebahagian dan menyembunyikan sebahagian lagi dari diketahui umum.

Jadi soalnya sekarang bukanlah air yang telah dinyah radioktifkan, tetapi SISA BERADIOAKTIF yang terhasil setelah selesai proses kitar semula air beradioaktif.

Sisa radioaktif, tak kisahlah samada dari kilang pemprosesan nadir bumi, kilang pembuatan tembikar cina, kilang pemprosesan tenaga nuklear atau pun dari pusat penjanaan kuasa nuklear, semuanya perlu dilupuskan dengan cara yang selamat agar tidak memudaratkan alam sekitar dan kehidupan.  Satu-satunya cara untuk melupuskan sisa radioaktif adalah dengan membiarkan sisa ini untuk satu tempoh tertentu. 

Sisa ini tidak boleh dibiarkan terdedah kepada udara tetapi ianya haruslah ditimbus kedalam bumi atau pun dikawasan berbukit yang diratakan sebelum dikambus kembali menjadi sebuah bukit.  Sisa radioaktif yang lemah akan menjadi neutral dalam masa yang singkat, sisa yang sederhana kuat akan menjadi neutral dalam jangkamasa yang lebih lama dan bagi sisa radioaktif yang kuat akan mengambil masa sehingga berbilion tahun untuk menjadi neutral.

Jadi, disinilah timbulnya masalah dengan pemprosesan nadir bumi atau tanah jarang ini.  Bukti kejadian di Bukit Merah menunjukkan bahawa sisa radioaktif dari pemprosesan nadir bumi/tanah jarang ini adalah ditahap radioaktif yang kuat dan berisiko tinggi.  Sebab itu juga sebuah bukit telah diratakan dan sisa telah dikambus dibukit tersebut.  Sisa radioaktif ini pasti akan bercampur semula dengan air yang terdapat dalam tanah dan akan menjadikan pengaliran air bawah tanah beradioaktif.

Jadi, kepada Adnan Yaakob dan juga kerajaan BN, janganlah menipu rakyat Pahang yang telah mengundi anda selama ini.

Jadikanlah kejadian yang berlaku dinegara lain sebagai iktibar.  Kita sebagai manusia boleh menyatakan bahawa itu dan ini adalah selamat.  Tetapi sekiranya berlaku kejadian tidak diingini, adakah kita boleh menjamin bahawa keselamatan penduduk akan terjamin juga.  

Kita simpati dengan apa yang dihadapi oleh penduduk di Jepun, dimana penduduk dan kerajaan Jepun  telah senantiasa berusaha memastikan loji penjanaan nuklear dinegara mereka diuruskan dengan selamat, tetapi bila berlaku kejadian diluar kawalan manusia, yang disangkakan selamat boleh bertukar menjadi mudarat.

KEPADA KERAJAAN PAHANG DAN BN, KENAPA SANGGUP MENGGADAIKAN KESELAMATAN PENDUDUK SEDANGKAN PEMPROSESAN NADIR BUMI/TANAH JARANG INI MEMANG BERISIKO. KERANA ITULAH PEMPROSESAN DIJALANKAN OLEH ROBOT DAN SEBAB ITU JUGALAH SYARIKAT LYNAS TIDAK MEMBINA KILANG PEMPROSESAN INI DINEGARA MEREKA SENDIRI, IAITU AUSTRALIA.

Saturday, 26 March 2011

KONSPIRASI DATO T & ANWAR

VIDEO AJARAN ISRAEL?

Diradio terdapat sebuah iklan yang mana anak bertanya bapak boleh tak buat beberapa perkara...ayah dia setuju dan kata boleh, buatlah. Kemudian anak tanya..."ayah, boleh tak nak hisap rokok, bapak jawab.."tak boleh, itu tak boleh".

LEPAS NI ANAK KITA AKAN TANYA..."AYAH, BOLEH TAK SAYA NAK TENGOK VIDEO LUCAH?".  NAK JAWAB APA EK? "KERAJAAN KATA BOLEH..POLIS KATA TAK SALAH."

RENUNGKANLAH BETAPA JAHILNYA KUNCU-KUNCU YANG MEMERINTAH DAN MENTADBIR NEGARA KITA.  YANG PELIKNYA KEJAHILAN DAN KEPAKARAN UNTUK MEMBURUKKAN DSAI SEMAKIN MENJADI-JADI LEPAS APCO DAPAT KONTRAK BUAT KERJA-KERJA YANG KENA MENGENA DENGAN PDRM. ADAKAH APCO MARAH DENGAN APA YANG DSAI PERNAH BUAT KAT MEREKA?

BANYAK BENDA YANG BERLAKU MACAM DIAJAR OLEH ZIONIS ISRAEL JE!!!!!!!!!!

Friday, 25 March 2011

SAMBUNGAN SAMUN DEPAN RUMAH

Terpanggil saya untuk melanjutkan sedikit tentang peristiwa ini setelah membaca tulisan Mazidul tentang bagaimana polis berkorban nyawa untuk melindungi masyarakat. Siapa kata TIDAK?  Saya pun mengaku mereka menggadai nyawa menjaga keselamatan dalam negara.  Tetapi apa yang saya persoalkan ialah SELECTIVE ACTION yang diamalkan oleh sesetengah pegawai polis.  Kalau anda faham apa itu SELECTIVE ACTION, anda akan tahu bahawa saya bukan kata polis tidak menjalankan tanggungjawab tetapi kadang-kadang dilakukan mengikut kesesuaian dan kehendak seseorang.

Ada juga pihak bertanya kepada saya kenapa tidak membawa kes ketidakadilan dalam penyiasatan terhadap kes samun ini kepada pihak atasan polis, kenapa hanya ditulis di blog?

Jawapan saya ....Mazidul yang rapat dengan polis pun tak membawa kes beliau ke pihak atasan polis.  Beliau ada menceritakan tentang cara beliau dilayan semasa menjadi saksi kes pemerdagangan orang diSandakan.  Mazidul pun sekadar menulis tentang peristiwa itu diblog beliau.  Sebab beliau yang rapat dengan polis pun tahu, menulis diblog lebih efektif dari mengharapkan pihak atasan polis mengambil tindakan.

Bagi saya dan keluarga yang cuma kenal polis sebagai pelaksana undang-undang, kami juga mengharapkan penulisan diblog memberi iktibar bukan hanya kepada polis tetapi juga kepada orang awam.  Dari saya cuba mengubah carakerja tidak professional seorang anggota polis, saya harap penulisan diblog akan dapat mengubah sikap tidak professional lebih ramai anggota polis.

Dah lama disebut oleh masyarakat, bukan polis hilang penghormatan dimata masyarakat, tetapi kehilangan INTEGRITI..dan salah satu aspek penting dalam integriti yang kukuh ialah KEPERCAYAAN.  Sebab masyarakat sayangkan polis, masyarakat memberitahu kepada pihak atasan polis termasuk pihak KDN untuk memperbaiki integiti polis, tetapi nampaknya tidak ada kesungguhan.  

Memanglah dalam setandan pisang akan ada pisang yang rosak atau busuk. Tapi polis BUKAN pokok pisang atau buah pisang, polis adalah manusia yang boleh memperbaiki kelemahan yang diketengahkan. Apa salahnya polis mengambil berat apa yang masyarakat komen dan berusaha BERSUNGGUH-SUNGGUH untuk memperkukuhkan INTEGRITI.  Bukankah ini menunjukkan masyarakat adalah prihatin dan sayangkan polis.  Cuma bagi mereka yang cetek pemikiran akan mengatakan penulisan sebegini menghentam polis.

SEBAB MEREKA MANUSIALAH MASYARAKAT MENEGUR MEREKA DENGAN HARAPAN MEREKA MELAKUKAN TUGAS DENGAN PENUH INTEGRITI.

Wednesday, 23 March 2011

ESKAY TU ANWAR KE?

Bila melihat gambar Datuk Eskay di sidang akhbar bersama Tan Sri Rahim Thambi Chik, saya membayangkan Eskay menjadi Anwar dari segi rupa paras.  Tak mustahil kot.  Teringat filem dimana Erra Fazira yang kurus dijadikan gemuk dengan menggunakan teknik "impose".  Kalau di dunia perfileman perkara ini boleh dilakukan, tak mustahil Eskay digubah/ubah menjadi Anwar untuk berlakon dalam video yang didedahkan sendiri oleh Datuk Trio.

Mereka kata suruhanjaya diRaja perlu ditubuhkan untuk menentukan video tu tulen.  Memanglah video tu tulen cuma pelakon yang memegang watak Anwar dalam video tu je bukan Anwar yang tulen.

Tuesday, 22 March 2011

KISAH BENAR - SAMUN DEPAN PAGAR RUMAH

Saya berada di Shah Alam ketika kejadian.  Isteri saya disamun oleh 4 orang lelaki Melayu berpakaian segak dan mereka melakukannya didepan pagar rumah kami di Semenyih.

Biar saya ceitakan sepenuhnya dan inilah cerita benar kenapa saya dan keluarga cuma hormat kepada polis tetapi tidak percaya kepada polis.

Isteri saya sampai ke rumah dengan berkereta selepas menghantar anak kami ke sekolah di Kajang.  Anak kami yang kedua ada bersama isteri saya pada waktu itu.  Jiran kami adalah pegawai polis di Balai polis Semenyih.  Jiran kami baru sahaja memandu kereta keluar dari rumah untuk ke tempat kerja dia di pekan Semenyih.  Isteri saya pula sesampai dihadapan pagar rumah, keluar dari kereta dan membuka pintu pagar.

Tiba-tiba ada sebuah kereta Perodua Viva bernombor pendaftaran WTJ6745 berwarna biru metalik berhenti dihadapan rumah kami dan seorang lelaki melayu keluar dan bertanyakan tempat bagi suatu alamat yang tertulis disekeping kertas.  Bila isteri menoleh untuk melihat kertas itu, isteri saya dipukul bertalu dan isteri saya bergelut.  Bila isteri saya melawan, keluar seorang lagi lelaki melayu membawa pisau Rambo dan memukul isteri saya dikepala sampai dia terlentang dan hampir pengsan, tudung isteri saya dilucutkan, rantai diragut dan semua ini berlaku dihadapan anak saya dan jiran-jiran.

Selepas itu pemyamun beredar dan jiran datang memapah isteri saya masuk kedalam rumah dia dan menalipon saya.  Saya diberitahu berkenaan apa yang terjadi dan diberi nombor pendaftaran kereta terbabit dan terus bergegas balik dari Shah Alam.  Dalam perjalanan saya menalipon polis dan membuat laporan.  Polis berkereta peronda tiba 45 minit selepas kejadian.  Jarak dari Balai Polis Kajang ke rumah kami ialah dalam 15km dan dari Balai Polis Semenyih ke rumah kami ialah dalam 5 km.  Polis datang macam menaiki kereta kuda.  Apabila ditanya oleh isteri saya kenapa lama sangat untuk tiba ke lokasi, pegawai polis tu dengan selamba berkata, biasalah pagi-pagi macam ni...JALAN SESAK.

Saya tiba dalam 30 minit selepas itu mengharungi semua kesesakan dijalan raya tanpa siren diatas bumbung kereta saya.  Kemudian kami ke Balai Polis Semenyih untuk membuat aduan dan setelah itu diarah ke Balai Polis Kajang untuk mengesahkan  aduan. Samun berlaku tak sampai 2 minit, tapi urusan kami dengan polis untuk aduan dan pengesahan aduan mengambil masa berjam-jam.

Setelah itu pegawai penyiasat mengambil keterangan dan memberitahu kami bahawa kereta suspek akan dikenalpasti dan isteri saya dan jiran mungkin akan dipanggil untuk kawat cam.

Selepas beberapa hari, saya menalipon pegawai penyiasat dan diberitahu bahawa mereka telah dapat menjejaki kereta terbabit dan telah melakukan serbuan.  Warna kereta, nombor pendaftaran, jenis kereta, semua adalah seperti yang telah kami laporkan.  Tetapi orang yang tuanpunya kereta adalah anak kepada pegawai polis berpangkat tinggi di Bukit Aman.  Jadi mereka kata takkan buat kawat cam dan kes tidak dapat diteruskan.  Mereka mengandaikan yang kereta penyamun menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Setelah mendengar penjelasan sebegitu saya memang kecewa kerana sepatutnya polis tak patut mengambil endah siapa suspek itu, sepatutnya kawat cam dijalankan dan biar isteri saya dan jiran tentukan betul atau tidak suspek adalah penyamun yang dimaksudkan.  Saya sedar pada waktu itu bahawa polis di Malaysia terikat dengan "Fear Factor", takut untuk mengambil tindakan atas orang-orang yang berkepentingan.  Sepatutnya kalau suspek tak bersalah, apa salahnya dia hadirkan diri untuk dikawat cam?
Isteri saya tidak mahu saya memperbesarkan perkara ini kerana kami tahu, situasi sebegini bukan berpihak kepada mangsa tetapi berpihak kepada penjenayah.  Takpelah kami kehilangan sedikit barang kemas, cuma kami tidak mahu polis terus dengan sikap tidak professional dalam menjalankan tugas.  Kalau nak buat "selective action", lebih baik jangan menjanjikan kawat cam.

Mungkin ada antara pembaca tidak suka apa yang saya tulis di sini, tetapi apa yang ditulis disini bukan fitnah, bukan penipuan tetapi adalah kisah benar yang benar-benar telah dilalui oleh isteri dan anak saya.

Perkara ini sudah hampir setahun berlalu tetapi saya menulis pada hari ini dengan harapan pihak polis akan menjadi lebih efektif dan berani dalam tindakan mereka untuk melindungi mangsa dan bukan dengan bertindak mengikut situasi yang memperlekehkan mangsa.

SELAMAT HARI POLIS....SEMOGA POLIS SEDAR TENTANG TUGAS MEREKA ADALAH UNTUK MELINDUNGI RAKYAT. MEMANG TERDAPAT ANGGOTA POLIS YANG MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN IKHLAS DAN JUJUR TETAPI ADA JUGA YANG SEKADAR MENGENAKAN SERAGAM BIRU DAN BERDIRI SEGAK DIKHALAYAK RAMAI TANPA MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN.

MELAYU HANYA PADA NAMA-POLIS DAH JAWAB SOALAN NAZRI YANG DAYUS

Sebenarnya melayu yang akan menghancurkan melayu tetapi akan menuding jari kepada bukan melayu sebagai penghancur bangsa dan adat resam bangsa melayu. Orang dulu-dulu kata Biar mati anak jangan mati adat....tapi sekarang ni berapa kerat orang melayu yang sanggup mempertahankan adat? Bukankah kita sebagai orang melayu diajar untuk saling hormat antara satu sama lain dan membela nasib bangsa melayu supaya Takkan Melayu Hilang DiDunia. Apa yang dilakukan kepada Anwar dan reaksi gembira yang dicoretkan oleh blogger pro UMNO membuktikan betapa melayu hanya pada nama.

UMNO sebuah parti? Atau sebuah kumpulan penghancur bangsa yang sanggup meludah dimuka bangsa sendiri asalkan mereka dapat habuan dunia yang berlimpah ruah.  

Jangan mengejar sesuatu yang bersifat sementara sedangkan keciciran yang bersifat kekal.



HARI INI KETUA POLIS NEGARA BERKATA LAPORAN POLIS YANG DIBUAT ANWAR AKAN DISIASAT MENGIKUT SEKSYEN 292 KANUN KESEKSAAN.  INI JAWAPAN YANG SAYA ANGGAP BOLEH MENJAWAB SOALAN TUAN MENTERI NAZRI YANG DAYUS.  PETIKAN DIBAWAH ADALAH APA YANG DIUCAPKAN NAZRI KEPADA PEMBERITA.......(PETIKAN DARI MALAYSIAKINI)

Mengulas penayangan video seks itu di sebuah hotel semalam, menteri yang bertanggungjawab dalam bidang undang-undang itu berkata bukanlah sesuatu yang salah untuk pihak di belakang semua itu menunjukkan video kepada wartawan dan penyunting.

"Kamu beritahu saya apa yang salah. Semua kata ia bertentangan dengan undang-undang, tetapi beritahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang maklum patut datang ke depan untuk maklumkan kepada kita," katanya.

MALAYSIA BAKAL HANCUR-MESTI BACA

Setelah membaca tafsir surah Saba' ayat 15-21 seperti dibawah ini, kita pasti akan tahu kenapa terlalu banyak permasalahan berlaku dalam masyarakat kita, terutama kepada orang Islam di Malaysia.  Tak perlulah saya huraikan ayat tersebut kerana Allah s.w.t., telah berfirman dengan selengkapnya akan azab dan balasan untuk mereka yang kufur.

Firman Allah s.w.t.,

Sesungguhnya bagi kaum Saba' ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (Kepada mereka dikatakan), "Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun." Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Asl dan sedikit dari pohon Sidr. Demikianlah Kami memberi balasan kepada mereka akibat kekufuran mereka. Dan Kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu), melainkan hanya kepada orang-orang yang sangat kufur. Dan Kami jadikan antara mereka dan antara negeri-negeri yang Kami limpahkan berkat kepadanya, beberapa negeri yang berdekatan dan Kami tetapkan antara negeri-negeri itu (jarak-jarak) perjalanan. Berjalanlah kamu di kota-kota itu pada malam dan siang hari dengan aman. Maka mereka berkata, "Ya Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami", dan mereka menganiaya diri mereka sendiri, maka Kami jadikan mereka buah mulut dan Kami hancurkan mereka sehancur-hancurnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi setiap orang yang sabar lagi bersyukur. Dan sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman. Dan tidak adalah kekuasaan iblis terhadap mereka, melainkan hanyalah agar Kami dapat membezakan siapa yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat dari siapa yang ragu-ragu tentang itu. Dan Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu. (Surah Saba' Ayat 15-21)

Sunday, 20 March 2011

MELAYU MENCEMAR MELAYU

Isu blogger Mohd Nur Hanief Abdul Jalil ditahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana ada yang "sakit hati" tentang kandungan blognya mungkin telah diketahui umum.  Tian Chua dikatakan menghulurkan bantuan dengan menghadirkan diri ke SKMM dan meminta Hanief dibebaskan.  Tian Chua juga merayu agar ada peguam yang akan membantu blogger muda tersebut dalam menghadapi isu ini.

Bagi saya, apa yang telah berlaku adalah salah Hanief sendiri.  Kita sebagai blogger memang diberi ruang untuk menterjemahkan apa sahaja isi hati kita melalui penulisan untuk tatapan dan pembacaan rakan dan masyarakat umum.  Tetapi janganlah melampaui batasan dengan melakukan "charector assasination".  Menyerang peribadi seseorang sudah menjadi sinonim dalam politik samada melibatkan Barisan Nasional atau pun pembangkang.  Memang mudah untuk mencemarkan karektor seseorang individu tetapi itu bukanlah cara yang terbaik untuk mengenengahkan kelemahan seseorang.

Gambar-gambar dan juga penulisan Hanief seperti yang terdapat diblog beliau berkenaan Sultan Selangor, Tun Dr. Mahathir, Khusrin dan Kavita adalah tidak sensitif kepada adat resam Malayu dan juga tidak menggambarkan ajaran Islam yang dianuti.  Mengaibkan seseorang adalah sikap orang yang ketandusan idea untuk mengetengahkan isu yang benar-benar memerlukan perhatian rakyat. Kalau benar pun individu-individu terbabit melakukan kesalahan seperti yang ditulis oleh Hanief, bukan ini caranya untuk menyedarkan rakyat.   

Rasulullah tidak pernah merendahkan atau mencemarkan musuh-musuh Islam.  Baginda berkedudukan lebih tinggi dari mana-mana pemerintah Islam, tetapi baginda tidak mengamalkan "charector assasination".  Kenapa pula umat Islam zaman sekarang cenderung melakukan perkara yang Rasulullah sendiri tidak pernah lakukan?

Dengan bakat yang ada pada Hanief saya percaya beliau boleh menulis dengan lebih matang untuk mengelakkan kesilapan yang sama berulang.   Orang seperti Hanief diperlukan untuk mengenengahkan masalah sebenar yang dihadapi rakyat Malaysia dan bukannya untuk mencemarkan nama seseorang individu terutamanya bukan untuk mencemarkan institusi raja.  Memang kebanyakan sultan dan raja bukan hanya di Malaysia, tetapi seluruh dunia melakukan kemungkaran dan salahguna keistimewaan yang diberi kepada mereka.  Tetapi mereka harus ditegur dengan cara yang terhormat, bukan dengan cara yang mencemar.

Saya pernah utarakan dalam penulisan blog saya sebelum ini tentang Islam yang dihina, bahawa ini berpunca dari sikap blogger dan sebilangan ahli masyarakat yang beragama Islam yang menghina ulama dan Islam itu sendiri.  Ini menyebabkan sebilangan orang bukan Islam pun turut sama menghina Islam.  Sekarang orang Melayu mencemarkan nama institusi raja-raja Melayu, jadi lepas ni kalau ada orang bukan Melayu yang hina Sultan atau Raja Melayu, JANGANLAH ORANG MELAYU MALATAH.

Berapa ramai lagi orang Melayu yang ingin merendahkan martabat bangsa Melayu dan kemudian menuding jari terhadap bangsa lain yang tidak hormat kepada adat resam orang Melayu.

Saya ulang lagi....YOU ASKED FOR IT.

Saturday, 19 March 2011

TNB - PeNyAmUn TaRbUs

TENAGA Nasional Bhd (TNB) memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM3.2 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2010, meningkat tiga kali ganda berbanding RM917.9 juta tahun sebelumnya.

Pendapatannya dalam tahun kewangan berkenaan berjumlah RM30.32 bilion, meningkat 5.3 peratus daripada RM28.785 bilion. Bagaimanapun selepas ditolak keuntungan tukaran wang asing sebanyak RM632.6 juta susulan peningkatan 11 peratus nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), keuntungan bersih bagi operasinya dalam tahun kewangan itu ialah RM2.6 bilion, meningkat 22.6 peratus berbanding RM2.1 bilion dalam tahun kewangan sebelumnya.

Dalam tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2009, syarikat utiliti itu mengalami kerugian tukaran asing sebanyak RM1.177 bilion.

Dengan jelas kita boleh nampak bahawa kerugian yang dialami oleh TNB pada tahun 2009 adalah kerana kejahilan mereka dan ketidakcekapan mereka menguruskan dana yang melibatkan tukaran wang asing.  Memang benar tukaran wang asing bukan dikawal oleh pihak TNB tetapi mereka perlu ada mekanisme yang teguh dan mantap untuk memastikan syarikat tidak akan terjejas melalui tukaran wang asing.  Lihat kepada Air Asia, walaupun harga petroleum dunia naik, mereka masih mencatat keuntungan sepanjang tahun 2009 kerana mereka menguruskan syarikat mereka dengan mengambil kira sebarang kemungkinan. 

Walaubagaimanpun pada tahun 2009 secara keseluruhan TNB tetap untung RM917.9 juta.  Jadi TNB tidak pernah mengalami kerugian pada tahun 2009, cuma aktiviti tukaran wang asing yang tidak menguntungkan TNB. 

TNB pula seperti GLC yang lain, mengambil mudah cara mereka menguruskan kewangan kerana mereka tahu, sekiranya dana sudah tak cukup, mereka boleh minta kat kerajaan untuk naikkan tariff.

Keuntungan pada tahun 2010 menunjukkan betapa TNB berupaya untuk mendapatkan keuntungan yang besar dengan tariff sedia ada.  Tetapi biasalah, dah nama pun penyamun tarbus, mestilah akan mengharapkan poket kita juga untuk melebihkan kekayaan mereka.

Tariff elektrik mungkin menyaksikan peningkatan dalam tempoh enam bulan ke hadapan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Bukankah TNB sepatutnya bertindak mendahulukan rakyat?  Semua perniagaan ada untung dan rugi.  Tapi kalau setiap kali rugi, rakyat perlu menampung dengan membayar tariff yang lebih tinggi, maka TNB tak payahlah berniaga, lebih baik serahkan saja syarikat kembali kepada kerajaan dan rakyat.

TAPI YANG PELIK TENTANG ISU TNB, TNB UNTUNG, TAPI TARIFF MUNGKIN NAIK. EMM...APA PENDAPAT ANDA?

Thursday, 17 March 2011

TUN Dr. MAHATHIR - KENAPA JADI MACAM NI?

Semalam diblog Che Det Tun menulis bahawa beliau rasa sesuatu tidak betul bila sebuah syarikat tempatan yang terlibat dalam pembuatan besi, membeli bijih besi dari luar negara sedangkan dalam negara kita, terutamanya di Terengganu terdapat lombong bijih besi.  

Kata Tun, syarikat perlombongan bijih di Malaysia menjual bijih besi mentah ke luar negara dan tidak menjual kepada syarikat tempatan, menyebabkan syarikat tempatan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih tinggi untuk membeli bijih besi di pasaran dunia.

Tetapi Tun!  Bukankah Petronas juga melakukan perkara yang sama?  Minyak mentah yang dicarigali oleh Petronas di bumi Malaysia mengandungi kandungan sulphur yang rendah (bermutu tinggi) maka Petronas menjual minyak mentah ini kepada negara lain dan kemudian membeli minyak mentah bermutu rendah dipasaran dunia untuk diproses dan dijual kepada pengguna di Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia, saya menyokong saranan Tun agar bijih besi yang dilombong di Malaysia, diutamakan penjualan kepada syarikat Malaysia.  Bukankah Petronas juga harus melakukan perkara yang sama?  

Kalau Petronas dapat melakukan perkara yang sama sudah pasti harga petrol dan diesel di Malaysia tidak akan bergantung kepada harga pasaran dunia kerana ianya menjadi "mined and refined domestically for domestic use".

Tetapi besar kemungkinan Petronas tidak akan melalukannya kerana Petronas adalah sebuah entiti yang beroperasi berlandaskan keuntungan.  Begitu jugalah hampir semua perniagaan di Malaysia ini, keuntungan diutamakan, rakyat dikemudiankan.

BERITA PANAS TENTANG TESCO- SEMUA KENA BACA







Mesin tu yang cetek atau pengurusan Tesco yang cetek ilmu?


Gambar ni kami ambil di Tesco Kuala Selangor, Bahagian Barangan Elektronik, Mesin Cetek (maaf, Mesin Cetak).

Diambil pada 17hb March 2011 dalam jam 6 petang.

Wednesday, 16 March 2011

Banglo Setingkat RM199,800 Murah Murah....Mahalke?

Melaka mencipta sejarah yang bolehlah kita masukkan dalam buku sejarah untuk tatapan generasi akan datang.  Betapa negeri yang dulunya kaya dengan warisan dan sejarah kepahlawanan kini menjadi rujukan untuk kemewahan.
2 tandas dinaiktaraf (bukan dibina kembali tetapi sekadar dinaik taraf) dengan kos RM199,800.00.  Dengan duit sebanyak itu, rakyat boleh memiliki sebuah rumah teres setingkat di Lembah Klang.  Tandas ini terletak di Taman Botanikal Melaka, Ayer Keroh.  Lebih baik kerajaan Melaka istiharkan aje tandas ini sebagai salah satu bangunan yang wajib dilawati oleh pelancong dari dalam dan luar negara.  Lepas tu letak sebuah meja didepan pintu masuk tandas dan gajikan seseorang untuk kutip "yuran masuk" sebanyak RM0.50 seorang.  Lepas mendapat 399,600 pengunjung, maka kerajaan Melaka sudah mendapat kembali modal yang telah dilaburkan/dileburkan untuk menaiktaraf tandas ini.  Itupun kalau tandas ini masih bertahan untuk menerima sebegitu ramai pengunjung. 




Pondok bas ini pula dibina dengan kos RM44,425.00.  Duit sebanyak itu sekiranya disedekahkan kepada fakir miskin, boleh bagi RM100.00 untuk hampir 442 orang.  Berapa orang agaknya yang boleh duduk dibawah bumbung pondok bas ini pada satu-satu masa?  Satu lagi warisan sejarah terbina. Bagi yang ingin melancong ke Melaka jangan ketinggalan untuk melawat warisan sejarah ini yang terletak di Taman Rumahku Syurgaku, Bukit Katil Melaka.



Pondok bas yang ini pula dibina dengan kos RM34,500.00.  Pembaca buatlah sendiri andaian apa yang anda boleh buat dengan duit sebanyak itu (selain dari membina satu lagi pondok bas).  Pondok bas ini terletak di depan Kota Cemerlang.  Kalau ada masa, para pelancong digalakkan membawa sanak saudara untuk menikmati pemandangan indah pondok bas ini.
Malaysia Boleh.

TIMBALAN PERDANA MENTERI MENIPU?

Tan Sri Muhyiddin berkata beliau tidak tahu status samada pusat pemprosesan Tanah Jarang yang dibina diGebeng, Kuantan telah mendapat lesen untuk beroperasi.  Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila ditanya berkenaan status projek tersebut.  Ini petikan dari "website" Lynas Corporation Ltd.,

LYNAS PROJECT STATUS
A bankable feasibility study, including pilot plants, was completed on the Rare Earths deposit at Mount Weld. The first mining campaign was completed on time and on budget. Currently, Lynas is constructing a Concentration Plant at Mount Weld and the LAMP.

The LAMP is being built in Malaysia due to the readily available industrial infrastructure, including  industrial land, sources of gas, water and electricity, re-agents from local suppliers and a port that can manage container, chemical and bulk shipments. The area where the plant is being built also offers much knowledge infrastructure, such as technical and trade skills and chemical industry experience. The government infrastructure is in place and provides accountable regulators, clear legal frameworks and FDI incentives.

Once completed, the Concentration Plant and LAMP together will comprise the full production process from mine through to market. The Concentration Plant is scheduled to come into production early in 2011 and the LAMP in the third quarter of 2011.



Secara jelas dalam perenggan kedua, syarikat Lynas menjelaskan apa kelebihan yang ada di Gebeng, Kuantan yang memberi keselesaan untuk mereka mendirikan pusat pemprosesan.  Kelebihan yang dijelaskan kebanyakannya adalah standard seperti Infrastuktur Yang Lengkap, Tanah Industri, Penyaluran Gas, Air dan Letrik, Agen Dari Pengedar Tempatan dan Pelabuhan.  Semua ini adalah kelebihan yang boleh disediakan oleh mana-mana negara untuk keselesaan industri luar negara yang melabur dinegara mereka.  Adakah benar ini sebab sebenar Lynas membina pusat pemprosesan bahan yang berbahaya ini di Gebeng, Kuantan?
Sebenarnya semua itu adalah untuk mengaburi persepsi rakyat Malaysia yang kurang kurang peka berkenaan apa yang sedang berlaku.  

Sebab sebenar kenapa Lynas membina pusat pemprosesan di Gebeng, Kuantan adalah kerana kerajaan Malaysia bersetuju untuk menjadi tempat buangan sisa berbahaya ini.  Apa buktinya?  Lihat pada perenggan dua artikel dari "website" Lynas, perkataan akhir di perenggan tersebut tertulis FDI Incentives.

Untuk makluman pembaca kerajaan Malaysia memberikan insentif kepada Lynas Corporation Ltd, dibawah anak syarikatnya Lynas Malaysia Sdn Bhd.  Iaitu diberi insentif cukai selama 12 tahun beroperasi.
Bila Timbalan Perdana Menteri mengatakan tidak tahu apa status lesen operasi untuk pusat pemprosesan ini, adakah beliau cuba katakan kerajaan Malaysia memberi insentif seperti ini untuk suatu syarikat yang belum diberi lesen untuk beroperasi atau belum tentu diberi lesen untuk beroperasi?  Atau adakah kerajaan Malaysia tersepit bila rakyat mula menyoal kewujudan pusat pemprosesan ini dan mencari jalan untuk meredakan keadaan.

Dalam "website" Lynas, disebut secara khusus bahawa segala aturan untuk beroperasi sudah dan sedang berjalan dengan lancar.  Adakah sebuah syarikat seperti Lynas akan melabur RM700 juta tanpa mengetahui status lesen operasi mereka?

Tuesday, 15 March 2011

TERKINI BERKENAAN RARE EARTH (TANAH JARANG)

Pusat pemprosesan Tanah Jarang yang pernah diusahakan oleh firma Jepun Mitsubishi Chemicals Ltd bertempat di Bukit Merah, Perak masih belum selesai dibersihkan dari sisa radioaktif.  Untuk makluman pembaca pusat pemprosesan ini telah ditutup hampir dua dekad yang lalu iaitu pada tahun 1992, tetapi sehingga kini sisa dan kesan radioaktif masih terdapat ditapak pusat pemprosesan tersebut.
Syarikat GeoSyntec yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, telah diberikan kontrak bernilai hampir RM300 juta untuk menjalankan tugas pembersihan pusat pemprosesan ini.  New York Times telah menyiarkan berita dengan maklumat penuh berkenaan apa yang telah dan sedang berlaku di Bukit Merah.  Termasuklah berita mengenai penduduk berhampiran pusat pemprosesan ini yang diserang leukimia, kelahiran tidak normal dan bermacam lagi masalah kesihatan.

Pihak kerajaan Malaysia telah berjaya menutup isu ini dari disebarkan kepada khalayak ramai.  Laporan dari New York Times telah dijadikan asas untuk kumpulan hak asasi manusia, aktivis alam sekitar dan parti politik pembangkang untuk mempersoalkan komitmen kerajaan Malaysia bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab diadili, tetapi pihak kerajaan Malaysia nampaknya mendiamkan diri dan Mitsubishi Chemicals bertindak "merasuah" penduduk disekitaran dengan menghulurkan USD164,000.00 kepada sekolah-sekolah yang terletak berdekatan kawasan pusat pemprosesan mereka.  

Secara lantang Mitsubishi Chemicals tidak mengambil sebarang tanggungjawab terhadap masalah kesihatan yang berlaku di Bukit Merah.  Satu faktor yang menyebabkan berlakunya masalah kesihatan ini adalah berkaitan sebuah mineral dinamakan thorium.  Thorium memang terkandung didalam Tanah Jarang dan tidak ada cara untuk mengelakkan thorium dari digali keluar dari perut bumi sewaktu proses penggalian Tanah Jarang dilakukan.

Bagi melupuskan bahan sisa radioaktif ini, kontraktor pembersihan telah meratakan sebuah bukit yang terletak dalam kawasan hutan simpan 5 kilometer dari Bukit Merah, kemudian menanam sisa radioaktif ini dan menimbus dengan tanah liat dan batuan granit setebal 20 kaki.  Bayangkan betapa bahayanya sisa ini.  Jika ianya tidak merbahaya takkan pihak yang melupuskan sisa tersebut mengambil langkah yang sebegini rupa.  

Apa yang dibimbangkan ialah apabila sisa ini telah tertimbus dibawah bumi iaitu dibukit yang telah diratakan, bahan radioaktif akan mula meresap kedalam punca air dibawah tanah.  Nampaknya pihak kerajaan, Mitsubisihi Chemicals dan GeoSyntec hanya mahukan rakyat percaya bahawa pelupusan dapat dilakukan dengan jayanya tanpa menghiraukan kesan yang akan berkalu kepada air bawah tanah dalam jangka masa panjang.

Pembersihan dan pelupusan masih belum selesai kerana masih terdapat 80,000 tong sisa radioaktif dan peralatan robotik yang perlu dilupuskan dengan menanam kesemuanya dibukit yang diratakan.  
Orang Jepun datang dan jajah Malaya, lepas tu mereka tinggalkan Malaya dengan luka dan kesengsaraan yang ditanggung oleh rakyat Malaya pada waktu itu.  Kini orang Jepun telah membina sesuatu yang merbahaya, tinggalkan tempat itu dan lupuskan sisa bahaya ditanah kita sendiri untuk kesengsaraan generasi akan datang.

Terima Kasih kepada kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Barisan Nasional yang bersama-sama bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada penduduk diBukit Merah.

Selepas ini penduduk Gebeng, Kuantan.  Bersedialah untuk menghadapinya.

Saya akan kupas lagi tentang isu ini dalam penulisan yang lain.

ISLAM DIHINA

Seperti yang telah saya janjikan, insyaAllah, saya akan huraikan disini sedikit sebanyak tentang pendapat saya berkenaan isu Islam di Hina oleh orang cina.

Pada usia saya 22 tahun, saya mempunyai seorang kawan karib bernama Henry Teh.  Dia berketurunan Tionghua dan bukan beragama Islam.  Dia selalu lepak dirumah saya pada siang hari kalau saya tidak mempunyai apa-apa urusan kerja.  Suatu hari dia datang ke rumah saya di Pandan Indah pada waktu tengahari.  Dalam kesibukan kami berborak, azan pun berkumandang.  Saya diamkan diri sebab taknak bercakap semasa azan berkumandang.  Peliknya pada masa itu kawan saya itu pun diamkan diri.  Lepas azan, saya hendak bersolat tetapi melihatkan ada tetamu, saya fikir bolehlah saya solat lepas dia balik sebab dia ada beritahu yang dia ada temujanji dengan kakak dia dalam pukul 2 petang.  Tapi bila saya mula berborak kembali dengan dia, dia pandang saya dan senyum.  Saya tanya "kenapa?"  Dia kata "awak tak nak sembahyang kah?"  Saya pun jawab "memang nak, tapi saya tunggu awak balik dulu, lepas tu saya boleh sembahyang".

Dia pandang saya, kemudian dia berkata "kat mana dalam Al-Quran yang kata boleh buat macam itu, bukankah sembahyang tak boleh tangguh".  terkejut saya dengan kata-kata dia.  Saya pun minta dia tunggu kejap sambil tengok tv sementara saya sembahyang.  Dia tengok tv tapi dia kecilkan "volume" sebab taknak ganggu saya solat. Ini adalah cerita benar tentang Henry Teh dan saya.  Dia bukan sekadar menjadi kawan karib saya tetapi juga menjadi penasihat kewangan.

Jadi siapa juga yang fikir semua orang cina menghina Islam adalah salah.  Bagi saya penghinaan kepada agama Islam berlaku setiap hari dan mungkin pada setiap masa.  Sekiranya ada pihak yang merasakan bahawa orang cina yang menghina Islam harus dimasukkan kedalam ISA maka baca dulu perenggan dibawah sebelum mengambil tindakan.

Secara jujur, nyatakan disini, siapa paling ramai menghina Islam? Orang cina atau orang Islam itu sendiri?  jawapannya orang Islam adalah mereka yang paling banyak menghina Islam.  Tak percayake?  Saya berkata-kata berlandaskan fakta.  Dibulan ramadhan, ramai yang tak puasa, bermain judi, melakukan maksiat, tidak bersolat, tidak menghormati ibadah ramadhan....bukankah itu menghina Islam?  Di kedai nombor ekor, orang Islam keluar masuk dengan sewenangnya membeli nombor ekor, orang Islam bermain judi di internet, orang Islam menjadi ketua pengedaran dadah, sarang maksiat, pusat urut bermaksiat, berjoli dan berdansa di pusat-pusat hiburan, meminum arak, bekerja di premis-premis yang menjual arak atau terlibat dengan aktiviti haram....bukankah itu menghina Islam?

Waktu azan berkumandang orang Islam tidak diamkan diri, orang Islam bercakap semasa khutbah, orang Islam memfitnah sesama sendiri, orang Islam menggunakan ilmu hitam untuk kemegahan, bukankah itu semua menghina Islam?

Satu lagi penghinaan yang dilakukan oleh orang Islam terhadap kesucian Islam ialah bila ulama dan ustaz-ustaz yang memperjuangkan Islam dicerca dan dihina secara terbuka.  Cercaan dan hinaan ini pula disiarkan dengan megahnya didada akhbar tempatan.  Sudah pasti semua ini menjadi bahan ketawa orang kafir.  Ada juga blogger yang menghina ulama dan tuan guru, adakah anda rasa penghinaan ini tidak dibaca oleh orang kafir?  Orang kafir sentiasa tertawakan kita akibat kebodohan kita sendiri.

Berapa banyak lagi nak saya perincikan?  Saya harap pembaca semua sedia faham bahawa yang memberi ruang untuk orang kafir mencerca dan menghina agama Islam yang suci ialah orang Islam itu sendiri.  Ini saya belum nyatakan berapa ramai pembesar dan pemerintah beragama Islam diseluruh dunia yang bergelumang dengan dosa dan melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t.  Berapa ramai rakyat beragama Islam yang dianiaya oleh pemerintah yang beragama Islam? Adakah semua ini cuma kita aje yang nampak?  Orang bukan Islam pun nampak juga semua kemungkaran yang dilakukan oleh orang Islam itu sendiri.

Pernah seorang kawan saya yang beragama Islam cuba belanja saya makan di sebuah restoran cina.  Dia ajak saya minum kopi aje, tapi saya tolak pelawaan dia dengan cara yang baik.  Dia tanya "kenapa? saya bukan suruh awak makan babi, tapi saya cuma suruh awak minum kopi".  Saya kata "minum kopi memang tak haram tapi saya takut itu cawan mungkin tak bersih dari benda yang haram".  Dia tengok saya dan kata "awak cakap ini macam, tapi saya tengok orang Islam paling ramai pergi itu pusat maksiat, itu tak haramkah?"

Kepada orang cina yang membuat video yang menghina azan dan orang Islam, perbuatan dia memang keterlaluan.  Tetapi sebelum kita tunding jari kepada permasalahan ini marilah kita beramai-ramai perbetulkan dulu iman dan taqwa kita. InsyaAllah kita akan mendapat panduan dari Allah s.w.t. untuk menangani perkara sebegini.  Rasulullah sendiri tidak pernah menghina kaum yang pernah membaling najis ke atas beliau.  Rasulullah juga tidak pernah menghina atau menghukum kaum Quraisy walaupun baginda difitnah dan dicerca.  Lupakah kita tentang nilai kehidupan Islam yang sebenar?  Kalau kita mahukan kaum lain terutama orang kafir hormat akan agama kita, tunjukkanlah kepada mereka tentang betapa besarnya nikmat menjadi seorang Islam dengan mampraktikkan apa yang kita anuti.

Monday, 14 March 2011

MALAYELISH

Saya terbaca sebuah artikel di Malaysiatoday.  Penulis tersebut menyatakan Tun Mahathir Mohamed nampak seperti seorang yang berketurunan Malayalee (sebuah suku kaum di India).  Kaum Malayalee ini berasal dari Kerala, India (tempat yang sangat cantik untuk dilawati).  Bila saya baca pernyataan tersebut saya teringat tentang suatu fakta yang saya rasa lebih penting dari mengaitkan Tun Mahathir Mohamed sebagai seorang Malayalee.

Fakta yang lebih penting ialah Malayelish.  Apa tu Malayelish?

Bagi saya terma Malayelish ialah "Bahasa Inggeris yang dituturkan oleh orang Melayu di Malaysia".  Tak penting ke fakta ini?  Sebenarnya sangatlah penting.  Saya telah terlibat dalam mengajar Bahasa Inggeris kepada individu yang berkerjaya sejak umur saya 28 tahun lagi.  Saya pernah menjadi tutor Bahasa Inggeris untuk kakitangan beberapa jabatan/institut kerajaan dan separa kerajaan.  Yang menjadi pelajar saya pada masa itu terdiri dari individu yang menjawat pelbagai jawatan.  Tapi yang saya hairan, semua pelajar adalah orang Melayu.

Sebelum memulakan pelajaran, saya akan membuat sedikit analisis tentang tahap penguasaan Bahasa Inggeris setiap peserta dan dari situlah saya dapati wujudnya Malayelish.  Suatu bahasa pertuturan yang dicipta sendiri oleh setiap peserta untuk memudahkan mereka berBahasa Inggeris.  Mungkin ini adalah sebahagian dari semangat Malaysia Boleh.

Disini saya bukan hendak ketengahkan kesilapan yang dilakukan oleh setiap individu dalam pertuturan Bahasa Ingeris, tetapi sekadar mengupas secara umum tentang orang Melayu di Malaysia yang tidak mementingkan keaslian sesuatu bahasa.  Perbuatan ini menyebabkan orang Melayu terus menerus keliru dengan penggunaan Bahasa Inggeris yang betul.
Perkara yang sama berlaku setiap kali saya mengendalikan temuduga untuk mengisi jawatan di syarikat.  Saya memang bertanggungjawab untuk menjalankan temuduga selain dari isteri saya yang akan membuat penilaian tentang tahap kemahiran kerja setiap calon.  Bila datang calon berbangsa Melayu, bertaburanlah bahasa Malayelish yang dituturkan.  Sampai saya pernah bertanya kepada beberapa calon yang punyai ijazah...."Macam mana boleh lulus sampai peringkat ijazah?"

Saya bukan menidakkan bahawa ada calon yang mencuba sedaya mungkin untuk memperbaiki penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris, tetapi bagi saya "they should have done it way much earlier".  Dalam erti kata lain mereka terlambat. Mereka baru nak merangkak menguasai Bahasa Inggeris sedangkan syarikat-syarikat yang ingin mengambil mereka bekerja tidak punya masa untuk melihat meraka merangkak sebelum belajar bangun dan berjalan sendiri.

Saya harap orang Melayu di Malaysia akan sedar bahawa menguasai Bahasa Inggeris bukanlah sesuatu yang kolonial tetapi ianya adalah sesuatu yang imperial.  Dengan menguasai Bahasa Inggeris minda kita bukannya dijajah, tetapi kita akan menjadi lebih bersedia untuk menghadapi apa juga cabaran dan tugasan untuk menguasai ekonomi seantero.  Itulah maknanya imperial...membina empayar dengan penguasaan yang efektif.  Kalau kita tidak boleh berkomunikasi dengan efektif dengan masyarakat dunia, macam mana kita nak merealisasikan imperialisme?

Sunday, 13 March 2011

Mazidul Tidak DiBeri Perlindungan

Penulisan Mazidul berkenaan pembabitan beliau dan Shahnun Hanif Suhaimi sebagai saksi pendakwaan dalam kes membabitkan pemerdagangan orang di Sandakan, Sabah memang penuh dengan informasi dan pendedahan.

Nampaknya sindrom sistem hidup yang dihidapi oleh sebilangan masyarakat Malaysia, juga dihidapi oleh pihak Polis DiRaja Malaysia.  Bagaimana dua orang awam yang menjadi saksi pendakwaan diberi layanan yang sedemikian rupa?  Kedua mereka seperti tidak disukai oleh polis di Sandakan.  Kenapa?  Ada apa-apa yang berlaku ke antara polis dan pihak yang memperdagangkan orang?  Atau pihak polis memang tidak suka kepada Mazidul dan Shahnun.

"Mungkin IO sudah tak kenal kami lagi" itulah yang ditulis Mazidul.  Wow, kes berprofil tinggi, saksi memberi keterangan dimahkhamah sebagai saksi pendakwaan, saksi terlibat bersama sewaktu operasi penahanan penjenayah yang memperdagangkan orang dan IO tak kenal saksi?  Mungkin IO ini orang yang pendek ingatan.  Kalau benar dia pendek ingatan, macam mana IO ini boleh ditugaskan mengendali kes berprofil tinggi?  Tak takutke kalau dia masuk mahkhamah dan menjadi saksi, kemudian menjawab "saya tak ingat" bagi semua soalan yang diajukan kepada dia?

Entahlah Mazidul, saya rasa macam kamu dan Shahnun semacam tetamu yang terpaksa diundang.  Mungkin kamu berdua buat polis di Sandakan tak senang duduk kot.  

Ataupun cuma Mazidul dan masyarakat aje yang mengatakan ini kes berprofil tinggi, tetapi bagi polis di Sabah, terutama di Sandakan, ini cuma kes celah gigi yang mereka "selalu kendalikan".  Jadi mungkin mereka rasa kes ini tak perlu dikendalikan dengan teliti termasuk tak perlu berikan perlindungan kepada saksi.

Mazidul kata "benarlah, kawan masa senang ramai, masa susah memang takde".  Kalau Mazidul maksudkan polis Sabah dan Sandakan sebagai "kawan" dalam pernyataan itu, cuba Mazidul tanya diri sendiri, mereka tu memang pernah terima Mazidul sebagai kawan ke?  Ada je manusia yang melayan seseorang kerana terpaksa.  Jadi masa-masa susah macam nilah Mazidul akan kenal isi hati mereka yang sebenar.

Saturday, 12 March 2011

Fizz Fairuz Terlampau

Bagaimana kesedihan boleh dijadikan lawak?  Berkenaan peristiwa tsunami di Jepun.

Harian Metro menyiarkan bahawa Fizz Fairuz telah membuat lawak dalam laman twitter dengan pernyataan seperti dibawah.

“Manalah ultraman n power ranger n doreamon dlm saat2 genting tsunami di Jepun.” 

Sedar tersilap langkah, pelakon kelahiran Raub, Pahang ini enggan mengulas lanjut perkara terbabit ketika dihubungi Metro Ahad.

“Saya tidak mahu bercakap apa-apa mengenainya,” katanya semalam.

Ulasan Saya

Dalam ertikata lain Fizz Fairuz menyatakan "No Comments".  Perkataan "no comments" ini sudah terlalu sinonim dengan artis di Malaysia.  Peminat Fizz Fairuz sendiri telah menegur sikap dia yang membuat pernyataan sedemikian mengenai kejadian tsunami di Jepun.  Kalau sudah ditegur, tak perlulah kata "saya tidak mahu bercakap apa-apa mengenainya".

Adakah Fizz Fairuz rasa kehadiran ultraman, power ranger dan doraemon dapat menyelamatkan Jepun dari takdir Allah s.w.t.?  Sebab tu ke dia tak meminta maaf secara terbuka bila disoal wartawan?

Jadilah anak jantan yang punya perikemanusiaan dan minta maaf ajelah.  Bukan susah pun nak minta maaf.  Semua manusia boleh buat kesilapan, tak terkecuali artis yang juga merupakan manusia biasa macam kita semua.  Kadang-kadang bila kita telah menyatakan perkara yang mungkin telah mengguris hati atau perasaan orang lain, MINTALAH MAAF SECARA TERBUKA.

Artis, artis, artis........apalah nak jadi dengan sebilangan artis yang lepas ditegur pun tak reti nak minta maaf.

Mungkin kita boleh tolong daftarkan Persatuan Artis "No Comments" SeMalaysia dan letak Fasha Sandha sebagai presidennya.  Percayalah, bukan susah untuk menambah keahlian untuk persatuan ini, sebab kat Malaysia senang je nak cari artis "No Comments".

Friday, 11 March 2011

Rare Earth (Tanah Jarang)

Kenapa Masyarakat Malaysia, khasnya penduduk di Pahang harus menentang pembinaan kilang pemprosesan Rare Earth (Tanah Jarang)?
Pertamanya, apa itu Rare Earth (Tanah Jarang)?
Ianya adalah mineral atau batuan yang jarang/susah ditemui yang terkandung dalam bumi.  Tanah akan dikorek untuk diproses bagi mengeluarkan mineral dan batuan yang kemudiannya bahan ini dijadikan bahan asas untuk pembuatan barangan/produk. 
Beberapa jenis Rare Earth dan produk ialah:-

Scandium
Diguna untuk pembuatan peralatan aeroangkasa

Yttrium-
Digunakan dalam pembuatan konduktor bersuhu tinggi dan penapis gelombang mikro

Lanthanum
Kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, elektrod batteri, lensa kamera

Cerium
Agen Pengoksida, Serbuk pengilat, pewarna ceramic

Praseodymium
Magnet, laser, komponen lampu berkarbon, pewarna kaca dan gelas, pembuatan kacamata keselamatan

Prometium
Batteri Nuklear

Thulium
Pembuatan mesin X-Ray mudah alih

Ytterbium
Agen pengurangan kimia, laser inframerah

Terbium
Pembuatan lampu kalimantan, laser

Gadolinium
Kaca refleksi tinggi, laser, tube x-ray, memori computer (RAM), agen MRI

Neodymium
Magnet, laser, pewarna ungu untuk kaca dan ceramic, kapasitor seramik

Maklumat diatas adalah sebahagian dari komponen mineral Tanah Jarang yang terkandung dalam bumi.  Kalau dilihat kepada produk yang dihasilkan melalui mineral Tanah Jarang ini, pasti kita akan nampak bahawa Tanah Jarang ini sangat penting kepada kehidupan seharian kita.

Kereta Hybrid yang dikatakan selamat untuk alam sekitar sebenarnya adalah sebaliknya dalam proses pembuatannya.  Setiap motor untuk kereta Toyota Prius Hybrid mengandungi satu kilo Neodymium dan setiap baterinya pula mengandungi lebih dari sepuluh kilo Lanthanum.

Pemprosesan Tanah Jarang (Rare Earth) terbesar didunia bertapak di negara China.  Hampir 95% pemprosesan Tanah Jarang adalah dilakukan di negara China.  Pemprosesan ini mendatangkan banyak kesan negatif kepada penduduk China, terutamanya kepada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pemprosesan ini.  Air yang terdapat dikawasan sekitaran didapati tercemar dengan bahan radioaktif dan tidak sesuai untuk diminum ataupun digunakan untuk penanaman.

Bahan kimia bertoksik tinggi seperti asid, sulfat dan ammonia banyak digunakan dalam aktiviti pemprosesan ini.

Di wilayah Boutou, China, pihak pengkaji alam sekitar telah melarang air didaerah itu diguna untuk minum samada oleh manusia ataupun haiwan.  Air di sana juga dilarang untuk tujuan penanaman.

Kini China mula mengurangkan pengeluaran Tanah Jarang akibat dari simpanan Tanah Jarang negara mereka yang semakin berkurangan.  Tetapi permintaan untuk Tanah Jarang semakin tinggi kerana kebanyakan pembuatan bahan berteknologi memerlukan mineral dari Tanah Jarang.  Kalau kita mahu mengurangkan penggunaan bahan bakar seperti petroleum, kita perlu teknologi Hybrid.  Teknologi Hybrid cuma boleh terhasil dengan penggunaan mineral dari Tanah Jarang.

DiChina, pencemaran radioaktif dan alam sekitar dalam pengeluaran Tanah Jarang ini sudah lama dikenal pasti, tetapi kerajaan negara itu tidak menghentikan pengeluaran Tanah Jarang ini kerana ingin menguasai permintaan dan pasaran dunia.  Kalau China mempunyai kerajaan yang tidak prihatin dengan nasib dan kesihatan rakyat mereka, adakah Malaysia juga mahu menjadi seperti kerajaan China?

Kenapa syarikat Australia yang kini dikatakan sedang membina pusat pemprosesan Tanah Jarang di Gebeng, Kuantan, tidak memilih suatu kawasan dinegara mereka sendiri untuk tujuan ini.  Kenapa Malaysia?????  Atau adakah kerajaan Malaysia yang MENJEMPUT syarikat ini untuk mendirikan pusat pemprosesan ini untuk mendapatkan FDI (Pelaburan Asing) yang lebih tinggi.  Maklumlah negara Malaysia kan menghadapi defisit belanjawan dan lebih-lebih lagi kerajaan negeri Pahang menghadapi defisit belanjawan selama bertahun-tahun.

Mungkin kerajaan sanggup ambil risiko untuk MENAIKKAN peratusan FDI.  Memanglah ada EIA report yang kononnya mengesahkan projek ini SELAMAT, tetapi fakta dan kebenaran tentang impak projek ini telah pun ada dinegara China dan seluruh dunia tahu tentang implikasi yang akan dihadapi oleh Malaysia terutamanya oleh penduduk Pahang dan Gebeng.

Thursday, 10 March 2011

Negara Samy Vellu

Beberapa tahun yang lepas, saya dan keluarga melancong ke India.  Kami ke Chennai, isteri saya nak beli kain saree yang paling happening untuk buat baju kurung.  Sambil nak membeli belah, kami ambil kesempatan untuk melancong dan mengenal negara orang.

Sepanjang masa di sana, kami menyewa sebuah kereta bersama seorang drebar untuk memudahkan kami bergerak kesana kemari.  Pada satu pagi kami sekeluarga menuju ke tempat membeli belah.  Dalam perjalanan, kami melalui satu kawasan "flyover" dan saya lihat bahagian tepi flyover yang diperbuat dari konkrit telah pecah dan terjatuh kejalan dibawah.  Saya pun bertanya kepada drebar tentang perkara itu dan berikut adalah perbualan yang saya telah alihbahasa ke Bahasa Melayu.


Saya :
Ada kenderaan langgar ke sampai konkrit pecah dan jatuh?


Drebar :
Takdelah tuan, dia jatuh sendiri.


Saya :
Jatuh sendiri? Macam mana boleh jadi macam tu? Bukankah sepatutnya pembinaan sebegini dibawah pengawasan pihak kerajaan.


Drebar :
Di India banyak sangat rasuah, macam-macam yang ajaib boleh berlaku.


Saya :
Emmm...Kalau dinegara kami, jangan harap perkara begini berlaku.


Drebar :
Tuan dari negara mana?


Saya :
Malaysia.


Drebar :
Owh... Negara Samy Vellu!


Saya :
Eh...Perdana Menteri kami bukan Samy Vellu


Drebar :
Kami disini tak kenal siapa Perdana Menteri negara tuan, yang kami tahu Malaysia ialah negara Samy Vellu.


Saya :
(ketawa sikit) macam mana boleh jadi macam tu pulak?


Drebar :
Sepertimana Rajnikhan dari India sangat popular diMalaysia, macam tu jugak Samy Vellu dari Malaysia sangat popular di India.  Dia adalah lambang kebanggaan masyarakat India kerana dia banyak melakukan jasa bukan hanya kepada rakyat India di Malaysia tetapi juga kepada rakyat India di negara India.


Saya :
Owh....ok...(saya terdiam dan tak tahu nak cakap apa dah)

Restoran Victory Arab Street

Saya rasa ramai yang sudah pun tahu tentang adanya Restoran Victory di USJ9.  Kalau diikutkan, memang terdapat restoran yang sama nama dengan restoran ini di Arab Street, Singapura.  Di Singapura ianya terletak bersebelahan Restoran Zam Zam. Tapi itu di Singapura.  Di Malaysia, saya difahamkan bahawa ini adalah cawangan yang pertama.

Baru tadi saya dan keluarga mengunjungi restoran ini untuk makan malam dan kami menikmati Murtabak Singapura dan Mee Goreng Singapura.  Sebenarnya yang lebih sedap ialah meehoon goreng Singapura, tapi kami diberitahu yang mereka kehabisan meehoon, jadi kami order mee goreng Singapura.  

Bagi saya dan keluarga, Restoran Zam Zam dan Restoran Victory di Singapore bukanlah asing lagi.  Saya mula menikmati murtabak Singapura pada seawal usia 7 tahun.  Setiap kali cuti sekolah, ibu akan membawa saya dan abang saya ke Singapura untuk menjenguk sedara mara.  Saya akan banyak menghabiskan masa di kedai tekstil kepunyaan arwah datuk di Arab Street.  Setiap pagi saya bersarapan di Restoran Zam Zam.  Arwah datuk akan tinggalkan saya dan abang saya di Restoran Zam Zam dan beliau akan pesan kepada tuan kedai agar berikan saya dan abang saya murtabak untuk sarapan. Sesudah bersarapan, tuan kedai akan hantar kami balik ke kedai arwah datuk.

Selepas berkahwin, isteri saya pun turut dapat merasa murtabak ini di Restoran Zam Zam.  Kini ketiga-tiga anak kami juga telah biasa memakan murtabak ini di Singapura.  Namun, hakikatnya, inilah kali pertama kami memakan murtabak ini di Malaysia.  Sebenarnya secara ikhlas kami tak pernah makan di Restoran Victory, Singapura dan sebab itulah kami tak pernah ambil tahu tentang perkembangan restoran terbabit sampaikan baru semalam kami dapat tahu ada cawangan di USJ9.

Bukan apa, kami dah sebati dengan keenakan makanan di Restoran Zam Zam, Singapura, justeru kami tak nampak sebab untuk makan di restoran lain.  

Apa pendapat kami tentang murtabak Singapura di Restoran Victory, USJ9?

Tak sama dengan murtabak Singapura yang original.  Sesiapa yang pernah makan murtabak Singapura di Arab Street, pasti akan bersetuju bahawa inti murtabak Singapura yang original dimasak kering dan bukan dimasak menggunakan ayam yang ada rempah masala.  Tetapi di Restoran Victory, USJ9, murtabak ini dimasak dengan menggunakan ayam masala yang biasanya dijadikan lauk untuk nasi beriani.  Itu yang disajikan kepada kami. 

Satu lagi sajian yang langsung tak ada dalam menu ialah Beriani Dham.  Kalau nak diikutkan di Restoran Zam Zam, Arab Street, beriani dham adalah makanan yang istimewa selain dari murtabak.  Saya tak pasti samada Restoran Victory di Arab Street menyajikan beriani dham atau tidak.  Saya ada bertanya kepada tuan punya Restoran Victory di USJ9 dan dia beritahu  bahawa cawangan di USJ9 memang tak jual beriani dham.

Bagi mereka yang tak pernah merasa murtabak Singapura yang original, mungkin ini dah cukup baik.  Tapi bagi kami sekeluarga, kalau pihak tuanpunya restoran dapat mengekalkan tradisi dan resipi yang asal adalah lebih berbaloi dan lebih istimewa.

Apa pun kami tetap berpuashati dengan cara penyediaan dan juga kebersihan restoran ini.  Bagi yang belum mencuba bolehlah ke restoran berkenaan yang terletak di 21-1, Jalan USJ9/5Q.

InsyaAllah - Maher Zain

Kalau akhir-akhir ini kita berkata tentang perkataan InsyaAllah, pasti ramai fikirkan tentang lagu yang dinyanyikan oleh Maher Zain.  Memang lunak dan merdu melodinya.  Tapi yang lebih penting ialah mesej yang disampaikan dalam lagu itu.

Sebelum ini berapa ramai dari kita yang sering ucapkan InsyaAllah secara ikhlas?  Ucapan InsyaAllah merupakan salah satu ucapan yang paling banyak diucapkan oleh orang Islam seluruh dunia. Tidak kira bangsa dan keturunan, ucapan InsyaAllah sudah menjadi sinonim kepada kehidupan seharian orang Islam.

Tapi masih ada manusia yang tidak suka atau tidak peka untuk mengucapkan InsyaAllah dalam kehidupan seharian mereka.  Selalunya manusia sebegini adalah mereka yang mungkin terlalu yakin, terlalu sombong, terlalu takbur atau mungkin terlalu bodoh untuk menilai betapa besar dan berkatnya pengucapan InsyaAllah dalam menjalani kehidupan seharian.

Ada satu kisah yang ingin saya kongsikan dengan pembaca dan saya harap akan menjadi iktibar kepada kita semua.

Terdapat seorang hartawan di sebuah negeri yang makmur dan sejahtera.  Hartawan ini bernama Ahmad dan dia mempunyai keluarga yang besar.  Ahmad adalah seorang peniaga dan dia selalu mengembara ke negeri-negeri lain yang berdekatan mahupun yang jauh dari rumah untuk mencari rezeki.  

Pada suatu hari selepas Ahmad pulang dari pengembaraan, dia memberitahu kepada isteri dia bahawa dia mendapat untung yang besar dan ingin mengadakan jamuan bersar-besaran bagi meraikan keuntungan berlipat kali ganda yang diperolehi.  Isteri dia bersetuju dan mula menghebahkan kepada saudara mara dan jiran-jiran tentang majlis terbabit.  Ramai yang dijemput.  Kiranya Ahmad ini bukanlah seorang yang kedekut.

Majlis bakal diadakan pada malam hari selepas Isyak.  Pada pagi hari berkenaan, Ahmad ke pasar untuk membeli daging kambing untuk dimasak oleh tukang masak yang masyur.  Ahmad membawa sejumlah wang ke pasar dan dalam perjalanan dia disapa oleh seorang sahabat bernama Khalid.  Khalid bertanya " Assalamualaikum, wahai sahabatku Ahmad, kemana kamu pagi-pagi begini?" Ahmad menjawab "Waalaikumsalam, sahabatku. Aku sedang ke pasar untuk membeli barangan yang diperlukan untuk dimasak. Malam ini aku buat majlis. Jemputlah datang ke rumah aku wahai Khalid".

Khalid pun berkata "InsyaAllah, kalau diizinkan Allah aku akan hadir. Tetapi wahai sahabatku kenapa engkau tidak menyebut InsyaAllah dalam ayat kamu tadi?  Kamu tak takut ke kalau-kalau Allah tidak mengizinkan?"  Ahmad berang sedikit dan berkata "Kenapa perlu aku menyebutnya, wang ada ditangan aku, aku sudah pun hampir sampai ke pasar, majlis pula sudah pun ditetapkan dan yang paling penting semua jemputan pun dah setuju datang.  Kenapa pula aku perlu sebut InsyaAllah?  InsyaAllah adalah untuk perkara yang tidak pasti." 

Khalid cuma sempat menggelengkan kepala sebelum Ahmad berlalu pergi dari tempat itu.  Sampai di pasar Ahmad terus ke gerai menjual daging kambing dan memesan tiga kilo daging kambing.  Si penjual pun meratah daging kambing sebelum membungkusnya untuk dibawa balik oleh Ahmad.  Ahmad pun menyeluk saku dan mukanya bertukar sedikit cemas. Duit dah tak ada di saku. Ahmad mula menyeluk semua saku dibaju dan seluar tetapi duit dah tak ada.  Dia cemas, berpeluh dan melihat sekeliling.  Dia tak nampak duit itu.  

Peniaga daging kambing pun bertanya,"kenapa ni Ahmad? Kamu nampak cemas".  Ahmad dengan suara terketar-ketar memberitahu bahawa duit yang dibawanya telah hilang.  Si penjual tadi dengan tenang menyatakan, baliklah kerumah dulu dengan daging ini, InsyaAllah, dilain hari kamu boleh bayar.  Ahmad tersentak bila mendengar perkataan InsyaAllah.  Dia mendiamkan diri dan berkata terima kasih kepada si penjual tadi dan beredar dengan daging kambing itu.

Dalam perjalanan dia pemikirannya melayang jauh memikirkan tentang duit yang telah hilang dan ucapan InsyaAllah oleh sipenjual daging kambing.  Tanpa disedari Ahmad tergelincir dan jatuh ke dalam gaung.  Dia terlepas daging kambing tadi dan daging kambing itu bersepah ditanah dan terkena kotoran dan debu.  Dia bangun dan mengumpul kembali daging-daging itu dan memuatkan pada bajunya sebab beg yang asal tadi sudah terkoyak.

Dia pulang ke rumah dan isteri Ahmad terkejut melihat keadaan Ahmad dan bertanya apa terjadi.  Lantas Ahmad jawab dengan nada terketar-ketar..." InsyaAllah tadi saya kepasar, InsyaAllah duit yang saya bawa hilang, InsyaAllah saya berjalan pulang, InsyaAllah saya terjatuh kedalam gaung, InsyaAllah saya bungkuskan daging tadi dengan baju saya dan InsyaAllah saya dah pulang. InsyaAllah saya tak akan lupa lagi menyebut InsyaAllah."

Bagitulah apa yang terjadi kat si Ahmad kerana memperlekehkan InsyaAllah, sampaikan selepas apa yang terjadi, semua ayat dia mulakan dengan InsyaAllah.  Bagi yang taknak menjadi seperti si Ahmad ni, janganlah memandang ringan "keizinan dari Allah".