Thursday 21 April 2011

1 Tan Thorium Boleh Gantikan 200 Tan Uranium dan 3.5 Juta Tan Arang Batu

Dr. Carlo Rubbia (pemenang hadiah Noble pada tahun 1986[gambar dibawah]), pengkaji fizik di Organisasi Kajian Nuklear Eropah (European Organization for Nuclear Research [CERN]) telah memaklumkan hasil kajian berkenaan Thorium.


Thorium boleh digunakan untuk menjana elektrik diloji penjaaan elektrik berkuasa nuklear.  Selama ini uranium digunakan disemua loji penjanaan elektrik berasaskan nuklear.  Uranium adalah sebuah mineral yang tidak stabil dan loji nuklear yang menggunakan uranium adalah terdedah kepada risiko sepertimana yang terjadi di Loji Nuklear Fukushima, Jepun.

Mineral Thorium

Uranium juga bukan mudah diperolehi kerana tidak banyak negara yang menjadi pengeluar/pengekspot uranium.  Tiga negara terbesar pengekspot uranium ialah Kazakstan, Canada dan Australia. Ketiga-tiga negara ini mengeluarkan hampir 63% dari keperluan uranium dunia.

Uranium adalah sebuah mineral yang tidak stabil justeru pihak pengkaji dan ahli fizik telah membuat kajian mendalam berkenaan Thorium dan hasilnya, Thorium adalah 200 kali lebih berkuasa dari uranium dan 3.5 juta kali lebih berkuasa dari arang batu dan boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik.  Disebabkan Thorium adalah beradioaktif maka Thorium hanya boleh digunakan diloji penjanaan elektrik berkuasa nuklear.

Di seluruh dunia terdapat 442 loji penjanaan elektrik berkuasa nuklear yang menghasilkan 372gigawatt elektrik untuk keperluan dunia dan ini merangkumi 14% dari keperluan dan kegunaan elektrik seluruh dunia.  Dalam keadaan ini Thorium dilihat sebagai mineral yang paling sesuai untuk menggantikan penggunaan uranium.  
Setakat ini pengeluar Thorium terbesar dunia adalah negara China.  Saintis di China telah pun memulakan kajian untuk membina reaktor nuklear yang akan menggunakan Thorium sebagai bahan mentah asas. Sebuah syarikat dari Norway, Aker Solutions telah membeli idea dan kajian Dr. Carlo Rubbia yang telah dipatenkan.  Kini Aker Solutions menjalankan kerjasama dengan China untuk membina reaktor nuklear pertama dunia yang akan menggunakan Thorium sebagai bahan mentah.  Kos pembinaan satu loji yang boleh beroperasi dengan baik dijangka mencecah RM7billion.

Malaysia juga giat mengkaji dan ingin membina loji nuklear untuk menjana kuasa elektrik.  Walaupun telah berlaku tragedi nuklear di loji Fukushima, kerajaan BN di Malaysia akan meneruskan kajian dan pembinaan loji nuklear.  Kenapa?  

Sebab BN akan gunakan Thorium dan bukan uranium.  Mereka tidak umumkan kerana menunggu China malakukannya terlebih dahulu dan bila China berjaya maka Malaysia akan membina loji-loji nukler.  

Ini membuktikan sebab musabab kenapa Malaysia sanggup bertindak membelakangkan rakyat dalam isu pembinaan LAMP di Gebeng.  LAMP kepunyaan Lynas di Gebeng akan menghasilkan berpuluh ribu tan Thorium sebagai sisa beradioaktif dan Lynas telah mengumumkan bahawa mereka telah mendapat kelulusan dari kerajaan Malaysia untuk menyimpan sisa ini di Gebeng untuk selama-lamanya.  Agensi Pelesenan Kuasa Atom  (AELB) pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa Thorium boleh disimpan di Malaysia tetapi bukan untuk selama-lamanya.  Ini membuktikan bahawa Thorium akan diSIMPAN dan akan diGUNAKAN di Malaysia, sebab itu mereka kata boleh disimpan tapi bukan untuk selama-lamanya. Malaysia memerlukan Thorium tersebut, untuk digunakan sebagai bahan mentah di loji nuklear yang akan dibina. 

Disebabkan Malaysia bukanlah pengeluar uranium, maka Malaysia beranggapan dengan adanya stok Thorium yang besar di Gebeng, maka Malaysia bukan sahaja tidak akan menghadapi masalah untuk memperolehi bahan mentah tersebut, tetapi Malaysia juga boleh manjadi pengekspot Thorium yang penting di dunia. Ini dapat mengelakkan Malaysia dari membayar kos yang besar untuk pembelian uranium dari negara lain.

Suatu hari nanti pengekspotan Thorium akan menjadi satu industri yang sama penting dengan kelapa sawit dan getah.  Bayangkan harga setiap ton Thorium dipasaran dunia bila pasaran dikuasai oleh hanya dua negara...iaitu China dan Malaysia.

Dalam blog saya telah menyatakan Nicholas mahukan LAMP diGebeng beroperasi untuk menaikkan harga saham Lynas dan untuk menguasai pasaran pembekalan nadir bumi di Jepun dan Eropah. 

Kini terbukti kenapa kerajaan Malaysia pula beria-ria mahukan projek ini diteruskan, kerana faktor Thorium yang akan dapat memberikan pulangan yang besar kepada ekonomi negara walaupun terpaksa menggadaikan keselamatan dan keharmonian hidup masyarakat Malaysia.

PERCAYALAH, KERAJAAN BN TIDAK AKAN MENGAKU AKAN FAKTA YANG SAYA NYATAKAN DISINI KERANA TIDAK MAHU KALAH DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG. TETAPI SEBAGAI RAKYAT YANG MEMPUNYAI ILMU YANG MENCUKUPI ADAKAH APA YANG SAYA TULIS INI MUSTAHIL UNTUK BERLAKU?

2 comments:

  1. Please grasp the priority,semua, ya.The issue is long lasting safety & peace of mind of the people...no amount of gold or anything more precious than that boleh beli itu...boleh lah buat di Australia,k...not in Gebeng...just GO HOME LYNAS! Lawan tetap Lawan! Pastikan kita menang ke Putrajaya dalam Praya umum ke-13 ini.Kita dapatkan duit utk rakyat dengan cara yg memberi keselesaan dan kesejahteraan mental dan jiwa kpd mereka, bukan menderanya. Rozaini Mohd Rosli

    ReplyDelete