Adnan Yaakob berkata....
Kerajaan negeri Pahang tidak mempunyai kuasa untuk melulus dan menutup pembinaan kilang pemprosesan logam nadir bumi milik Syarikat Lynas Corporation Ltd dari Australia, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
Beliau berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melulus projek tersebut selepas kajian mendalam oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut.
“Saya rasa hairan kenapa ada pihak yang membuat bantahan dan mencerca kerajaan negeri,” kata beliau dipetik Bernama Online hari ini.
“Bukan kerajaan negeri Pahang yang luluskan projek ini. Yang sibuk suruh kita tutup, kenapa,” katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, pada persidangan Dewan Undangan Negeri.
Ulasan Saya Tentang Adnan Sempit Ni
Kesian kat Adnan sebab dicerca akibat pembinaan LAMP di Gebeng. Dia kata bukan dia yang meluluskan tapi kerajaan persekutuan yang bertanggungjawab meluluskan. Dia kecewa kerana kerajaan negeri Pahang dipersalahkan dan dicerca.
Kenapalah dengan Adnan ni, tak habis-habis macam budak sekolah. Orang ramai iaitu masyarakat Melaysia mengkritik dan menghentam Adnan dan kerajaan negeri Pahang kerana, Adnan dan kerajaan pimpinan dia TIDAK MAHU bersama-sama rakyat dalam menentang pembinaan loji LAMP kepunyaan Lynas di Gebeng.
Tak faham-faham ke wahai Adnan Sempit. Walaupun kami semua sedar bahawa kerajaan kamu dan kerajaan persekutuan adalah dari BN, tetapi takkanlah kamu nak tunduk sebagai YES MAN untuk semua yang kerajaan persekutuan nak buat kat negeri kamu. Sepatutnya kamu mendahulukan rakyat Pahang sebelum melihat kepada aspek yang melibatkan kerajaan persekutuan. Kalau kerajaan persekutuan rasa loji ini memang selamat dan tak perlu risau tentang RADIOAKTIF, kamu sebagai Menteri Besar Pahang sepatutnya suruh je kerajaan persekutuan buat loji ni kat Putrajaya. Kamu yang cakap kelulusan diberi oleh kerajaan persekutuan, justeru adillah untuk kamu memberi cadangan sebegini. Kamu juga seharusnya mempertahankan rakyat kamu diwaktu mereka memerlukan sokongan dari kamu tetapi kamu bertindak dan bersikap seperti pak turut kepada kerajaan pusat.
JADI! SEKARANG KAMU FAHAM KENAPA KAMU DAN KERAJAAN NEGERI KAMU DICERCA?
Inilah akibatnya jika kerajaan negeri dan pusat adalah dari parti atau komponen parti yang sama. Mereka boleh buat sesuaka hati sebab masing-masing akan UNTUNG bersama. Bila timbul permasalahan pula mereka boleh berpakat untuk menipu rakyat.
Rakyat Pahang yang undi BN dan sekarang BN pula kata rakyat Pahang salah sebab suruh kerajaan negeri batalkan pembinaan loji LAMP di Gebeng. Dalam erti kata lain rakyat Pahang telah tersalah pilih dengan mengundi BN sebagai pimpinan negeri.
Adnan sebenarnya mempunyai banyak cara untuk menghentikan pembinaan loji tersebut tetapi dia tidak akan lakukan sebab dia tidak akan sesekali melanggar kehendak bos-bos dia di Putrajaya. Walaupun dia terpaksa melihat rakyat dia ditipu dan diperkotak-katikkan.

No comments:
Post a Comment