Sunday, 3 April 2011

TV3 Makin Bodoh

Tahun lepas TV3 memaparkan kebodohan mereka dengan menyiarkan sebuah segmen Selamat Hari Raya yang dikristiankan.  Bila ditegur masyarakat, pihak TV3 memberi alasan perkara itu berlaku secara tidak sengaja dan menarik balik segmen tersebut.  Iye ke tak sengaja?

Kini, dalam rancangan Ewah-Ewah Lagi musim baru, saya menonton episod pertama dan nampak sangat TV3 memang sengaja menerapkan pengkristianan dalam rancangan mereka secara terang-terangan.  

Juara mingguan dalam rancangan ini akan ditabalkan sebagai Raja dan Permaisuri (itu yang dikatakan oleh pengacara Ewah-Ewah Lagi iaitu Nabil dan Wahid).  Dalam "istiadat" pertabalan ini mereka dipakaikan kain seperti santa claus dan dipakaikan mahkota yang penuh lambang kristian dikepala mereka.  

TV3 memang bodoh, apa jadi kepada sensitiviti?  Apa terjadi kepada semua pegawai yang meluluskan sesuatu program atau rancangan sebelum ditayangkan?  Dah tak ada akal ke? Atau memang TV3 ni siarkan sesuatu rancangan itu SECARA TIDAK SENGAJA?

Kalau TV3 cuba menipu dan memperbodohkan kita dengan mengatakan yang ada dimahkota itu bukan lambang kristian, anda bolehlah google untuk tengok sendiri lambang kristian Protestant.  Saya tidak akan menyiarkan gambar diblog saya sebab tidak mahu ada lambang kristian diblog saya ini.
Saya bukan anti-kristian tetapi saya anti mereka-mereka yang mengamalkan pengkristianan secara halus terhadap masyarakat, terutama terhadap masyarakat Melayu Islam.  

TV3 pula diterajui oleh mereka-meraka yang memang tidak berakal dari segi menjaga sensitiviti orang Islam.

1 comment:

  1. tv3 mmg ada elemen2 illuminati, sy rasa sebb executive die yg meluluskn perkara2 sedemikian rupa

    ReplyDelete