Dalam termuramah dengan wartawan dari New Straits Times, RPK menyatakan seperti dibawah untuk soalan yang diajukan :-
Q6: Where does your loyalty lie now that you have turned the tables against Anwar and the opposition front?
RPK:
RPK:
You must be smoking something. Let me know what it is so that I can get some. My loyalty from Day One was always with the rakyat: dulu, kini dan selama-lamanya. Now, which part of the word rakyat don’t you understand?
Pendapat saya tentang RPK
Seorang penglipurlara professional yang paling hebat didekad ini.
Kalau betul RPK berjuang untuk rakyat..dulu, kini dan selamanya...kenapa pula dia lakukan dengan menetap di England? Apa kat Malaysia dah tak ada ruang ke untuk dia berjuang bersama rakyat?
Kalau dia nak menipu rakyat yang berfikiran sempit memang mudah, tetapi dia tak akan berjaya mengelirukan mereka yang tahu tentang taktik licik dia dalam berkata-kata. Saya pernah menulis dalam blog ini berkenaan adakah RPK seorang pejuang bangsa atau sekadar penglipurlara, terbukti dia adalah sekadar penglipurlara yang hebat.
Dia mengatakan DSAI gagal dalam pelbagai sudut, jadi adakah RPK berjaya dalam apa-apa sudut? RPK cuma berjaya meyakinkan pembaca bahawa dia seorang penulis yang hebat, sekadar itu sahaja...tidak lebih dan tidak kurang. Kalau sesiapa kata Najib berjaya dalam pelbagai sudut, tahukah anda BUKAN Najib yang berjaya. Najib dikelilingi oleh para penasihat yang menasihatkan dia tentang pelbagai perkara dan mereka bersama-sama membuat cadangan dan penilitian sebelum sesuatu cadangan diluluskan. Najib mampu mempunyai ramai penasihat yang dibayar gaji yang tinggi kerana dia adalah Perdana Menteri dan gaji penasihat dibayar dengan DUIT RAKYAT. APCO juga dibayar dengan bayaran yang tinggi untuk menjadi penasihat dan pembentuk imej Najib. Adakah DSAI mempunyai semua kemampuan ini seperti yang dipunyai oleh Najib? Jadi janganlah DSAI dikatakan gagal sedangkan dia lakukan dengan tulang empat kerat dia apa yang dia termampu untuk rakyat.
Kalau seseorang manusia boleh menulis apa sahaja dalam sebuah SD (Staturory Declaration) walaupun tentang perkara-perkara yang sekadar "hearsay" atau khabar angin, maka inilah masanya kita diMalaysia mula membuat SD masing-masing tentang jiran kita, kawan-kawan kita, musuh kita, saudara kita dan tentang apa sahaja yang kita terfikir nak tulis sebagai SD. RPK menulis SD sebab dia kata dia dapat tahu tentang sesuatu yang dia pun TAK TAHU betul atau tidak dan dia menulis SD untuk polis siasat.
Sepandai-pandai RPK takkan dia tak tahu kot, kalau nak polis siasat sesuatu..buatlah laporan polis tentang isu itu BUKAN BUAT SD.
Kalau buat SD pastilah polis akan siasat penulis SD dahulu sebab nak tahu betul atau tidak kandungan dalam SD. Jadi bila dia kata polis tangkap dia sehari selepas buat SD memang betullah tindakan polis, sebab polis kena siasat dulu penulis SD sebelum siasat kandungan SD. TAKKAN INI PUN RPK TAK TAHU.
Berkenaan DSAI, RPK kata tiada kreibiliti. Cuba RPK bagitahu kat semua orang diMalaysia, mana satu orang dalam politik yang ada kredibiliti? Kenapa dia tak sebut nama semua orang yang tiada kredibiliti? Kenapa sebut hanya DSAI?
RPK duduk di negara orang lain dan membuat andaian tentang Malaysia dan senario yang berlaku diMalaysia, kalau benar RPK seorang anak jantan, datang ke Malaysia dan berjuang bersama orang Malaysia, jangan sekadar nak tunjuk "kepahlawanan" kalau tak berani hadapi cabaran.
Tiada manusia yang sempurna. Termasuklah DSAI. Tetapi mengaibkan DSAI untuk kepentingan sendiri adalah perbuatan jijik yang keterlaluan. Lebih-lebih lagi bila dilakukan oleh seseorang yang dulunya mengharapkan bantuan DSAI dan pernah dibantu oleh DSAI. RPK kata DSAI mungkir janji, jadi RPK, selama kamu hidup kamu berjaya tepati semua janji-janji kamu?
CERMIN DIRI SENDIRI SEBELUM MEMBUKA AIB ORANG LAIN.
DSAI mempunyai kemampuan yang berkali ganda lebih banyak dari segi kewangan dan kenalan ika dibandingkan dengan RPK. DSAI boleh hidup diluar negara dengan bersenang lenang dengan duit dan sokongan yang dia dapat dari masyarakat antarabangsa, tetapi DSAI memilih untuk berjuang BERSAMA-SAMA RAKYAT MALAYSIA. Kita pula sibuk mengaibkan DSAI untuk kepentingan peribadi.
Kalau kerajaan BN diganti oleh kerajaan Pakatan Rakyat, apa salahnya? Biarlah Malaysia diperintah oleh pihak lain dan biar rakyat tentukan kredibiliti mereka. Kerajaan Islam sejak kewafatan Rasulullah s.a.w., juga berubah mengikut keadaan semasa pada waktu itu. Mana pernah dalam sejarah ketamadunan Islam hanya satu kerajaan memerintah sampai bila-bila pun.
MCA, MIC, Gerakan dan UMNO juga bertelagah tetapi mereka tidak mahu meninggalkan BN sebab mereka memerintah dan memegang kuasa, kalau mana-mana parti tinggalkan BN maka mereka akan kehilangan peluang untuk bersama-bersama maghakis wang rakyat. Cuba bayangkan kalau BN bukan parti yang memerintah. Pasti MCA,MIC dan Gerakan tidak akan teragak-agak untuk tinggalkan BN kalau berlaku perselisihan diantara mereka sebab mereka tahu kalau duduk bersama pun tak ada untungnya sebab mereka tidak memerintah. Mungkin ada parti yang pada waktu itu sanggup "rub shoulders" dengan Pakatan Rakyat.
RPK kata macam mana PR nak memerintah sedangkan mereka sendiri bertelagah dalam pakatan mereka.
Jadi biar BN jadi pembangkang barulah akan nampak kesan apa yang akan terjadi dipihak BN bila mereka pula bertelagah. Lihat sahaja di Selangor, bekas Menteri Besar Khir Toyo bertelagah dengan Noh Omar. Sebab sekarang mereka pembangkang di Selangor jadi kalau berbalah pun mereka tak rugi.
Raja Petra berkata: "Jadi di sini nampaknya anwar gagal menjaga parti parti komponen.. dan menjaga pemimpin-pemimpin, alasan yang diberi kita bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tak betul sebab apabila ada sesiapa yang mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka. Kebebasan tidak diberi."
Hahaha..kelakar RPK ni ...Soalan saya kepada RPK....kamu lari ke England kerana kebebasan bersuara disekat oleh BN atau oleh Anwar???? Kenapa kamu bercakap tentang kebebasan bersuara yang kononnya tidak wujud dalam Pakatan Rakyat sedangkan kamu sendiri larikan diri seperti seorang pengecut akibat dihalang kebebasan untuk bersuara oleh BN. Jadi kenapa kamu tidak bercakap secara adil dalam wawancara kamu? Kenapa tidak kamu nyatakan dengan tepat bahawa yang menghalang kebebasan bersuara adalah Anwar dan juga BN.
Nampak sangat kamu ada niat menyerang Anwar..sebab tu kamu tidak menyebut kebebasan bersuara yang disekat oleh BN sedangkan kamu sekarang menjadi pelarian dinegara orang lain pun kerana BN sekat kebebasan kamu untuk bersuara.
Raja Petra berkata: "Jadi di sini nampaknya anwar gagal menjaga parti parti komponen.. dan menjaga pemimpin-pemimpin, alasan yang diberi kita bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tak betul sebab apabila ada sesiapa yang mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka. Kebebasan tidak diberi."
Hahaha..kelakar RPK ni ...Soalan saya kepada RPK....kamu lari ke England kerana kebebasan bersuara disekat oleh BN atau oleh Anwar???? Kenapa kamu bercakap tentang kebebasan bersuara yang kononnya tidak wujud dalam Pakatan Rakyat sedangkan kamu sendiri larikan diri seperti seorang pengecut akibat dihalang kebebasan untuk bersuara oleh BN. Jadi kenapa kamu tidak bercakap secara adil dalam wawancara kamu? Kenapa tidak kamu nyatakan dengan tepat bahawa yang menghalang kebebasan bersuara adalah Anwar dan juga BN.
Nampak sangat kamu ada niat menyerang Anwar..sebab tu kamu tidak menyebut kebebasan bersuara yang disekat oleh BN sedangkan kamu sekarang menjadi pelarian dinegara orang lain pun kerana BN sekat kebebasan kamu untuk bersuara.
Kepada RPK, kamu mempunyai GAYA dan CORAk penyampaian yang baik untuk meyakinkan masyarakat Malaysia tentang cerita-cerita kamu, tetapi cuba perbaiki keikhlasan kamu dalam kata-kata kamu sendiri bahawa kamu..."berjuang untuk rakyat, dulu,kini dan selamanya".
No comments:
Post a Comment