22hb April 2011
Mustapa Mohamad menyatakan lesen operasi untuk LAMP yang dibina oleh LYNAS tidak akan diluluskan selagi panel bebas tidak selesai menjalankan kajian berkenaan kesan kepada kesihatan, keselamatan dan alam sekitar.
Lynas mengeluarkan kenyataan kepada media Malaysia dan antarabangsa bahawa mereka menyambut baik rancangan kerajaan Malaysia yang ingin menubuhkan panel berkecuali untuk menilai pembinaan dan oparasi LAMP mereka di Gebeng.
27hb April 2011
Lynas menandatangani perjanjian dengan pelanggan yang tidak dinyatakan nama mereka. Pelanggan ini sudah bersetuju untuk membeli nadir bumi yang bakal diproses di Gebeng. Pelanggan ini dikatakan sebagai pelanggan utama yang penting dan akan bertindak sebagai pembekal kepada industri yang akan menggunakan mineral-mineral dari nadir bumi.
Pada awal bulan ini, Lynas mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah menandatangani 6 perjanjian pembekalan mineral nadir bumi dengan pelanggan dan 2 perjanjian "letter of intent". Mereka juga telah menandatangani perjanjian "rakan seteru" dengan Sojiltz dari Jepun dan perkara ini pernah saya tulis di blog saya ini. Sojiltz juga bertanggungjawab mendapatkan pinjaman untuk Lynas bagi menjayakan pembinaan LAMP di Gebeng.
Ulasan saya.
Kenyataan MITI dan Lynas boleh dibandingkan. Jelas, Lynas mencengkam MITI dan kerajaan Malaysia. Lynas nampak lebih yakin dan penuh iltizam untuk meneruskan segala perancangan yang tersedia untuk mengembangkan perniagaan mereka. Perniagaan mereka banyak bergantung kepada LAMP di Gebeng. Tanpa LAMP di Gebeng maka Lynas akan tersepit dalam suatu keadaan yang sukar kerana mereka tidak akan dapat melakukan pemprosesan nadir bumi dan akan gagal membekalkan mineral nadir bumi kepada pelanggan mereka. Nampaknya Lynas sudah tahu lebih awal bahawa...TIADA APA DAPAT MEMBATALKAN PEMBINAAN LAMP DI GEBENG (Kecuali bala dari Allah).
Untuk pelanggan bersetuju membeli sesuatu produk dari sesebuah syarikat, yang pertamanya, produk itu haruslah "wujud". Maknanya tiada siapa akan bersetuju menjadi pelanggan jika "produk" tidak ada. Dalam situasi yang kita ketahui kini, pelanggan sudahpun menandatangani perjanjian untuk menjadi pembeli dan ini bermakna "produk" itu memang wujud ataupun sudah pasti "akan wujud".
Pelanggan yang dimaksudkan ini menandatangani " Letter of Intent" pada tahun September 2008 dan menandatangani perjanjian jual beli pada April 2011 selepas kerajaan Malaysia menyatakan lesen operasi untuk LAMP Lynas tidak akan dikeluarkan sehingga pakar selesai kajian tentang kesan kepada kesihatan, keselamatan dan alam sekitar. Sekiranya anda adalah pelanggan yang dimaksudkan, adakah anda akan menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat yang belum tentu mendapat lesen untuk beroperasi?
Jawapannya mudah, sudah pasti anda tidak akan menandatangani perjanjian yang masih samar-samar. Paling kurang pun anda akan menungu sehingga panel bebas selesai menjalankan kajian mereka. Namun perkara yang sebaliknya berlaku dalam isu Lynas dan pelanggan mereka. Makin rakyat membangkang dan kerajaan BN pula mengeluarkan kenyataan seolah-olah ingin membantu rakyat, makin Lynas bersikap berani dan lebih berkeyakinan untuk menjayakan rancangan mereka (Lihat pada zionis Israel, makin banyak resolusi diluluskan oleh PBB mengutuk mereka, makin banyak kekejaman dilakukan - ini adalah kerana zionis mempunyai Amerika Syarikat yang talam dua muka- di PBB mereka mengutuk Israel, disebalik semua itu mereka membantu Israel menjahanamkan Palestin)
Justeru, adakah kerajaan BN juga membantu Lynas disebalik drama yang menunjukkan seolah-olah kerajaan melalui MITI prihatin terhadap desakan rakyat?
Adakah surat sokongan telah dikeluarkan kepada Lynas untuk mereka pertontonkan kepada bakal pelanggan mereka tentang keyakinan kerajaan BN terhadap Lynas dan LAMP?
Jika kerajaan tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat sokongan, adalah sangat mustahil untuk sesiapa menjadi pelanggan Lynas dalam keadaan seluruh dunia tahu akan tentangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap LAMP di Gebeng.
Dokumen berkaitan
http://www.lynascorp.com/content/upload/files/Announcements/2011/New_Supply_Agreement_Announcement_270411.pdf
http://www.foxbusiness.com/industries/2011/04/26/lynas-corp-converts-letter-intent-new-customer-contract/
No comments:
Post a Comment