Saturday, 16 April 2011

TELEVISYEN TELAH DIBERI SEBAGAI RASUAH

Menarik kan tajuk diatas.  Televisyen diberikan sebagai hadiah/rasuah kepada pengundi untuk menyokong parti memerintah.  Ini cerita benar bukan rekaan.

Berlaku di India, Tamil Nadu..bukan di Malaysia.  Jangan berhenti membaca artikel ini sebab anda akan mendapat gambaran yang jelas tentang kemenangan BN di Sarawak.  Di Tamil Nadu, India, kerajaan yang memerintah selalunya akan memberikan rasuah berbentuk wang kepada rakyat yang miskin untuk mendapatkan undi mereka.  Tetapi sejak pilihanraya di Chennai mula mendapat perhatian badan-badan NGO dunia yang mula mengkritik dan mengutuk tindakan parti memerintah ini, mereka tukarkan wang kepada televisyen.  Setiap 5 tahun setiap keluarga yang "miskin" atau  yang dikategorikan miskin  (kategori ini adalah bagi yang tidak miskin tapi mahukan juga televisyen ini sebagai hadiah) akan mendapat televisyen baru.  Kerana ini juga di India terdapat begitu banyak jenama televisyen yang kita tidak boleh dapat jenama tersebut di Malaysia.

Setelah mendapat set televisyen sebagai hadiah/rasuah maka agen-agen parti memerintah akan memberi arahan kepada rakyat untuk memilih parti mereka untuk terus menerajui pucuk pemerintahan.  Rakyat tidak akan membantah sebab untuk membeli sebuah televisyen dengan duit sendiri di India akan menelan belanja hampir INR20,000.00 hingga INR50,000.00.  Gaji seorang pegawai atasan kerajaan diI ndia adalah dalam INR25,000.00 hingga INR40,000.00 sebulan. Ini tidak memungkinkan mereka memiliki sebuah televisyen untuk setiap 5 tahun.  Kos sara hidup juga sangat tinggi di India.  Bank-bank pula mengenakan bunga yang tinggi untuk pembayaran balik pinjaman. Justeru parti memerintah datang "membantu".

Skim pemberian televisyen percuma ini bermula sejak berpuluh tahun dahulu iaitu sewaktu mula-mula muncul televisyen berwarna di India.  Sebelum itu kebanyakan rumah hanya mempunyai televisyen hitam putih dan parti memerintah mendapat idea untuk menjadikan ini sebagai alasan untuk memberikan televisyen warna sebagai hadiah/rasuah dan menyebabkan NGO antarabangsa kurang bukti untuk membuktikan pemberian itu adalah berunsur rasuah.

Yang peliknya kebanyakan keluarga miskin di India hidup dalam pondok yang diperbuat dari tahi lembu yang telah dikeringkan dan pondok-pondok mereka ini selalunya didirikan disepanjang bahu jalan dan yang paling unik...SEMUA PONDOK INI TIADA BEKALAN ELEKTRIK, TIADA AIR BERSIH.

Jadi nampak tak apa persamaan dengan Sarawak?  Rakyat pendalaman Sarawak tiada elektrik dan tiada air bersih tetapi parti memerintah tetap menang sebab taktik yang sama diguna pakai di Sarawak, cuma bukan televisyen yang diberikan.  Anda fikirkan.

Tujuan saya menulis tentang perkara ini adalah kerana selepas kemenangan BN di Sarawak, ramai pihak yang bertanya didalam beberapa forum "kenapa rakyat Sarawak masih memilih BN sedangkan BN telah merampas banyak hak dan kekayaan rakyat Sarawak?".

Kita perlu faham bahawa Taib telah berjaya menidakkan pengetahun dan pembelajaran yang efektif kepada penduduk di pendalaman Sarawak.  Kebanyakan penduduk pribumi Sarawak masih lagi buta huruf dan tidak mempunyai akses kepada internet dan maklumat semasa yang tepat.  Justeru bagi rakyat Sarawak di pendalaman, mereka cuma lakukan apa yang disuruh oleh Tuai atau ketua mereka.  BN bijak menjadikan tuai sebagai kawan mereka dan memberi segala kemudahan untuk menjadikan mereka alat kepada jentera BN.

No comments:

Post a Comment