Monday, 4 April 2011

Siapa Idris Jala?

Seorang berketurunan Kelabit dari Tanah Tinggi Bario, Sarawak.  Idris Jala adalah seorang kristian.

Yup, seorang penganut agama kristian dan mempunyai nama seakan Melayu.  Tetapi ini tidak mustahil di Sabah dan Sarawak.  Nama tidak menggambarkan agama yang dianuti.  Idris Jala tidak bersalah kalau dia memihak atau lebih cenderung kearah masyarakat kristian dalam menangani masalah AlKitab (Bible dalam Bahasa Melayu), kerana dia melakukan apa yang akan dilakukan oleh sesiapa sahaja, iaitu mencari kelebihan untuk agama yang dia anuti.

Yang bersalah dalam hal ini adalah kerajaan Barisan Nasional yang melantik Idris Jala untuk menjadi perantara dalam menyelesaikan kemelut berkenaan isu AlKitab.  Tetapi ini adalah strategi politik.  Lebih-lebih lagi pilihanraya akan berlangsung di Sarawak, inilah salah satu cara yang dirasakan boleh memberi kelebihan kepada BN untuk terus mendapat sokongan orang kristian di Sarawak.  

BN akan menjual maruah sesiapa sahaja asalkan mereka mendapat habuan yang membolehkan mereka terus berkuasa.  Samada melibatkan maruah individu atau maruah agama, semuanya boleh dieksploitasikan oleh BN untuk kepentingan politik mereka.  

Maruah DSAI telah mula dijual sejak 1998 lagi, kini tiba era baru untuk menjual maruah agama Islam yang suci.  Sanggup ke kita lihat Islam dijadikan "bahan" ujian oleh penganut agama lain?

No comments:

Post a Comment