Saya mengaku bahawa saya lambat mengenal Raja Petra Kamaruddin dan P. Waythamoorthy. Saya mula tahu kewujudan RPK sewaktu beliau aktif berkempen untuk PR semasa Pilihanraya Umum yang lalu. P.Waythamoorthy pula saya mula kenal sejak mengetahui tentang kewujudan Hindraf.
Saya kagum dengan kedua mereka tetapi ada sesuatu yang tidak kena dengan kedua mereka ini. Mereka berdua tidak berada di Malaysia.
Sejarah membuktikan Hang Tuah berjuang mempertahankan kedaulatan kesultanan Melaka dengan berada teguh ditanah Melaka, Mahatma Ghandi perjuangkan kemerdekaan negara India dengan berada bersama rakyat India sepanjang waktu sampailah saat kematian beliau, Nelson Mandela tidak pernah meninggalkan Afrika Selatan walaupun tahu akan ditentang habis-habisan oleh pihak kerajaan Apartheid, Anwar Ibrahim walau sebanyak mana pun dihina, dikeji, difitnah, dicemuh, tidak pernah meninggalkan perjuangan beliau dan senantiasa berada bersama rakyat Malaysia.
Jadi kenapa RPK dan Waythamoorthy tidak berada di Malaysia kalau benar mereka pejuang bangsa? Bukankah pejuang bangsa memang akan menghadapi banyak kesukaran dalam memperjuangkan bangsa, agama dan negara. Bukankah Yasser Arafat berjuang dinegara beliau sehingga ke hari kematian beliau. Bukankah Nelson Mandela membiarkan diri beliau dipenjarakan berpuluh tahun dinegara sendiri dan tidak melarikan diri ke negara luar. Bukankah semua pejuang bangsa seharusnya kental dalam mengharungi segala kesulitan yang mendatang.
Sebab inilah saya kagum dengan DSAI. Beliau memang seorang pejuang bangsa yang tulen. RPK dan Waythamoorthy, anda pikirlah sendiri, perjuangan adalah dimedan perang yang terletak ditanah tumpah darah anda dan bukan bertempat di tanah kepunyaan bangsa yang pernah menjajah kita.
Kembalilah ke Malaysia dan lakukan segala perjuangan dengan bersatu hati bersama rakyat Malaysia yang terlalu inginkan perubahan dalam sistem kepimpinan negara Malaysia.
Jangan terus menjadi penglipurlara yang berada jauh dari pandangan mata rakyat Malaysia yang memerlukan kepakaran dan kemampuan anda sebagai pembakar semangat untuk perjuangan yang belum selesai.
No comments:
Post a Comment