Kueh Bakar...saya tengok blog saudara dan rasanya saudara adalah orang Terengganu. Kalau betul saudara berasal dari Terengganu pasti saudara tahu sejarah Terengganu dan jiran sebelah- Kelantan. Kalau tak faham biar saya terangkan dengan jelas apa yang saya maksudkan.
Kita mulakan dengan Kelantan.
Imbas kembali sejarah Kelantan pada tahun 1990. Rakyat Kelantan sudah muak dan hilang kepercayaan terhadap Mohammed Yaacob yang telah menjadi Menteri Besar sejak 1978. Rakyat Kelantan mahukan Mohammed Yaacob disingkirkan. Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri telah dapat membaca dengan jelas isyarat dari rakyat Kelantan dan juga dari calon-calon BN yang merasakan Mohammed Yaacob menjadi liabiliti kepada kerajaan BN Kelantan.
Tun Daim diutus oleh Tun Mahathir untuk menasihatkan Mohammed Yaacob untuk berundur dari bertanding dipilihanraya tahun 1990. Tetapi Mohammed Yaacob lakukan sebaliknya, iaitu dia mengatakan mahu bertanding untuk satu penggal lagi. Itulah takdir Allah, keputusan Mohammed Yaacob memakan diri dan parti, BN tumbang dan sehingga sekarang tidak berjaya menawan kembali Kelantan. Ini fakta ye, saudara kueh bakar.
Sekarang kita ke Negeri Terengganu yang dekat dihati kueh bakar.
Wan Mokhtar Ahmad telah menjadi Menteri Besar Terengganu sejak 1975, iaitu untuk 25 tahun sebelum ditumbangkan. Apa yang terjadi pada tahun 1999. Perkara sama yang berlaku di Kelantan pada tahun 1990 berlaku pula kepada Wan Mokhtar Ahmad. Tun Mahathir menasihatkan Wan Mokhtar untuk berundur tetapi dia juga meminta untuk bertanding satu lagi penggal.
Itulah keputusan yang telah menjatuhkan kerajaan BN di Terengganu. Walaupun selepas satu penggal, kerajaan BN berkuasa kembali di Terengganu dan merampas kembali Terangganu dari PAS, tapi itu bukan isu sebenar kerana isu sebenar ialah sebuah kerajaan negeri boleh kalah atau disingkirkan oleh rakyat sekiranya isyarat yang telah diberikan oleh rakyat dipandang remeh oleh parti yang memerintah.
Sarawak memang bukan Kelantan dan juga bukan Terengganu, tetapi penduduk Sarawak mempunyai persamaan dari segi kekitaan dan semangat kenegeriaan yang tinggi dan ini juga yang terdapat pada rakyat Kelantan dan Terengganu. Tidak mustahil untuk BN kalah di Sarawak. Saya tidak kata BN AKAN KALAH DISARAWAK, TETAPI SAYA KATA BN WAJIB KALAH DI SARAWAK.
Bukan saya berseorangan dengan pendapat yang sebegini, tetapi ramai lagi yang merasakan sedemikian, cuma samada BN akan kalah atau tidak bukan berada di tangan kita semua, tetapi pada sokongan atau bangkangan yang akan diterima oleh BN dari rakyat sarawak.
Bagi saya, cukup-cukuplah rakyat Sarawak dan tak terkecuali rakyat Sabah hidup sebagai rakyat yang tertindas akibat pemerintahan yang tidak efisien.
Kepada saudara Kueh Bakar, mungkin boleh tolong terangkan kepada saya dan kawan-kawan yang sependapat dengan saya tentang isu dibawah ini :-
KENAPA NEGERI-NEGERI PENGELUAR MINYAK TIDAK KAYA, TIDAK MAJU DAN TIDAK MENDAPAT HASIL YANG SEPATUTNYA DARI KERAJAAN BN?
KENAPA TERENGGANU DIBERIKAN WANG EHSAN OLEH KERAJAAN BN SEDANGKAN WANG ITU DATANGNYA DARI HASIL JUALAN MINYAK YANG DIGALI DI TERENGGANU?
KENAPA NEGERI SARAWAK MASIH MUNDUR (ADA TEMPAT YANG TIADA ELEKTRIK, AIR BERSIH DAN JALINAN JALAN RAYA) SEDANGKAN SARAWAK MENYUMBANG HASIL JUALAN MINYAK YANG BESAR KEPADA KERAJAAN BN?
Kepada semua pembaca, saya bukanlah seorang yang terkenal seperti tokoh-tokoh terkemuka, personaliti tv atau sebagainya, tetapi bila saya menulis, saya menulis berlandaskan fakta.
Apa anda rasa jika anak anda belajar disekolah yang tidak punya tenaga elektrik dan terpaksa menggunakan janakuasa diesel sepanjang masa sedangkan negeri kelahiran anda dan anak anda itu sebenarnya kaya dengan hasil bumi yang sepatutnya cukup untuk memberikan keselesaan untuk kehidupan yang harmoni.
Berkata benar walaupun pahit tidak sukar.
ReplyDeleteTetapi sukar sangat untuk berkata benar walaupun pahit. Kan?
Saya suka fakta yg bukan diautakan.
Teruskan menulis ya... Yg benar akan menghapuskan yg bathil, InsyaAllah.
Terima kasih Pn. Liza, insyaAllah saya akan menulis apa yang terdaya.
ReplyDelete