Saturday 23 April 2011

Thorium 232 Lebih Bahaya Dari Uranium

Penulisan saya ini mungkin sedikit mengelirukan bagi sesetengah pihak yang tidak arif tentang istilah atom-atom/nukleas dalam mineral beradioaktif.  Saya telah cuba mempermudahkan penjelasan.

Para pengkaji yang menyokong penggunaan Thorium sebagai bahan mentah untuk loji penjanaan elektrik berkuasa nuklear berpendapat bahawa Thorium adalah selamat dan sisa Thorium menghasilkan kadar radioaktif yang rendah.  Mereka juga berpendapat bahawa Thorium hanya perlu disimpan selama 500 tahun sebelum radioaktif dineutralkan berbanding Uranium yang perlu disimpan selama beratus ribu tahun lamanya untuk meneutralkan radioaktif.  Pendapat mereka ini adalah SALAH. Dibawah ini saya sertakan penjelasan yang ringkas tentang apa yang sebenarnya berlaku selepas Thorium dibakar/diguna sebagai bahan mentah di loji penjanaan elektrik berkuasa nuklear.

Sewaktu Thorium diaktifkan/dibakar sebagai bahan mentah di loji nuklear, atom-atom Thorium akan terpisah/berpecah kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil.  Pecahan yang berlaku akan menghasilkan Technetium-99 dan ianya hanya dapat dilupuskan atau dineutralkan selepas 200,000 tahun.  Walaupun pecahan/pembahagian Thorium bukanlah sama dengan pecahan/pembahagian yang berlaku pada Uranium, tetapi hasilnya adalah sama.  Uranium juga menghasilkan atom-atom yang sama sepertimana dihasilkan oleh Thorium.  Justeru samada kita menggunakan Thorium ataupun Uranium sebagai bahan mentah untuk loji nuklear, ianya harus dilupuskan dengan cara yang sama kerana radioaktif mereka adalah hampir sama .

Sekiranya sisa dari bahan mentah yang telah digunakan ini tidak diproses kembali, Thorium-232 akan terhasil dan Thorium 232 hanya boleh dineutralkan dalam jangkamasa 14 billion tahun.  Ini akan menyebabkan sisa radioaktif terkumpul dengan banyak dalam loji nuklear.
  
Penggunaan Thorium 232 juga menghasilkan Thorium 238 dan kedua-dua kumpulan Thorium ini adalah sangat-sangat merbahaya kepada manusia.  Sekiranya kita terhidu Thorium 232 sebesar hama sekalipun, sistem dalaman badan kita akan musnah atau terjejas.  Isipadu radioaktif yang terhasil melalui Thorium 232 dan Thorium 238 adalah jauh lebih tinggi dari penghasilan radioaktif dari sisa Uranium.

Saya pernah menulis bahawa Thorium adalah 200 kali lebih berkuasa dari Uranium.  Ini juga berlaku sekiranya manusia atau apa-apa haiwan terhidu Thorium 232 atau 238.  Atom dari Thorium 232 dan 238 boleh memusnahkan tulang manusia 200 kali ganda lebih cepat dari Uranium 232.

1 comment:

  1. Dalam proses menggunakan thorium-232 sebagai bahan bakaran(fuel) nuklear, thorium-232 menyerap satu neutron dan sendiri diubah menjadi uranium-233. U233 ini tak stabil dan akan ber-fission (?) untuk keluarkan tenaga. Hasil daripada proses ini juga ada sisa-sisa yang bahaya seperti kegunaan uranium sebagai bahan bakaran.

    Reaktor tersebut belum wujud dan kemungkinan besar tak akan berjaya.

    Bila half-life adalah 14 billion tahun tidak bermakna selepas 14 billion semua bahan-bahan radioaktivity akan luput. Half-life hanya bermakna bahawa separuh daripada bahan-bahan radioaktivity diubah ke bahan-bahan lain. Dalam pemecahan thorium-238 banyak daripada hasilnya adalah sendiri radioaktif dan banyaknya dengan half-life yang lebih pendik.

    ReplyDelete