Friday, 29 April 2011

LYNAS CUBA MENYEMBUNYIKAN FAKTA - THORIUM, URANIUM - MALAWI

Selepas saya menyiarkan berita tentang pembelian aset nadir bumi di Malawi oleh Lynas, YB Fuziah telah membawa perkara ini kepengetahuan pihak di Putrajaya dan juga telah meminta Lynas memberikan penjelasan. YB Fuziah adalah antara orang-orang yang pertama saya akan hantarkan sebarang penulisan saya.  Penjelasan dari Lynas sangat pendek dan ringkas.  Mereka menyatakan bahawa Lynas baru selesai urusan membeli aset tersebut dua bulan yang lepas dan sekarang sedang membuat kajian tentang nadir bumi di Kangankunde Hill, Malawi.

Saya membongkar isu ini dengan lebih mendalam. Lynas memberikan laporan media yang boleh mengelirukan rakyat Malaysia untuk mengelakkan diri dari menjawab persoalan yang timbul.

Perjanjian pembelian aset nadir bumi di Malawi telah ditandatangani pada tahun 2007.  Kelulusan untuk melombong diperolehi pada tahun 2011 kerana keadaan tegang diantara negara-negara Afrika pada masa itu. 

Kajian tentang nadir bumi di Malawi terutamanya di Kangankunde Hill (kepunyaan Lynas) telah pun dilakukan dari tahun 1987 hingga 1990 oleh sebuah syarikat geosains Perancis bernama Bureau de Recherches Geologiques et Minieres (BRGM).  BRGM telah pun selesai melakukan kajian tentang aspek geologi dan kajian proses kerja.  Satu-satunya sebab kenapa tidak ada perlombongan nadir bumi dilakukan pada waktu tersebut adalah kerana keadaan tegang dinegara-negara yang berjiran dengan Malawi yang tidak memungkinkan hasil perlombongan dibawa keluar dari Malawi.

Berbalik kepada kajian yang telah dilakukan oleh BRGM.  Pada tahun 2007 pihak Lynas telah melantik sebuah firma perunding Australia bernama Hellman and Schofield Pty Ltd untuk mendigitalkan hasil kajian yang telah dilakukan oleh BRGM dan Lynas telah mendapat hak penuh untuk mengambil, menyimpan dan menggunakan hasil kajian ini untuk kepentingan mereka.

BRGM telah selesai melakukan "ore concentration test work" pada tahun 1989. 30 tan bahan mentah nadir bumi telah dilobong dan digunakan dalam kajian tersebut. Kajian yang lebih menyeluruh telah dijalankan oleh syarikat Mintek and Multotek bertempat di Johannesburg dan hasil kajian adalah sama dengan hasil yang diperolehi oleh BRGM.

Pada dokumen yang disertakan dibawah ini, jelas tertulis bahawa kajian telah selesai dan kandungan nadir bumi di Kangankunde Hill telah lama diketahui.  Juga tercatit dengan jelas dua mineral beradioaktif iaitu Thorium dan Uranium yang dikatakn terdapat dalam kadar yang sedikit.  

Kita perlu ingat bahawa kandungan bahan mentah nadir bumi di Kangankunde adalah beratus ribu tan dan sekiranya thorium dan uranium yang dikatakan terkandung dalam jumlah sedikit menjadi terkumpul sewaktu pemprosesan di LAMP Gebeng maka jumlah thorium dan uranium akan menjadi banyak dalam masa yang singkat.

Dokumen Berkaitan

http://www.lynascorp.com/content/upload/files/Announcements/Acquisition_of_New_Rare_Earths_Resource_in_Malawi_060907_%282%29.pdf

Thursday, 28 April 2011

HARI NI SANGAT MEMENATKAN-WARGA AFRIKA LARIKAN DIRI DARI POLIS

Dah lama sangat tak menulis sesuatu yang santai.  Hari ni saya nak tulis sesuatu yang lebih ringan untuk diterima oleh akal fikiran.  Ini dikatakan "recharge" otak kita bila dah terlalu penat dengan tugas dan kerja.  Esok pun hari yang sibuk juga.

Oklah...biar saya tuliskan tentang apa perbualan saya dan isteri sebentar tadi.  Dalam ramcangan 999 di TV3, dipertontonkan bagaimana warga Afrika ditangkap kerana menjalankan kegiatan penipuan dengan menipu individu melalui internet.  Isteri saya berkata dahsyatnya sampai ada pistol kat tangan polis semasa polis serbu kediaman warga Afrika tersebut di Kepong.

Saya pun berseloroh dan kata..."apa susah, kalau orang Afrika tu nak larikan diri, masa polis serbu padamkan lampu, jangan ketawa dan jangan bukak mata, pejamkan je mata tu, pakaian pastikan sentiasa hitam...ermmm..teraba-raba polis cari...maka bermulalah permainan " now you see it, now you don't".

LYNAS SEMAKIN YAKIN, BN SEMAKIN JAHIL-LYNAS DAN PELANGGAN MEREKA

22hb April 2011
Mustapa Mohamad menyatakan lesen operasi untuk LAMP yang dibina oleh LYNAS tidak akan diluluskan selagi panel bebas tidak selesai menjalankan kajian berkenaan kesan kepada kesihatan, keselamatan dan alam sekitar.

Lynas mengeluarkan kenyataan kepada media Malaysia dan antarabangsa bahawa mereka menyambut baik rancangan kerajaan Malaysia yang ingin menubuhkan panel berkecuali untuk menilai pembinaan dan oparasi LAMP mereka di Gebeng.

27hb April 2011
Lynas menandatangani perjanjian dengan pelanggan yang tidak dinyatakan nama mereka.  Pelanggan ini sudah bersetuju untuk membeli nadir bumi yang bakal diproses di Gebeng.  Pelanggan ini dikatakan sebagai pelanggan utama yang penting dan akan bertindak sebagai pembekal kepada industri yang akan menggunakan mineral-mineral dari nadir bumi.

Pada awal bulan ini, Lynas mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah menandatangani 6 perjanjian pembekalan mineral nadir bumi dengan pelanggan dan 2 perjanjian "letter of intent".  Mereka juga telah menandatangani perjanjian "rakan seteru" dengan Sojiltz dari Jepun dan perkara ini pernah saya tulis di blog saya ini.  Sojiltz juga bertanggungjawab mendapatkan pinjaman untuk Lynas bagi menjayakan pembinaan LAMP di Gebeng.


Ulasan saya.
Kenyataan MITI dan Lynas boleh dibandingkan.  Jelas, Lynas mencengkam MITI dan kerajaan Malaysia.  Lynas nampak lebih yakin dan penuh iltizam untuk meneruskan segala perancangan yang tersedia untuk mengembangkan perniagaan mereka.  Perniagaan mereka banyak bergantung kepada LAMP di Gebeng.  Tanpa LAMP di Gebeng maka Lynas akan tersepit dalam suatu keadaan yang sukar kerana mereka tidak akan dapat melakukan pemprosesan nadir bumi dan akan gagal membekalkan mineral nadir bumi kepada pelanggan mereka. Nampaknya Lynas sudah tahu lebih awal bahawa...TIADA APA DAPAT MEMBATALKAN PEMBINAAN LAMP DI GEBENG (Kecuali bala dari Allah).

Untuk pelanggan bersetuju membeli sesuatu produk dari sesebuah syarikat, yang pertamanya, produk itu haruslah "wujud".  Maknanya tiada siapa akan bersetuju menjadi pelanggan jika "produk" tidak ada.  Dalam situasi yang kita ketahui kini, pelanggan sudahpun menandatangani perjanjian untuk menjadi pembeli dan ini bermakna "produk" itu memang wujud ataupun sudah pasti "akan wujud".

Pelanggan yang dimaksudkan ini menandatangani " Letter of Intent" pada tahun September 2008 dan menandatangani perjanjian jual beli pada April 2011 selepas kerajaan Malaysia menyatakan lesen operasi untuk LAMP Lynas tidak akan dikeluarkan sehingga pakar selesai kajian tentang kesan kepada kesihatan, keselamatan dan alam sekitar.  Sekiranya anda adalah pelanggan yang dimaksudkan, adakah anda akan menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat yang belum tentu mendapat lesen untuk beroperasi?

Jawapannya mudah, sudah pasti anda tidak akan menandatangani perjanjian yang masih samar-samar. Paling kurang pun anda akan menungu sehingga panel bebas selesai menjalankan kajian mereka.  Namun perkara yang sebaliknya berlaku dalam isu Lynas dan pelanggan mereka.  Makin rakyat membangkang dan kerajaan BN pula mengeluarkan kenyataan seolah-olah ingin membantu rakyat, makin Lynas bersikap  berani dan lebih berkeyakinan untuk menjayakan rancangan mereka (Lihat pada zionis Israel, makin banyak resolusi diluluskan oleh PBB mengutuk mereka, makin banyak kekejaman dilakukan - ini adalah kerana zionis mempunyai Amerika Syarikat yang talam dua muka- di PBB mereka mengutuk Israel, disebalik semua itu mereka membantu Israel menjahanamkan Palestin)

Justeru, adakah kerajaan BN juga membantu Lynas disebalik drama yang menunjukkan seolah-olah kerajaan melalui MITI prihatin terhadap desakan rakyat? 

Adakah surat sokongan telah dikeluarkan kepada Lynas untuk mereka pertontonkan kepada bakal pelanggan mereka tentang keyakinan kerajaan BN terhadap Lynas dan LAMP?

Jika kerajaan tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat sokongan, adalah sangat mustahil untuk sesiapa menjadi pelanggan Lynas dalam keadaan seluruh dunia tahu akan tentangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap LAMP di Gebeng.


Dokumen berkaitan

http://www.lynascorp.com/content/upload/files/Announcements/2011/New_Supply_Agreement_Announcement_270411.pdf

http://www.foxbusiness.com/industries/2011/04/26/lynas-corp-converts-letter-intent-new-customer-contract/

Tuesday, 26 April 2011

FAKTA MENGENAI KENAPA MALAYSIA DIPILIH LYNAS-AMR TECHNOLOGIES SAMAN LYNAS

AMR Technologies Inc, adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Ontario, Canada pada 11hb September 1986 dibawah nama Quesada Resources Limited.  Pada 10hb Jun 1998 nama syarikat telah ditukar menjadi AMR Tecchnologies Inc.

Kegiatan utama syarikat ini adalah dalam bidang pemprosesan nadir bumi dan syarikat ini mempunyai dua kilang pemprosesan di negara China. Menurut catatan didalam dokumen maklumat syarikat bertarikh 2hb Mac 2005, dua pusat pemprosesan nadir bumi di China ialah Jiangyin Jia Hua Advanced Material Resources Co., Ltd (pegangan 90% saham) dan Zibo Jia Hua Advanced Material Resources Co., Ltd (pegangan 85% saham).

Kedua-dua pusat pemprosesan ini adalah aktif dan memberikan pulangan yang positif kepada kewangan syarikat.  AMR Technologies Inc, juga mempunyai anak syarikat yang bergiat dalam bidang pembuatan barangan hasil dari nadir bumi yang telah diproses, terutamanya pembuatan barangan magnet.  Kilang mereka terletak di Amerika Syarikat, Barbados, United Kingdom dan juga Thailand.

Pada tahun 2004, Lynas telah melakukan sesuatu yang selalunya tidak berani dilakukan oleh mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan yang berintegriti.  Lynas telah membeli sebanyak 19% saham AMR Technologies Inc, tanpa pengetahuan pengarah-pengarah AMR.  Lynas telah menggunakan "jalan belakang" untuk menggunakan salah satu syarikat yang menjadi pemegang saham di AMR untuk membeli saham AMR secara berterusan dan kemudiannya saham-saham itu dibeli oleh Lynas dari syarikat tersebut.  Lynas telah membeli saham tersebut dari Whiterock Investment. Selepas dari pembelian saham ini, Lynas telah menjadi pemegang saham terbesar di AMR Technologies Inc,.

Akibat pengambilalihan yang tidak menepati undang-undang pengambilalihan saham di Canada dan disebabkan Lynas menggunakan cara yang tidak professional untuk melaksanakan pembelian saham-saham AMR, maka pada February 2005 pengarah-pengarah AMR telah memfailkan saman di mahkhamah untuk menyaman Lynas atas tidakan mereka.  Saman ini juga untuk menghalang mana-mana individu dari Lynas dari menjadi pengarah di AMR Technologies Inc, dan mengundi sebagai pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Tahunan.  Mahkhamah Persekutuan diCanada telah bersetuju untuk kes tersebut didengar dan diperbahaskan.

Pada 7hb April 2005, AMR telah menarik balik saman keatas Lynas dan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian diluar mahkhamah.  Lynas telah diarahkan untuk menjual saham milik mereka di AMR kepada Magnequench Inc, dari Indiana, Amerika Syarikat.  Sejak dari tu Lynas tidak mempunyai apa-apa pegangan didalam AMR dan ini telah menyebabkan Lynas kehilangan peluang untuk memproses nadir bumi di pusat pemprosesan nadir bumi kepunyaan AMR di China.

Ini adalah sebagai jawapan kepada mereka-mereka yang bertanya kenapa Lynas tidak memproses nadir bumi di China.  Lynas tidak ada nama yang baik di China dan ini telah memyebabkan mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk dijadikan pusat pemprosesan nadir bumi.  Di Australia pula pemprosesan nadir bumi memang tidak boleh dilakukan kerana nadir bumi adalah bahan beradioaktif walaupun iannya dikatakan dalam kadar yang "selamat" oleh Lynas.

Hanya kerajaan BN sanggup menerima syarikat yang sebegini untuk melabur dan melebur di Malaysia.

Dokumen berkaitan....

http://www.amr-ltd.com/pdfs/PRE_2004_jan28.pdf

http://www.amr-ltd.com/pdfs/AMRPressRel06April05.pdf

http://www.lynascorp.com/content/upload/files/PDFs/AMR_abandons_legal_proceedings_-_08-06-05_-_236103_.pdf

http://www.lynascorp.com/content/upload/files/PDFs/Lynas_sells_AMR_holding.pdf

NOTA - PENTING
Segala maklumat yang tercatat didalam blog ini adalah hasil kajian dan penulisan oleh tuanpunya blog tahirnisa@blogspot.com.  Kami mengiktiraf kedudukan internet sebagai penyebar maklumat dan memahami sekiranya ada pihak yang ingin menggunakan maklumat yang terdapat diblog ini untuk dipertontonkan kepada lebih ramai pembaca blog.  Kami meminta kerjasama pihak yang ingin menggunakan maklumat dari blog ini untuk menampal nama blog tahirnisa@blogspot.com sebagai sumber rujukan.  Sebarang olahan atau penggubahan penulisan diblog ini adalah sama sekali tidak dibenarkan diatas apa sebab sekalipun.  Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan sesiapa samada individu atau secara berkumpulan yang menyalahgunakan maklumat yang terkandung di blog tahirnisa@blogspot.com.

Monday, 25 April 2011

LYNAS ISSUE THAT WILL NOT BE WON BY THE RAKYAT BUT WOULD BE LOST BY BN

by Tahir Nisa on Tuesday, April 26, 2011 at 8:16am


I agree that the people of Malaysia are largely fighting this Lynas issue for a good cause but we must bear in-mind that the authority to "yes" or "no" on the implementation of Lynas LAMP in Gebeng is not within our jurisdiction. What we the" rakyat" may succeed is to gather a much lengthier political mileage to hammer the governing parties to understand the voice of the" rakyat". In many instances voices of the "rakyat" stays merely as voices that are hardly heard or heeded by the governing parties. We should do the ultimate in making sure that Lynas and the BN government would have a hard time in present and future even-though we know deeply that the BN government would not care even a tiny bit on the welfare of those affected.

As we will gain political mileage, BN would be trapping themselves in a difficult situation in the coming General Election.  It is time that we educate the governing parties whether in Federal level or in the State level, whether they are from BN or from PR that THE RAKYAT WORK FOR THE NATION, THE GOVERNMENT WORK FOR THE RAKYAT.

tahirnisa@blogspot.com

Sunday, 24 April 2011

JOYCE LEE ASKED ME IF I AM A PKR OR PAS MEMBER.

I had not written in English for sometime.  I opt to write this post in English.  

What Joyce Lee asked was relevant in nature but irrelevant in reality.  I appreciate Joyce Lee's recognition towards my factual postings and her intenion to know me further.

Me and my wife are NOT aligned with any political party/parties.  We fight our cause for the future of the generations to come.

I was a person so much attracted to what DSAI did durimg his time in office as the Deputy Prime Minister.  Me and my wife was "participants" in "reformasi" marchings and demonstrations.  Some of you may think...so what? Millions of Malaysians were involved in "reformasi" marchings.  The difference is that at the time me and my wife were chased by the "black maria" police personnels, my wife was 6 months pregnant.

What we did for DSAI's struggle in his fight for his political future during his Sodomy I episode is a nostalgic affair that is best remembered by me and my wife.  Now our "reformasi" child is 12 years old and that is how fast time flies.  During my tenage life, me and wife did many things together, including getting involved in share market, building our very own business entity and raising our children to become good citizens.

It is factual when we mention about the challenges that we face within our own beloved land.  We in Malaysia face challenges from our own government, community, family and surprisingly we are even challenged by our own-self's.  This is the actual situation that turned me and my wife to fight for a cause, and that is for our religion, community, country and our people's future.

I may write on matters that are sensitive to others but it is most important that we deal with this sensitive matters rather than let it become flammable.  Malaysia is a country that have great commodities that other countries dream of, we have a economy that is prudent, we have a great population that is educated, we have systems that make us envied by other countries governments and the list of blessings that Malaysia has is just too long of a list to be listed in my posting. This long list is not achieved by the governing parties but is sheer hard-work from the people of Malaysia. Some may say, if the government is not efficient, how did the list of achievements become long?  Well, a government is elected by the people thus if you think the government did well, than the people did far better.  Yet we are betrayed by this same government that we elected.

We suffer. We suffer in the hands of our own government.  We are hammered by our own authorities, we are pleading for a better life from the people that we voted to power.  We are treated with low respect and low humanity.  We elect someone and that someone makes a mockery of our livelihood, when they come to us for vote, they bow to us, they shake our hands by offering their hand in the first place, they are willing to swim in muddy waters but that is all before you vote them in.  What happens after they come into power?  Its the other way round.  You go to them and you are asked to make an appointment, you offer them a handshake and they pretend not to have seen u offering your hand and finally you plead to them to get some mercy.  

I am saying that me and my wife are against people or party/parties that are hypocrites.

Saturday, 23 April 2011

Thorium 232 Lebih Bahaya Dari Uranium

Penulisan saya ini mungkin sedikit mengelirukan bagi sesetengah pihak yang tidak arif tentang istilah atom-atom/nukleas dalam mineral beradioaktif.  Saya telah cuba mempermudahkan penjelasan.

Para pengkaji yang menyokong penggunaan Thorium sebagai bahan mentah untuk loji penjanaan elektrik berkuasa nuklear berpendapat bahawa Thorium adalah selamat dan sisa Thorium menghasilkan kadar radioaktif yang rendah.  Mereka juga berpendapat bahawa Thorium hanya perlu disimpan selama 500 tahun sebelum radioaktif dineutralkan berbanding Uranium yang perlu disimpan selama beratus ribu tahun lamanya untuk meneutralkan radioaktif.  Pendapat mereka ini adalah SALAH. Dibawah ini saya sertakan penjelasan yang ringkas tentang apa yang sebenarnya berlaku selepas Thorium dibakar/diguna sebagai bahan mentah di loji penjanaan elektrik berkuasa nuklear.

Sewaktu Thorium diaktifkan/dibakar sebagai bahan mentah di loji nuklear, atom-atom Thorium akan terpisah/berpecah kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil.  Pecahan yang berlaku akan menghasilkan Technetium-99 dan ianya hanya dapat dilupuskan atau dineutralkan selepas 200,000 tahun.  Walaupun pecahan/pembahagian Thorium bukanlah sama dengan pecahan/pembahagian yang berlaku pada Uranium, tetapi hasilnya adalah sama.  Uranium juga menghasilkan atom-atom yang sama sepertimana dihasilkan oleh Thorium.  Justeru samada kita menggunakan Thorium ataupun Uranium sebagai bahan mentah untuk loji nuklear, ianya harus dilupuskan dengan cara yang sama kerana radioaktif mereka adalah hampir sama .

Sekiranya sisa dari bahan mentah yang telah digunakan ini tidak diproses kembali, Thorium-232 akan terhasil dan Thorium 232 hanya boleh dineutralkan dalam jangkamasa 14 billion tahun.  Ini akan menyebabkan sisa radioaktif terkumpul dengan banyak dalam loji nuklear.
  
Penggunaan Thorium 232 juga menghasilkan Thorium 238 dan kedua-dua kumpulan Thorium ini adalah sangat-sangat merbahaya kepada manusia.  Sekiranya kita terhidu Thorium 232 sebesar hama sekalipun, sistem dalaman badan kita akan musnah atau terjejas.  Isipadu radioaktif yang terhasil melalui Thorium 232 dan Thorium 238 adalah jauh lebih tinggi dari penghasilan radioaktif dari sisa Uranium.

Saya pernah menulis bahawa Thorium adalah 200 kali lebih berkuasa dari Uranium.  Ini juga berlaku sekiranya manusia atau apa-apa haiwan terhidu Thorium 232 atau 238.  Atom dari Thorium 232 dan 238 boleh memusnahkan tulang manusia 200 kali ganda lebih cepat dari Uranium 232.

Friday, 22 April 2011

DOKUMEN DARI LYNAS PEMBELIAN ASET NADIR BUMI DI MALAWI

Bukti pembelian aset nadir bumi di Malawi terkandung didalam dokumen yang tertera alamat link seperti dibawah.  Anda boleh membaca dipenghujung dokumen itu dinyatakan dengan jelas bahawa loji pemprosesan nadir bumi sedang dibina di Gebeng Malaysia dan akan menjadi satu-satunya loji pemprosesan nadir bumi kepunyaan Lynas.  Dokumen ini disediakan oleh Lynas untuk membuktikan bahawa lesen perlombongan nadir bumi di Malawi telah diperolehi oleh mereka.


www.infomine.com/index/pr/PA536540.PDF

Dalam penulisan yang seterusnya saya akan mengupas berkenaan kandungan mineral nadir bumi yang terdapat di Kangankunde Hill, Malawi.  Ini adalah kerana Malawi mempunyai deposit nadir bumi yang besar dan terdapat hampir 15 mineral yang sebahagiannya adalah beradioaktif.  Tetapi saya tidak nampak Thorium didalam senarai mineral tersebut. Lynas seperti biasa tidak menyatakan kandungan mineral nadir bumi yang akan dilombong di Malawi, cuma sekadar menyatakan kandungan radioaktif adalah dalam kadar yang "selamat".

NADIR BUMI DARI MALAWI AKAN DIPROSES DIGEBENG JUGA

Malawi, sebuah negara di benua Afrika telah memberikan lesen kepada Lynas untuk menggali nadir bumi di negara mereka.  Grain Malunga, Menteri Sumber Negara Malawi menyatakan bahawa Lynas adalah satu-satunya syarikat yang telah diberikan lesen untuk menggali dan melombong nadir bumi.  Malunga juga menyatakan bahawa Malawi tidak mempunyai kepakaran mahupun kemampuan untuk membina loji pemprosesan nadir bumi. Nadir bumi yang di lombong di Malawi akan di hantar ke MALAYSIA (GEBENG) untuk diproses sebelum dijual dipasaran antarabangsa.

Perlombongan dan pemprosesan akan dilakukan sepenuhnya oleh Lynas.  Lynas akan melakukan sedaya mungkin untuk melawan eksploitasi China dalam penjualan nadir bumi yang telah diproses.

NAMPAKNYA RAKYAT MALAYSIA DITIPU LAGI OLEH LYNAS DAN KERAJAAN BN.  SELAMA INI KITA DIBERITAHU BAHAWA CUMA NADIR BUMI DARI MOUNT WELD AUSTRALIA AKAN DIPROSES DI GEBENG, TETAPI SEKARANG TERBUKTI DARI MULUT MENTERI SUMBER NEGARA MALAWI BAHAWA NADIR BUMI DARI MALAWI JUGA AKAN DIPROSES DI GEBENG.

BAGUSLAH, SEMUA NEGARA DUNIA MENJADIKAN MALAYSIA TEMPAT BUANGAN SISA RADIOAKTIF. HANYA KERAJAAN BN MAMPU LAKUKAN KEBODOHAN YANG TAK MAMPU DILAKUKAN OLEH NEGARA LAIN.

Thursday, 21 April 2011

1 Tan Thorium Boleh Gantikan 200 Tan Uranium dan 3.5 Juta Tan Arang Batu

Dr. Carlo Rubbia (pemenang hadiah Noble pada tahun 1986[gambar dibawah]), pengkaji fizik di Organisasi Kajian Nuklear Eropah (European Organization for Nuclear Research [CERN]) telah memaklumkan hasil kajian berkenaan Thorium.


Thorium boleh digunakan untuk menjana elektrik diloji penjaaan elektrik berkuasa nuklear.  Selama ini uranium digunakan disemua loji penjanaan elektrik berasaskan nuklear.  Uranium adalah sebuah mineral yang tidak stabil dan loji nuklear yang menggunakan uranium adalah terdedah kepada risiko sepertimana yang terjadi di Loji Nuklear Fukushima, Jepun.

Mineral Thorium

Uranium juga bukan mudah diperolehi kerana tidak banyak negara yang menjadi pengeluar/pengekspot uranium.  Tiga negara terbesar pengekspot uranium ialah Kazakstan, Canada dan Australia. Ketiga-tiga negara ini mengeluarkan hampir 63% dari keperluan uranium dunia.

Uranium adalah sebuah mineral yang tidak stabil justeru pihak pengkaji dan ahli fizik telah membuat kajian mendalam berkenaan Thorium dan hasilnya, Thorium adalah 200 kali lebih berkuasa dari uranium dan 3.5 juta kali lebih berkuasa dari arang batu dan boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik.  Disebabkan Thorium adalah beradioaktif maka Thorium hanya boleh digunakan diloji penjanaan elektrik berkuasa nuklear.

Di seluruh dunia terdapat 442 loji penjanaan elektrik berkuasa nuklear yang menghasilkan 372gigawatt elektrik untuk keperluan dunia dan ini merangkumi 14% dari keperluan dan kegunaan elektrik seluruh dunia.  Dalam keadaan ini Thorium dilihat sebagai mineral yang paling sesuai untuk menggantikan penggunaan uranium.  
Setakat ini pengeluar Thorium terbesar dunia adalah negara China.  Saintis di China telah pun memulakan kajian untuk membina reaktor nuklear yang akan menggunakan Thorium sebagai bahan mentah asas. Sebuah syarikat dari Norway, Aker Solutions telah membeli idea dan kajian Dr. Carlo Rubbia yang telah dipatenkan.  Kini Aker Solutions menjalankan kerjasama dengan China untuk membina reaktor nuklear pertama dunia yang akan menggunakan Thorium sebagai bahan mentah.  Kos pembinaan satu loji yang boleh beroperasi dengan baik dijangka mencecah RM7billion.

Malaysia juga giat mengkaji dan ingin membina loji nuklear untuk menjana kuasa elektrik.  Walaupun telah berlaku tragedi nuklear di loji Fukushima, kerajaan BN di Malaysia akan meneruskan kajian dan pembinaan loji nuklear.  Kenapa?  

Sebab BN akan gunakan Thorium dan bukan uranium.  Mereka tidak umumkan kerana menunggu China malakukannya terlebih dahulu dan bila China berjaya maka Malaysia akan membina loji-loji nukler.  

Ini membuktikan sebab musabab kenapa Malaysia sanggup bertindak membelakangkan rakyat dalam isu pembinaan LAMP di Gebeng.  LAMP kepunyaan Lynas di Gebeng akan menghasilkan berpuluh ribu tan Thorium sebagai sisa beradioaktif dan Lynas telah mengumumkan bahawa mereka telah mendapat kelulusan dari kerajaan Malaysia untuk menyimpan sisa ini di Gebeng untuk selama-lamanya.  Agensi Pelesenan Kuasa Atom  (AELB) pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa Thorium boleh disimpan di Malaysia tetapi bukan untuk selama-lamanya.  Ini membuktikan bahawa Thorium akan diSIMPAN dan akan diGUNAKAN di Malaysia, sebab itu mereka kata boleh disimpan tapi bukan untuk selama-lamanya. Malaysia memerlukan Thorium tersebut, untuk digunakan sebagai bahan mentah di loji nuklear yang akan dibina. 

Disebabkan Malaysia bukanlah pengeluar uranium, maka Malaysia beranggapan dengan adanya stok Thorium yang besar di Gebeng, maka Malaysia bukan sahaja tidak akan menghadapi masalah untuk memperolehi bahan mentah tersebut, tetapi Malaysia juga boleh manjadi pengekspot Thorium yang penting di dunia. Ini dapat mengelakkan Malaysia dari membayar kos yang besar untuk pembelian uranium dari negara lain.

Suatu hari nanti pengekspotan Thorium akan menjadi satu industri yang sama penting dengan kelapa sawit dan getah.  Bayangkan harga setiap ton Thorium dipasaran dunia bila pasaran dikuasai oleh hanya dua negara...iaitu China dan Malaysia.

Dalam blog saya telah menyatakan Nicholas mahukan LAMP diGebeng beroperasi untuk menaikkan harga saham Lynas dan untuk menguasai pasaran pembekalan nadir bumi di Jepun dan Eropah. 

Kini terbukti kenapa kerajaan Malaysia pula beria-ria mahukan projek ini diteruskan, kerana faktor Thorium yang akan dapat memberikan pulangan yang besar kepada ekonomi negara walaupun terpaksa menggadaikan keselamatan dan keharmonian hidup masyarakat Malaysia.

PERCAYALAH, KERAJAAN BN TIDAK AKAN MENGAKU AKAN FAKTA YANG SAYA NYATAKAN DISINI KERANA TIDAK MAHU KALAH DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG. TETAPI SEBAGAI RAKYAT YANG MEMPUNYAI ILMU YANG MENCUKUPI ADAKAH APA YANG SAYA TULIS INI MUSTAHIL UNTUK BERLAKU?

Wednesday, 20 April 2011

Nicholas Curtis Pandai Buat Duit

Apa tujuan sebenar Lynas terutamanya Nicholas Curtis mahukan LAMP di Gebeng beroperasi walaupun mendapat bantahan penduduk setempat dan masyarakat Malaysia?
Ini kisah yang benar tentang isu Lynas dari segi pelaburan dan keuntungan.

Lynas Corporation Ltd adalah sebuah syarikat Australia yang tersenarai di bursa saham Autralia (ASX) dan harga saham Lynas setahun yang lepas adalah AUD0.50 (lima puluh sen) sesaham. Tetapi selepas setahun saham Lynas telah melonjak ke AUD2.35 sesaham.  Kenaikan saham ini berlaku secara mendadak dan adalah disebabkan oleh tiga perkara utama.

Pertama, kejayaan Lynas membina loji perlombongan nadir bumi di Mount Weld, Australia.
Kedua, kejayaan Lynas mendapatkan bantuan kewangan dari pihak Jepun dan juga pembeli untuk nadir bumi.
Ketiga, kejayaan Lynas mendapatkan kelulusan dan permulaan pembinaan loji LAMP di Gebeng.

Ketiga-tiga perkara diatas menjadi faktor untuk kenaikan saham Lynas secara mendadak dan bagi sesetengah kita kenaikan saham dalam sesebuah syarikat adalah perkara biasa jadi apa nak dihairankan.  Biar saya terangkan apa yang harus dihairankan dan diketahui bersama oleh seluruh masyarakat Malaysia.

Pada bulan Disember tahun lepas Nicholas telah menjual 5 juta saham yang dia pegang dalam Lynas dengan harga AUD1.50 sesaham. Dia memperolehi saham tersebut dengan harga AUD0.50 sesaham.

Kemudian dia telah menjual 7 juta saham kepunyaan dia dalam Lynas dengan harga AUD1.93.  Sehari selepas Nicholas menjual 7 juta saham ini, harga saham Lynas jatuh kepada AUD1.70 dari AUD1.90.  Tetapi Nicholas adalah seorang yang bijak dan dia telah menjual terlebih dahulu sebahagian saham kepunyaan dia sebelum harga saham menurun.

Kini saham Lynas adalah dalam AUD2.49 dan Nicholas masih menyimpan 28 juta saham Lynas dan 31 juta saham Lynas yang diperuntukkan untuk pengarah-pengarah Lynas.  Nicholas adalah seorang yang TAMAK.  Sebelum ini saya ada menulis tentang bagaimana dia membuat perjanjian sewabeli dengan syarikat Forge di Australia dan mendapat habuan yang besar tanpa diketahui pemegang saham lain di Lynas.

Akibat dari ini, kerajaan Australia melalui ASX telah mewajibkan semua pengarah membuat permohonan telebih dahulu kepada ASX jika mahu melupuskan atau menjual saham milik pengarah dan selepas peraturan ini diperkenalkan Nicholas berhenti menjual saham dia di Lynas.

Kini banyak lagi berita yang membuktikan bahawa Nicholas adalah seorang lelaki yang sanggup lakukan apa sahaja untuk duit dan termasuklah menipu rakyat Malaysia untuk menaikkan harga saham Lynas supaya dia dapat menbuat duit yang mudah dengan menjual saham bila harga saham naik.

Nicholas Curtis dianggap Pengarah Syarikat di Australia yang paling berjaya membuat duit dengan menjual saham milik sendiri dan ini adalah kali kedua dia menerajui persepsi ini di Australia.

ADAKAH KITA MAHU MEMPERCAYAI KATA-KATA NICHOLAS BAHAWA LAMP DI GEBENG ADALAH SELAMAT? DIA MAHUKAN DUIT...ITU ADALAH AGENDA YANG TERSEMBUNYI.

Tuesday, 19 April 2011

ADNAN BERTANYA KENAPA CERCA KERAJAAN NEGERI PAHANG?

Adnan Yaakob berkata....

Kerajaan negeri Pahang tidak mempunyai kuasa untuk melulus dan menutup pembinaan kilang pemprosesan logam nadir bumi milik Syarikat Lynas Corporation Ltd dari Australia, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melulus projek tersebut selepas kajian mendalam oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut.

“Saya rasa hairan kenapa ada pihak yang membuat bantahan dan mencerca kerajaan negeri,” kata beliau dipetik Bernama Online hari ini.

“Bukan kerajaan negeri Pahang yang luluskan projek ini. Yang sibuk suruh kita tutup, kenapa,” katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, pada persidangan Dewan Undangan Negeri.


Ulasan Saya Tentang Adnan Sempit Ni
Kesian kat Adnan sebab dicerca akibat pembinaan LAMP di Gebeng.  Dia kata bukan dia yang meluluskan tapi kerajaan persekutuan yang bertanggungjawab meluluskan.  Dia kecewa kerana kerajaan negeri Pahang dipersalahkan dan dicerca. 
Kenapalah dengan Adnan ni, tak habis-habis macam budak sekolah.  Orang ramai iaitu masyarakat Melaysia mengkritik dan menghentam Adnan dan kerajaan negeri Pahang kerana, Adnan dan kerajaan pimpinan dia TIDAK MAHU bersama-sama rakyat dalam menentang pembinaan loji LAMP kepunyaan Lynas di Gebeng.

Tak faham-faham ke wahai Adnan Sempit. Walaupun kami semua sedar bahawa kerajaan kamu dan kerajaan persekutuan adalah dari BN, tetapi takkanlah kamu nak tunduk sebagai YES MAN untuk semua yang kerajaan persekutuan nak buat kat negeri kamu.  Sepatutnya kamu mendahulukan rakyat Pahang sebelum melihat kepada aspek yang melibatkan kerajaan persekutuan.  Kalau kerajaan persekutuan rasa loji ini memang selamat dan tak perlu risau tentang RADIOAKTIF, kamu sebagai Menteri Besar Pahang sepatutnya suruh je kerajaan persekutuan buat loji ni kat Putrajaya.  Kamu yang cakap kelulusan diberi oleh kerajaan persekutuan, justeru adillah untuk kamu memberi cadangan sebegini. Kamu juga seharusnya mempertahankan rakyat kamu diwaktu mereka memerlukan sokongan dari kamu tetapi kamu bertindak dan bersikap seperti pak turut kepada kerajaan pusat.

JADI! SEKARANG KAMU FAHAM KENAPA KAMU DAN KERAJAAN NEGERI KAMU DICERCA?

Inilah akibatnya jika kerajaan negeri dan pusat adalah dari parti atau komponen parti yang sama.  Mereka boleh buat sesuaka hati sebab masing-masing akan UNTUNG bersama.  Bila timbul permasalahan pula mereka boleh berpakat untuk menipu rakyat.

Rakyat Pahang yang undi BN dan sekarang BN pula kata rakyat Pahang salah sebab suruh kerajaan negeri batalkan pembinaan loji LAMP di Gebeng.  Dalam erti kata lain rakyat Pahang telah tersalah pilih dengan mengundi BN sebagai pimpinan negeri.

Adnan sebenarnya mempunyai banyak cara untuk menghentikan pembinaan loji tersebut tetapi dia tidak akan lakukan sebab dia tidak akan sesekali melanggar kehendak bos-bos dia di Putrajaya.  Walaupun dia terpaksa melihat rakyat dia ditipu dan diperkotak-katikkan.

Sunday, 17 April 2011

LYNAS DISAMAN DI AUSTRALIA

Lynas bakal disaman di Australia.  Siapa yang akan menyaman Lynas?

Pemegang saham Lynas sendiri yang akan menyaman Lynas dan pemegang saham Lynas dikatakan bertindak demikian kerana Nicholas Curtis (Pengarah Eksekutif) Lynas telah memberikan maklumat yang tidak tepat dan menipu pemegang saham dalam penjualan/perjanjian sewabeli aset nadir bumi di Mount Weld, Australia.

Nicholas telah menandatangani satu perjanjian dengan syarikat Forge  di Australia dan menawarkan kepada Forge sebahagian tapak perlombongan nadir bumi di Mount Weld melalui kaedah sewabeli yang berjumlah AUD20 juta dan Nicholas telah memberikan maklumat yang tidak tepat kepada pemegang saham Lynas untuk memberi persetujuan.  Perjanjiian itu sudah pun ditandatangani.

Kini pemegang saham telah dapat maklumat yang tepat dan dikatakan Nicholas dan seorang pengarah eksekutif Forge akan mendapat durian runtuh sebanyak AUD24 juta melalui aktiviti sewabeli ini.

Pemegang saham Lynas telah menghantar surat saman melalui peguam mereka Tetuan Turner Freeman dan menyatakan dengan jelas bahawa Nicholas gagal menyatakan kepada mereka dalam mana-mana mesyuarat bahawa dia (Nicholas) akan mendapat habuan dalam perjanjian sewabeli ini.

Kan saya dah katakan sebelum ini kepada Nicholas...."awak kena hadiri kursus kelolaan BN secepat mungkin, awak memang tak mahir dalam menipu dan memutarbelitkan fakta, kat Malaysia pun awak kantoi, kat Australia pun awak kantoi".  Nasib kaulah labu.

Saturday, 16 April 2011

TELEVISYEN TELAH DIBERI SEBAGAI RASUAH

Menarik kan tajuk diatas.  Televisyen diberikan sebagai hadiah/rasuah kepada pengundi untuk menyokong parti memerintah.  Ini cerita benar bukan rekaan.

Berlaku di India, Tamil Nadu..bukan di Malaysia.  Jangan berhenti membaca artikel ini sebab anda akan mendapat gambaran yang jelas tentang kemenangan BN di Sarawak.  Di Tamil Nadu, India, kerajaan yang memerintah selalunya akan memberikan rasuah berbentuk wang kepada rakyat yang miskin untuk mendapatkan undi mereka.  Tetapi sejak pilihanraya di Chennai mula mendapat perhatian badan-badan NGO dunia yang mula mengkritik dan mengutuk tindakan parti memerintah ini, mereka tukarkan wang kepada televisyen.  Setiap 5 tahun setiap keluarga yang "miskin" atau  yang dikategorikan miskin  (kategori ini adalah bagi yang tidak miskin tapi mahukan juga televisyen ini sebagai hadiah) akan mendapat televisyen baru.  Kerana ini juga di India terdapat begitu banyak jenama televisyen yang kita tidak boleh dapat jenama tersebut di Malaysia.

Setelah mendapat set televisyen sebagai hadiah/rasuah maka agen-agen parti memerintah akan memberi arahan kepada rakyat untuk memilih parti mereka untuk terus menerajui pucuk pemerintahan.  Rakyat tidak akan membantah sebab untuk membeli sebuah televisyen dengan duit sendiri di India akan menelan belanja hampir INR20,000.00 hingga INR50,000.00.  Gaji seorang pegawai atasan kerajaan diI ndia adalah dalam INR25,000.00 hingga INR40,000.00 sebulan. Ini tidak memungkinkan mereka memiliki sebuah televisyen untuk setiap 5 tahun.  Kos sara hidup juga sangat tinggi di India.  Bank-bank pula mengenakan bunga yang tinggi untuk pembayaran balik pinjaman. Justeru parti memerintah datang "membantu".

Skim pemberian televisyen percuma ini bermula sejak berpuluh tahun dahulu iaitu sewaktu mula-mula muncul televisyen berwarna di India.  Sebelum itu kebanyakan rumah hanya mempunyai televisyen hitam putih dan parti memerintah mendapat idea untuk menjadikan ini sebagai alasan untuk memberikan televisyen warna sebagai hadiah/rasuah dan menyebabkan NGO antarabangsa kurang bukti untuk membuktikan pemberian itu adalah berunsur rasuah.

Yang peliknya kebanyakan keluarga miskin di India hidup dalam pondok yang diperbuat dari tahi lembu yang telah dikeringkan dan pondok-pondok mereka ini selalunya didirikan disepanjang bahu jalan dan yang paling unik...SEMUA PONDOK INI TIADA BEKALAN ELEKTRIK, TIADA AIR BERSIH.

Jadi nampak tak apa persamaan dengan Sarawak?  Rakyat pendalaman Sarawak tiada elektrik dan tiada air bersih tetapi parti memerintah tetap menang sebab taktik yang sama diguna pakai di Sarawak, cuma bukan televisyen yang diberikan.  Anda fikirkan.

Tujuan saya menulis tentang perkara ini adalah kerana selepas kemenangan BN di Sarawak, ramai pihak yang bertanya didalam beberapa forum "kenapa rakyat Sarawak masih memilih BN sedangkan BN telah merampas banyak hak dan kekayaan rakyat Sarawak?".

Kita perlu faham bahawa Taib telah berjaya menidakkan pengetahun dan pembelajaran yang efektif kepada penduduk di pendalaman Sarawak.  Kebanyakan penduduk pribumi Sarawak masih lagi buta huruf dan tidak mempunyai akses kepada internet dan maklumat semasa yang tepat.  Justeru bagi rakyat Sarawak di pendalaman, mereka cuma lakukan apa yang disuruh oleh Tuai atau ketua mereka.  BN bijak menjadikan tuai sebagai kawan mereka dan memberi segala kemudahan untuk menjadikan mereka alat kepada jentera BN.

Friday, 15 April 2011

RPK JUGA PANDAI BERJANJI

RPK kata DSAI pandai berjanji tetapi tidak tahu mengotakannya.  RPK juga pandai berjanji...ikut sedutan video dibawah dan anda akan tahu bahawa RPK mempunyai aksi-aksi menarik untuk meyakinkan sesiapa sahaja tentang kata-kata dia, tapi dia dah kotakan janji dia ke?


Di penghujung video ini RPK berkata dia akan pastikan kematian Altantunyaa mendapat keadilan dan dia akan lakukan sepernuh hati.  Bertahun dah berlalu...apa yang telah RPK PASTIKAN?

Macam inilah kadang situasi kita kalau berjanji, sebilangan perkara berlaku diluar kawalan kita dan tidak memungkinkan janji-janji dikotakan.  Jadi kenapa jadikan isu tentang kononnya DSAI tidak mengotakan janji sedangkan ada banyak perkara yang berada diluar kawalan kita dan tidak memungkinkan semua janji-janji ditunaikan.

RPK, kamu telah membuka pekung sendiri dan sekarang masyarakat akan lebih teliti untuk mempercayai kata-kata kamu.

Thursday, 14 April 2011

Raja Petra Kamaruddin- Penglipurlara Buatan Sendiri

Dalam termuramah dengan wartawan dari New Straits Times, RPK menyatakan seperti dibawah untuk soalan yang diajukan :-

Q6: Where does your loyalty lie now that you have turned the tables against Anwar and the opposition front?

RPK:
 You must be smoking something. Let me know what it is so that I can get some. My loyalty from Day One was always with the rakyat: dulu, kini dan selama-lamanya. Now, which part of the word rakyat don’t you understand?

Pendapat saya tentang RPK 

Seorang penglipurlara professional yang paling hebat didekad ini.

Kalau betul RPK berjuang untuk rakyat..dulu, kini dan selamanya...kenapa pula dia lakukan dengan menetap di England?  Apa kat Malaysia dah tak ada ruang ke untuk dia berjuang bersama rakyat?  

Kalau dia nak menipu rakyat yang berfikiran sempit memang mudah, tetapi dia tak akan berjaya mengelirukan mereka yang tahu tentang taktik licik dia dalam berkata-kata.  Saya pernah menulis dalam blog ini berkenaan adakah RPK seorang pejuang bangsa atau sekadar penglipurlara, terbukti dia adalah sekadar penglipurlara yang hebat. 

Dia mengatakan DSAI gagal dalam pelbagai sudut, jadi adakah RPK berjaya dalam apa-apa sudut?  RPK cuma berjaya meyakinkan pembaca bahawa dia seorang penulis yang hebat, sekadar itu sahaja...tidak lebih dan tidak kurang. Kalau sesiapa kata Najib berjaya dalam pelbagai sudut, tahukah anda BUKAN Najib yang berjaya.  Najib dikelilingi oleh para penasihat yang menasihatkan dia tentang pelbagai perkara dan mereka bersama-sama membuat cadangan dan penilitian sebelum sesuatu cadangan diluluskan.  Najib mampu mempunyai ramai penasihat yang dibayar gaji yang tinggi kerana dia adalah Perdana Menteri dan gaji penasihat dibayar dengan DUIT RAKYAT.  APCO juga dibayar dengan bayaran yang tinggi untuk menjadi penasihat dan pembentuk imej Najib.  Adakah DSAI mempunyai semua kemampuan ini seperti yang dipunyai oleh Najib?  Jadi janganlah DSAI dikatakan gagal sedangkan dia lakukan dengan tulang empat kerat dia apa yang dia termampu untuk rakyat.

Kalau seseorang manusia boleh menulis apa sahaja dalam sebuah SD (Staturory Declaration) walaupun tentang perkara-perkara yang sekadar "hearsay" atau khabar angin, maka inilah masanya kita diMalaysia mula membuat SD masing-masing tentang jiran kita, kawan-kawan kita, musuh kita, saudara kita dan tentang apa sahaja yang kita terfikir nak tulis sebagai SD.  RPK menulis SD sebab dia kata dia dapat tahu tentang sesuatu yang dia pun TAK TAHU betul atau tidak dan dia menulis SD untuk polis siasat.   

Sepandai-pandai RPK takkan dia tak tahu kot, kalau nak polis siasat sesuatu..buatlah laporan polis tentang isu itu BUKAN BUAT SD.

Kalau buat SD pastilah polis akan siasat penulis SD dahulu sebab nak tahu betul atau tidak kandungan dalam SD.  Jadi bila dia kata polis tangkap dia sehari selepas buat SD memang betullah tindakan polis, sebab polis kena siasat dulu penulis SD sebelum siasat kandungan SD. TAKKAN INI PUN RPK TAK TAHU.

Berkenaan DSAI, RPK kata tiada kreibiliti.  Cuba RPK bagitahu kat semua orang diMalaysia, mana satu orang dalam politik yang ada kredibiliti?  Kenapa dia tak sebut nama semua orang yang tiada kredibiliti?  Kenapa sebut hanya DSAI?
RPK duduk di negara orang lain dan membuat andaian tentang Malaysia dan senario yang berlaku diMalaysia, kalau benar RPK seorang anak jantan, datang ke Malaysia dan berjuang bersama orang Malaysia, jangan sekadar nak tunjuk "kepahlawanan" kalau tak berani hadapi cabaran.

Tiada manusia yang sempurna.  Termasuklah DSAI.  Tetapi mengaibkan DSAI untuk kepentingan sendiri adalah perbuatan jijik yang keterlaluan. Lebih-lebih lagi bila dilakukan oleh seseorang yang dulunya mengharapkan bantuan DSAI dan pernah dibantu oleh DSAI.  RPK kata DSAI mungkir janji, jadi RPK, selama kamu hidup kamu berjaya tepati semua janji-janji kamu?

CERMIN DIRI SENDIRI SEBELUM MEMBUKA AIB ORANG LAIN.

DSAI mempunyai kemampuan yang berkali ganda lebih banyak dari segi kewangan dan kenalan ika dibandingkan dengan RPK.  DSAI boleh hidup diluar negara dengan bersenang lenang dengan duit dan sokongan yang dia dapat dari masyarakat antarabangsa, tetapi DSAI memilih untuk berjuang BERSAMA-SAMA RAKYAT MALAYSIA.  Kita pula sibuk mengaibkan DSAI untuk kepentingan peribadi.

Kalau kerajaan BN diganti oleh kerajaan Pakatan Rakyat, apa salahnya?  Biarlah Malaysia diperintah oleh pihak lain dan biar rakyat tentukan kredibiliti mereka.  Kerajaan Islam sejak kewafatan Rasulullah s.a.w., juga berubah mengikut keadaan semasa pada waktu itu.  Mana pernah dalam sejarah ketamadunan Islam hanya satu kerajaan memerintah sampai bila-bila pun.  

MCA, MIC, Gerakan dan UMNO juga bertelagah tetapi mereka tidak mahu meninggalkan BN sebab mereka memerintah dan memegang kuasa, kalau mana-mana parti tinggalkan BN maka mereka akan kehilangan peluang untuk bersama-bersama maghakis wang rakyat.  Cuba bayangkan kalau BN bukan parti yang memerintah.  Pasti MCA,MIC dan Gerakan tidak akan teragak-agak untuk tinggalkan BN kalau berlaku perselisihan diantara mereka sebab mereka tahu kalau duduk bersama pun tak ada untungnya sebab mereka tidak memerintah.  Mungkin ada parti yang pada waktu itu sanggup "rub shoulders" dengan Pakatan Rakyat.

RPK kata macam mana PR nak memerintah sedangkan mereka sendiri bertelagah dalam pakatan mereka.  

Jadi biar BN jadi pembangkang barulah akan nampak kesan apa yang akan terjadi dipihak BN bila mereka pula bertelagah.  Lihat sahaja di Selangor, bekas Menteri Besar Khir Toyo bertelagah dengan Noh Omar.  Sebab sekarang mereka pembangkang di Selangor jadi kalau berbalah pun mereka tak rugi.

Raja Petra berkata: "Jadi di sini nampaknya anwar gagal menjaga parti parti komponen.. dan menjaga pemimpin-pemimpin, alasan yang diberi kita bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tak betul sebab apabila ada sesiapa yang mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka. Kebebasan tidak diberi."

Hahaha..kelakar RPK ni ...Soalan saya kepada RPK....kamu lari ke England kerana kebebasan bersuara disekat oleh BN atau oleh Anwar???? Kenapa kamu bercakap tentang kebebasan bersuara yang kononnya tidak wujud dalam Pakatan Rakyat sedangkan kamu sendiri larikan diri seperti seorang pengecut akibat dihalang kebebasan untuk bersuara oleh BN. Jadi kenapa kamu tidak bercakap secara adil dalam wawancara kamu?  Kenapa tidak kamu nyatakan dengan tepat bahawa yang menghalang kebebasan bersuara adalah Anwar dan juga BN. 

Nampak sangat kamu ada niat menyerang Anwar..sebab tu kamu tidak menyebut kebebasan bersuara yang disekat oleh BN sedangkan kamu sekarang menjadi pelarian dinegara orang lain pun kerana BN sekat kebebasan kamu untuk bersuara.

Kepada RPK, kamu mempunyai GAYA dan CORAk penyampaian yang baik untuk meyakinkan masyarakat Malaysia tentang cerita-cerita kamu, tetapi cuba perbaiki keikhlasan kamu dalam kata-kata kamu sendiri bahawa kamu..."berjuang untuk rakyat, dulu,kini dan selamanya".

Tuesday, 12 April 2011

MALAYSIA DISERANG, SEMENANJUNG MALAYSIA MUSNAH

Singapura menyerang Malaysia.  Semenanjung Malaysia musnah sama sekali.  Tidak ada satu pun pesawat pejuang Singapura memasuki ruang angkasa Malaysia. Tidak ada seorang askar Singapura pun masuk melepasi sempadan Malaysia.  Rakyat Singapura pula menjalankan urusan harian seperti biasa.  Tiada siapa di Sabah dan Sarawak sedar bahawa Semenanjung Malaysia sedang musnah.  Kerajaan tidak mampu berbuat apa-apa, pesawat pejuang Malaysia juga tiada yang berlepas untuk bertempur, askar darat pula tidak berani keluar dari berek masing-masing.

Kenapa? Takut apa? Bukan ada pesawat pejuang musuh, bukan ada askar musuh dijalanan di Semenanjung Malaysia, kenapa askar Malaysia tidak keluar mempertahankan negara?  Nak pertahankan dengan apa?

Singapura hanya melancarkan beberapa peluru berpandu jarak jauh keatas Gebeng, mengenai sasaran yang tepat, iaitu empangan yang menyimpan sisa radioaktif, kepunyaan Lynas.  Empangan pecah, air beradioaktif terlepas ke alam sekitar, bercampur dengan air di sungai, telaga dan pengairan untuk tanaman.  Udara tercemar dengan radioaktif akibat penyejatan sisa radioaktif.

Malaysia tidak ada kepakaran untuk menyelesaikan masalah berlandaskan radioaktif.  Nicholas Curtis, Pengarah Eksekutif Lynas cabut lari ke negara asal yang tidak ada langsung sisa radioaktif.  Kerajaan BN mengelabah, askar mana nak lawan radioaktif?  Malaysia langsung tiada kepakaran untuk melawan musuh yang bernama RADIOAKTIF.

Malaysia meminta bantuan Amerika Syarikat dan Jepun.  Amerika berat hati nak menolong kerana Singapura sekutu mereka.  Jepun pula belum pun sembuh dari kebocoran radioaktif dan nuklear dinegara mereka sendiri.  Apa nak jadi?

Tun Mahathir datang jumpa Najib dan kata "kan saya dah cakap awal-awal Malaysia tak ada kepakaran untuk menghadapi perkara-perkara tentang nuklear dan radioaktif"

Pikirlah sendiri..kerana memang ada peluang ini terjadi.

NICHOLAS CURTIS - PERLU HADIRI KURSUS KELOLAAN BN

Apa yang saya tulis selama ini tentang Lynas Corporation dan LAMP yang sedang dibina di Gebeng Kuantan ternyata benar.  Hari ini melalui temuramah yang dilakukan oleh Malaysian Insider, Pengarah Eksekutif Lynas Corporation telah membuat beberapa pengakuan dan juga beberapa penipuan.  Dia juga telah membuktikan kepada semua bahawa Adnan Yaakob berbohong.  Ini semua datang dari mulut dia, bukan rekaan saya.  Baca seterusnya seperti dibawah.
Penipuan
Adnan Yaakob menyatakan dengan jelas dan terang bahawa sisa radioaktif akan dikitar semula dan proses ini adalah SELAMAT dan tidak membawa mudarat kepada penduduk setempat.

Fakta
Nicholas Curtis berkata Lynas telah mendapat kelulusan penuh dari kerajaan tempatan untuk menyimpan sisa radioaktif di Gebeng untuk jangkamasa selama-lamanya.

“We have perfectly good permission (from the government) to store it onsite, forever,” said the mining company’s executive chairman Nicholas Curtis in an interview with The Malaysian Insider yesterday.

Malaysia is a net importer of gypsum so we will use it in commercial quantities for sure. This increases our storage (for the radioactie waste) to 24 years,” he explained.

Penipuan
Sisa radioaktif ini tidak berbahaya kerana nadir bumi yang digali di Mount Weld Australia cuma mengandungi 2% Thorium (mineral beradioaktif).

Fakta
Nadir bumi adalah ciptaan Allah, bukan ciptaan manusia, bagaimana seorang manusia boleh mengenal pasti dengan tepat kandungan Thorium tidak akan melebihi 2%.  Kalaupun ianya tidak akan melebehi 2%, apabila diambil kira jumlah kuantiti nadir bumi yang akan diproses di Gebeng adalah 10 kali ganda lebih tinggi dari yang pernah diproses diBukit Merah, dengan mudah 2% itu akan menjadi beribu tan sisa radioaktif dalam masa yang singkat.

Lynas’ claims that its raw material has only two per cent of the thorium — the radioactive element found in virtually all rare earth deposits — by arguing that the waste would build up over time, especially as it was reported that it would process 10 times as much ore as the Bukit Merah refinery.

As it plans to ramp up production to 22,000 tonnes per year of the material that is crucial to high-technology applications such as smartphones, hybrid cars and even bombs, it will mean producing about 120 tonnes of thorium per year.

Cakap Tak Serupa Bikin
Nicholas Curtis menyatakan bahawa loji pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah tidak sepatutnya beroperasi kerana telah membawa kesan negatif, tetapi dia kata loji yang dibina oleh Lynas pula adalah membawa kebaikan kepada Malaysia dan ekonomi dunia.  Dia juga memberitahu bahawa kalau mengikut undang-undang Australia, loji pemprosesan nadir bumi seperti yang pernah beroperasi diBukit Merah, tidak akan diberi kelulusan untuk beroperasi.  Tapi dia juga berkata loji Lynas selamat dan mendapat kelulusan penuh dari kerajaan BN.

It’s not that Lynas does not have the solution. The solution (storage dams) has been agreed. Now Lynas is going beyond the standards,” he said in the interview, where he stressed repeatedly that Malaysia’s last rare earth project, in Bukit Merah, should never have gone ahead.

“By law in Australia, you’re not allowed to use that monazite and Bukit Merah should never have been allowed on the same basis,” he said.

Penipuan
Nicholas Curtis kata nadir bami dalam keadaan mentah yang dibawa masuk dari Mount Weld di Australia tidak perlu mendapat kelulusan dari kerajaan Australia kerana dibawah undang-undang Australia, dengan jumlah radioaktif yang terkandung dalam nadir bumi ini, tidak dianggap sebagai bahan beradioaktif.

Fakta
Kerajaan Australia Barat menjelaskan dengan terang dan tegas bahawa SISA RADIOAKTIF dari negara luar tidak akan dibenarkan masuk kenegara mereka untuk penyimpanan atau untuk dilupuskan.  Jadi Nicholas telah menipu sebab kerajaan Australia secara terang menjelaskan ianya adalah SISA RADIOAKTIF.  Kerajaan Australia Barat memberi reaksi sebegini apabila aktivis Malaysia meminta kerajaan Australia menerima kembali sisa radioaktif dari LAMP diGebeng untuk disimpan dinegara mereka. Pelik dengan sikap dan kobodohan kerajaan Australia ini kerana nadir bumi itu adalah dari Mount Weld yang terletak diAustralia, jadi sisa radioaktif yang terhasil pastinya adalah kepunyaan Australia.  Jadinya kerana kebodohan kerajaan BN, nadir bumi adalah kepunyaan Australia, sisa radioaktif adalah kepunyaan Malaysia.  Syabas BN.

Curtis added that the concentrated material shipped to Malaysia had 1,600 ppm of thorium and was not considered by Australia “under is transportation guidelines to require even notification as being radioactive. It is not considered radioactive material.” He also dismissed fears of a similar mishap as Japan’s nuclear plants the Gebeng plant’s material had too low a level of radiation.

“The Western Australian government does not support the importation and storage of other countries’ radioactive waste,” the state government leader, Norman Moore told its parliament just last Thursday.

Jadi sudah terbukti bahawa Adnan Yaakob telah mengada-adakan cerita tentang kononnya sisa radioaktif boleh dikitar semula.  Malalui blog ini saya pernah meminta Adnan Yaakob menjelaskan bagaimana sisa radioaktif ini boleh dikitar semula sedangkan satu-satunya cara untuk menghapuskan sisa radioaktif adalah dengan menyimpan untuk suatu jangkamasa yang lama dalam persekitaran terkawal ataupun dengan menimbus kedalam bumi.

Terbuktilah segala kelentong dan penipuan yang telah dilakukan untuk mengaburi hati dan pertimbangan rakyat.  Sampai bila kita akan tunduk mengiakan apa saja yang diutarakan oleh Mat Salleh yang tidak menghormati hak kehidupan orang Malaysia.  Kerajaan Australia sendiri mengiktiraf ia sebagai SISA RADIOAKTIF dan ada seorang Mat Salleh datang pula ke Malaysia cuba meyakinkan kita bahawa ianya tidak merbahaya.
Cukuplah Malaysia diperlakukan sebegini rupa.  Sekarang kerajaan pula membuka peluang untuk rakyat Malaysia diperkotak katikkan oleh orang asing yang kononnya ingin membantu rakyat dan negara yang kita bina dengan keringat tulang empat kerat.

Kepada Nicholas Curtis, sebelum cuba cakap tak serupa bikin, hadiri dahulu kursus dibawah kerajaan BN, mereka cekap memutarbelitkan fakta sambil tersenyum.  Anda belum sampai tahap yang memuaskan dalam memutarbelitkan fakta kerana kami rakyat biasa pun dapat menghidu kelentong anda.

Penulisan Berkaitan

http://tahirnisa.blogspot.com/2011/03/siapa-peminjam-kepada-lynas-untuk-lamp.html

http://tahirnisa.blogspot.com/2011/03/adnan-yaakob-kata-air-beradioaktif.html

http://tahirnisa.blogspot.com/2011/03/rare-earth-processing-plant.html


Monday, 11 April 2011

KUEH BAKAR KATA - BN MENANG LAH

Kueh Bakar...saya tengok blog saudara dan rasanya saudara adalah orang Terengganu.  Kalau betul saudara berasal dari Terengganu pasti saudara tahu sejarah Terengganu dan jiran sebelah- Kelantan.  Kalau tak faham biar saya terangkan dengan jelas apa yang saya maksudkan.

Kita mulakan dengan Kelantan.

Imbas kembali sejarah Kelantan pada tahun 1990. Rakyat Kelantan sudah muak dan hilang kepercayaan terhadap Mohammed Yaacob yang telah menjadi Menteri Besar sejak 1978.  Rakyat Kelantan mahukan Mohammed Yaacob disingkirkan.  Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri telah dapat membaca dengan jelas isyarat dari rakyat Kelantan  dan juga dari calon-calon BN yang merasakan Mohammed Yaacob menjadi liabiliti kepada kerajaan BN Kelantan.

Tun Daim diutus oleh Tun Mahathir untuk menasihatkan Mohammed Yaacob untuk berundur dari bertanding dipilihanraya tahun 1990.   Tetapi Mohammed Yaacob lakukan sebaliknya, iaitu dia mengatakan mahu bertanding untuk satu penggal lagi. Itulah takdir Allah, keputusan Mohammed Yaacob memakan diri dan parti, BN tumbang dan sehingga sekarang tidak berjaya menawan kembali Kelantan.  Ini fakta ye, saudara kueh bakar.

Sekarang kita ke Negeri Terengganu yang dekat dihati kueh bakar.

Wan Mokhtar Ahmad telah menjadi Menteri Besar Terengganu sejak 1975, iaitu untuk 25 tahun sebelum ditumbangkan.  Apa yang terjadi pada tahun 1999.  Perkara sama yang berlaku di Kelantan pada tahun 1990 berlaku pula kepada Wan Mokhtar Ahmad. Tun Mahathir menasihatkan Wan Mokhtar untuk berundur tetapi dia juga meminta untuk bertanding satu lagi penggal.

Itulah keputusan yang telah menjatuhkan kerajaan BN di Terengganu.  Walaupun selepas satu penggal, kerajaan BN berkuasa kembali di Terengganu dan merampas kembali Terangganu dari PAS, tapi itu bukan isu sebenar kerana isu sebenar ialah sebuah kerajaan negeri boleh kalah atau disingkirkan oleh rakyat sekiranya isyarat yang telah diberikan oleh rakyat dipandang remeh oleh parti yang memerintah.

Sarawak memang bukan Kelantan dan juga bukan Terengganu, tetapi penduduk Sarawak mempunyai persamaan dari segi kekitaan dan semangat kenegeriaan yang tinggi dan ini juga yang terdapat pada rakyat Kelantan dan Terengganu.  Tidak mustahil untuk BN kalah di Sarawak.  Saya tidak kata BN AKAN KALAH DISARAWAK, TETAPI SAYA KATA BN WAJIB KALAH DI SARAWAK.

Bukan saya berseorangan dengan pendapat yang sebegini, tetapi ramai lagi yang merasakan sedemikian, cuma samada BN akan kalah atau tidak bukan berada di tangan kita semua, tetapi pada sokongan atau bangkangan yang akan diterima oleh BN dari rakyat sarawak.

Bagi saya, cukup-cukuplah rakyat Sarawak dan tak terkecuali rakyat Sabah hidup sebagai rakyat yang tertindas akibat pemerintahan yang tidak efisien.  

Kepada saudara Kueh Bakar, mungkin boleh tolong terangkan kepada saya dan kawan-kawan yang sependapat dengan saya tentang isu dibawah ini :-

KENAPA NEGERI-NEGERI PENGELUAR MINYAK TIDAK KAYA, TIDAK MAJU DAN TIDAK MENDAPAT HASIL YANG SEPATUTNYA DARI KERAJAAN BN?

KENAPA TERENGGANU DIBERIKAN WANG EHSAN OLEH KERAJAAN BN SEDANGKAN WANG ITU DATANGNYA DARI HASIL JUALAN MINYAK YANG DIGALI DI TERENGGANU?

KENAPA NEGERI SARAWAK MASIH MUNDUR (ADA TEMPAT YANG TIADA ELEKTRIK, AIR BERSIH DAN JALINAN JALAN RAYA) SEDANGKAN SARAWAK MENYUMBANG HASIL JUALAN MINYAK YANG BESAR KEPADA KERAJAAN BN?

Kepada semua pembaca, saya bukanlah seorang yang terkenal seperti tokoh-tokoh terkemuka, personaliti tv atau sebagainya, tetapi bila saya menulis, saya menulis berlandaskan fakta.

Apa anda rasa jika anak anda belajar disekolah yang tidak punya tenaga elektrik dan terpaksa menggunakan janakuasa diesel sepanjang masa sedangkan negeri kelahiran anda dan anak anda itu sebenarnya kaya dengan hasil bumi yang sepatutnya cukup untuk memberikan keselesaan untuk kehidupan yang harmoni.

Sunday, 10 April 2011

BN WAJIB KALAH DI SARAWAK

Sudah sampai masanya rakyat Sarawak bertindak berani untuk menolak politik kotor BN.  Segala kekayaan yang telah dikaut oleh orang-orang politik BN di Sarawak harus dihentikan.

Bakun dibina sebegitu lama dan dengan kos yang sangat tinggi tapi menjadi gajah putih kerana ianya tidak berguna kepada Semenanjung. BN buat keputusan tidak mahu melaksanakan projek pemasangan kabel bawah tanah merentasi Laut China Selatan untuk mengalirkan elektrik dari Bakun ke Semenanjung.  Tetapi bagi membina projek gajah putih ini ramai orang Penan dan suku lain telah dipindahkan, tanah diambil dan alam sekitar telah berubah sepenuhnya.  Selepas semua ini dilakukan, kerajaan BN kata Bakun tidak akan bekalkan elektrik ke Semenanjung dan sekarang sibuk nak buat Loji Penjanaan Elektrik berasaskan nuklear. 

Bakun juga tidak akan dapat mengalirkan elektrik ke pendalaman Sarawak kerana keadaan muka bumi yang tidak sekata dan sukar membuat menara untuk kabel elektrik.

Kerajaan BN Sarawak ingin menggunakan janakuasa Hybrid pula untuk menjana elektrik disekolah-sekolah dipendalaman Sarawak.  Kenapa Hybrid?  Sebab Loji Pemprosesan Nadir Bumi/Tanah Jarang dibangunkan di Gebeng Pahang akan dapat membekalkan mineral yang mencukupi untuk membuat janakuasa Hybrid. 

Tetapi kita semua sedia maklum pemprosesan nadir bumi akan menghasilkan sisa radioaktif yang sangat berbahaya kepada manusia dan hidupan.  Maka kerajaan BN sudah mula mengeksploitasi rakyat sendiri untuk kepentingan mereka.  BN berani lakukan semua ini sebab mereka ada kuasa majoriti untuk meluluskan sebarang cadangan dan projek yang berkepentingan kepada mereka.

PENIPUAN DAN KEBENARAN - DEEPAK JAIKISHAN

Sedikit sebanyak pembaca sudah tahu tentang penglibatan saya dalam bidang "interior fit out" untuk projek-projek berskala besar.  Sebenarnya sebelum memulakan perniagaan sendiri dengan keluarga, saya telah berkhidmat diindustri "oil & gas, interior fit out, project management dan juga sebagai special assistant".

Yang paling mencabar ialah bekerja sebagai special assistant kerana saya menjadi special assistant (pembantu peribadi) kepada dua tokoh perniagaan bumiputera yang banyak berurusan dengan kerajaan BN.  Seorang adalah kroni kepada Tun Mahathir Mohamad dan seorang lagi adalah seorang yang boros dan tidak amanah dalam tugasan.  Selepas mengetahui tentang sikap tidak amanah individu ini, saya tinggalkan pekerjaan sebagai pembantu peribadi dan tidak mahu lagi terlibat dengan mereka-mereka yang bersangkutan dengan orang-orang politik.
Sekarang biar saya terangkan betapa Deepak Jaikishan bercakap benar dan juga menipu dalam sidang media yang dia adakan untuk menidakkan "pembohongan" "pemfitnahan" yang kononnya dilakukan oleh Raja Petra terhadap dia.

Kalau sesiapa pernah ke Nilai 3, anda akan nampak sebuah bangunan menyerupai gudang dan berwarna merah diatas bukit betul-betul disimpang jalan masuk kekawasan Nilai 3.  Itu kepunyaan Deepak.  Syarikat Deepak, bahagian borong dan ibu pejabat pula terletak di kawasan industri di Sungei Besi berdekatan depoh Alam Flora.  Nama kumpulan syarikat Deepak adalah Carpet Raya Manufacturing Sdn Bhd.

Memang betul nama syarikat Deepak melonjak naik secara mendadak dan ini berlaku kerana kebanyakan dari "designer" yang dipertanggungjawabkan untuk mereka-cipta sesebuah "interior fit out" untuk jabatan-jabatan kerajaan, terutamanya untuk Putrajaya, menyenaraikan nama karpet, spesifikasi karpet dan pengeluar karpet sebagai produk yang telah dipilih dan wajib digunakan.  Cuba teka nama siapa ada di designer drawing.  Nama Carpet Raya dan karpet yang mereka simpan stok.

Dengan mewajibkan penggunaan karpet dari Carpet Raya, maka syarikat-syarikat interior fit out, tidak boleh membeli atau menggunakan produk syarikat lain untuk sesuatu projek tersebut.  Karpet keluaran Carpet Raya adalah rendah dari segi kualiti dan juga menggunakan bahan mentah bermutu rendah yang mudah terbakar.  Mungkin anda terpikir, karpet memanglah mudah terbakar.  Tanya pada pakar dan akan tahu bahawa ada karpet yang tidak mudah terbakar dan diperbuat dari nylon berkualiti tinggi dan didatangkan dengan sijil kelulusan dari makmal-makmal terkemuka didunia.  Namun semua karpet yang tidak mudah terbakar ini dikeluarkan di luar negara.

Jadi mesti anda terpikir, baguslah kalau kerajaan BN beli karpet dari Carpert Raya kerana ianya buatan Malaysia.  Jangan Tertipu, karpet yang dijual di Carpet Raya sebahagian besar adalah buatan China. Bagi kami, di syarikat-syarikat interior fit out, tidak berani memberi sebarang jaminan kepada pemasangan mahupun terhadap produk seperti ini.

Jadi apa yang Deepak katakan bahawa dia tak pernah berurusan dengan mana-mana jabatan kerajaan atau GLC untuk menjual produk keluaran Carpet Raya memang seratus peratus betul. Sebab Deepak berurusan dengan DESIGNER dan bukan dengan jabatan kerajaan atau GLC. Deepak mengaku bahawa Rosmah banyak memberi sokongan untuk produk yang dijual oleh Carpet Raya.  Jabatan kerajaan dan GLC hanya perlu memberi arahan kepada designer untuk menyenaraikan produk Carpet Raya dalam spesifikasi interior fit out dan Deepak boleh duduk tersenyum gembira kerana dia sudahpun memiliki projek tersebut tanpa perlu bersusah payah.

Pelanggan mempunyai hak mutlak untuk memberi arahan kepada Designer tentang produk dan jenama yang mereka mahu gunakan dalam interior fit out. Pelanggan adalah tuan punya projek dan dalam kes melibatkan projek di Putrajaya, pelanggan adalah kerajaan Malaysia. 

Cuba teka siapa berada dipihak pelanggan?  Rosmah dan Najib.  Jadi terbukti yang Deepak memang tidak bohong bila dia kata dia tidak pernah berurusan dengan jabatan kerajaan atau GLC. Sebab urusan itu telah dilakukan oleh ___________ bagi pihak Deepak(anda boleh teka nama siapa perlu diisi diruang kosong).

Kalau anda mahu melihat kualiti karpet untuk membuat perbandingan dengan mata kasar, sila ke Menara Maybank dan lihat mana-mana kawasan yang berkarpet, kemudian pergi ke mana-mana jabatan kerajaan di Putrajaya dan lihat pula karpet disana. Anda akan dapat mengagak dengan tepat betapa rendahnya kualiti karpet yang digunakan di Putrajaya.

Karpet di Menara Maybank ditukar pada tahun lepas dengan kos RM1.5 juta, tetapi bukan semua tingkat dtukar, tetapi cuma bagi tingkat-tingkat yang terpilih. Karpet yang digunakan di Menara Maybank adalah buatan syarikat Amerika Syarikat.  Petronas juga banyak menggunakan karpet keluaran Amerika Syarikat.

Friday, 8 April 2011

KERUSI PEJABAT TUN MAHATHIR GUNA KULIT LEMBU DARI INDIA

Saya pernah bekerja disebuah syarikat yang terlibat dengan "Interior Fit Out" untuk Putrajaya dan Seri Perdana.  Jadi banyak juga saya tahu tentang barangan yang digunakan dan dari mana ianya dibeli.  Saya terlibat dengan mengenal pasti "supplier" dan juga sedikit sebanyak terlibat dengan bahagian operasi dan implimentasi.

Kerusi kerja dibilik pejabat Perdana Menteri (Tun Mahathir Mohd) dikemaskan dengan kulit lembu yang diimpot khas dari India, manakala untuk Menteri dan Timbalan Menteri pula dengan kulit lembu yang diimpot dari Sepanyol.  

Ada sebuah balkoni diSeri Perdana pula dipasang batu marmar merah yang diimpot khas dari India.  Tun memang banyak menggunakan barangan atau kemasan yang didatangkan dari India.  Untuk bingkai pintu dikebanyakan kawasan di Pejabat Perdana Menteri pula, disetiap penjuru atas kiri dan kanan dihiasi ukiran pewter. 

Tapi yang saya tak boleh lupa sampai sekarang ialah melihat kepada "floor plan drawing" untuk Pejabat Timbalan Perdana Menteri...tertulis dengan jelas "Office of the Deputy Prime Minister of Malaysia - Datuk Seri Anwar Ibrahim".  Masa tu DSAI sudahpun menghadapi tuduhan liwat dan sedang menghadapi segala kekalutan dari BN dan pihak berkuasa tetapi saya bangga nama beliau masih tertera di "floor plan" dan "interior fit out drawing".

Untuk langsir dan kemasan kerusi-kerusi lain pula, Fella Design adalah pembekal fabrik.  Segalanya saya masih ingat dengan jelas sebab saya terlibat secara terus dengan projek-projek ini.

Segala kemasan dan barangan yang digunakan adalah dari kualiti yang sangat tinggi dan harga memang sangat mahal.  
Saya juga pernah terlibat dengan "interior fit out" untuk Petronas Twin Tower, Suria KLCC, Menara Maxis di KLCC dan banyak lagi projek "interior fit out" berskala besar dan menelan kos yang sangat tinggi.

Lantai marmar untuk Suria KLCC adalah sangat mahal.  Marmar itu dibawa khas dari Timur Tengah dan merupakan antara marmar berwarna "beige" yang pertama di Malaysia.  Kos marmar dan "hand-railing" untuk Suria KLCC termasuk pemasangan adalah hampir RM10 juta.

Banyak lagi kos yang saya tahu tetapi kalau nak cerita semuanya mungkin penulisan ini akan bertambah panjang.  Rasanya tentang projek lain bolehlah saya kongsi dengan pembaca dilain masa.

Thursday, 7 April 2011

RPK dan P. Waythamoorty - Penglipurlara atau Pejuang Bangsa?

Saya mengaku bahawa saya lambat mengenal Raja Petra Kamaruddin dan P. Waythamoorthy.  Saya mula tahu kewujudan RPK sewaktu beliau aktif berkempen untuk PR semasa Pilihanraya Umum yang lalu.  P.Waythamoorthy pula saya mula kenal sejak mengetahui tentang kewujudan Hindraf.

Saya kagum dengan kedua mereka tetapi ada sesuatu yang tidak kena dengan kedua mereka ini.  Mereka berdua tidak berada di Malaysia.  

Sejarah membuktikan Hang Tuah berjuang mempertahankan kedaulatan kesultanan Melaka dengan berada teguh ditanah Melaka, Mahatma Ghandi perjuangkan kemerdekaan negara India dengan berada bersama rakyat India sepanjang waktu sampailah saat kematian beliau, Nelson Mandela tidak pernah meninggalkan Afrika Selatan walaupun tahu akan ditentang habis-habisan oleh pihak kerajaan Apartheid, Anwar Ibrahim walau sebanyak mana pun dihina, dikeji, difitnah, dicemuh, tidak pernah meninggalkan perjuangan beliau dan senantiasa berada bersama rakyat Malaysia.

Jadi kenapa RPK dan Waythamoorthy tidak berada di Malaysia kalau benar mereka pejuang bangsa?  Bukankah pejuang bangsa memang akan menghadapi banyak kesukaran dalam memperjuangkan bangsa, agama dan negara.  Bukankah Yasser Arafat berjuang dinegara beliau sehingga ke hari kematian beliau.  Bukankah Nelson Mandela membiarkan diri beliau dipenjarakan berpuluh tahun dinegara sendiri dan tidak melarikan diri ke negara luar.  Bukankah semua pejuang bangsa seharusnya kental dalam mengharungi segala kesulitan yang mendatang.

Sebab inilah saya kagum dengan DSAI.  Beliau memang seorang pejuang bangsa yang tulen.  RPK dan Waythamoorthy, anda pikirlah sendiri, perjuangan adalah dimedan perang yang terletak ditanah tumpah darah anda dan bukan bertempat di tanah kepunyaan bangsa yang pernah menjajah kita.

Kembalilah ke Malaysia dan lakukan segala perjuangan dengan bersatu hati bersama rakyat Malaysia yang terlalu inginkan perubahan dalam sistem kepimpinan negara Malaysia.

Jangan terus menjadi penglipurlara yang berada jauh dari pandangan mata rakyat Malaysia yang memerlukan kepakaran dan kemampuan anda sebagai pembakar semangat untuk perjuangan yang belum selesai.

Wednesday, 6 April 2011

BLOGGER PRO BN MEMANG HEBAT-SEHEBAT PEMFITNAH TERULUNG

Blog-blog pro BN memang hebat.  Perkataan dan ayat yang ditulis mengambarkan nilai kemanusiaan dan keagamaan yang masih ada dalam diri mereka.  Bila saya membaca penulisan mereka, terasa kecewa dan takut pun ada juga.

Kecewa kerana semakin ramai memfitnah, menokok tambah cerita dan bermacam-macam lagi dilakukan untuk melariskan pengaiban.  Yang paling menyedihkan bila Tuan Guru Nik Aziz juga diaibkan dan dikutuk dengan bermacam perkataan yang kurang enak.  Yang hangat kini pula pengaiban terhadap DSAI.

Sebenarnya tujuan Datuk T mendedahkan video tersebut memang untuk mengaibkan DSAI.  Mereka tahu bukan mudah untuk membuat DSAI berundur.  Justeru mereka mahukan DSAI dimalukan dengan tomahan yang belum terbukti kesahihannya.  Sesiapa juga yang bersekongkol dengan Datuk T cuma mahu wujudkan situasi kesangsian terhadap DSAI dihati masyarakat Malaysia.

Bila ada kesangsian maka mudahlah BN mengeksploitasi penyokong DSAI untuk menyokong BN.  Biasanya perkara sebegini dilakukan dalam peperangan.  

Kepada sesiapa yang masih ingat dengan perang Teluk...askar Amerika Syarikat telah menyebarkan beribu-ribu risalah dikawasan yang diduduki oleh askar-askar yang setia kepada Saddam Hussein.  Intipati risalah itu menyatakan bahawa Saddam telah kalah dan telah menyerah diri, maka ini membuatkan askar-askar Iraq hilang tumpuan dan mula timbul kesangsian terhadap peperangan yang mereka hadapi.  Mereka mula berfikiran negatif tentang perjuangan mereka kerana secara halus Amerika Syarikat telah berjaya mengelirukan tumpuan askar-askar Iraq.

Semua ini dapat dilakukan oleh Amerika Syarikat dengan bantuan idea dari zionis Israel.  Amerika Syarikat dan zionis Israel menjadi pelakon utama drama penghancuran negara Iraq dari segi pemerintahan dan ekonomi.  

Kini taktik licik ini mula diguna pakai di Malaysia.   Penyediaan dan pendedahan video ini adalah untuk mewujudkan kebencian masyarakat Malaysia terhadap DSAI dan mereka  yang bertanggungjawab hampir berjaya melakukannya.

Tumpuan masyarakat juga telah beralih kepada isu video DSAI dari isu lain yang lebih besar seperti penyelewengan dan salah guna kuasa.

Ummi Hafilda berkata ada 18 video tentang DSAI yang disimpan dan ini dinyatakan Ummi sejak bertahun lalu tetapi tidak ada satu pun didedahkan sedangkan peluang untuk mendedahkan kesemua video itu senantiasa terbuka.  Ummi berkempen dengan bantuan BN maka sudah pasti untuk mendedahkan kesemua video itu tidak sukar sama sekali.  Tetapi ini tidak pernah dilakukan sehinggalah sekarang bila kerajaan Malaysia mempunyai perunding yang dituduh mempunyai sangkut paut dengan zionis Israel. Umum pun mangetahui perunding ini membenci DSAI diatas pendedahan yang pernah dilakukan oleh DSAI.
Fikirlah secara rasional, saya tahu saya bukan menulis sesuatu yang tidak mustahil berlaku.  Malaysia ditadbir oleh pemimpin yang mempunyai kerakyatan Malaysia tetapi mendapat nasihat dari individu/syarikat yang bukan warga Malaysia. 

Tuesday, 5 April 2011

KENAPA WAN AZIZAH TAKNAK TUNJUK JAM TANGAN OMEGA

Bagi saya, apa yang dilakukan oleh keluarga DSAI untuk tidak mempertontonkan jam tangan omega kepada media dan umum adalah betul dari segi taktikal.  Apa yang dilakukan dalam politik adalah sesuatu yang kadang nampak pelik tetapi dilakukan oleh satu-satu pihak itu atas dasar "tactical psychology".

Kita perlu sedar bahawa politik dunia adalah sama seperti suatu medan peperangan yang aktif berperang setiap masa.  Dalam peperangan yang melibatkan askar/tentera sekalipun, pihak yang berperang sudah tidak menitikberatkan kekuatan fizikal anggota tentera mereka, tetapi lebih menumpukan kepada "tactical game" dan "tactical psychology" untuk memenangi sesuatu peperangan.

Samalah dengan apa yang berlaku dalam isu video yang melibatkan DSAI, keluarga DSAI tidak mahu mengikut rentak yang cuba dipermainkan oleh pihak Datuk T, media dan blogger.  Simpan dulu bahan bukti tersebut sehingga ianya benar-benar akan menjadi senjata yang boleh menewaskan pihak musuh.

Semua ini telah dipelajari oleh keluarga DSAI dan penyokong setia beliau sejak beliau telah dieksploitasikan oleh pihak PDRM dan Kehakiman sewaktu kes liwat I.

Orang putih kata "once beaten twice shy"...maksudnya "sekali dah kena, perlulah lebih berhati-hati".

Sikap seorang wartawan yang meminta jam tangan omega itu dipertontonkan semasa sidang akhbar dikediaman DSAI membuktikan betapa ceteknya ilmu kewartawanan yang ada pada sebilangan wartawan dinegara kita ini.  

Kenapa masa Najib kata dia takde kena mengena dengan Altantunya, wartawan tak tanya mana buktinya Najib takde kena mengena dengan Altantunya?  Sebab wartawan tahu bahawa mereka bukan penyiasat tetapi adalah pelapur peristiwa.

Jadi wartawan tak perlulah melampaui batasan kerjaya mereka.