Wednesday, 6 November 2013

ORANG HUTAN

TAJUK LAGU: ORANG HUTAN
LIRIK & LAGU : tahirnisa.blogspot.com

TARIKH : 06 NOVEMBER 2013

Aku berjalan merentas hutan,
Menuju alam yang penuh kehijauan,
Aku membawa beribu pesanan,
Pesanan untuk sekelian alam,


Manusia kata jagalah hutan,
Manusia kata jagalah alam,
Manusia kata jagalah dunia,
Tetapi manusia jua talam dua muka


Manusia jua yang menebang hutan,
Manusia jua yang merosakkan alam,
Manusia jua yang menghancurkan dunia,
Manusia jua merosak segala


Pembangunan menjadi agenda utama, 
Hutan ditebang macam bapak kau yang punya,
Untuk dibina rumah untuk orang ternama,
Macamlah dibandar sudah tak punya tanah,


Empangan dibina tak pernah siap,
Sana-sini gali tapi apa pun tak jadi,
Orang-orang Penan di usir dari rumah,
Kononnya nak buat jalan ke syurga....


Chorus
ooooooo.....orang hutan, aku mahu jadi sabahat mu
ooooooo.....orang hutan, aku akan menjaga diri mu


Walau pun kita sama-sama mamalia,
Tetapi kita punya banyak yang berbeza,
Cumalah kita menjadi sahabat sementara,
Tak lebih dari itu dan bukan saudara,


Teringin aku membawa mu ke dunia ku,
Keluarlah kamu dari hutan yang tak terlindung,
Marilah kita berjalan ke kota,
Boleh ku tunjuk pada mu kehidupan yang meriah


Chorus
ooooooo....orang hutan, aku mahu jadi sahabat mu
ooooooo.....orang hutan, aku akan menjaga diri mu


Lebih baik aku berkawan dengan orang hutan,
Dari aku percaya pada manusia mata duitan,
Punya hati tapi dah macam separuh mati,
Sentiasa mahu mengambil tapi tak suka memberi


Orang masuk politik menjaja nama,
Orang masuk politik jadi gila kuasa,
Dari duk layan orang-orang begini,
Lebih baik aku layan orang hutan ini....


Chorus
ooooooo....orang hutan, aku mahu jadi sahabat mu
ooooooo.....orang hutan, aku akan menjaga diri mu

Tuesday, 22 October 2013

LAGU RAP : JERAWA TI, JERAWA TU

Aku kenal kau bukan sehari dua,
Sejak mula sekolah sampai kini mengganggur bersama,
Kau kata lepak jelah esok lusa boleh jadi model iklan berbayar,
Tapi kau tu pun bukan boleh bergaya depan kamera,

Kau kata kau wanita melayu sejati,
Tapi tak pernah makan beras jenama JATI,
Hari-hari kau makan macaroni dan spaghetti,
Sampai muka mu dah separuh macam orang Itali,

chorus
Jerawa ti, Jerawa tu, Muka mu penuh Jerawat Batu....
Jerawa ti, Jerawa tu, Muka mu penuh Jerawat Batu....

Sedar atau tidak kau tak pernah ambik kisah,
Kau mula bersikap macam wanita tak berapa solehah,
Mulalah kau nak tunjuk lagak macam artis ternama,
Kononnya dapat tawaran berlakon dalam siri drama,

Macam-macam kau cakap, aku pun tak faham,
Lidah kau dah berbelit macam keju kena peram,
Namun aku tetap anggap kau sebagai kawan,
Walau aku mengaku aku pun dah tak berkenan,

Chorus
Jerawa ti, Jerawa tu, Muka mu penuh Jerawat Batu....
Jerawa ti, Jerawa tu, Muka mu penuh Jerawat Batu....

Manusia hanya punya satu nama,
Tapi kau pulak dah macam tak ingat dunia,
Sampai satu masa kau akan sedar,
Bahawa dunia ini bukan kau yang punya,

Cubalah kau duduk sejenak beristighfar,
Merenung masa depan dan kesalkan masa silam,
Sudah-sudahlah nak jadi wanita sejati,
Silap-silap kau jadi wanita tak punya harga diri,

Chorus
Jerawa ti, Jerawa tu, Muka mu penuh Jerawat Batu....
Jerawa ti, Jerawa tu, Muka mu penuh Jerawat Batu....


lirik dan lagu oleh tahirnisa.blogspot.com
hak cipta terpelihara
sesiapa nak tiru, kena pelangkung baru tau

Wednesday, 2 October 2013

AKU DIMANSYAR DI PADANG MAHSYAR

KU PEJAMKAN MATA DAN TERBAWA DALAM LENA,
KE ALAM MAHSYAR YANG DIJANJIKAN AL MUHAIMIN,
KU LIHAT MANUSIA DIMANSYAR OLEH MALAIKAT YANG BERIMAN,
MENANTI WAKTU PENGADILAN AL-KHALIQ,

MINITIS AIR MATA KU DALAM LENA YANG SINGKAT,
TERBAYANG DIRI KU MENITI TITIAN SIRAAT,
BERJALAN SAMBIL BERDOA AGAR KU SAMPAI KE PENGHUJUNG,
AKU TERASA BETAPA RAPUHNYA PERJALANAN ITU,
TERKENANG DOSA YANG BELUM PUN SEMPAT AKU BERTAUBAT,
TERKENANG SEGALA NISTA YANG BELUM SEMPAT KU SESAL,

BERDUYUN MANUSIA TIDAK MAMPU BERSESAK,
DIKAWAL MALAIKAT YANG SETIA AKAN TUHANNYA,
SELANGKAH WAKTU KU RASA TIDAK BERMAYA LAGI,
DAN KU SEDAR BETAPA SESALAN TIDAK BERMAKNA LAGI

TITIAN INI MEMAKAN SEGALA KERINGAT KU YANG ADA,
DOA DAN HARAPAN SUDAH MELAMPAUI MASA,
WAKTU SUDAH BERLALU NAMUN KU MASIH MENGEJAR,
AKAN PENGAMPUNAN YANG TIDAK AKAN KUNJUNG TIBA

SELAMA HIDUP KU LUPA AKAN MU YA AL JABBAR,
SELAMA DI TITIAN AKU ASYIK TERINGAT KAN MU YA AL GHAFFAR,

TITISAN AIR MATA KU MEMBANGKITKAN KU DARI LENA,
KU BUKA MATA KEMBALI KE DUNIA YANG FANA,
DALAM KESEDARAN AKU MENANGISI SEGALANYA,
BETAPA SELAMA INI DIRIKU.....
JAHIL MERAJA PENUH KESOMBONGAN,
ANGKUH TERJATUH KE DASAR KEDURJANAAN,

YA ALLAH, TUHAN YANG ESA,
HANYA KAU LAYAK MENGAMPUNKAN DIRI KU,
HANYA KAU LAYAK MENGHUKUM SEGALA DOSA-DOSA KU,
HANYA KAU LAYAK MEMBERI KU KEBERKATAN,
HANYA KAU LAYAK MEMBERI KU KEINSAFAN

nukilan tahirnisa.blogspot.com UNTUK KITA YANG BERNAMA INSAN DAN HAMBA ALLAH YANG HARUS KEMBALI KEPANGKAL JALAN.

Friday, 2 August 2013

INGAT PADA ALLAH...DAN ALLAH AKAN MEMBERKATI KITA

BILA KITA LUPA DAN LALAI TERHADAP ALLAH, KITA AKAN DIPIMPIN SYAITAN DALAM SUATU PERJALANAN YANG MENYERONOKKAN, NAMUN ALLAH PULA TIDAK PERNAH LUPA PADA KITA DAN ALLAH AKAN MENUNGGU SAAT KITA SEDAR AKAN KESILAPAN KITA DAN BERTAUBAT, DAN ALLAH AKAN MEMERINTAHKAN PARA MALAIKAT MEMIMPIN KITA KEMBALI KE JALAN KEBENARAN DAN AKAN DISEDIAKAN UNTUK KITA KENDERAAN YANG DIPERBUAT DARI NUR KEIMANAN, SELAMA MANA KITA TIDAK LALAI. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK PERNAH ALPA DAN LALAI DALAM MENJAGA KEBAJIKAN HAMBANYA.

******************************************************************

YOU NEED TWO SHOULDERS, TWO HANDS, TWO LEGS, TWO SIDES OF THE BRAIN, TWO PARTS OF YOUR ABDOMEN, TWO PARTS OF YOUR HEART AND TWO PARTS OF YOUR KIDNEY TO BE A PERFECT HUMAN....BUT YOU NEED ONLY ONE ALLAH TO MAKE YOU BECOME A PERFECT HUMAN.


********************
**********************************************

WAKTU HIDUP KITA SERONOK DENGAN KEHIDUPAN, BERBUAT DOSA BAGAIKAN MEMINUM AIR DIKALA KEHAUSAN....WAKTU DIAMBANG KEMATIAN, KITA TERCUNGAP-CUNGAP MENCARI LIDAH UNTUK MENGUCAP SYAHADAH PENUH KEINSAFAN....PADA WAKTU ITU MALAIKAT MAUT BERTANDANG MEMBAWA SALAM PENGAKHIRAN PERJALANAN, MENJALANKAN TUGAS UNTUK MEMISAHKAN ROH DARI JASAD UNTUK DISERAH KEPADA ALLAH YANG MENJADI PEMILIK MUTLAK SEKELIAN ALAM....WAKTU HIDUP KITA SIA-SIAKAN, WAKTU KEMATIAN KITA LUPA-LUPAKAN, WAKTU BERLALU KITA BAZIR-BAZIRKAN, WAKTU DIKUBUR KITA DALAM KETAKUTAN...KENAPA KITA PILIH JALAN INI, SEDANGKAN ALLAH TELAH MEMBINA UNTUK KITA JALAN YANG SEMPURNA YANG MEMBAWA KITA KE ALAM YANG PENUH KEBERKATAN...


********************
**********************************************

SUJUDLAH PADA ALLAH, SESUNGGUHNYA SUJUD MU ITU TIDAK AKAN MENJADIKAN KAMU SEMISKIN FAKIR, TIDAK AKAN MENJADIKAN KAMU SEKAYA FIRAUN, TETAPI SUJUDMU AKAN MENJADIKAN MU INSAN TERPILIH DISISI ALLAH DAN RASULNYA DAN KAMU AKAN DIRAHMATI DENGAN WANGIAN SYURGA YANG TIDAK AKAN MAMPU SESIAPA PUN MENJADI PEMILIKNYA MELAINKAN DENGAN KEHENDAK DAN IZIN ALLAH YANG MAHA KAYA


********************
*********************************************

APA YANG KITA SANGKA MALANG RUPANYA AKAN MERINGANKAN BEBAN DOSA KITA DIDUNIA, APA YANG KITA SANGKA KESERONOKAN AKAN MENAMBAHKAN BEBAN DOSA KITA UNTUK KE AKHIRAT, MAKA KETAHUILAH BAHAWA ALLAH MAHA PENGASIH TERHADAP HAMBANYA YANG TERDETIK WALAU SEKECIL TITISAN NILA UNTUK BERTAUBAT, DAN KETAHUILAH BAHAWA ALLAH AKAN MEMANDU HAMBANYA KELUAR DARI NERAKA JAHANAM WALAUPUN HAMBA NYA ITU BELUM SELESAI URUSAN TAUBATNYA SELAMA MANA HAMBA NYA ITU IKHLAS MENYEBUT NAMA PENCIPTA NYA TANPA ADA KERAGUAN WALAU SEKECIL BUTIR PASIR DIPANTAI TENTANG KEBESARAN DAN KEBENARAN ALLAH DALAM MERENCANAKAN KEHIDUPAN NYA. SUBHANALLAH.

Thursday, 26 July 2012

DATUK SERI NAJIB...KARUT KOMEDIA

Manusia yang tersepit dalam kesusahan dan kesukaran pasti akan mencari bermacam cara untuk keluar dari kesusahan dan kesukaran tersebut.  Datuk Seri Najib adalah seorang manusia yang terdesak untuk mengeluarkan diri beliau dari keadaan susah dan sukar ini.  Kesusahan apa? Kesukaran apa?

Susah untuk meyakinkan mereka-mereka yang melihat beliau dan keluarga beliau bahawa mereka mempraktikkan Islam yang sebenar.   Sukar untuk meyakinkan mereka-mereka yang mendengar kata-kata beliau bahawa beliau dan kerajaan beliau mengamalkan pentadbiran berlandaskan syariah yang di tuntut dalam Islam.  

Sewaktu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau mengistiharkan Malaysia sebagai negara Islam dan Malaysia menjadi satu-satunya negara Islam di dunia yang mempunyai kasino bertaraf dunia dan pusat pelacuran yang tumbuh bak cendawan.  Islam sangatlah kita ini ye!  Terima kasih Tun kerana pernah mencuba untuk mengIslamkan kerajaan anda yang tersepit dalam kemelut politik duniawi.

Kini anak didik Tun, Datuk Seri Najib pula mula menggunakan Islam sebagai senjata dan alat untuk memancing populariti dan undi. Dalam suratkhabar The Star ada kenyataan dari Datuk Seri Najib bahawa pentadbiran kerajaan Malaysia senantiasa dijalankan berlandaskan syariah.  Petikan dari penulisan di The Star boleh dibaca melalui "link" seperti di bawah:-


 
Islam sangatkah anda dan kerajaan anda? Islam sangatkah anda dan keluarga anda?  Adakah Datin Seri Rosmah sudah belajar cara yang betul untuk bertudung? Adakah anak-anak anda sudah belajar untuk hidup dalam kesederhanaan dalam keIslaman yang sebenar?  Adakah kerajaan anda sudah bersedia mengguna-pakai Hukum Hudud berlandaskan Al-Quran dan Sunnah? Adakah kerajaan anda sudah bersedia menghapuskan percukaian yang haram untuk umat Islam? Adakah kerajaan anda sudah bersedia untuk memberhentikan perjudian dan maksiat? Adakah kerajaan anda sudah bersedia untuk menghentikan penjualan minuman beralkohol yang memabukkan?

Di atas itu, cuma sebahagian dari persoalan yang pasti memberi jawapan TIDAK, TIDAK, TIDAK dan pasti TIDAK.  Jadi Islam sangatkah kita ini? Islam sangatkah kerajaan Malaysia ini?  Islam sangatkah pentadbiran Malaysia?   Di mana keIslaman dititik beratkan?  Kalau Datuk Seri Najib mengaku mengamalkan syariah setakat dalam ekonomi dan penjanaan duit dari Bursa Malaysia, tak usahlah diperbesarkan.  Tak perlu renung jauh, perbankan Islam di Malaysia pun tidak menepati kehendak syariat Allah s.w.t., justeru tak usahlah nak heboh sangat tentang pentadbiran yang kononnya berlandaskan syariah.  Sehingga kini ada ulama yang mempersoal status pelaburan dan agihan keuntungan yang dilakukan oleh bank-bank Islam di Malaysia.  Adakah benar-benar menepati syariat Allah s.w.t. atau setakat menepati syariah ciptaan manusia yang ilmunya tak seberapa.

Percukaian yang dikenakan terhadap umat Islam di Malaysia adalah HARAM. Aktiviti perjudian dan minuman keras yang dijalankan dimana jua adalah HARAM.  Cukai yang dikutip dari aktiviti perjudian dan minuman keras adalah HARAM. Orang Islam yang bekerja dan mengambil gaji atau apa juga bayaran dengan syarikat yang terlibat dalam aktiviti minuman keras dan perjudian adalah HARAM.  Banyak lagi perkara HARAM yang dilakukan setiap masa dan setiap waktu oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib termasuklah dalam soal kehidupan peribadi keluarga beliau dan menteri-menteri beliau.  Adakah semua ini berlandaskan SYARIAT Allah s.w.t.?

Jangan menggunakan Islam sebagai alat untuk mengalimkan yang tidak alim dan menghalalkan yang tidak halal.

Friday, 20 July 2012

SALAM RAMADHAN AL-KAREEM

When we mull over possibilities, we should pause and seek the desire of Allah s.w.t. and He would bestow on us the destined. There are no avenues for bargaining as He is not the one that brought you the mess that you are in, whereas He is the one that would safely guide you to the path that would enlighten your journey to serve Him at an endless world. 
From Tahirnisa & Family, Salam Ramadhan and may all of us become the true believers of Allah s.w.t. and His beloved prophet Muhammad s.a.w.

Monday, 11 June 2012

ORANG POLITIK MEMBINA MASJID?

Sudah lama saya tidak membaca email dan juga tidak menjenguk blog tahirnisa.  Sakit lama datang kembali justeru saya berehat untuk beberapa ketika.  Hari ini dapatlah saya membaca email dan agak menghairankan bila saya membaca komen seorang pembaca blog tahirnisa yang memberikan komen berkenaan penulisan saya bertajuk "Antara Pengemis dan Orang Politik...".  Penulisan saya berkenaan tajuk tersebut merupakan sesuatu yang sudah sebati dalam diri saya sejak dari kecil lagi.  Sesuatu yang saya tuliskan bukanlah sekadar untuk "tangkap-muat" bagi meraih populariti.  Bila saya membaca komen Damak, saya merasakan bahawa Damak merasakan yang penulisan saya tidak mempunyai kebenaran.

Saya menghargai komen dari Damak, tetapi saya merasakan bahawa, Damak melihat isu ini dari sudut yang berbeza.  Mungkin Damak seorang ahli politik, penyokong ahli politik dan penokong sesebuah parti politik.  Bagi saya apa dan siapa Damak bukanlah suatu isu, tetapi pandangan Damak berkenaan pengemis yang dipandang lebih rendah martabat dibandingkan dengan ahli politik adalah sesuatu yang sedikit mengguris hati saya.  Pandangan Damak bahawa ahli politik membina Masjid dan Surau juga amat mengelirukan dan saya juga merasakan Damak kurang faham berkenaan tanggungjawab kepimpinan dalam berpolitik.

Kenapa saya masih mengatakan bahawa pengemis adalah lebih mulia dari ahli politik?  Pengemis yang saya maksudkan dalam penulisan saya bukan hanya orang-orang yang mengemis ditepian jalanan, tetapi saya juga memaksudkan mereka-mereka yang daif dalam kehidupan dan memerlukan bantuan dari masyarakat umum.  Sekiranya "ahli politik" menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah, adakah akan ada kedaifan yang memungkinkan individu menadah tangan meminta simpati dari masyarakat umum?  Sekiranya "ahli politik" menjalankan segala tugasan sebagai pemimpin bangsa dan negara dengan penuh kejujuran, adakah akan wujud jurang yang begitu besar antara orang kaya dan orang miskin?  Sekiranya "ahli politik" benar-benar tidak tidur malam dan asyik memikirkan tentang apa kebaikan yang mereka hendak lakukan kepada masyarakat setempat, adakah masih akan ada kampung-kampung yang tidak mempunyai air dan tenaga elektrik?

Banyak lagi isu yang saya boleh persoalkan berkenaan "ahli politik".  Namun yang paling menarik perhatian saya berkenaan komen yang diberikan oleh Damak adalah, saya (tahirnisa) tidak tahu bersyukur dengan adanya "ahli politik" yang membina Masjid dan Surau untuk kita bersolat dan mengejar pahala.  Saya rasa penulisan Damak ini dalam mempersoalkan kesyukuran adalah sesuatu yang keterlaluan.  Kenapa perlu mempersoalkan kesyukuran dalam isu ini sedangkan membina Masjid dan Surau adalah suatu tanggungjawab muslim yang berkemampuan.  Sebagai pemimpin dan ahli politik, memang menjadi tanggungjawab mereka untuk mendapatkan peruntukan bagi membina Masjid dan Surau. Kalau itu-pun mereka tidak dapat lakukan, mereka bukan hanya akan menerima balasan dari umat Islam di dunia ini, bahkan akan menerima pembalasan yang setimpal dari Allah s.w.t.  Adalah lebih tepat untuk saya katakan bahawa ahli politik yang seharusnya bersyukur kerana negara dikurniakan oleh Allah s.w.t. dengan rezeki yang melimpah dan rakyat yang berkerja keras dan membayar zakat yang membolehkan urusan pembinaan Masjid dan Surau dilaksanakan oleh ahli politik dengan mudah. (saya hanya menyebut pembayaran zakat dan tidak menyatakan pembayaran cukai kerana sekiranya Masjid dan Surau dibina dengan duit hasil pendapatan cukai maka akan menjadi Haram untuk kita bersolat didalamnya kerana cukai yang dikelolakan di Malaysia berunsur riba dan turut membabitkan pembayaran cukai dari perniagaan yang berunsur maksiat, riba, perjudian dan lain-lain yang diharamkan bagi umat Islam).

Saya akan bersyukur sekiranya ahli politik dapat mengimamkan solat, mengimarakkan Masjid dan Surau dengan aktiviti-aktiviti yang membina keutuhan ummah dan perpaduan rakyat, mendahulukan Islam, Allah dan Rasulullah dalam segala urusan yang dijalankan, menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam mengurus dan memimpin dan juga menjaga kesucian dan keagungan Islam yang tercinta.  Adakah semua ini disentuh oleh Damak?  Mana yang lebih penting? Walaupun membina masjid dan surau adalah penting, namun yang lebih penting ialah mengimarakkan Masjid dan Surau? 

Kata-kata Damak berkenaan ahli politik membina Masjid dan Surau memberi peluang untuk kita merebut pahala samalah seperti orang yang membeli Al-Quran yang cantik-cantik dan mahal, tetapi tidak tahu menghafaznya.  Adakah ini dinamakan pahala?  Kenapa bukan ahli politik yang menjadi imam? Kenapa tidak ahli politik yang memimpin aktiviti-aktiviti keagamaan di Masjid-Masjid dan Surau?  Kepada Damak, jangan jadikan urusan agama yang memang WAJIB dilaksanakan oleh seorang pemimpin itu sebagai sesuatu yang rakyat harus jadikan sebagai ukuran keperibadian seseorang pemimpin atau ahli politik.  Saya kenal ahli politik yang minum arak sampai mabuk tetapi pada keesokan hari hadir ke masjid untuk bersolat.  

Kata-kata sinis Damak berkenaan pengemis yang diibaratkan sebagai Ibrahim Libya di Memali amatlah tidak wajar.  Pengemis adalah pengemis, penipu bukan pengemis dan pengganas juga bukan pengemis.  Jangan membangkitkan isu tabung Memali yang dikatakan hilang begitu sahaja, kerana banyak lagi tabung yang dikelola oleh pemimpin dan ahli politik sering disalah urus.  Kewangan negara yang diuruskan oleh Menteri Kewangan dan Kabinet juga merupakan suatu tabung yang diamanahkan oleh rayat untuk diurus dengan jujur, amanah dan berhemat.  Adakah tabung tersebut diurus dengan Jujur? Amanah? Berhemat?  Kalau memang diurus dengan jujur, amanah dan berhemat, kenapa timbul laporan-laporan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang menegur dan mempersoalkan pengurusan dan perbelanjaan yang tidak ditadbir dan tidak diurus dengan baik?

Banyak lagi yang saya boleh huraikan berkenaan isu ini tetapi buat masa ini cukuplah sekadar ini.  Bagi Damak yang menegur saya sebagai berpemikiran "sempit", kamu ukur dulu kesempitan laluan kehidupan yang Allah s.w.t. rencanakan untuk kamu.  Semua manusia akan melalui laluan itu dan kamu tidak terkecuali.

Sunday, 13 May 2012

IBU - INSAN TERPILIH UNTUK KELAHIRAN KITA

Kelahiran adalah suatu tabiat biasa di dunia kita ini.  Setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat ada individu yang menempuh kelahiran dan berlakulah kelahiran insan ke alam yang dikuasai Allah s.w.t.  Bagi sesetengah orang, kelahiran adalah sesuatu yang biasa.  Tetapi ada juga insan yang melihat kelahiran sebagai sesuatu yang istimewa, suatu kurniaan, suatu permulaan takdir kehidupan, suatu permulaan kepada perhambaan kepada Allah s.w.t. dan juga sebagai permulaan langkah menjadi insan yang soleh.

Kelahiran tidak akan berlaku tanpa adanya insan yang bergelar wanita.  Tanpa wanita lelaki juga tidak akan wujud.  Tanpa wanita, lelaki juga tidak akan dapat menjulang waris keluarga dan tanpa wanita, lelaki juga tidak akan dapat mencium bau syurga.  Terlalu banyak peri-pentingnya wanita dalam kehidupan kita, samada kita ini lelaki atau pun wanita kita perlu akur akan kehebatan wanita itu sendiri.  Wanita adalah suatu kumpulan yang mempunyai keistimewaan yang tidak diberi Allah s.w.t. kepada mana-mana makhluk ciptaanNya yang lain.  Wanita adalah satu-satunya makhluk Allah s.w.t. yang dapat melahirkan anak yang empunya akal dan hati.  

Kelahiran akan menjadikan wanita itu seorang ibu.  Suatu pangkat yang tidak boleh dimiliki oleh seorang lelaki.  Kelahiran akan membolehkan seorang wanita menggandakan nilai kasih sayang.  Kelahiran juga mengurniakan wanita dengan darjat yang lebih tinggi dan mulia di sisi Allah s.w.t. dan Rasullullah s.a.w.  Semua ini tidak boleh dimiliki oleh seorang lelaki.  Ibu adalah suatu darjat yang mulia, lebih mulia dari darjah kebesaran, lebih hebat dari pangkat yang diberi pihak kerajaan, lebih besar dari ilmu yang dituntut di menara gading, lebih hebat dari pangkat yang disandang dalam pekerjaan dan lebih mulia dari pangkat yang diberi kepada alim ulama.

Ibu bukanlah seorang insan yang lemah tetapi kehebatan dlm menjaga kandungan selama hampir 9 bulan dan kecekalan dalam melahirkan kandungan tersebut adalah suatu kekuatan yang tidak dimiliki oleh golongan lelaki.  Lelaki adalah insan yang di ciptakan Allah s.w.t. untuk menjadi pelindung kepada ibu, isteri, anak dan keluarga.  Sebagai pelindung, tugas seorang lelaki adalah untuk menjadikan iman dan takwa sebagai tunjang pentadbiran keluarga dan pengurusan insaniah.

Kepada individu yang mengabaikan ibu, anda adalah manusia yang lebih hina dari binatang yang memakan najis sendiri.  Anda dilahirkan kedunia ini oleh ibu anda, dibesarkan dengan kasih sayang, ditatang bagai putera dan puteri impian, tetapi anda menjadi manusia yang umpama kayu yang hanyut di arus sungai.  Anda seharusnya malu dengan perlakuan anda yang mengabaikan insan yang sanggup menerima takdir Allah s.w.t. untuk menjadikan diri mereka sebagai pintu masuk anda ke dunia ini.  Setelah diberi kehidupan, anda pula bersikap seperti binatang dan mula menyisihkan ibu anda untuk kepentingan peribadi dan keduniaan.  

Lupakah kita bahawa syurga itu di telapak kaki ibu.  Insaflah dan berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu anda dan insyaAllah, Allah s.w.t. tidak akan mensia-siakan kasih sayang anda itu kerana ianya akan dibalas dengan syurga yang kekal abadi. 

Walau setinggi mana pun pangkat yang kita ada, walau sekuat mana pun sokongan yang kita terima, walau sehebat mana pun kegigihan kita dalam urusan dunia, tanpa restu dan doa dari seorang ibu, hidup kita adalah sia-sia.

SELAMAT HARI IBU KEPADA IBU, IBU MERTUA DAN ISTERI SAYA. SEMOGA ANDA AKAN SENTIASA DIBERI KESIHATAN YANG BAIK DAN DILINDUNGI OLEH ALLAH S.W.T. DALAM URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT. 

 


Thursday, 10 May 2012

NASIB SEORANG INSAN

Pernah suatu ketika dulu saya rasa berbangga dengan kerajaan Malaysia yang amat mementingkan pembangunan secara total tanpa mengenepikan kemakmuran dan perpaduan yang sedia wujud dikalangan rakyat jelata.  Tetapi mungkin pada waktu itu saya kurang memahami istilah berpolitik atau tidak berapa berminat untuk mendalami salasilah politik negara.

Kini setelah mengenali politik dan hidup dalam suasana masyarakat yang mulai sensitif berkenaan sesetengah perkara, saya mula memahami bahawa kehidupan tidaklah begitu indah, kemakmuran tidaklah begitu kukuh dan pemuafakatan antara kaum sebenarnya sudah mula tiada nilai.  Bangsa dan negara adalah dua perkara yang menjadi perdebatan hampir setiap hari.  Persoalan siapa empunya negara Malaysia ini sentiasa menjadi perbualan dan sering mencetuskan polimik politik yang tidak sihat dan bakal menghancurkan saki baki kesejahteraan dan keselamatan sosial yang sedia wujud dalam masyarakat kita ini.

Adakah Malaysia ini milik bangsa Melayu? Adakah Malaysia ini milik penganut agama Islam? Adakah Malaysia ini milik bangsa lain? Adakah Malaysia ini milik penganut agama lain?  Adakah politik itu hak tunjang orang-orang Melayu?  Adakah pemuafakatan itu bukan lagi suatu intipati yang menjamin keselamatan sosial?  Persoalan-persoalan ini dijawab dalam pelbagai nada dan bahasa.  Apa juga jawapan yang diberi, kita tidak sedar bahawa kesemua persoalan di atas adalah tidak relevan untuk menjamin kewujudan suatu negara yang aman dan progresif.

Selama Malaysia mencapai kemerdekaan, kita hidup dalam suasana masyarakat yang majmuk.  Kita menjadikan jiran dan kawan sebagai penyeri kehidupan dengan berkongsi adat, budaya dan perayaan.  Kita menjadikan pemuafakatan itu suatu istilah yang mudah difahami dan dituruti.  Kita menjadikan keselamatan sosial sebagai suatu kewajipan yang perlu dipelihara.  

Tetapi itu dulu, dulu yang tidak akan kembali kepangkuan kita. Soalnya kini, adakah semua yang tertulis berkenaan masyarakat majmuk, penyeri kehidupan, pemuafakatan dan tanggungjawab keselamatan sosial itu masih menjadi amalan kita pada hari ini?  Yang menjadi amalan adalah "angin perubahan".  Angin perubahan yang melanda suasana politik di negara kita ini dijangka akan membawa tsunami politik yang hebat.  Dikatakan juga angin perubahan ini dapat membina bangsa yang lebih gagah dan berani mempertahankan maruah negara.  Benarkah ini telah dicapai?

Yang saya lihat, angin perubahan ini telah bertiup ke arah yang salah, ianya telah mewujudkan bangsa yang berani tetapi penuh keegoan, penuh ketakburan, penuh kehancuran.  Siapa kata tiupan angin boleh dikawal oleh manusia?  Hanya Allah s.w.t. boleh mengawal sesuatu itu.  Maka manusia meniupkan angin perubahan kemudian membiarkan angin itu bertiup di luar kawalan.  Angin perubahan ini telah menjadikan kita sebuah masyarakat yang tiada maruah, kurang pintar, tiada kesopanan, lupa daratan dan  melayan keegoan yang melampaui batasan.

Saya tidak suka kehidupan yang terdapat didepan mata kita ini.  Saya tidak suka kepada cerita-cerita yang terbit membunuh maruah dan jati diri individu, keluarga dan masyarakat.  Saya tidak suka kepada berita yang memanaskan telinga untuk dijadikan bahan melayan nafsu politik yang sempit.  Saya tidak suka kepada suasana masyarakat yang sudah tidak kenal peri pentingnya perpaduan.  Saya tidak suka kepada keadaan dimana kerajaan diterajui oleh puak-puak yang bermain dengan nasib dan emosi mereka yang kurang berkemampuan.  Saya tidak suka rakyat dijadikan boneka pertunjukan yang tidak berkesudahan.  Saya tidak suka kepada masyarakat yang tidak peduli peri pentingnya iman dan Islam.  Saya tidak suka kepada kerajaan yang berbangga dengan binaan masjid tetapi tidak tahu mengimarakkannya.  Saya tidak suka kepada suasana dimana ulama digelar sebagai bapa kekafiran.  Saya tidak suka kepada suasana orang Islam memakan duit hasil yang haram dan mengembangkan salasilah keluarga berdagingkan dan berhatikan syaitan yang penuh durjana.

Saya tidak mengatakan semua ini tanpa melihat apa yang berlaku di persekitaran.  Individu manapun akan bersetuju tentang kerapuhan iman dan keruntuhan perpaduan dalam masyarakat kita kini.  Hanya mereka yang buta hati tidak akan dapat melihat semua ini.  Bagi mereka yang mengaut keuntungan melalui keruntuhan akhlak dan keruntuhan perpaduan antara kaum, sudah pasti mereka ini akan terus memperjuangkan kemusnahan yang lebih ketara.  Syarikat yang membuat senjata tidak akan kata senjata itu berbahaya, tetapi mereka akan kata senjata itu untuk mempertahankan diri sewaktu dilanda bahaya, tetapi adakah mereka mengambil langkah untuk memastikan senjata itu tidak digunakan untuk tujuan yang berbahaya?  Itu bukan tugas mereka, tugas mereka adalah sekadar bercakap manis di mulut untuk menunjukkan bahawa "mereka kisah".  Begitu jugalah kepada pihak pemimpin samada di belah parti memerintah ataupun parti pembangkang.  Semuanya melakukan kemusnahan untuk kepentingan peribadi tetapi beralasankan untuk kesejahteraan rakyat jelata.

Berapa ramai pemimpin yang tahu apa makna iman dan Islam yang sebenar? Berapa ramai pemimpin hormat "rakyat jelata"? Berapa ramai pemimpin tahu apa makna perpaduan?  Berapa ramai pemimpin tahu apa makna keselamatan sosial?  

Samada kita ini diperbodohkan atau kita memang sudah tersedia bodoh untuk digulakan oleh mereka-mereka ini.  Hidup bukan untuk keduniaan semata-mata tetapi adalah untuk menemui Allah s.w.t. di akhirat yang hakiki.  Hidup bukan untuk dijadikan medan peperangan yang menghiburkan dan menguntungkan, tetapi hidup adalah untuk mengumpul untung dan rugi kerohanian untuk dibawa sebagai bekal sebelum dipersembah dihadapan Allah s.w.t.  Hidup bukan suatu permainan yang tidak punya penyudah, tetapi hidup ini akan berkesudahan dengan kesudahan yang tidak akan dapat disangkal oleh mana-mana hamba Allah s.w.t.  Kita akan hancur, akan kembali kepada Allah s.w.t. untuk dipertontonkan kebaikan kita, keimanan kita, kekufuran kita, kedaifan kita, kejahatan kita dan segalanya yang Allah s.w.t. ingin dipertontonkan.  Kita pula akan dapat menonton samada kemurkaan Allah s.w.t. ataupun kemaafan dan kasih sayang dari Allah s.w.t.  yang menjadi bekal kita sepanjang kehidupan di dunia yang tiada kesudahan dan tiada kehancuran.

Ya Allah ampunkan hamba Mu yang sering menguji kesabaran Mu dan izinkanlah kami manjadi hamba Mu yang dapat mencium wangian syurga Mu yang abadi.

Tuesday, 3 April 2012

SOMETHING ABOUT THORIUM-232-LYNAS

Thorium was discovered in 1828 by the Swedish chemist Jons Jakob Berzelius. After determining that it was a new element, Berzelius named his discovery after the Norse god of thunder and weather, Thor. Thorium was discovered to be radioactive independently in 1898 by Gerhard Carl Schmidt and by Marie Curie.

Almost all thorium is natural, but, thorium isotopes can be artificially produced. Thorium occurs at very low levels in virtually all rock, soil, and water, and therefore is found in plants and animals as well. Minerals such as monazite, thorite and thorianite are rich in thorium and may be mined for the metal. Generally, artificial isotopes come from decay of other man-made radionuclides, or absorption in nuclear reactions.

Thorium is a soft, silvery white metal. Pure thorium will remain shiny for months in air, but if it contains impurities it tarnishes to black when exposed to air. When heated, thorium oxide glows bright white, a property that makes it useful in lantern mantles. It dissolves slowly in water. Thorium-232 has a half-life of 14 billion (14x109) years, and decays by alpha emission, with accompanying gamma radiation. Thorium-232 is the top of a long decay series that contains key radionuclides such as radium-228, its direct decay product, and radon-220. Two other isotopes of thorium, which can be significant in the environment, are thorium-230 and thorium-228. Both belong to other decay series. They also decay by alpha emission, with accompanying gamma radiation, and have half-lives of 75,400 years and 1.9 years, respectively.

Thorium has coloring properties that has made it useful in ceramic glazes. But, it has been most widely used in lantern mantles for the brightness it imparts (though alternatives are replacing it), and in welding rods, which burn better with small amounts of added thorium. Thorium improves the properties of ophthalmic lenses, and is an alloying agent in certain metals used in the aerospace industry. More than 30 years ago, thorium oxides were used in hospitals to make certain kinds of diagnostic X-ray photographs. But, this practice has been discontinued.

Natural thorium is present in very small quantities in virtually all rock, soil, water, plants and animals. Where high concentrations occur in rock, thorium may be mined and refined, producing waste products such as mill tailings. If not properly controlled, wind and water can introduce the tailings into the wider environment. Commercial and federal facilities that have processed thorium may also have released thorium to the air, water, or soil. Man-made thorium isotopes are rare, and almost never enter the environment.

Since thorium is naturally present in the environment, people are exposed to tiny amounts in air, food and water. The amounts are usually very small and pose little health hazard. Thorium is also present in many consumer products such as ceramic glazes, lantern mantles, and welding rods.

People who live near a facility that mines or mills thorium, or manufactures products with thorium, may receive higher exposures. Also, people who work with thorium in various industries may receive higher exposures.

People may inhale contaminated dust, or swallow thorium with food or water. Living near a thorium contaminated site, or working in an industry where thorium is used, increases your chance of exposure to thorium.
 
If inhaled as dust, some thorium may remain in the lungs for long periods of time, depending on the chemical form. If ingested, thorium typically leaves the body through feces and urine within several days. The small amount of thorium left in the body will enter the bloodstream and be deposited in the bones where it may remain for many years. There is some evidence that the body may absorb thorium through the skin, but that would not likely be the primary means of entry.

The principal concern from low to moderate level exposure to ionizing radiation is increased risk of cancer. Studies have shown that inhaling thorium dust causes an increased risk of developing lung cancer, and cancer of the pancreas. Bone cancer risk is also increased because thorium may be stored in bone. 

There are special tests that measure the level of thorium in the urine, feces, and also via exhaled air that can determine if a person has been exposed to thorium. These tests are useful only if taken within a week after exposure. You need special equipment to detect thorium not available in doctors offices or most hospitals. Some federal facilities and specialized laboratories have this capability.

Analytical laboratories can test water for thorium content. Occasionally, household items may be found with thorium in them, such as some older ceramic wares in which uranium was used in the glaze, or gas lantern mantles. These generally do not pose serious health risks, but may nevertheless be retired from use as a prudent avoidance measure. A radiation counter is required to confirm if ceramics contain thorium.

Wednesday, 28 March 2012

ANTARA PENGEMIS DAN ORANG POLITIK

Semalam seorang kawan bertanya kepada saya, sekiranya saya didatangi oleh seorang pengemis dan seorang ahli politik secara serentak dan kedua-dua mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan saya secara serentak, tangan siapa akan saya sambut untuk bersalaman?

Jawapan saya mudah je...."tangan pengemis".  Lalu kawan saya bertanya kenapa dan saya senaraikan alasan-alasan kepada soalan tersebut :-

  • Pengemis akan memberi salam dengan nada yang ikhlas manakala orang politik akan memberi salam dengan nada yang penuh kebanggaan.
  • Pengemis akan bekerja untuk kita manakala orang politik akan membuat kita bekerja untuk dia.
  • Pengemis akan meminta sedikit wang dari kita manakala orang politik akan sentiasa nak kaut semua wang kita.
  • Pengemis yang palsu cuma akan menipu bahawa dia miskin manakala orang politik akan menipu dalam segalanya
  • Pengemis akan mendoakan kita setelah kita menolong mereka manakala orang politik akan mengharapkan kita mendoakan dia senantiasa
  • Kita nampak pengemis tetapi orang politik akan nampak kita sebagai pengemis
  • Malaikat boleh menjelma sebagai seorang pengemis tetapi tidak akan menjelma sebagai seorang politik
  • Pengemis akan hidup dalam kedaifan manakala orang politik akan hidup penuh kemewahan
  • Pengemis tidak miskin kasih sayang manakala orang politik miskin kasih sayang
  • Pengemis tidak mahu publisiti tetapi orang politik gilakan publisiti
  • Pengemis suka diam manalaka orang politik asyik melalak
  • Pengemis tahu mengenang budi manakala orang politik dah lupa erti budi
  • Pengemis akan pergi jika kita halau mereka manakala orang politik pula akan halau kita

Justeru orang politik akan melayan kita seperti pengemis yang mengemis dari mereka untuk segala yang kita mahu mereka perjuangkan untuk kita..."tetapi bukankah orang politik yang sama inilah MENGEMIS undi dari kita pada suatu masa dahulu?"

Tuesday, 27 March 2012

LYNAS TIDAK AKAN MENIPU PEMEGANG SAHAM MEREKA

Lynas adalah suatu isu yang masih hangat diperkatakan, selagi mereka bertapak di Malaysia, selagi itu saya akan memberi tentangan dengan mengupas dan menulis kebenaran yang mereka cuba sembunyikan.  Rakyat Malaysia memang boleh ditipu, kerajaan Malaysia juga boleh ditipu, bahkan seluruh dunia yang mengikuti perkembangan isu Lynas juga boleh ditipu oleh pihak pengurusan Lynas dan kerajaan BN.  Tetapi sebagai sebuah syarikat yang tersenarai di bursa saham Australia, mereka tidak boleh menipu para pelabur yang telah membeli saham mereka.  

Dalam penyata kewangan Lynas untuk pertengahan kedua tahun 2011, dinyatakan dengan jelas bahawa Lynas mengalami kerugian hampir AUD39 juta dan kerugian ini makin lama makin meningkat kerana setakat ini Lynas tidak mempunyai sebarang perniagaan lain selain dari perlombongan dan pemprosesan nadir bumi.  Bagi sebuah syarikat yang tersenarai di pasaran saham sesebuah negara, untuk mempunyai hanya satu perniagaan, adalah amat berisiko tinggi kerana sekiranya perniagaan yang mereka terajui ini gagal, maka keseluruhan perniagaan mereka akan gagal.  Mereka tidak mempunyai perniagaan sokongan untuk memberi imbangan kepada pendapatan syarikat.

Lynas perlu memastikan kilang LAMP mereka di Gebeng beroperasi seperti yang dijadualkan dan sekiranya ini gagal dilaksanakan, maka bukan sahaja Lynas akan lingkup, tetapi pemegang saham juga akan kerugian.  Dalam situasi yang sebegini, Lynas tidak ada pilihan lain selain menjadikan operasi LAMP di Gebeng suatu kenyataan.  Dari aspek ekonomi dunia pula, pengeluaran nadir bumi melalui LAMP di Gebeng akan menghasilkan hampir 30% dari keperluan mineral nadir bumi dunia.  Syarikat-syarikat yang mengusahakan pembuatan barangan berteknologi tinggi sudah hampir boleh menarik nafas lega kerana pengeluaran dari LAMP ini akan membolehkan harga mineral nadir bumi dunia jatuh ke paras yang lebih realistik.

Kerana ini jugalah World Trade Organisation (WTO) menjadikan negara China sebagai sasaran dalam menekan mereka untuk meliberalisasikan pengekspotan nadir bumi ke negara luar.  Kini China menguasai hampir 90% pasaran dunia dan kerajaan China telah mengenakan syarat-syarat yang remeh-temeh terhadap pengekspotan nadir bumi ke negara luar.  Ini menyebabkan Amerika Syarikat merasa tidak selesa dan mengambil inisiatif melalui WTO untuk menekan China.  Tetapi tekanan ini tidak akan menganggu kerajaan China dalam menguasai pasaran dunia dan kerana inilah sebagai pelan jangkamasa panjang WTO menyokong penuh pembinaaan dan operasi LAMP Lynas di Gebeng.  Gebeng kini lebih terkenal dimata dunia kalau dibandingkan dengan Melaka dan Langkawi.

Apabila Lynas menyatakan kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa pengeluaran dan pemprosesan nadir bumi di Gebeng tidak merbahaya kepada hidupan dan alam sekitar, sejauh manakah kebenarannya?  Ada yang percaya dengan apa yang dikatakan Lynas dan ada juga yang tidak percaya.  Kalau ditanya kepada saya, sudah pasti saya akan katakan bahawa saya langsung tidak percaya kata-kata pengurusan Lynas dan kerajaan BN tentang betapa selamatnya pemprosesan nadir bumi ini.

Lynas boleh menipu kita, Lynas boleh menipu sesiapa sahaja, tetapi mereka tidak boleh menipu pemegang saham mereka.  Lynas tidak boleh memberikan maklumat yang tidak tepat kepada pemegang saham, Lynas harus memberikan perincian yang tepat tentang kedudukan kewangan, pasaran, unjuran pendapatan dan tidak terkecuali risiko perniagaan.  Semua ini harus dilakukan oleh Lynas untuk mengelakkan diri mereka didenda atau disaman oleh pengendali pasaran saham Australia dan oleh pemegang saham sekiranya berlaku kerugian dalam pendapatan.

Ini adalah situasi seperti seorang penjual insuran atau agen pelaburan ekuiti menyatakan banyak perkara yang baik tentang membeli polisi insuran dan pelaburan ekuiti, tidak ada satu apa pun yang tidak baik dan tidak pula mereka akan nyatakan tentang risiko.  Kita perlu membaca polisi/prospektus yang ditawarkan dan apa yang tertulis dalam polisi/prospektus itulah yang benar dan termaktub dalam pembelian dan pelaburan insuran atau ekuiti.  Justeru apabila kita hendak tahu samada Lynas berbohong atau tidak, maka kita perlu rujuk dokumen yang Lynas lampirkan ke "Australian Stock Exchange", pelabur dan institusi kewangan.

Saya lampirkan dibawah ini Akaun Tahunan bagi penggal kedua tahun 2011 dan penggal pertama 2011 yang menyatakan dengan jelas tentang kerugian yang ditanggung Lynas, harga saham Lynas jatuh dari AUD2.36 ke AUD0.86 (bulan Februari 2012).

Terdapat juga risiko risiko kejatuhan harga nadir bumi ke paras yang boleh menyebabkan Lynas gulung tikar dan menghentikan operasi di Gebeng. Dalam dokumen yang dilampirkan terdapat kebenaran yang tidak pernah dijelaskan kepada rakyat Malaysia tetapi terpaksa dijelaskan kepada pelabur mereka.  Lynas juga menyatakan dengan jelas bahawa nilai aset mereka di LAMP adalah hampir AUD417 juta sedangkan pusat perlombongan di Mount Weld cuma bernilai AUD3 juta.  Adakah anda rasa Lynas mahu kehilangan aset yang sebegini berharga?

Pada "Cleansing Document" bertarikh 28hb Februari 2012, item bernombor 3 berkenaan "Risk Factor" tertulis dengan jelas semua risiko yang kemungkinan boleh terjadi terhadap LAMP dan perniagaan Lynas.  Tertulis bahawa tembok konkrit empangan yang kemungkinan retak dan runtuh juga disenaraikan sebagai risiko yang berkemungkinan terjadi.  Bacalah dengan lengkap dokumen tersebut dan anda sebagai rakyat Malaysia akan faham bahawa kata-kata Lynas dan kerajaan BN bahawa LAMP ini tidak merbahaya dan tidak mempunyai risiko hanyalah pembohongan yang nyata.  Lynas mampu menipu kita tetapi mereka tidak boleh menipu pemegang saham mereka justeru semua risiko terpaksa disenaraikan oleh mereka dengan terperinci.













Wednesday, 21 March 2012

ADAKAH "LEBUHRAYA MEX" BENAR-BENAR DIJUAL?

Selepas isu NFC, isu Lebuhraya MEX (MEX) pula menjadi popular. Makin lama makin banyak cerita-cerita benar dan separa benar yang kita baca dan dengar.  Kisah MEX ni adalah suatu penceritaan yang menarik kerana ianya melibatkan percaturan diantara sektor korporat dan kerajaan.

Saya membaca dibeberapa forum yang terdapat di Intenet dan ramai juga individu yang membincangkan berkenaan pengambilalihan MEX oleh pihak EP Manufacturing Bhd (EMPB). Kebanyakan dari mereka menterjemahkan pengambilalihan ini sebagai suatu petanda positif kepada unjuran pendapatan EPMB.  Banyak juga formula yang diguna pakai oleh individu-individu ini untuk membuktikan bahawa EPMB akan memperolehi lambakan keuntungan dalam jangkamasa beberapa tahun lagi.  Turut disertakan adalah unjuran pengguna MEX yang akan bertambah tahun ke tahun dan ini dapat menyumbang secara positif kepada pendapatan EPMB.

Semalam saya bertanya dengan seorang pakar kewangan yang juga seorang ahli perbankan dan dia memberikan maklumat dan penerangan yang begitu teliti berkenaan isu ini.  Dia menggunakan semua istilah perbankan dan kewangan untuk membuktikan bahawa EPMB telah melakukan perkara yang terbaik untuk mengambil-alih konsesi MEX dari Maju Expressway Sdn Bhd (MESB).  Setelah mendengar penjelasan dari dia selama hampir 30 minit, saya bertanya kepada dia satu soalan dan dia terdiam dan hanya memandang saya.  Soalannya "jika benar apa yang kamu katakan berkenaan unjuran positif terhadap EPMB akibat dari pengambilalihan MEX dari MESB, kenapa MESB melupuskan aset yang begitu berharga?"

Dia tidak dapat menjawab soalan saya dan saya tujukan soalan ini kepada semua pembaca blog tahirnisa dan kepada semua yang menyatakan betapa untungnya EPMB dalam memiliki MEX.  Dari segi perniagaan, tidak ada syarikat yang ingin melupuskan sesuatu yang BERHARGA tanpa sebab yang munasabah.  Adakah MESB beroperasi dalam kerugian yang teramat sehingga terpaksa menjual aset tersebut? Adakah MESB menghadapi tindakan mahkhamah akibat masalah kewangan sehingga terpaksa menjual aset tersebut? Adakah MESB sudah mempunyai perniagaan dalam sektor lain yang lebih mengguntungkan kalau dibandingkan dengan memegang konsesi lebuhraya?

Di Malaysia, banyak juga syarikat yang mengimpikan untuk menjadi pemegang konsesi sesebuah lebuhraya.  Perniagaan sebagai pemegang konsesi ini adalah amat mengguntungkan.  Yang peliknya, MESB melepaskan semua yang positif, unjuran pendapatan yang berlipat-kali ganda dan pendapatan yang konsisten tanpa sebab musabab yang rasional.  Sebuah syarikat yang merupakan anak syarikat kepada Maju Holdings Berhad (MHB) dan Perwaja Holdings Berhad (PHB), telah menjual MEX kepada sebuah syarikat yang memperolehi keuntungan dalam puluhan juta setahun.  Kalau dilihat kepada Laporan Tahunan PHB, pada tahun 2010 mencatat kerugian sebanyak RM69 juta dan kini mereka melupuskan suatu aset yang begitu berharga.  Penjualan ini tidak akan mengguntungkan MESB, MHB mahupun PHB kerana sebahagian besar duit yang diterima dari EPMB perlu dikembalikan kepada kerajaan.  Adakah tindakan ini rasional?  Sememangnya tidak rasional.

Pada hakikatnya, penjualan ini tidak perlu ada rasionalnya, kerana penjualan dan pengambilalihan ini hanyalah sebahagian dari sambungan kepada pementasan drama kerajaan BN untuk kepentingan diri sendiri.  Pemberian bantuan kewangan berbentuk "gran"dari kerajaan Malaysia kepada MESB merupakan suatu keganjilan dalam penswastaan sesuatu projek berskala besar.  Tetapi bagi kerajaan BN, mereka mempunyai pelbagai sebab untuk memberikan "gran" sebanyak RM976.6 juta kepada MESB.  Menurut kata Rafizi Ramli dan juga pemimpin Pakatan Rakyat, kerajaan tidak sepatutnya menswastakan suatu projek infrastruktur yang dibina dengan wang rakyat.  Itu kata pembangkang, tetapi bagi kerajaan BN, mereka mahukan Lebuhraya MEX dibangunkan oleh sebuah syarikat swasta supaya kutipan tol boleh dilaksanakan tanpa persoalan dari raykat.  Di sini kita nampak bahawa slogan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN cumalah suatu fantasi yang tiada realiti.

Sekiranya lebuhraya MEX dibina oleh kerajaan, maka tender haruslah dibuka oleh Jabatan Kerja Raya dan tidak melibatkan Kementerian Kewangan atau Unit Perancang Ekonomi.  Sudah sekian lama sejak pemerintahan Tun Mahathir, Perdana Menteri memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dan ini membolehkan perancangan dan kelulusan berkenaan sesuatu projek dibuat dengan mudah tanpa membabitkan banyak pihak sekiranya projek infrastrukur tersebut dibawah kelolaan Kementerian Kewangan.

Dalam isu lebuhraya MEX, Kementerian Kewangan mempunyai kuasa penuh dalam merancang dan melaksana projek tersebut.  Kementerian Kewangan juga bebas untuk membuat apa juga yang termampu untuk memastikan projek lebuhraya ini siap pembinaannya.  MESB hanyalah suatu syarikat yang dipilih untuk memandu pelaksanaan projek ini atas dasar penswastaan.  Sama seperti situasi Tun Mahathir menjadikan Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri sebelum kuasa diserahkan kepada Datuk Seri Najib.  Kenapa MESB yang dipilih dan bukannya syarikat lain?  Kerana pengurusan MHB, MESB dan PHB mempunyai kaitan dan persahabatan yang rapat dengan pihak kerajaan BN.  Justeru, kerajaan BN memerlukan "tag-team partner" yang boleh menjayakan semua perancangan mereka dengan mudah. Dari situlah berlakunya pemilihan MESB.  Untuk memastikan MESB tidak akan gagal dalam melaksanakan pembinaan lebuhraya MEX maka kerajaan memberi bantuan kewangan yang secukupnya.

Kini drama MESB-BN ini memasuki fasa seterusnya dan mereka perlu menjual aset yang berharga ini kepada sebuah institusi swasta untuk memastikan kutipan tol dapat diteruskan dan dapatlah MESB mengembalikan duit yang pernah didahulukan oleh kerajaan.  Sepatutnya kerajaan BN sebagai pembiaya terbesar, mengambil-alih lebuhraya ini dan tidak lagi menswastakannya.  Yang menjadi persoalan kepada pihak pembangkang dan rakyat secara amnya ialah kenapa kerajaan tidak mengambilalih konsesi lebuhraya MEX yang boleh dikoordinasikan oleh Unit Perancang Ekonomi dan Khazanah Nasional.  Sekiranya pihak kerajaan menyatakan bahawa mereka tiada pengalaman dalam pengurusan lebuhraya, maka inilah penipuan disiang hari yang dibuat secara terang-terang.  MESB juga tidak mempunyai kepakaran tetapi kenapa mereka dipilih sebagai pengendali projek lebuhraya MEX ini?

Persoalan yang ditimbulkan oleh pembangkang berkenaan sejumlah wang sebanyak RM976.6 juta yang harus dikembalikan kepada kerajaan sebenarnya tidak relevan kerana duit tersebut pasti akan dikembalikan dan itulah tujuan sebenar mengapa lebuhraya ini dijual.  Sekiranya duit tersebut tidak perlu dikembalikan maka EPMB tidak perlu menerbitkan bon sukuk untuk membiaya pembelian ini kerana perjanjian pemberian "gran" oleh kerajaan kepada MESB boleh dipindah-milik kepada EPMB secara persetujuan bersama.  Tetapi ini tidak berlaku, sebaliknya EPMB perlu membayar jumlah penuh harga pembelian lebuhraya MEX kepada MESB.  Di sini kita perlu juga teliti secara mendalam perjanjian yang ditandatangani antara MESB dan EPMB.  Adakah kerajaan menjadi penjamin atau penerbit kepada bon sukuk ini? Sekiranya kerajaan bertindak sebagai penjamin maka benarlah duit tersebut telah dipulangkan oleh MESB kepada kerajaan.  Sebagai ganti, kerajaan memudahkan urusan pembelian oleh EPMB dengan penjadi penjamin kepada bon sukuk.  Ini masih di peringkat andaian sehingga kita dipertontonkan dengan surat perjanjian yang sebenar.

Tidak banyak institusi kewangan yang mampu menerbitkan bon sukuk sebanyak RM1billion untuk sebuah syarikat yang cuma mencatat keuntungan puluhan juta ringgit setahun dan tidak pernah terlibat dalam pengendalian konsesi lebuhraya.  Kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam memastikan bank-bank sanggup menerbitkan bon ini tanpa sebarang halangan.  Justeru, pada kebiasaannya sesebuah kerajaan pusat akan menjadi penjamin kepada bon tersebut atau menjadi penerbit bon tersebut.

Sebenarnya bon sukuk adalah suatu bon yang dikatakan berlandaskan syariah tetapi masih ada ulama yang mendebatkan isu ini kerana pulangan yang akan diterima oleh pemegang bon sukuk ini adalah pada kadar yang telah ditetapkan sedangkan dalam syariah Islam, pulangan keuntungan (faedah/interest) yang ditetapkan jumlahnya adalah riba.

Berbalik kepada isu MEX.  Pembangkang sepatutnya menekan kerajaan untuk menunjukkan kira-kira yang membolehkan kita mengetahui kemana duit sebanyak RM976.6 juta tersebut dibelanjakan.  Wang yang hampir RM1 billion adalah suatu jumlah yang besar dan ianya boleh disalah gunakan dengan mudah.  Pihak pembangkang perlu mengambil langkah untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkenaan perbelanjaan wang tersebut dan saya pasti kerajaan akan cuba sedaya mungkin untuk tidak menggembar-gemburkan isu wang ini.  Dalam waktu kerajaan mengurangkan tol dan menghapuskan tol dibeberapa plaza tol terpilih, kerajaan juga menyalah gunakan wang rakyat untuk kepentingan sendiri.  

Kerajaan Malaysia terlalu taksub dengan isu ekonomi sehingga mengabaikan isu sosio-kemasyarakatan dan perpaduan nasional yang lebih penting.  Hanya dengan slogan dan pendekatan 1Malaysia, kita tidak akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan sejahtera sekiranya kerajaan terus menerus menggunakan wang hasil titik peluh kita tanpa budi bicara.

Persoalannya, adakah benar Lebuhraya MEX dijual oleh MESB atau ianya tidak pernah pun menjadi milik MESB kerana pemunya sebenar lebuhraya tersebut ialah kerajaan Malaysia sebagai pelabur tertinggi iaitu sebanyak RM976.6 juta yang dilaburkan. Kini adakah lebuhraya tersebut milik EPMB atau ianya masih kepunyaan kerajaan Malaysia sebagai penerbit/penjamin bon sukuk sehingga bon tersebut dijelaskan sepenuhnya oleh EPMB.

Monday, 19 March 2012

Datuk Seri Najib Menghina Rakyat Malaysia

Ulasan dari Datuk Seri Najib, seperti yang dilaporkan di Malaysiakini......

"Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial, rakyat juga semakin bijak selain maklumat yang mudah diperoleh," katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur, malam semalam.

“Turun padang akan diteruskan. Tetapi, keadaan semasa memang mencabar. Rakyat makin berpendidikan dan dengan limpahan teknologi baharu. Inilah cabaran masa kini.

“Namun, kalau pilihan raya menghasilkan keputusan yang lemah, ia akan memberi kesan kepada negara,” katanya. 

Mungkin DS Najib sudah mula penat dan mudah mentuturkan kata-kata yang akan memakan diri beliau dan juga BN.  Ulasan dari beliau ini dengan jelas menyatakan bahawa "rakyat semakin bijak" dan ini akan menyukarkan BN memenangi majoriti dua pertiga pada pilihanraya yang akan datang.  Maknanya selama ini rakyat menyokong BN kerana dibelenggu kebodohan?  

Teknologi dan penggunaan ruang siber untuk menyampaikan berita dan maklumat telah membuka minda rakyat untuk memahami dengan lebih mendalam sesuatu isu.  Rakyat juga makin berani menyoal kerajaan berkenaan sesuatu isu yang menjadi bualan ramai atau mencurigakan.  

Kata-kata DS Najib bahawa rakyat semakin bijak sememangnya suatu penghinaan kepada rakyat Malaysia kerana secara halus Najib memaksudkan bahawa dahulu rakyat BODOH dan kerana itu BN disokong.  Cukup mudah untuk memperolehi majoriti dua pertiga pada pilihanraya sekiranya rakyat kekal BODOH.

Sepandai-pandai kita berkata-kata dengan ayat-ayat manis, akhirnya akan terserlah juga keperibadian kita yang sebenar dan itulah yang terjadi kepada DS Najib.  Beliau mencanang semua yang baik-baik dan mulia sewaktu berucap dihadapan rakyat, tetapi akhirnya, beliau telah menyatakan apa sebenarnya yang terbuku dalam hati beliau...iaitu wahai rakyat Malaysia, tolonglah kekal bodoh dan sokong BN, kami perlukan kebodohan anda untuk memenangi majoriti dua pertiga di Parlimen.

Tuesday, 13 March 2012

PENJELASAN KEPADA MEDIA INTERGRATIF BERKENAAN LYNAS

Di bawah ini adalah komen dari seorang blogger yang mengikuti penulisan saya berkenaan isu Lynas dan saya amat menghargai komen dari beliau.  Beliau juga mengutarakan kekeliruan yang timbul berkenaan isu ini kerana ada pihak mengatakan bahawa Lynas adalah selamat dan ada pula pihak yang berkata sebaliknya.  Ikuti penjelasan saya setelah membaca komen beliau ini.
salam..saya mengikuti penulisan dan juga info2 terkini berkaitan LYNAS. Saya amat tertarik dengan penulisan anda namun saya masih terkeliru dengan LYNAS yang dikaitkan dengan bahan nadir bumi yang dikatakan selamat untuk dibangunkan oleh kerajaan.Namun,PR mengatakan disebaliknya dengan bukti penentangan Himpunan Hijau yang diadakan pd Febuari lalu di kauntan. Pada 29 Feb (tak silap saya), Tuan Guru Hj Hadi Awang mengeluarkan statment LYNAS selamat dibangunkan melalui klip video yang di download di laman2 sesawang dan beliau meminta ahli2 PR merujuk pada pandangan Dr. Che Rosli yang juga ahli parlimen PAS kaw Hulu langat, seorang saintis dlm PAS dan juga pensyarah bahagian nuklear di ukm. Persoalan yang ingin saya kemukakan, adakah ini 'polemik' politik semasa yang mempunyai kepentingan pada sesebuah parti atau kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua2 pihak iaitu kerajaan dan pembangkang mempunyai nilai positif untuk masyarakat. Sememangnya saya yakin dengan keputusan yang keluar dari bicara TGHA cuma saya perlukan lagi penjelasan yang lebih mendalam bagi membantu saya mengumpul maklumat2 berkaitan LYNAS untuk tesis m.a..I.allah.Syukran atas pandangan, perkongsian dan juga kerjasama dari sahabat..Sama2 kita berjuang untuk masyarakat demi ISLAM..wslm



Lynas adalah suatu isu global.  Ianya bukanlah suatu isu yang membabitkan hanya Lynas, Malaysia dan Australia.  Kewujudan Lynas adalah untuk menjadi pemain utama dalam perlombongan dan pemprosesan nadir bumi untuk kepentingan dunia secara keseluruhan.  WTO juga terbabit dalam memastikan kilang Lynas di Gebeng akan beroperasi.  Tidak salah dengan kewujudan LAMP Lynas ini, kerana memang hasil dari nadir bumi diperlukan oleh kebanyakan industri yang melibatkan teknologi dan kejuruteraan.  Lynas mempunyai kawasan lombong di Australia tetapi tidak mendapat kelulusan kerajaan Australia untuk memproses nadir bumi di negara mereka sendiri.  Buatlah sedikit kajian dan anda akan dapat maklumat bahawa kerajaan Australia menolak permohonan Lynas untuk memproses nadir bumi di Australia kerana mereka menjangkakan kerosakan kepada alam sekitar akibat dari sisa pasca pemprosesan nadir bumi adalah beradioaktif dan merbahaya kepada persekitaran dan kehidupan.

Merbahaya kepada persekitaran dan kehidupan ini adalah suatu modal perbahasan yang luas.  Bukan sekadar merbahaya kepada mereka yang terlibat dalam pengendalian sisa ini, tetapi ianya juga merbahaya kepada semua manusia yang kemungkinan boleh terdedah kepada radiasi dari sisa ini.  Kebanyakan dari mereka yang menyokong projek Lynas adalah pihak yang melihat apa yang ada di depan mata mereka, iaitu terdapat kilang yang dibangunkan dengan harga beratus juta ringgit dan terdapat sistem keselamatan pemprosesan yang canggih dan tersusun.  Tetapi apa yang diperjuangkan oleh pihak yang menentang Lynas adalah sesuatu yang mata kita tidak nampak, tetapi mata hati kita dapat merasainya, iaitu kemusnahan kemakmuran dan keharmonian untuk masa depan anak-anak kita.

Ramai yang menjadikan negara China sebagai contoh dan penyokong Lynas menyatakan bahawa, di China tidak ada kemusnahan secara besar-besaran akibat pemprosesan nadir bumi dan bagaimana pula akan berlaku kemusnahan jangka masa panjang di Malaysia.  Yang peliknya, mereka-mereka yang menyatakan demikian pernah mendapat ijazah dan sebagainya tetapi mempunyai akal yang sempit.  Nyatakan kepada saya keluasan negara China dan keluasan Semenanjung Malaysia.  Baca dan kaji dahulu dengan teliti tentang semua jenis kemusnahan yang telah pun berlaku di China akibat dari pelupusan sisa nadir bumi yang tidak selamat.  Terdapat satu penulisan di blog saya ini yang menyatakan dengan jelas berkenaan perlombongan nadir bumi di China dan implikasi yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

Negara China adalah suatu negara yang besar dan luas dan kalau anda suka melayari youtube maka sudah pasti anda pernah melihat bagaimana rakyat di China tidak ambil peduli tentang keselamatan dan kebajikan masyarakat setempat. Terdapat video berkenaan kemalangan ngeri di depan mata mereka, tetapi orang yang lalu lalang tidak ambil peduli. Mereka memang TIDAK AMBIL PEDULI dan ini adalah budaya hidup sebahagian dari mereka.  Ini juga merupakan polimik masyarakat setempat yang menunjukkan dengan jelas bahawa di China isu keselamatan dan kebajikan adalah "secondary" atau mungkin hampir tiada.  Malang sekali untuk Lynas, masyarakat Malaysia bukan seperti rakyat di China.  Masyarakat Malaysia, walaupun berbilang kaum dan berlainan agama, adalah masyarakat yang prihatin dan berkebajikan.  Sudah terbukti di seantero dunia bahawa rakyat Malaysia mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi berbanding bangsa dari negara-negara lain.

Justeru, isu Lynas ini dikupas, diselidik, diolah, diterjemah dan diadili oleh rakyat Malaysia kerana mereka kurang percaya kepada kerajaan BN yang pasti akan meneruskan projek ini atas nama "kepentingan rakyat".  Apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang berkenaan kilang Lynas "selamat" ada kebenarannya, tetapi sisa yang dihasilkan melalui pemprosesan nadir bumi TIDAK SELAMAT.  Mana yang lebih penting kepada anda?  Kilang nadir bumi yang dimiliki oleh sebuah syarikat asing dan dikatakan "selamat" atau sisa buangan yang beradioaktif dari kilang ini yang akan dibuang/disimpan di tanah tumpah darah anda dan dikategorikan sebagai tidak selamat?

Isu Lynas adalah suatu isu yang sangat objektif dan tidak perlu ada kekeliruan.  Persoalan yang timbul bukan berkenaan kilang Lynas tetapi penghasilan sisa yang beradioaktif.  Cuba peka kepada apa yang dikatakan oleh kerajaan, AELB, Lynas, Tuan Guru Haji Hadi Awang, Dr. Che Rosli dan seluruh dunia.....semua menyatakan kilang Lynas selamat.  ADA TAK SESIAPA DIANTARA MEREKA MENGATAKAN SISA BUANGAN DARI KILANG LYNAS ADALAH SELAMAT? Kalau ada diantara mereka yang mengatakan sisa beradioaktif itu selamat, maka mereka perlu tanam diri mereka dan timbuskan dengan sisa beradioaktif ini.  Mereka pasti akan selamat, SELAMAT kembali ke RAHMATULLAH.

Anda keliru kerana anda tidak dapat mengenalpasti mana satu isu yang sebenar.  Kilang Lynas bukanlah isu di sini, tetapi adalah sisa yang beradioaktif.  Sebagai manusia, kita juga perlu ingat bahawa apa juga yang selamat pasti akan melalui ujian dari Allah s.w.t. jua.  Loji kuasa nukear di Fukushima tidak pernah dikategorikan sebagai tidak selamat sehinggalah Allah s.w.t. memberi ujian kepada masyarakat di sana. Kini loji tersebut dikatakan tidak selamat dan kerajaan Jepun sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa Jepun akan mula membangunkan loji tenaga yang menggunakan bahan mentah alternatif dan bukan lagi bahan ber-atom sebagai bahan mentah untuk menjana tenaga.

Sewaktu pembinaan loji-loji nuklear di Fukushima dan seluruh dunia, ianya mendapat kelulusan dari semua pihak termasuk dari badan antarabangsa yang bertanggungjawab terhadap pelesenan dan perjalanan loji-loji berkuasa nuklear.  Kita semua faham nuklear boleh digunakan untuk pembangunan sesebuah negara, tetapi lupakah kita bahawa nuklear juga terbukti boleh memusnahkan kehidupan.  Buktinya sudah pun Allah s.w.t. tunjukkan dengan jelas.

Berbalik kepada isu Lynas, fikirkanlah, sampai bila kilang ini akan KEKAL selamat?  Adakah Tuan Guru Haji Hadi Awang mempunyai jawapannya? Adakah mana-mana jurutera mempunyai jawapannya?  Saya juga tidak mempunyai jawapannya...tetapi yang pasti bukan untuk selama-lamanya.  Suatu hari nanti ujian Allah s.w.t. akan berikan jawapan kepada persoalan ini.  

Kemusnahan yang akan berlaku akibat dari pembuangan sisa beradioaktif ini bukanlah sesuatu yang akan dapat kita lihat dengan kadar segera atau dalam skala yang besar. Tetapi ianya akan terjadi secara "gradual" bilamana sisa tersebut mula ada "contact" dengan alam dan kehidupan.

Lynas sebenarnya ingin bertapak di China dan telah membeli saham disebuah syarikat di China melalui cara yang tidak bermoral dan kes ini pernah di bawa ke mahkhamah dan penyelesaian secara perbincangan luar mahkhamah telah menyelamatkan syarikat Lynas dari membayar gantirugi yang besar. Baca tentang perkara ini dalam blog saya. 

Pemprosesan nadir bumi oleh Lynas tidak diterima di Australia, China dan Malawi tetapi diterima oleh kerajaan Malaysia yang cetek ilmu berkenaan pemprosesan nadir bumi.  Dari segi ekonomi, Malaysia akan mendapat pulangan dan "exposure" yang luas sebagai pengekspot nadir bumi terkemuka dunia, tetapi adakah kita perlukan status tersebut dengan menganak-tirikan keselamatan rakyat sendiri?

Berkenaan isu Lynas dicanang sebagai isu politik oleh parti-parti politik, kita perlu lihat sistem pemerintahan di negara kita dan kita akan faham kenapa isu ini dibawa ke pentas politik.  Jangan terkeliru, bukan isu ini sahaja yang dibawa ke pentas politik, tetapi banyak lagi isu termasuk isu-isu kemasyarakatan dan pembangunan.  Mari kita lihat sistem yang diguna pakai di negara Malaysia.  Demokasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, adalah sistem yang diguna pakai oleh kerajaan memerintah dalam mentadbir negara Malaysia dan demokrasi berparlimen ini sedikit berbeza dari demokrasi yang diguna pakai di negara Amerika Syarikat.  Saya manjadikan Amerika Syarikat sebagai contoh, kerana semua negara di dunia mengakui bahawa Amerika Syarikat adalah negara yang mengamalkan demokrasi secara menyeluruh (benar atau tidak, kita akan kupas dipenulisan yang lain).

Berbalik kepada demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan.  Demokrasi Berparlimen adalah demokrasi yang bukan total.  Maknanya, sekiranya ada apa-apa yang rakyat tidak puashati, jangan cakap sebarangan, guna saluran yang betul untuk mengutarakan ketidakpuasan hati anda.  Dalam isu Lynas ini rakyat telahpun mengutarakan segala ketidakpuasan hati dan bangkangan kepada kerajaan yang memerintah tetapi tiada apa yang telah dilakukan untuk menyebelahi rakyat.  Disebabkan demokrasi berparlimen ini tidak mengizinkan rakyat melakukan sesuka hati mereka untuk membantah kerajaan yang memerintah maka pihak yang menentang Lynas membawa isu ini kepada pihak pembangkang yang berada di pentas poilitik.  Apa juga isu yang dibawa ke pentas politik akan didialogkan sebagai pementasan politik dan sudah pasti akan mengguna-pakai bahasa prosa politik.

Bukan salah rakyat dan juga bukan salah pembangkang sekiranya ada pihak yang melihat isu Lynas ini di politikkkan.  Rakyat sudah memberi masa yang cukup dan peluang yang cukup untuk kerajaan BN membuat sesuatu untuk kepentingan mereka tetapi isu ini tidak diambil berat.  Rakyat bukan membantah semua yang dilakukan oleh kerajaan BN....projek MRT di Lembah Kelang pada permulaannya mendapat bantahan rakyat dan juga telah dicanang oleh pihak pembangkang, tetapi bila kerajaan mula mengambil langkah memperbetulkan beberapa perkara yang rakyat tidak puas hati, maka isu ini sudah tidak sepanas dahulu.  Walaupun saya akui masih ada pihak yang tidak puas hati dengan projek MRT ini tetapi secara keseluruhan rakyat sudah boleh menerima.

Jadi bukanlah isu Lynas di politikkan, tetapi sistem pemerintahan di negara kita ini yang membuatkan sesuatu isu itu terpaksa diusulkan di atas landasan politik akibat dari pemerintah yang menggunakan kuasa penuh yang ada pada mereka untuk tidak mengendahkan kehendak rakyat.

Anda perlu membuat kajian mendalam berkenaan isu perlombongan nadir bumi di Bukit Merah yang sehingga kini sisa radioaktif masih aktif dan membahayakan penduduk setempat.  Anda ada menulis bahawa anda perlukan bahan untuk tesis anda dan saya rasa mungkin anda seorang penuntut di universiti tempatan atau luar negara dan sebagai seorang penuntut yang bakal menjadi harapan negara, bangsa dan agama, anda harus mulakan kajian anda berkenaan isu ini dengan mengasingkan isu kilang Lynas yang selamat (selagi Allah s.w.t. tidak mentakdirkan sebaliknya)  dengan isu sisa buangan dari kilang Lynas yang memang TIDAK SELAMAT.

Saya tidak pasti samada penulisan saya ini dapat meringankan atau menghapuskan kekeliruan yang ada dalam diri anda tetapi nasihat saya kepada semua mahasiswa dan mahasiswi, bila anda berada di puncak menara gading, pandanglah ke bawah, kerana setinggi manapun anda mendaki ke arah langit biru, kaki anda masih kukuh berpijak di tanah tempat tumpahnya darah anda.  Dari tanah kita dijadikan, ke tanah jua kita akan kembali.  Jadikanlah Malaysia sebuah negara yang makmur dan harmoni bukan hanya untuk kita tetapi untuk tatapan dan kegunaan generasi akan datang. 

Selamat maju jaya dalam pembelajaran dan perjalanan hidup anda. 

tulus ikhlas dari tahirnisa.blogspot.com

sedikit nasihat kepada Datuk Seri Najib, kerajaan memerintah, parti pembangkang dan kepada semua rakyat Malaysia...DON'T DEFINE IF YOU ARE UNDEFINED and DON'T ASSUME IF YOU ARE BEING PRESUMED